Nampaknya kalau dahulu ke bulan nampak agak mustahil kerana hanya mereka yang benar-benar sihat dari segi mental dan fizikal sahaja terpilih meneroka angkasa lepas untuk tujuan penyelidikan. Malah nilai panggilan sebagai angkasawan pasti membuat insan yang terpilih berasa bangga.
Tapi di tahun 2021, nilai sebagai “angkasawan” itu sudah berubah kerana golongan kayangan boleh melancong ke angkasa lepas asalkan ada duit. Ini kerana selepas balik dari angkasa lepas, bilionair terkenal, Sir Richard Branson meluahkan hasrat untuk membina sebuah hotel di bulan untuk pelancongan penerokaan angkasa lepas.
Portal Evening Standard melaporkan beliau yang baru pulang melancong ke angkasa lepas menjangkakan lebih banyak penerokaan bersama Virgin Galactic di masa akan datang.
Ketika ini, kos bagi satu tiket penerbangan ke angkasa lepas dengan Virgin Galactic dianggarkan bernilai AS$250,000 (RM1.05 juta).
Ads
Impian mahu membina hotel di bulan itu akan diusahakan bersama anaknya kelak.
"Masih terlalu awal namun sama ada saya sendiri akan terbabit secara langsung dalam pembinaan hotel di bulan atau saya serahkan kepada anak-anak untuk melakukannya, ia bergantung kepada keadaan.
Ads
"Ia kedengaran seperti impian yang mengarut, tetapi perkara sama dikatakan mengenai pelancongan angkasa lepas dan saya baru sahaja melakukannya," kata Branson.
Branson berharap kewujudan lebih banyak roket dan kapal angkasa di masa depan akan mengurangkan kos penerbangan ke ruang galaksi itu.
Branson yang berlepas pada Ahad lalu menyifatkan ia 'detik penting' bagi jutawan itu dan juga seluruh industri ruang komersial.
Menceritakan pengalamannya, penerokaan itu lebih ekstrem daripada dibayangkan sebelum memuji penerbangan pertamanya sebagai terbaik.
"Ini adalah impian seumur hidup. Mimpi tidak sering berubah menjadi kenyataan dan sungguh indah, semua yang mungkin saya impikan akan berlaku," katanya. Sumber : Harian Metro
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Pada Belanjawan 2021 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyaksikan lebih RM100 juta diberikan untuk sektor pelancongan.
Antaranya:
1)
Namun begitu Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia melahirkan rasa kecewa dengan pembentangan Belanjawan 2021. Presidennya, Datuk Mohd Khalid Harun, mendakwa ia berikutan kerajaan hanya menyentuh beberapa sektor dalam industri pelancongan sahaja.
“Adakah peniaga dan penjaja PKS pelancongan yang terjejas hanya berlaku di Sabah? Bagaimana pula keadaan peniaga di Sarawak mahupun di Semenanjung? Mungkin di mata kerajaan, peniaga-peniaga selain di Sabah ini masih mengaut keuntungan pada ketika ini? Jadi kami tidak faham rasional kerajaan hanya menyalurkan Geran Khas Prihatin Tambahan sebanyak RM1,000 hanya di Sabah,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambah beliau, pihaknya kini hanya bergantung harap kepada Skim Pembiayaan Sektor Pelancongan PENJANA sebanyak RM1 bilion yang diumumkan Perdana Menteri pada Jun lalu, namun tetap tidak berpuas hati dengan penyampaiannya.
“Penggiat pelancongan berasa seperti dipermainkan oleh pihak institusi kewangan kerana selepas lima bulan diumumkan, hanya tiga peratus dana tersebut telah diluluskan permohonannya. Sebab itu kami mengesyorkan supaya Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk menguruskan dana tersebut kerana MOTAC lebih memahami keadaan penggiat pelancongan ketika ini,” ujarnya.
Mereka juga kecewa kerana harapan kerajaan dapat memberikan penyelesaian terhadap pinjaman kenderaan oleh pengusaha bas persiaran yang ditekan oleh syarikat pemberian kredit, tidak kesampaian.
“Bas-bas semuanya tidak dapat beroperasi dan memungkinkan mereka menjadi bankrap. Bukannya kena menunggu untuk penggubalan Akta Kredit Pengguna yang kita tidak tahu bila akan dibahas dan digazetkan. Inilah membuatkan kami sangat kecewa dengan Belanjawan 2021 kerana besar kemungkinan (sebahagian besar) daripada 3.6 juta tenaga kerja di dalam sektor pelancongan bakal hilang mata pencarian,” jelasnya lagi.
Bagaimanapun Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia mengucapkan terima kasih kerana kerajaan menyediakan peruntukan latihan kepada kakitangan syarikat penerbangan, namun mempersoalkan nasib kakitangan hotel yang terpaksa dihentikan operasi.
2)
Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia juga turut menyatakan kekecewaan dengan Bajet2021 yang dibentangkan semalam kerana kebajikan pemain industri pelancongan negara seolah-olah tidak dilihat..
Sebelum wabak COVID-19 melanda negara, pelancongan adalah sektor penting yang menyumbang kepada pendapatan negara. Bagaimanapun ketika ini, pemain industri pelancongan tenat dengan kebanyakannya menunggu masa untuk gulung tikar
Pengerusi Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia, Datuk Seri Razali Mohd Sham, berharap kerajaan membuka semula sempadan antarabangsa memandangkan kebanyakan ahlinya hilang punca pendapatan sejak Februari lalu.
Kami merayu kepada kerajaan untuk membuka pintu sempadan antarabangsa kepada jemaah Malaysia bagi mengerjakan ibadat umrah dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat mulai 1 Januari 2021 selepas berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada 31 Disember 2020 ini.
Mereka juga mencadangkan kerajaan membenarkan pelancong dari negara hijau untuk melawat Malaysia dengan SOP ketat seperti kuarantin 14 hari sebaik tiba serta mewajibkan insuran perjalanan. Beliau turut berkata, satu-satunya harapan pemain industri pelancongan adalah melalui skim di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diumumkan Jun lalu.
“Bagaimanapun ahli kami merasa seperti dipersendakan oleh institusi kewangan kerana selepas lima bulan diumumkan, hanya tiga peratus daripada dana berkenaan yang diluluskan. Ada di antara ahli PAPUH yang mengusahakan kenderaan pelancongan amat terkesan pada masa ini yang mana rata-rata menggunakan khidmat syarikat kredit untuk pinjaman. Syarikat ini ini tidak membantu langsung dalam penyusunan semula jadual pembayaran balik pinjaman dalam keadaan yang sukar sekarang,” katanya.
image via pexels.com & google image | Sumber: Sinar Harian | Astroawani |Bernama | BHOnline
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sejak kerajaan Thailand memberikan kelonggoran bagi memasuki sempadan, dah ramai yang ambil peluang untuk bercuti dan juga melawat sanak saudara yang berada di sana.
Begitu juga dengan pengguna Facebook Kyra Shakira yang tidak lepaskan peluang untuk melawat sanak saudara di Tanyong Po yang terletak di Wilayah Satun, Thailand.
Menurut Kyra kampungnya itu terletak di Utara Thailand yang mana kebanyakkan penduduk di situ boleh berbahasa Melayu dengan baik selain kebanyakkan penduduk merupakan orang Islam.
Terletak di tepi pantai, selain kampungnya yang menjadi tumpuan pelancong dari Malaysia, Pak Bara dan juga Koh Lipe antara tumpuan pelancong jika masuk ke Thailand menerusi sempadan Wang Kelian.
Sebelum masuk merentasi sempadan, Kyra sempat bertanya keadaan dan SOP yang perlu dilalui menerusi laman Facebook Backpackers Buddies Malaysia (BBM). Mendapat banyak respon dan info, dia dan keluarga baru sahaja pulang dari Thailand pada Ahad lepas dan turut berkongsi maklumat bagaimana proses untuk memasuki Thailand pada masa kini.
Di celah kesibukan bandar Ampang yang pesat membangun, sebuah ruang seni bernama HARTA kini membuka jendela kepada sebuah perjalanan yang jauh lebih mendalam daripada sekadar pengalaman visual.
Melalui pameran HIKAYAT oleh Noor ‘Aishah Abdul Rahman (Noura AR), pengunjung bukan sahaja dibawa melihat karya seni, tetapi turut diajak menelusuri kisah hidup, emosi dan pencarian spiritual seorang seniman wanita yang kembali mewarnai dunia seni kontemporari tanah air.
Berlangsung dari 3 hingga 31 Mac 2026, pameran ini memberi peluang kepada pencinta seni serta pelancong yang gemar meneroka sisi budaya Malaysia untuk merasai pengalaman yang lebih intim dan reflektif.
Dalam dunia pelancongan, lokasi seperti ini sering dianggap sebagai permata tersembunyi yang direalisasikan menerusi ruang seni yang menyimpan cerita besar tentang manusia, kehidupan dan perjalanan jiwa.
HIKAYAT menampilkan karya autobiografi oleh Noura AR yang kembali ke dunia seni dengan siri lukisan yang lahir daripada pengalaman hidupnya sendiri.
Setiap kanvas seakan menjadi helaian dalam sebuah kitab kehidupan, merakam memori, ujian, kehilangan serta harapan yang membentuk perjalanan seorang insan.
Menurut Noura AR, HIKAYAT merupakan “a performance of voices and stories”, sebuah terjemahan memori dan sejarah hidup melalui gerak tangan, lapisan warna serta elemen alam.
Dari satu karya ke satu karya, pengunjung bakal merasakan suara hati yang berbicara tentang kegembiraan, harapan, ketakutan, keresahan serta kekuatan jiwa yang sering tersembunyi di sebalik kehidupan seharian.
Pengalaman berjalan di ruang galeri ini terasa seperti menelusuri sebuah kisah yang diceritakan tanpa kata-kata.
Ada lukisan yang penuh warna cerah, menggambarkan detik kegembiraan, manakala sebahagiannya tampil dengan nada yang lebih gelap dan mendalam yang melambangkan luka, kehilangan dan proses bangkit semula.
Lebih menarik, pameran ini tidak sekadar berdiri sebagai karya seni visual, tetapi juga sebagai refleksi spiritual. Bagi Noura AR, setiap karya adalah simbol perjalanan manusia menuju Pencipta sebagai sebuah proses penyerahan diri, muhasabah dan pencarian makna kehidupan yang lebih hakiki.
Bagi pengembara yang gemar menyelitkan pengalaman seni dan budaya dalam jadual perjalanan mereka, HIKAYAT menawarkan sesuatu yang berbeza.
Lawatan ke galeri ini boleh menjadi persinggahan yang tenang di tengah hiruk-pikuk kota, memberi ruang untuk menikmati seni sambil merenung kisah hidup yang diterjemahkan melalui warna dan tekstur.
Pameran HIKAYAT oleh Noura AR berlangsung di HARTA, Level 1, Lot 93–95 Lorong Memanda 2, Ampang, Selangor, dan dibuka kepada pengunjung setiap Selasa hingga Ahad dari jam 10 pagi hingga 4.30 petang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bayangkan berjalan di tengah kota Havana, kemudian sebuah Chevrolet berwarna merah terang meluncur di hadapan anda. Tidak lama kemudian muncul pula Cadillac, Ford dan...