
Sudah menjadi trend masa kini apabila ramai yang melakukan pelbagai aktviti lasak dan menyeronokkan ketika bercuti.
Tidak kiralah sama ada menaiki basikal, camping ataupun mendakit bukit dan gunung.
Kata orang sambil menyelam minum air. Sambil melihat keindahan sekitar dapat pula melakukan aktiviti digemari.
Lebih menggembirakan jika bertemu jodoh dengan seseorang yang juga melakukan aktiviti sama.
Seperti perkongsian pendaki tegar Mohd Raffidi Omar apabila bertemu jodohnya ketika mendaki gunung.
Menurut Raffidi segalanya bermula ketika ditakdirkan bertemu buat pertama kali dalam misi pendakian Gunung Rajah, Pahang pada tahun 2018.

Hanya daripada kawan sependakian, hubungan mereka mula serius ke peringkat lebih tinggi.
Apatah lagi kedua-duanya mempunyai minat sama iaitu mendaki hingga membuatkan dirinya berani melamar gadis idaman.
Sepanjang pendakian juga, menurut Raffifi ada dua Gunung yang mempunyai nilai sentimental terhadap hubungan mereka berdua.
“Gunung yang memberi nilai sentimental kepada kami berdua ialah Gunung Tahan, Pahang dan Gunung Kinabalu, Sabah.
“Walaupun mendaki itu penat, namun kepenatan itu hilang apabila dapat sampai ke puncak dan menikmati pemandangan indah dari puncak bersama-sama,” katanya lagi.
Turut memberitau pengalaman pahit apabila isteri selalu terpijak lumpur ketika ‘on track’ disebabkan kakinya yang tak sampai kerana saiz badan tidak terlalu tinggi.
Tambahnya lagi setelah beberapa bulan mendaki dan kenal hati budi masing-masing, setelah mélamar setahun yang lalu akhirnya mereka disatukan pada 20 Disember yang lalu.
Dengan sekali lafaz, Raffidi kini sudah sah bergelar suami kepada pasangannya, Nik Zuraida Nik Mustafa.
Dia juga turut menambah setelah bergelar suami isteri mereka turut memasang impian tersendiri apabila berhasrat untuk menawan Annapurna Base Camp, Nepal apabila masalah Covid-19 sudah selesai nanti.
Kredit Foto: Instagram Mohd Raffidi Omar
Artikel Berkaitan:
Gunung Jerai Destinasi Tanah Tinggi Di Kedah. Ini 5 Tempat Menarik Ada Di Puncak!
Weekend Kat Gunung Jerai. Tak Perlu Hiking, Bawa Kereta Je Naik Terus
Nak Tawan ‘Puncak Gunung Keriang’? Jom Mendaki 59 Anak Tangga Di Muzium Padi Kedah
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
BERCUTI DENGAN MOTORHOME

Saksikan Video Pendek Bercuti dengan Motorhome…banyak lagi gambar di bawah page ini!
[VIDEO] LIBUR ke Melaka naik Luxe Motorhomes. Trend cuti yang popular di luar negara kini di Malaysia. Jalan jauh time malam paling best! Tidur,masak,sembang²,mandi,update FB/Insta semualah. Selesa & relaks!#libur #luxmotorhomes #jalanjalan #melaka #visitmalaysia #dekatje
Posted by Majalah Libur on Friday, 11 August 2017
Malaysia menyaksikan perkembangan drastik dalam citarasa pemilihan kenderaan. Dari kereta sedan, kereta berkuasa tinggi, kereta klasik, kereta koleksi bertaraf rare, SUV ,MPV,pacuan empat roda off road, campervan mahupun caravan. Tiada halangan dalam memiliki kenderaan pilihan yang dianggap simbol peribadi pemilik.
Kini, satu lagi kategori yang baru masuk pasaran Malaysia; MOTORHOME. Di luar negara, motorhome sudah lama popular. Industri pembuatan dan pemilikan motorhome amat besar khususnya Amerika, Eropah, Australia, Russia serta beberapa negara maju Asia seperti Jepun, Korea dan China.
Konsep motorhome
Konsep motorhome adalah bercuti sambil memandu kenderaan bersama kabin yang dilengkapi ruang asas di rumah. Kabin dilengkapi dapur, sinki, sistem air untuk membasuh dan mandi, bilik tidur yang boleh diubah menjadi tempat duduk dan ruang simpanan barang, sumber kuasa elektrik, penghawa dingin, set barbeku, gelombang ketuhar, televisyen dan peti ais. Semuanya tersedia lengkap untuk kegunaan harian.
Perjalanan ke Melaka
Saya berkesempatan menaiki motorhome. Melihat pada saiz, ia lebih kurang saiz lori ais. Besarlah sedikit dari kereta biasa saya. Saya agak, cara pemanduan lebih kurang van atau lori kecil, namun silap. Pemanduan seperti memandu kereta biasa walaupun berada di antara trafik yang agak sibuk. Transimisi automatik boleh diubah kepada manual 6 gear jika inginkan lebih kuasa dan rasa kawalan penuh. Dari Shah Alam, melalui jalan biasa untuk ke lebuhraya, motorhome tidak berhadapan isu saiz besar. Mitos pertama terhapus.

Sebelum mulakan perjalanan ke Melaka. Atas kepala driver tu katil untuk 2 orang. Tak percaya?
Perjalanan semakin santai ketika di lebuhraya. Keadaan jalan yang baik dan rata, di tambah pula suasana dalam kabin yang selesa dan redup, cepat sahaja saya mahu terlelap. Sambil itu saya dan rakan setugas membelek peralatan dan berbincang sedikit untuk mulakan tugas kami.

Berhenti seketika di RnR, motorhome diparkir di kawasan kenderaan berat. Banyak sahaja parkir kereta namun sengaja diparkir situ kerana hampir dengan kedai. Motorhome menjadi perhatian dan beberapa orang datang bertanya. Sepanjang perjalanan, ramai pemandu dan penumpang memperlahankan kenderaan mereka bersebelahan kami. Mereka kagum melihat motorhome. Ada yang merakam dan melambai kepada kami. Kami tersenyum. Terfikir, mungkin suatu hari ramai yang ingin memiliki motorhome.
Tiba di Melaka, motorhome melalui jalan kampung yang lebih kecil dan berliku. Awalnya, saya skeptikal dengan kemampuan Fiat Ducato ini melalui jalan kampung, namun sekali lagi saya silap. Ia tiada masalah mendaki jalan naik dan turun curam. Pengendalian juga cekap ketika melalui selekoh panjang dan agak sempit. Difahamkan, enjin bersesaran 2.3 liter turbo diesel menghambur keupayaan 150 hp dan memiliki tork yang tinggi, memacu berat kabin keseluruhan dengan mudah. Dilengkapi juga sistem brek cakera besar di kesemua tayar untuk prestasi berhenti yang padu.

Singgah sebentar solat di Masjid.
Model ini ialah Benimar Mileo 313. Panjang keseluruhan motorhome ini 5.99m, lebar 2.3m dan tinggi 3.2m menjadikan ia model popular di Britain. Kabin direka pasang oleh Benimar, syarikat dari Sepanyol manakala casis dan enjin oleh Fiat Ducato.
Berehat di pantai
Lokasi pertama di Melaka, kami berhenti untuk makan tengahari di Nasi Kambing Kat Kubur. Pelik nama restoran ini tapi saya ikutkan saja. Perut pun dah lapar. Nasi kambing sini sangat sedap. Nasi kambing hinggalah ke cendol tapai. Semuanya sedap dan percuma, sebab orang belanja.


Selepas makan tengahari, kami ke Pantai Klebang. Tiba sekitar jam 3 petang, matahari terik namun angin bertiup selesa. Waktu ini, saya sudah sedikit resah sebab cuaca terik. Rakan foto pula gembira kerana bagus untuk pencahayaan gambar. Motorhome dipandu terus dapatkan parkir di sedikit teduhan pokok ru. Suasana dalam kabin ketika motorhome dalam mod parkir; SELESA. Semua tingkap dan ruang udara di atas motorhome dibuka. Angin pantai meniup masuk dan kami enak bersantai dalam kabin. Televisyen dihidupkan dan kami menonton seketika. Santai dan terhibur.

OTW ke Pantai Klebang. Panas terik tapi tiada masalah.
Beberapa minit selepas itu Encik Haffnee; CEO Wta Ventures Sdn Bhd melakukan demo membuka kanopi di sisi motorhome. Sangat mudah dan ringkas. Cukup hanya seorang diperlukan. Kerusi dan meja dipasang yang tersimpan dalam ruang simpanan belakang dikeluarkan dan terus tersedia lengkap untuk bersantai minum,makan atau apa saja anda fikirkan bersama rakan atau keluarga. Yang paling utama, melihat pemandangan pantai dan ditiup angin. Ini terbaik! Lebih baik jika kenderaan ini memang milik sendiri.

Seorang sahaja untuk setup kanopi. Mudah dan cepat.
Di badan luar motorhome, ada beberapa lagi ruang petak yang berfungsi. Ruang gas masak, sumber kuasa untuk cas kabin, ruang buang kumbahan, ruang petak untuk air dan dua ruang pintu untuk meletak barang yang sangat luas di belakang. Lebih hebat, bertukar menjadi katil untuk tidur. Ruang itu sahaja boleh diletak bermacam-macam isian besar. Saya semakin kagum.

Di ruang atas atap motorhome, dilengkapi panel solar sebesar meja makan kecil. Solar, seperti kita semua tahu, memberi kuasa tambahan untuk kegunaan dalam kabin. Kelengkapan solar ini sangat perlu, kerana Malaysia memiliki pancaran matahari yang kuat. Hal ini menjimatkan penggunaan elektrik tradisional. Sia-sia jika tidak mengaplikasikan sumber yang ada.
Motorhome dilengkapi beberapa bateri berprestasi tinggi. Ada dua bateri di bawah setiap kerusi pemandu dan penumpang. Sebuah lagi bateri di ruang enjin. Tidak pasti apa spesifikasinya, namun Encik Haffnee menerangkan ia bateri yang tahan lama.
Saya notis satu kelebihan kabin ini. Walau di bawah panas terik, kurang atau boleh dikata tiada rasa bahang panas di badan luar kabin. Saya yakin kerana material berbeza diguna pakai berbanding kereta biasa dari aluminium atau besi yang panas dan juga cat warna putih yang memantul panas bahang matahari.

Sekali lagi motorhome menarik perhatian pengunjung di pantai. Ramai datang bertanya dan bergambar kenangan. Saya tersenyum. Mereka tidak tahu saya cuma tumpang motorhome ini sahaja.
Berkemas kembali, semudah memasang perkakas bersantai, mudah juga kami mengemas masuk barangan tadi. Kami terus ke Klebang Coconut Shake Antarabangsa. Sekali lagi jalan sempit, namun tiada masalah untuk akses masuk dan parkir. Semuanya OK. Coconut shake sedap.
Kami meneruskan perjalanan seterusnya ke Tanjung Bidara Beach Resort, Melaka untuk berehat dan bermalam. Difahamkan, resort ini menyediakan kemudahan parkir motorhome, caravan dan campervan. Ada disediakan sumber kuasa bagi pengecasan elektrik kabin, pengisian air paip dan tandas awam bagi membersihkan sisa kumbahan.
Encik Haffnee berkata “Terdapat 5 caravan parks di Malaysia. Dua di Johor (KW Caravan Park di Pontian & Desaru Caravan Park) dan tiga lagi “motorhome-friendly resorts” seperti Tanjung Bidara Beach Melaka, Umang-umang Chalet Melaka & Natasya Riverside Resort yang menyediakan fasiliti parking, tandas untuk pembuangan sisa kumbahan.”
Bermalam dalam motorhome
Pengalaman bermalam dalam motorhome memang dinantikan. Setelah senja menutup tirai siang, suasana dalam motorhome lebih selesa dan privasi. Di ruang pemandu, hanya kelihatan lampu-lampu meter dan panel elektronik berwarna oren menyala. Di dalam kabin pula lain suasananya. Lampu kekuningan redup dipasang, terus mengingatkan saya pada keadaan dalam bilik hotel, cuma sedikit kecil. Selesa dan rileks. Jika ditutup terus lampu kabin dan mulakan perjalanan jauh pasti lebih seronok sambil menonton televisyen, bermain kad, saidina atau berbual-bual dan gelak ketawa dengan keluarga dan rakan. Rakan saya berangan pasti sempurna jika ada Playstation 4. Mungkin. Saya yakin, ini antara potensi utama untuk memiliki motorhome. Segalanya tentang waktu dan pengalaman yang menyeronokkan.

Di atas kepala pemandu, ada satu ruang tidur muat untuk dua dewasa. Luas. Ruang kerusi makan dan kerja diubah menjadi katil cukup untuk dua dewasa. Di bahagian belakang atas dan bawah pula, muat bagi seorang dewasa setiap katil. Kesemuanya cukup enam orang dewasa dalam suatu masa. Boleh juga menjadi lapan orang termasuk dua kerusi pemandu dan penumpang. Ini pendapat sayalah.


Menariknya dalam kabin ini, saya berasa selesa dan privasi walau ruang minimal. Saya tentukan samada memasang penghawa dingin kabin atau kipas biasa. Saya fikir, jika di Cameron atau Genting Highlands, pasti tidak perlu penghawa dingin. Ruang udara di bahagian atas memastikan udara masuk dan keluar. Setiap tingkap ada tirai privasi dan menghalang kemasukan nyamuk atau seranggana jika anda ingin membuka sedikit cermin tingkap pada malam atau siang hari.

Rumah dalam kereta
Saya sempat mandi dan masak dalam kabin. Masak ringkas sahaja. Kari kambing paket dan mee Maggi. Sekadar merasai pengalaman sebenar. Ringkasnya, memang macam dirumah. Dapur ada tiga ruang masak. Bukan guna tong gas kecil, tapi tong gas seperti di rumah! Dibawah dapur pula ruang untuk barbeku, sebelahnya sinki basuhan, ruang atas dan bawah kabinet dapur. Sebelah sinki, ada peti ais besar lengkap dengan ruang pembeku. Atas peti ais pula ada mesin ketuhar. OK. Semua lengkap. Saya tiada rungutan pada kabin setakat ini. Bilik mandi,saya rasa seperti dalam bilik mandi hotel! Selesa, mewah dan privasi. Pakaian saya digantung dalam almari di belakang kerusi penumpang. Saya anggar boleh muat 15-20 baju jika digantung. Luas bukan?
Kami ke Bandar Melaka pula. Sekali lagi melalui jalan kampung dan kemudian masuk kawasan padat trafik. Di tengah bandar bersejarah Melaka, jalan sempit dengan kenderaan parkir dikiri kanan jalan. Sekali lagi, motorhome tiada masalah melaluinya. Sekali lagi juga kami jadi perhatian di kawasan popular pengunjung.


Selesai sesi foto ringkas di bandr Melaka, kami bergegas untuk makan tengahari asam pedas Melaka Hajjah Rahmah di Bukit Katil. Sangat sedap sekali lagi sebab orang belanja. Dah kenyang, kami terus bergerak pulang ke Shah Alam.

Perjalanan pulang dalam keadaan hujan lebat. Berada dalam motorhome pada waktu ini memang mengujakan. Saya di ruang kabin bersama rakan foto, berbincang projek video, foto dan penulisan bakal kami hasilkan. Ruang meja penuh dengan kamera, laptop, handphone, GoPro dan alatan foto/video lain. Kami seperti dalam pejabat bergerak. Sambil melayari internet, dan mengemaskini beberapa kerja. Ada soket dan USB untuk mengecas barangan elektronik kami. Kami menggunakan Wi-Fi bergerak, namun saya yakin boleh dimuatkan Wi-Fi didalam kabin ini.

Menariknya, penggunaan bahan api motorhome ini pada kadar menjimatkan. Mungkin kerana menggunakan diesel. Dari hari pertama perjalanan, minyak pada paras penuh, dan pada waktu sampai semula ke Shah Alam, minyak pada bawah sedikit separuh tangki. Satu faktor kelebihan yang boleh diambil kira.
Ringkasnya, ini satu pengalaman baru. Saya andaikan mereka yang gemar aktiviti luar, pengembaraan, dan percutian dengan motorhome pasti ingin milik kenderaan ini. Alasan utama memiliki motorhome adalah pada nilai momen dan pengalaman bercuti bersama rakan mahupun keluarga. Selain itu, kemampuan motorhome menyediakan kemudahan seperti berada di rumah. Saya beruntung dapat merasai pengalaman menaiki motorhome secara percuma. Jika saya kaya, saya pasti beli satu!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
5 Universal Travel Socket Adapter Pilihan Libur Yang Anda Boleh Dapatkan Secara Online

Libur dah kongsikan kepada pembaca semua tentang jenis-jenis soket dinding yang ada di seluruh dunia dan siapa yang belum baca lagi artikel tersebut boleh search ‘Jom Ambil Tahu Jenis Soket Dinding Yang Ada Di Tempat Penginapan Di Seluruh Dunia‘ atau klik je dekat hyperlink yang Libur sediakan tu.
Jadi, memandangkan ada banyak jenis soket dinding, for sure ada banyak jenis plug juga kan? Libur terbayangkan satu situasi kalau kita travel cross country di Europe misalnya, tak kan kita nak kena bawa banyak jenis plug adapter?
Libur buat research berkenaan plug adapter yang best untuk travel dan entri ini Libur nak kongsikan kepada pembaca apa lima jenis plug adapter yang the best untuk pembaca boleh beli secara online.
Kriteria pemilihan Libur adalah travel adapter ini mesti compact dan mempunyai pelbagai socket adapter untuk memenuhi keperluan Libur travel all around the world. Jadi, pilihan pertama Libur adalah:
1. EPICKA Universal Travel Adapter

EPICKA Universal Travel Adapter ini mempunyai variasi plug yang pelbagai untuk kegunaan di 150 negara, sebahagiannya seperti Europe, UK, US, dan Australia. Travel adapter ni juga ada teknologi fast charging untuk empat USB port, satu USB TYPE C dan 1 AC Socket dan boleh cas 6 devices serentak dalam kadar yang laju berbanding travel adapter biasa.
2. Travel Smart All-In-One Adapter w/ USB Port

Travel adapter Travel Smart All-In-One Adapter w/ USB Port ini juga boleh digunakan di pelbagai negara seperti Africa, Asia, Australia, Caribbean, Europe, Fiji, Great Britain, Ireland, Middle East, New Zealand, Utara dan Selatan America dan mempunyai tiga plug outlets dan satu USB port untuk mengecas empat jenis devices serentak.
3. Monoprice Compact Cube Universal Travel Adapter

Monoprice Compact Cube Universal Travel Adapter ini akan memastikan anda boleh mengecas apa sahaja peralatan elektronik ke soket di mana-mana negara sekalipun. Ini kerana ia mempunyai plug binaan dalaman yang pelbagai dan boleh menyesuaikan plug dengan soket dinding di negara yang anda lawati seperti AS, UK, EU, Australia, dan China.
4. Syncwire 34W/6.8A 4-Port USB Wall Charger

Travel adapter Syncwire 34W/6.8A 4-Port USB Wall Charger ini juga memiliki teknologi fast charging dan boleh mengecas empat peralatan elektronik anda secara serentak kerana memiliki empat USB ports. Adapter ini turut memiliki Smart IC technology yang membekalkan kuasa elektrik ke peralatan elektronik anda dalam kadar optimum. Jadi, tak perlu risau akan berlakunya kejadian litar pintas yang mampu membuatkan peralatan anda kaput.
5. Travel Adapter, Worldwide All in One Universal Travel Adaptor Wall AC Power Plug Adapter

Travel Adapter, Worldwide All in One Universal Travel Adaptor Wall AC Power Plug Adapter ini low-cost punya dan tak ada brand tapi masih mampu memberikan anda kelegaan untuk mengecas beberapa peralatan serentak di beberapa buah negara dengan selamat. Brand ini tidak mempunyai teknologi untuk menukar arus voltan elektrik, that’s why harganya lebih mampu milik.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Lain Macam Sungai Warna Hijau! Lata Kolam Air Deru Ecopark, Bikin ‘Kaki Nature’ Jatuh Cinta

Terletak di kawasan Hutan Simpan Gunung Tebu, Hulu Besut, Terengganu, kecantikan dan keindahan persekitaran Lata Kolam Air Deru Ecopark ini bukan sahaja menarik kedatangan pengunjung tempatan, tetapi menjadi persinggahan penduduk luar yang mahukan kelainan dalam percutian mereka.
Tarikan utama pengunjung yang datang ke sini sudah semestinya kesegaran air sungai serta kawasan mandi-manda di kawasan air terjun yang jernih dan menyejukkan. Menariknya, di Lata Kolam Air Deru ini turut menyediakan pelbagai jenis penginapan untuk pengunjung yang ingin bermalam di sini. Di sini ada menyediakan kemudahan penginapan dari jenis cabin dorm, tube lodge, hammock, glamping dan juga perkhemahan.
Nak tahu apa lagi yang menarik di sini? Ini perkongsian daripada Mohd Nizam Zambari.
Saya berkesempatan untuk bawa anak-anak berkhemah di Lata Kolam Air Deru Ecopark, Jertih Terengganu sebelum MCO dikuatkuasa pada 18 Mac 2020. Tempat ini sungguh dekat dengan kampung Kerajaan Langit ‘Ayah Pin’ yg femes suatu ketika dulu. Kira korang akan lalu juga Kampung Batu 13 Ayah Pin ni. Dan sekiranya korang teringin nak ke ‘langit’ boleh la singgah disana.
Yang menarik disini, air sungai color hijau yang tak boleh langsung dibawa bincang. Jatuh cinta. Bangun tidur terus terjun jer dalam sungai. Terdapat 3 Pengkalan yang anda boleh datang lawat. Hanya Pengkalan Dua dan Pengkalan Suri dibenarkan untuk mandi manda. Pengkalan Raja tidak dibenarkan mandi kerana arus air yang merbahaya. Disini pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan selain dari mandi manda.
- Tarikh: 15 Mac 2020 – 17 Mac 2020 (Sehari sebelum MCO dikuatkuasa)
- Tempoh: 3hari 2malam
- Aktiviti lain ada: Rujuk gambar disediakan
- Tent type: Kami sewa jer disana, memandangkan perjalanan yang sangat jauh dan hanya berat kereta jer nak bawa..hehehe
Saya sertakan maklumat dan info berkaitan Lata Kolam Air Deru Ecopark
Review dari saya:
- TANDAS – 3 tandas, 3 bilik mandi. Tapi ada juga terdapat tandas disediakan disetiap Pengkalan.
- Plugpoint ada disediakan, akan dikenakan bayaran RM10 sehari. Mereka guna generator.
- Dapur dan sink – Dapur dan sink hanya terdapat di chalet yang boleh disewa. Kami hanya mengunakan pili air yang telah sedia ada dikawasan tersebut.
- BBQ pit juga ada disediakan di pondok yang telah siap dibina.
- Stream, pool – Sungai atau kolam air color ‘hulk’ yang sangat dekat dengan tapak khemah.
- Jarak tempat letak kereta juga dekat dengan kawasan khemah.
- Bayaran masuk: RM2 Dewasa / FOC untuk kanak-kanak. Dan percuma bagi kami, kerana bermalam disini.
- Compatible with campervan? Tak sure dan lupa nak bertanya plak.
- Phone Coverage? Celcom, Maxis, uMOBILE ok jer.
- Security/safety?Terdapat penjaga/pengawal yang akan mengawal campsite.
- Other activity? Rujuk gambar disediakan. Tapi yang sangat menarik adalah batu dinosour tu.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!































