Buat anda yang ada plan ke Copenhagen Demark, boleh teruskan percutian ke sana tanpa ragu-ragu.
Nak tahu lebih jauh tentang negara sana, boleh ikuti perkongsian daripada Puan Nurul Nelly ini, senang bergerak walau secara solo.
Bercuti ke Copenhagen Denmark Secara Solo
Copenhagen Central
Berdasarkan pengalaman setahun bergaul dengan mereka, the Danes in general are helpful. Dua kali orang sana tolong saya tarikkan luggage (masa tu nak pergi airport) dan banyak lagi contoh-contoh lain di mana mereka offer pertolongan.
Copenhagen agak selamat untuk travel solo. Banyak kali saya keluar jalan-jalan sorang dan alhamdulilllah selamat, except for one instance.
Sesungguhnya kebanyakannya mahal kat sini. Ye tema di sini adalah “Semuanya perlukan duit yang banyak“.
Tak bawa cash pun tak apa, boleh hidup kat sini dengan cashless.
Pengakutan Mudah
Dari segi pengakutan pula, metro, train dan bas sangat reliable. Tapi bas itu kadang-kadang pergi route lain. Nasib lah kalau terkena. Route boleh check kat google maps.
Kad pengangkutan awam diorang dipanggil Rejsekort. Kad ni adalah prepaid di mana kita kena topup kad tu untuk digunakan, sama macam kad touch n go kita. Rejsekort card boleh dibeli daripada mesin di sekitar stesyen train dan metro pada harga 80 dkk (kalau tak silap). Baki dalam kad kena ada at least 70dkk untuk mulakan perjalanan, tapi minimum topup amount adalah 100dkk.
Guna Rejsekort card lagi murah berbanding beli tiket setiap kali perjalanan. Tapi untuk short term travel, lagi murah beli City Pass atau City card.
City pass:cover unlimited public transportation (train, metro, dan bass). Boleh pilih untuk valid from 24 hours to 5 days. Tapi jangan lupa untuk plan betul-betul kawasan mana untuk cover sebab pass tu ada limit zone mana yang valid.
Kalau setakat area city, boleh pilih city pass small (cover zone 1-4 kalau tak silap). Kalau ada plan nak cover zone lain, boleh beli city pass large.
City Card:cover unlimited public transportation dan top attractions. Most of attractions kat copenhagen ni kena bayar so kalau plan nak cover banyak attractions, berbaloi beli city card.
Download app ‘Dot Tickets’ untuk yang malas cari mesin dan yang takut tiket hilang. Boleh beli tiket, city pass dan city card kat situ. Senang juga untuk check harga perjalanan untuk yang beli tiket biasa.
Kalau berjalan kaki, jangan jalan dekat laluan basikal. Sebagai bandar yang paling banyak basikal di dunia, here bicycle is the king. Dah lah laju jadi sila berhati-hati kalau tak nak kena langgar.
Kalau nak sewa dan guna basikal, please familiarize dengan the hand signal and etiquettes dulu.
Ads
Kalau nak naik teksi, luar aiport boleh pergi terus ke bahagian teksi. Sini tak ada Uber. Ada app untuk book teksi tak pernah cuba sebab senang guna public transport lain. Kalau perlukan jugak teksi from hotel ke airport, just mintak hotel tolong call. Sebelum tu ketahuilah bahawa teksi mahal.
Cuaca, Suhu, dan Pakaian
The Danes said to me:
“There are only two seasons here, winter and construction” (sebab banyak construction around the city).
“Aside from summer, don’t come here”. “Copenhagen is the best place to live, in summer only “.
So yeah, aside from summer, bawa sahaja winter gears and waterproof shoes. Suhu sangat sejuk untuk orang Asia macam kita dan very windy so bawa windbreaker.
Dalam bulan September (transition from summer to autumn), the temperature will start to drop significantly. Cuaca jadi sejuk dan depressing. Topik hari-hari dekat sini bila bercakap dengan member adalah how bad/cold the weather is today.
Sebaiknya dress in layers sebab cuaca boleh berubah secara tiba-tiba. Tapi the coldness still remains. Apa entah masalah cuaca Scandinavia.
Tak Susah Cari Makanan
Copenhagen is diverse in term of races jadi tak susah nak cari makanan Asia, cuma Malaysian food je tak ada kat sini.
Ayam kat sini halal makanya boleh lah makan chicken-based cuisine (hasil kajian from asking the danish people and kawan-kawan di sini). Kecuali organic-based or country chicken. Tak pasti untuk kawasan luar Copenhagen. Tapi untuk yang very strict mengenai halal, silakan check label before beli ayam atau tanya kedai.
Ads
Recommendation untuk kedai makan halalan toyyiban dan sedap: Kebabish. Kebabish is a restaurant serving indian cuisine. Kalau order nasi dan lauk, boleh kongsi dua orang sebab portion besar. Lokasi pun senang, dekat dengan Copenhagen Central Station.
Makan-makan di Kebabish
Hot dog adalah makanan yang popular di Scandinavia. Tapi yang halal tak ingat kat mana sebab belum pernah try.
For people seeking danish pastries, kedai yang popular kat sini adalah Andersen, Juno, Buka. Di sini sangat banyak sangat bakery dan cafe. Jadi kalau suka food hunting, silakan cuba banyak tempat. Just sediakan banyak duit.
Air paip selamat untuk diminum tapi air sini tak sedap. Faxe Kondi adalah the most popular danish soft drink.
Nak Cari Hotel
Kalau yang pentingkan hotel yang ada sarapan dengan harga yang tak tinggi sangat, my recommendation is Hotel Mayfair. Berdasarkan pengalaman dan hasil tanya kawan-kawan, Hotel Mayfair punya sarapan paling banyak pilihan untuk kita yang kena makan makanan halal. Lokasi pun convenient sebab dekat dengan Copenhagen Central.
Untuk traveller yang pentingkan bajet dan setakat untuk tidur je kat hotel, hotel Wakeup Copenhagen is quite popular here. For hostels dan Airbnb tak ada pengalaman di sini, jadi tak dapat nak komen atau recommend.
Saiz bilik hotel di Copenhagen agak kecik. Kawan-kawan yang travel solo ke sini pun cakap bilik hotel diorang kecik tak padan dengan harga. Family room tak pernah ada pengalaman
Tarikan di Denmark
Jujurnya Copenhagen sama dengan bandar-bandar Europe yang lain. Attractions are mostly about castles and museums. Kena bayar ya. Kalau nak enjoy nature or healing, atau nak cari tempat yang banyak free attractions, Denmark is not the place.
Ads
Museums yang popular biasanya free on hari rabu minggu terakhir.
Orang kata Tivoli Garden adalah tempat wajib yang kena pergi. It’s an amusement park and garden where the decorations berubah ikut season.
Nak senang, beli je City Card sebab cover sekali most of the attractions on top of their public transports. Tapi kena plan betul-betul berapa banyak attractions berbayar yang boleh cover masa korang travel ke sini untuk bagi City Card itu berbaloi.
Nyhavn
Nyhavn adalah tempat ikonik for tourist untuk bergambar. Selalu nampak gambar colourful buildings by the canal bila search pasal Copenhagen? Ha Nyhavn lah tu.
Pening mana nak start? Copenhagen ada free city tour. Kalau tak silap ada few operators yang kita boleh pilih. Just google ‘free walking tour copenhagen’ dan pilih mana korang nak. Nanti apa-apa hal boleh tanya tour guide tu. Generally percuma dan boleh bayar diorang berapa banyak yang kita nak at the end of the tour.
Komunikasi dan Tarikan
They speak English so communication is not a problem. Di sini boleh nampak ramai yang pakai tudung. Tapi susah jumpa muka Asia yang pakai tudung.
Jujurnya tak pernah lagi encounter racism. The only not-so-good encounters setakat ni adalah when two immigrants in separate encounters cakap pasal MH370 in a kinda condescending way when they knew that I’m a Malaysian. The Danes never say anything about it.
Jangan buat bising dalam public transport or speak in a loud manner. They don’t like it.
Lokasi Masjid
Ada dua masjid besar di Copenhagen iaitu Hamad Bin Khalifa Civilisation Center: Ni masjid sunni. Lokasi di Norrebro. Satu lagi Imam Ali Mosque: masjid syiah. Lokasi pun di Norrebro.
Popular chain stores:
Untuk skincare, mekap dan perfume harga marhaein, sila pergi ke Normal. Untuk yang harga bukan marhaein sangat, boleh ke Matas. Sephora sini macam lagi mahal.
Espresso House: ni macam Starbucks kat sana
Netto: supermarket. Macam kita punya 99 Speedmart
Info lain:
Disebabkan udara yang kering, sila sediakan losyen dan moisturizer secukupnya.
Heavy drinking is a culture here. For those who drink and nak buat kawan, boleh lah pergi bar.
Disclaimer:
Ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri jadi mungkin ada yang tak tepat. Sebarang pembetulan adalah dialu-alukan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ramai yang mengimpikan untuk travel ke India. Walaupun dikatakan sebuah negara tidak mementingkan kebersihan, tetapi India tetap juga ada dalam ‘bucket list’.
Ini kerana India sebuah negara yang sangat kaya dengan adat budaya tersendiri. Malah mempunyai tarikan tersendiri dengan keindahan sebahagian tempat menarik.
Ikuti perkongsian menarik Shahrina Azlin ketika mengunjungi India dua tahun lalu. Biarpun sudah pergi, namun dia masih lagi memasang impian untuk ke sana sekali lagi.
Kotor. Memang itulah yang sering orang perkatakan tentang negara India ini. Tetapi yang mereka tidak tahu ialah sesetengah negeri di India itu sendiri tersangatlah cantik pemandangannya, terutamanya di Kashmir yang digelar heaven on earth!
Tapi memanglah tidak dapat dinafikan, sesetengah tempat di India itu memang kotor, tapi yang pentingnya, pengembaraan saya dan dua orang rakan adalah untuk melihat kebesaran bumi ciptaan Allah swt.
India jadi pilihan setiap pengembara untuk dilawati.
Hampir dua minggu di sana, kami berpeluang merasai dua keadaan cuaca iaitu sejuk dan panas. Antara tempat yang saya dan teman-teman sempat kunjungi adalah Kashmir, Shimla, Jodphur, Jaipur, Agra dan Delhi.
Kashmir syurga dunia
Lima hari kami habiskan masa di Kashmir, pemandangan di sana memang sungguh menarik. Kami sempat bermain salji di Sonamarg dan Gulmarg, menikmati keindahan alam dengan menaiki kuda di Pahalgam dan bermalam di houseboat yang terletak di Dal Lake. Pertama kali dapat menyentuh salji satu perasaan yang memang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Awesome!
Pemandangan yang ada di Kashmir memang antara yang terbaik pernah kami lawati. Kami juga sempat melawat kebun tulip dan juga beberapa tempat tumpuan pelancong yang ada di sekitar kawasan bandar Srinagar, yang merupakan ibu kota negeri Jammu dan Kashmir di India.
Pemandangan indah di sini.
Masjid di Srinagar
Penduduk di Kashmir 95 peratus adalah Muslim, jadi memang tidak ada masalah untuk cari makan. Pendek kata memang kenyang kami sepanjang berada di sana. Cuaca pula sejuk memang asyik lapar sahaja. Penduduk di Kashmir juga peramah dan nampaknya nama Malaysia memang terkenal di kalangan penduduk sana.
Lima hari di Kashmir kami meneruskan perjalanan ke Shimla. Tempatnya sejuk macam Cameron Highlands. Pemandangan di sini juga cantik, bentuk muka bumi yang berbukit memerlukan kami menapak banyak anak tangga walaupun hanya mahu ke rumah tumpangan yang kami tinggal.
Salah sebuah masjid di sini.
Apa yang saya lihat orang India ni memang suka berniaga. Kat mana sahaja walaupun ruang yang kecil mereka akan berniaga. Di Shimla ni tak payah cerita, kedainya di sekeliling bukit yang kami terokai itu rasanya.
Deretan kedai menjual pelbagai jenis barangan tersedia di sini. Buah-buahan tersangat murah . Sempat kami beli ceri hanya dengan harga lebih kurang RM10 dapat sekotak penuh.
Naik keretapi 18 jam
Satu malam di Shimla, perjalanan diteruskan ke Jodphur. Ini paling mencabar sebab kami naik keretapi selama 18 jam. Keretapi kat India ada beberapa kelas. saya dan rakan-rakan pilih kelas kedua dengan katil 3 tingkat bukan 2 tingkat ya. Nasib baik berhawa dingin dan jiran-jiran dalam keretapi pun ok, jadi perjalanan kami walaupun lama agak selesa.
18 jam menaiki keretapi.
Sampai di Jodphur cuaca memang panas. Hampir 40 darjah celsius. penghawa dingin yang dipasang dalam bilik pun tak terasa. Memang kena minum banyak air untuk elakkan dehidrasi dan terkena strok haba.
Satu malam di Jodphur, kami sempat melawat ke Mehrangarh Fort dan buat aktiviti flying fox di sana. Semuanya kami buat tempahan secara online, lebih murah dan dapat sesi pagi untuk elakkan cuaca yang panas.
Tak lepaskan peluang melihat aktiviti di sini.
Kami meneruskan perjalanan untuk jelajah Golden Triangle India iaitu Jaipur, Agra dan Delhi. Sekali lagi kami naiki keretapi ke Jaipur, Rajasthan. Tempat ini juga dikenali sebagai Pink City, sebab menurut mereka banyak bangunan yang berwarna merah jambu yang sebenarnya bangunan daripada warna asli batu bata tu.
Kali ini tak lama dan kami naiki 2nd class biasa yang berkerusi. Lima jam dalam perjalanan kami sampai ke stesen keretapi Jaipur. Kami ambil auto atau tuk tuk untuk ke hotel penginapan kami dan esoknya menjelajah Jaipur, Hawa Mahal, City Palace dan beberapa tempat lagi. Cuaca di Jaipur juga panas seperti di Jodphur, jadi air minuman memang sentiasa ada sebagai bekalan.
Dua malam di Jaipur, perjalanan diteruskan pula ke Agra. Nak tengok Taj Mahal yang tersenarai sebagai 7 Benda Paling Ajaib di dunia. Seawal pagi kami keluar dari hotel menuju ke stesen keretapi. Keretapi memang jadi pengangkutan utama orang India untuk destinasi yang jauh.
Taj Mahal, salah satu keajaiban dunia.
Setiap kali ke stesen keretapi memang orang ramai sangat. Seawal 6.30 pagi kami ke Taj Mahal. Masa ni orang tak berapa ramai lagi, dapatlah kami melihat keindahan Taj Mahal yang merupakan lambang cinta agung Shah Jahan terhadap isterinya Mumtaz Mahal. Kami juga sempat melawat ke Agra Fort yang turut menjadi tarikan di situ.
Satu malam di Agra, kami menaiki kereta ke Delhi. Tiga jam perjalanan ke Delhi dan kami sampai lebih kurang jam 3 petang. Lepas daftar masuk hotel kami yang terletak di Main Bazar kami terus keluar ke Chandni Chowk yang terkenal sebagai tempat untuk membeli belah.
Salah satu lokasi menarik.
Kat sini kami gunakan metro yang sama seperti LRT kat Malaysia. Harganya murah dan mudah untuk dinaiki. Dah penat pusing kedai, kami sempat singgah di Red Fort dan Town Hall untuk bergambar.
Tibalah hari terakhir di India, kami sempat ke India Gate dan juga Bangunan Parlimen yang terletak berdekatan. Cuaca yang panas buatkan kami tak lama berada di situ, lalu kami pulang ke hotel dan berkemas untuk ke lapangan terbang.
Senibina menarik.India Gate.
Nasi Beriani dan Prata jadi pilihan
Tak perlu risau tentang makanan yang ada di sana kerana India mempunyai pilihan makanan halal untuk pelancong yang datang. Agama Islam adalah agama kedua terbesar selepas agama Hindu di sana, jadi tak susah kalau nak cari makanan halal. Makanan mereka juga enak dan kena dengan tekak kami. Antara makanan yang selalu menjadi pilihan kami adalah beriani dan juga roti prata.
Beriani di Malaysia dan juga beriani di India memang lain rasanya. Mereka banyak menggunakan rempah ratus dalam makanan mereka dan rasanya agak pedas. Begitu juga dengan kari dan kuah-kuah yang ada, rasa rempah dalam makanan mereka amat ketara tapi Alhamdullilah perut kami dapat menerimanya.
Lain rasanya Beriani di India.
Walaupun agak pedas, tapi tetap sedap dan menyelerakan. Mungkin juga penggunaan rempah dalam makanan mereka itu sesuai untuk beberapa bahagian di negara mereka yang mempunyai empat musim, contohnya di Kashmir dan Simla yang ketika kami kunjungi agak sejuk berbanding tempat-tempat lain.
Roti prata atau kalau di sini lebih dikenali sebagai roti canai juga agak lain teksturnya. Ia lebih liat dan rasanya tidak selemak roti canai yang ada di negara kita. Jika dimakan bersama kuah mereka yang berempah atau dengan ayam masala memang satu gabungan yang padu.
Pilihan hidangan lain.
Ketika di Kashmir kami ada juga mencuba makanan jalanan yang ada di sana. Kami lebih yakin untuk cuba makanan di sana kerana rata-rata penduduk di sana adalah muslim selain melihatkan keadaan yang bersih di sekitarnya.
Selain beriani dan prata, kami juga suka makan samosa sepanjang berada di sana. Bentuknya sama seperti samosa di Malaysia, Cuma intinya lebih kepada sayur-sayuran yang digoreng bersama rempah.
Roti prata dimakan dengan hidangan sampingan.
Memang banyak pengalaman baru yang saya dapat ketika berada di India. Apa yang saya dapat simpulkan, India memang banyak tempat menarik untuk dilawati.
Walaupun ada sesetengah tempatnya memang kotor dengan cuaca yang panas dan bau yang tidak menyenangkan, ia masih lagi ok untuk dijadikan salah satu tempat dalam wishlist seorang pengembara. Kan orang kata banyak berjalan luas pandangan!
BAGI penggemar durian, pastinya mereka tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati Raja Buah ini.
Dijangkakan, musim durian akan melanda Malaysia lebih awal berbanding penjadualannya yang sebenar, iaitu sekitar Jun-Julai. Di beberapa tempat di Malaysia, musim durian sudah pun bermula dan lambakan durian mula dijual di beberapa buah tempat sekitar Lembah Klang.
Namun, para penggemar durian pastinya teringin untuk menikmati sendiri rasa asli Raja Buah ini langsung terus dari pokoknya, terus dari dusunnya sendiri? jika jawapan anda Ya, di sini lima lima lokasi dusun durian yang menyediakan buffet durian dengan harga yang mampu milik dan paling penting, langsung terus dari pokoknya.
Di sini, disertakan lima lokasi (tidak mengikut turutan kegemaran) buffet durian yang boleh kunjungi sekitar Malaysia.
JIMMY’S DURIAN ORCHARD
Suasana di Jimmy Durian Orchard.
Terletak di Bukit Bentong, Jimmy’s Durian Orchard terkenal dengan keunikan rasa buah durian, dan paling penting adalah semua tanaman ini bebas daripada racun dan semburan bahan kimia. Kalian boleh mendapatkan beberapa jenis durian terbaik di dusun ini, antaranya durian Tekka, D101, dan D24. Pasangan Jimmy dan Tasy ini juga tidak lokek berkongsi ilmu dan pengetahuan tentang durian organik mereka kepada semua pengunjung yang ringan mulut unutk bertanya. Kalian pasti akan berasa puas hati dengan layanan yang diberikan, dan paling penting akan pulang dengan perut yang gembira, kerana semua durian organic di sini dijual dengan harga yang sangat-sangat berpatutan.
Alamat : 75.1km Karak Highway, Bentong, Karak, Bentong 28600, Malaysia.
Nombor telefon : +60 16-203 1922 (Jimmy)
RAUB DURIAN ORCHARD
Raja dan permaisuri buah-buahan yang ada di Raub Durian Orchard.
Raub Durian Orchard mengangkat namanya sendiri sebagai caterer durian yang terbaik di Pahang. Kenyataan ini dapat dibuktikan dengan review dan pandnagan beserta komen pengunjung yang pernah hadir ke dusun ini, dan menikmati keenakan raja buah itu sendiri. menariknya, di dusun ini juga dilengkapi dengna kemudahan kolam pancing, ladang ternakan lebah, dan juga turut memiliki ladang ternakan sarang burung mereka sendiri. dusun ini pastinya akan menjadi pilihan utama warga kota terutama yang sudah berkeluarga untuk datang dan berehat sambil menikmati kesedapan durian Raub ini.
Alamat : Raub, Pahang, Malaysia (GPS coordinates: N03°51.691’ E101°54.329’)
Nombor telefon : +60 19-965 9612 (Eddie)
1Malaysia Musang King Durian Orchard Farm
Kisah ladang ini bermula setahun yang lalu, bilamana pemilik ladang, Dato Michael Ng memutuskan untuk membeli kawasan ini untuk dihadiahkan buat isteri yang tersayang, yang juga merupakan peminat fanatik durian. Bersama, mereka berdua mengusahakan ladang ini. Selain Musang King, di sini juga ada variasi durian yang lain, seperti D2, D24 D78, D88, dan juga durian kampung.
Buffet durian bermula dari harga RM80 untuk hari biasa, dan hanya RM120 untuk hujung minggu dan cuti umum. Pakej ini juga disertakan sekali dengan servis khidmat jelajah dusun secara percuma.
Alamat : Kg. Cinta Manis, Karak, Bentong 41200, Malaysia.
Nombor telefon : +6 019-277 7255 (Datuk Michael Ng)
SIM KOA YEN
Raja buah yang segar dari ladang boleh dinikmati di Sim Kao Yen.
Jangan terkejut kalau saya katakan bahawa dusun ini merupakan dusun yang paling banyak menyediakan variasi pilihan durian, iaitu sebanyak 30 jenis rasa dan genetik untuk kalian pilih. Terletak di Machap Melaka, dusun yang sudah berusia 25 tahun, dan pernah beberapa kali memenagi anugerah durian terbaik. Selain daripada durian, dusun ini juga terkenal dengan keenakan buah cempedak mereka.
Bagi warga kota yang ingin melepaskan lelah penat kerja seharian, di sini juga disediakan penginapan di dalam kawasan dusun itu sendiri.
Alamat : (Office) MC-2-34 & MC-2-35, Jalan SB Utama, Taman Seri Bayan, 76100 Durian Tunggal, Melaka, Malaysia
Nombor telefon : +60 12-681 6895 (Mr Yap)
FREEDOM ECO FARM
Durian Udang Merah yang boleh dinikmati di Freedom Eco Park.
Dusun ini ternyata bukanlah menjadi sebutan ramai dan bukannya dusun yang biasa-biasa, kerana ia sebenarnya terletak jauh di dalam ketebalan Hutan Simpan Pulau Pinang, dan ianya menawarkan puluhan jenis durian untuk dinikmati. Selain daripada menawarkan durian yang mesra alam dan total organic, pemiliknya’ Joseph dan Beatrice juga menawarkan khidmat ekopelancongan kepada mana-mana pihak yang ingin meneroka masuk lebih dalam ke hutan simpan ini.
Dan yang paling penting, dusun durian ini hanya dibuka kepada pengunjung yang telah membuat temu janji sahaja. Anda dinasihatkan untuk membuat tempahan awal bagi mengelakkan pulang dengan tangan kosong, tambahan lagi di musim cuti perayaan dan cuti sekolah.
Alamat : Telok Bahang, Penang.
Nombor telefon : +60 19-447 7806 (Beatrice)
Panorama Kawah Ijen, di Pulau Jawa, Indonesia cukup indah bagaikan lukisan, begitulah gambaran daripada Indiana Indah yang melawat tersebut.
Wanita ini memilih untuk pergi sendiri dengan menaiki bas sahaja. Menurutnya, untuk ke sana, dia ambil bas di Terminal Ubung, Denpasar ke Gilimanuk. Tambang bas pula adalah Rp.60,000 (RM18).
Ada pendingin hawa dengan perjalanan yang mengambil masa selama empat hingga lima jam, bergantung kepada keadaan trafik kerana bas ini akan berhenti untuk mengambil penumpang sepanjang perjalanan, bukan jenis bas ekpress.
Apa yang menariknya, naik bas jenis begini adalah anda dapat travel bersama warga tempatan. Bukan sekadar penduduk, tapi ayam, kucing, anjing pun termasuk sekali.
Hentian Bas Dan Harga Tiket Feri
Bas akan berhenti berdekatan Pelabuhan Penyeberangan Gilimanuk dan sepanjang jalan itu, terdapat kiosk untuk pembelian tiket feri ke Pelabuhan Ketapang.
Harga tiket feri adalah Rp.18,000 (RM5) dan perlu kemukakan passport bagi tujuan pembelian. Saya beli di kiosk Ferizy tapi ada juga pilihan untuk membeli secara dalam talian yang lebih murah.
Feri ini beroperasi 24 jam dan akan bercampur dengan kenderaan seperti feri di Pulau Pinang dulu. Perjalanan mengambil masa sekitar satu jam sahaja.
Ada banyak jenis feri sebab sewaktu ke Ketapang, dia menaiki feri seperti di Langkawi dan sewaktu perjalanan pulang, dia menaiki feri yang open air tiada pendingin hawa.
Setibanya ke sana, Indiana menginap di Ijen Backpacker yang terletak bersebelahan dengan Stesen Kereta Api Ketapang.
Indiana memilih penginapan jenis dorm dengan harga Rp.70,000 (RM21) untuk satu malam.
Kos untuk tour ke Ijen pula adalah Rp.200,000 (RM60) termasuk pengangkutan ke pintu pendakian, pemandu, topeng muka dan lampu kepala.
Perjalanan ke Pintu Gerbang Jalur Pendakian Kawah Ijen bermula pada pukul 2 pagi menaiki van. Sampai di pintu gerbang sekitar pukul 3.30 pagi tetapi pendakian hanya boleh dimulakan pada pukul 4 pagi.
Trek boleh dikatakan easy to moderate dan kalau agak malas atau kepenatan untuk mendaki, ada servis teksi untuk ke atas. Harga kena negotiate, kalau tak silap sekitar Rp.800,000 (RM241) sehingga Rp.1 juta (RM302).
Walaupun rasa kesian tengok local people tu kepenatan tolak pendaki, but at least dapat la upah untuk mereka. Kalau tak ada yang malas mendaki, tak ada la upah mereka.
Boleh Bergambar Sepuas Hati
Pendakian ini untuk ke Kawah Ijen mengambil masa sekitar 85 minit. Dekat atas tu nanti guide akan buatkan secawan kopi dan bolehlah bergambar sepuas-puas hati.
Dedah Indiana lagi, kos keseluruhan yang dibelanjakan untuk ke sana hanyalah RM165.
Ini merangkumi tiket bas dua hala Rp.120,000 (RM36), penginapan Rp.70,000 (RM21), tour Ijen Rp.200,000 (RM60), tiket feri dua hala Rp.36,000 (RM10) dan Gran dari/ke Kuta Rp.118,000 (RM35).
Jadi, kalau anda nak merasa pergi Pulau Jawa, boleh lah ikut cara ini ya. Dah tahu info, senang nak bergerak ke sana sini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...