Bila menyebut Star Wars, kita pasti membayangkan watak-watak ikoniknya seperti Han Solo, Yoda, Luke Skywalker, Chewbacca, Princess Leia selain Darth Vader yang mana filem ini gerenti pecah panggung setiap kali ditayangkan.
Bermula dari The Phantom Manace (1999), The Empira Strike Back (2005) sehinggalah The Last Jedi (2017) termasuklah The Rise Skywalker, filem yang punya banyak sekuel ini punya ramai peminat.
Ternyata, di sebalik filem Star Wars pecah panggung, penggambaran yang dibuat di sebuah pulau di Ireland iaitu Skellig Micheal telah berjaya mempopularkan pulau ini sebagai destinasi pelancongan dunia.
Pulau ini mula digunakan sebagai penggambaran filem Star Wars bagi sekuel ke tujuh The Force Awakens (2005) dan kelapan iaitu Star Wars The Last Jedi (2017) menjadikan pulau yang mendapat pengiktirafan dari UNESCO sebagai destinasi pelancongan utama dunia. Ia merupakan tempat persembunyian Skywalker sekaligus menjadi seperguruan Jedi.
Kemasukan pelancong ke pulau ini naik kira-kira 17 peratus di mana 24 peratus datang dari Amerika Utara, Britain (17 peratus), Jerman (21 peratus) serta Belgium, Belanda dan Luxemborg sebanyak 31 peratus)
Apa yang menariknya, demi menjaga dan memelihara artifak di pulau ini, hanya seramai 180 orang dibenarkan berada di pulau yang cukup indah ini.
Tapi sebelum pulau ini popular pada 2015, lokasi ini sebenarnya adalah biara, tempat penganut beragama Kristian mengabadikan diri kepada Tuhan mereka pada abad ke 6 hingga 12. Dan sisa-sisa bangunan kuno masih berdiri kukuh di lokasi ini yang menjadi saksi bisu penyebaran agama di lokasi ini. Untuk ke sini, pelancong perlu mendaki 600 anak tangga pada ketinggian 200 meter sebelum sampai ke puncaknya yang cukup cantik dan dikeliling lautan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tahukah anda di Kuala Kangsar Perak terdapat sebuah perkampungan dengan pemandangan bukit-bukau ala-ala Kundasang dan sawah padi bersih ala-ala Bali?
Ya, inilah Kampung Labu Kubong, Lubuk Merbau Kuala Kangsar yang terletak di Perak. Okay, nak tahu apa yang menarik dan aktiviti best di sini, jemput baca perkongsian saudara Hazwan Hafiz sepanjang dia bercuti di sana.
Terdapat dua tempat yang bernama Labu Kubong. Satu Kampung Labu Kubong yang terletak di Padang Rengas, Kuala Kangsar dan satu lagi di Chenderong Balai, Teluk Intan.
Jangan salah tempat, ini cerita Kampung Labu Kabung yang terletak di Kuala Kangsar. Apa yang menariknya kampung ini?
Kampung Lubuk Merbau merupakan sebuah kampung kecil dengan panorama yang memukau. Walaupun tak hujan, suasana pagi berkabus oleh kerana faktor geografi kampung ini yang dikelilingi bukit bukau dan sawah padi.
Haa… kalau nak tahu, kampung ini pernah memenangi anugerah inap desa (homestay) terbaik Kementerian Pelancongan pada tahun 2018. Pengunjung boleh menginap di sini dengan banyak jenis inap desa bercirikan rumah tradisional Melayu lama.
Bukan sekadar tidur je di sini, pengunjung boleh melibatkan diri dalam aktiviti harian penduduk kampung seperti turun ke sawah, ambil madu lebah, tarik upih, buat kraftangan, melihat usahawan kuih tradisional dan bermacam lagi.
Ada banyak spot-spot menarik untuk bergambar 00TD berlatarkan sawah padi yang menghijau. Sawah padi & tali air dia pun tersusun dan bersih ja, tak kotor. Tali air dia pulak korang boleh berenang hujung ke hujung tali air. Mengimbau nostalgia betul.
Buat anda yang suka main basikal dan kaki 00TD, pasti akan menyukai Kampung Labu Kubong ini. Ada banyak ‘route’ atau laluan melalui batas? sawah padi sambil boleh tengok perusahaan kecil masyarakat kampung buat kerepek dan kuih tradisi sekitar kampung.
Kalau anda melalui jalan utama dari Kuala Kangsar ke Gerik, jangan lupa singgah di kampung ini. Tak jauh pun dari susur keluar Tol Kuala Kangsar. Lebih kurang 7KM je ke sini.
Google Maps/Waze:
Kampung Labu Kubong, Lubuk Merbau Kuala Kangsar, Perak.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Perkara paling menyeronokkan bila melancong ialah menyaksikan keindahan alam semulajadi yang tiada di negara sendiri. Ia satu terapi minda selepas bergelut dengan tugasan dan kerja yang tidak pernah habis. Selain dapat berjalan-jalan, kita juga boleh belajar budaya masyarakat setempat selain mencuba masakan baru.
Iceland sememangnya negara yang sangat indah. Ditambah berpeluang melihat aurora yang sangat menarik pasti membuatkan ia satu pengalaman tidak dapat dilupakan seumur hidup. Dipenuhi lanskap gunung berapi dan kolam air panas, pelancong yang ingin menyaksikan aurora boleh menyaksikannya di lokasi yang menjadi tumpuan seperti Seltjarnarnes (Reykjavik), Vik, Látrabjarg/Westfjords, Eldborgahraun dan Djúpavík.
Dikongsi dari page Backpackers Buddies Malaysia (BBM) yang dikonsikan oleh Cikgu Loh, dirinya berkongsi info penting yang kita kena tahu tentang Supermarket di Iceland kerana kalau kerap membeli makanan di sini, harganya boleh tahan rabak poket, hikz. Ikuti catatan dikongsikannya.
Iceland sememangnya antara negara yang mempunyai kos hidup paling tinggi di dunia. Nasi briyani ayam atau kambing sepinggan tu biasa-biasa je dah harga RM100-140.
Sekali sekala ok lagi, Mau rabak poket kalau hari-hari makan dengan harga begini kan?
Jadi… salah satu perkara untuk menjimatkan poket anda bila travel ke Iceland ialah dengan membeli barang keperluan makanan di supermarket-supermarket berdekatan.
Supermarket yang famous di Iceland ialah: Bonus- Harga barang paling murah macam Mydin Kronan- Sedikit Mahal dari Bonus cuma pilihan lagi banyak Netto Hagkaup Noatun
Dalam banyak-banyak supermarket ini, saya lebih prefer Supermarket Bonus kerana harganya lebih murah berbanding supermarket lain. Sudah tentunya pilihan traveler macam saya ni sebab mencari murah itu fardhu. Haha.
Nak cam Supermarket Bonus ini senang sahaja, Logonya besar dengan haiwan babi berwarna pink dengan warna kuning.
Anda jangan risau pula, kerana dalam supermarket ini ada juga dijual ayam halal dan banyak lagi keperluan makanan lain.
Kebanyakan supermarket-supermarket di Iceland memulakan operasi bermula jam 8 Pagi- 9 Malam bergantung kepada musim dan jika ke kawasan yang jauh dari bandar, supermarket di sana tutup lebih awal pada jam 6 petang.
Pengalaman paling best sebenarnya semasa travel ialah mengunjungi supermarket dan membeli belah sepertimana orang local. Cuci mata sambil melihat jenama-jenama makanan dan barang keperluan membuatkan hati lebih teruja apabila travel.
Setuju tak? Untuk memudahkan anda melihat senarai supermarket di seluruh Iceland apabila travel nanti, anda boleh lihat di sini: https://bit.ly/supermarketiceland
Datanglah Iceland bila ALLAH rezekikan kita nanti. Saya sangat rekemen untuk anda datang di sini. Antara negara top list favourite saya.
Ada yang plan nak datang Iceland nanti? Follow Cikgu Loh di Facebook untuk info travel sebelum border bukak
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Hong Kong selama ini dikenali sebagai kota metropolitan yang dipenuhi lampu neon, bangunan pencakar langit dan kehidupan yang bergerak pantas siang dan malam.Namun di...