Walaupun anda sudah memiliki visa pelancong, jangan ingat anda akan selamat untuk masuk ke bumi kanggaru dengan mudah.
Penguatkuasa Australia berhak bertanya anda di lapangan terbang apa tujuan kedatangan, berapa banyak wang yang dibawa, apa barang yang ada dalam beg, alamat di Australia, berapa lama tinggal dan tiket balik ada atau tidak.
Jika mereka ada syak wasangka terhadap barang yang di bawa atau niat kedatangan anda, mereka berhak untuk menghantar balik. Sebelum itu, kerajaan Australia akan menempatkan pesalah di pusat tahanan imigresen sebelum dihantar melalui penerbangan seterusnya atau keesokannya.
Pelancong Malaysia dilaporkan semakin sukar untuk memasuki Australia ekoran ramai rakyat negara ini datang ke negara itu untuk bekerja sebagai pengutip buah haram terutama pada musim memetik buah.. Ramai rakyat Malaysia dihalang daripada menaiki pesawat walaupun mempunyai visa pelancong yang sah.
Ads
Oleh itu pelawat dan pelancong ke Australia yang gagal untuk ‘declare’ sesetengah barangan atau barang larangan berkemungkinan besar akan menyebabkan tempoh visa akan dipendekkan atau dibatalkan terus.
Sebelum buat perancangan untuk melancong ke Australia, ataupun ada perancangan ke Australia selepas ini, pastikan anda fahamkan undang-undang terbaru yang diperkenalkan. Boleh baca di laman sesawang Australian Border Force
Barang Yang Boleh & Tidak Boleh Di Bawa Masuk
Makanan
Undang-undang keselamatan Bio Australia sangat ketat dan sesetengah masakan dan makanan luar termasuk dalam senarai. Selain makanan, antara yang terlibat dan dinyatakan dalam undang-undang baru ini adalah barangan melibatkan tanaman, dan produk berasaskan haiwan.
Ads
Makanan atau bahan untuk memasak perlu dinyatakan dalam Incoming Passenger Card yang akan diberikan dalam kapal terbang. Tiada jalan pintas, anda perlu tulis setiap jenis makanan yang di bawa satu per satu.
Penguatkuasa mereka dan dibantu oleh anjing pengesan akan memeriksa satu per satu barang yang di bawa sebagai mana yang telah anda nyatakan. Awas jika anda tidak jelaskan atau declare produk-produk tertentu.
Ads
Antara makanan yang boleh dibawa adalah kopi, biskut, kek, roti, coklat, maple syrup dan minyak manakala pengujung perlu declare jika membawa teh, rempah, jeruk, beras, kekacang dan produk tenusu. Makanan dari kapal terbang dilarang untuk di bawa turun.
Ubat – Ubatan
Semua jenis ubat untuk kegunaan sendiri adalah dibenarkan dengan syarat ada surat ataupun salinan deskripsi ubat tersebut dalam bahasa Inggeris daripada doktor yang menyatakan ubat tersebut diberikan untuk merawat penyakit dan pastikan bekalan ubatan yang dibawa adalah tidak melebihi 3 bulan. Ubat-ubatan sebaiknya dikekalkan dalam bungkusan asal dan declare.
Tanaman, Bunga Dan Biji
Pokok hidup tidak dibenarkan sama sekali untuk di bawa masuk ke Australia dari lapangan terbang. Namun jika anda mempunyai dokumen import yang sah dari Department of Agriculture and Water Resources kebarangkalian untuk di benarkan bawa masuk adalah tinggi.
Barangan Perayaan
Ramai antara pengunjung yang datang ke Australia untuk merayakan perayaan tertentu seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali atau Hari Natal bersama keluarga atau sahabat yang menetap atau belajar di sana. Ada yang ingin membawa kekacang, lampu pelita, dekorasi perayaan atau apa sahaja. Anda perlu jelaskan dengan terperinci barang-barang tersebut. Namun ulam segar, rendang, kuah kari, ketupat, produk tenusu adalah dilarang sama sekali.
Buat anda yang berfikiran inovatif ke arah memperkukuh sektor pelancongan domestik, inilah masanya rebut peluang memenangi hadiah yang menarik. Jabatan Pembangunan Industri, Tourism Selangor kini menganjurkan Pertandingan Pitching Pelan Pemulihan Sektor Pelancongan Domestik Negeri Selangor.
Pelan Pemulihan ini adalah bertujuan untuk menyemarakkan semula sektor pelancongan domestik di Negeri Selangor melalui pendekatan yang efektif berdasarkan norma baharu atau melalui inisiatif yang menjurus ke arah mengatasi impak dari pandemik Covid-19. Kertas Kerja atau pitching tersebut haruslah memberi tumpuan kepada salah satu daripada tiga kategori ini; “Kreatif dan Inovasi Pelancongan”, “Kelangsungan Pelancongan atau Sustainable Tourism” atau “Digitalisasi Pelancongan”.
Persiapan dan perancangan yang teratur amatlah penting dalam menentukan hala tuju industri pelancongan kerana pandemik ini dijangka akan memberi kesan kepada semua sehingga tahun 2022; atau sehingga sekurang-kurangnya 80% dari populasi penduduk Malaysia telah menerima dos vaksin Covid-19.
Pertandingan pitching ini juga membuka ruang kepada penggiat industri pelancongan dan seluruh masyarakat untuk tampil dengan idea-idea menarik dalam mengekalkan kelangsungan industri ini terutamanya di Negeri Selangor.
TAWARAN HADIAH MENARIK!
Kertas kerja atau pitching ini boleh disampaikan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris dan perlu merangkumi aspek dalam mengembalikan keyakinan rakyat dan pelancong untuk melancong ke Negeri Selangor, serta menjadikan Negeri ini sebagai destinasi pelancongan utama di Malaysia.
Pertandingan yang bermula pada 14 Jun dan akan berakhir pada 31 Julai ini menyasarkan sekurang-kurangnya 50 penyertaan daripada orang ramai, penggiat industri pelancongan, Non-Profit Organizations (NGO), Persatuan, Universiti dan Kolej, Pemandu Pelancong Berdaftar dan Hos Komuniti Setempat.
Sebanyak 30 kertas kerja akan dipilih untuk disenarai-pendek pada bulan Ogos ini, dan pada bulan September, 20 kertas kerja dari jumlah ini akan diumumkan sebagai salah sebuah pemenang dari 10 pemenang kategori utama dan 10 kategori saguhati.
Ya, benar. Tourism Selangor menawarkan sebanyak 20 hadiah kemenangan berupa Geran Projek bernilai RM 150,000 untuk pertandingan ini! 10 pemenang utama akan membawa pulang Geran Projek bernilai RM 10,000 setiap seorang, manakala 10 pemenang saguhati pula akan membawa pulang Geran Projek bernilai RM 5,000 setiap seorang. Para pemenang juga turut berpeluang membentangkan hasil Projek mereka di Tourism Selangor Global Convention 2021 yang akan dianjurkan pada bulan November ini.
Jangan tunggu lagi dan usah lepaskan peluang ini! Untuk informasi lanjut mengenai pertandingan, peraturan dan borang penyertaan, sila layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di www.selangor.travel. Anda juga boleh menghantar e-mel keindustrial@tourismselangor.my, atau menghubungi pegawai Tourism Selangor; Encik Mohd Izzul Izzat di talian 6016-207 6972 atau Cik Ng Yik Thim di talian 6011-6366 8098.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Selalunya kalau ada cuti peristiwa, ramai pekerja yang merancang bercuti panjang. Maka mereka akan cuba menyusun sebaik mungkin cuti yang diperolehi dengan baik. Mana tidaknya, percutian akan lebih seronok kerana masa yang diambil untuk berehat atau meluangkan masa bersama yang tersayang lebih panjang.
Namun kadangkala perancangan untuk bercuti yang anda buat tidak ‘menjadi’ disebabkan tuntutan kerja. Tiba-tiba sahaja nama naik dan terpaksa berkerja luar kawasan atau menggantikan rakan sekerja yang mempunyai hal kecemasan ketika cuti tersebut. Tidak mengapalah! Anggap sahaja kerja tersebut adalah ibadah.
Namun harus diigatkan, apa hak anda sebagai pekerja sebetulnya jika perlu bertugas pada hari cuti peristiwa! Apa pun, semak terlebih dahulu kontrak atau tawaran kerja dengan majikan yang telah anda persetujui. Lain bidang pekerjaan, kemungkinan lain hak yang diperolehi!
Perkongsian daripada individu ini mungkin boleh jadikan rujukan atau info berguna.
Libur tahu ada yang selitkan sikit pek makanan dalam beg diorang bila pergi travel dan ada juga yang tak. Ada sorang kawan Libur ni, kalau setiap kali pergi travel dengan dia, mesti Libur lepak sekali. Sebab dalam beg dia ada macam-macam kudapan. Sepanjang jalan tu mulut asyik mengunyah makan, haha.
Mana yang tak bawa macam Libur dulu-dulu, mengendeng la dekat kawan Libur ni. Kita menumpang rezeki sekali la dengan apa yang dia ada. Tapi itu dulu-dulu la. Sekarang Libur dah bawa pek makan sendiri setiap kali pergi travel. Tak banyak, tapi cukup la nak alas perut sebelum sampai ke restoran atau nak buat kunyah-kunyah sepanjang perjalanan.
Tip untuk anda diluar sana yang nak tapau makan dalam beg, Libur nasihatkan jangan bawa makanan yang berkuah. Senang kata jangan bawa makanan yang leceh untuk disediakan dan boleh cepat basi. Contoh macam bawa nasi lemak, bihun, lontong. Kita nak pergi travel tuan-tuan dan puan-puan, bukan nak pergi picnic. Haha.
Bawa makanan yang kering, mudah, dan cepat. Tak ada makanan yang betul-betul mengenyangkan pun tak apa. Bawa kudapan ni nak alas perut sahaja sebelum sampai ke destinasi. Bila dah sampai destinasi nanti, baru la kita cari restoran untuk makan makanan yang sedap-sedap.
Sebagai contoh, Libur tunjukkan kepada anda:
p/s: produk ni tak berbayar ya. Libur tak buat pengiklanan di sini. Semua gambar ni hanya nak beri contoh kepada pembaca setia Libur sahaja.
Pocky ni sedap ratah dalam kenderaan. Teringat Libur naik train dari Beaufort ke Tenom, Sabah. Duduk tepi tingkap sambil layan Pocky. Fuh.. Layann..Kacang Ngan Yin ni best time gosip. Pstt..pstt..psstt..Biskut oat. Ni wajib bawa sebab penyelamat daripada kebuluran. Boleh alas perut kalau betul-betul lapar.Meggi cup ni Libur bawa sebab bila malam kadang-kadang lapar. Kalau kedai makan tutup tak ada la tidur perut kosong sangat. Atleast ada la meggi boleh belasah.Nescafe. Kalau lepak chalet tepi pantai, ada beranda. Pekena secawan nescafe panas sambil menghadap laut. Pergh!Milo ni Libur prefer time hujan atau lepas hujan. Sejuk-sejuk tu dapat milo panas, duduk tepi tingkap sambil tengok gelagat masyarakat di negara orang.Lot100 ni Libur tak makan sangat sebab gula kan. Tapi saja standby, kot loya tekak ke apa, ada benda manis nak kunyah. Tak akan loya tekak nak kunyah biskut oat kan? Tak kena betul rasanya. Haha.
Itu antara barang-barang yang Libur pek sekali dalam beg setiap kali pergi travel. Nampak barang-barang tu macam besar, tapi boleh je nak salin dalam packaging kecil-kecil. Contoh macam nescafe dan milo tu kan, satu plastik tu ada beberapa stik kecil-kecil. Muat je nak masukkan dalam beg.
Ada banyak lagi pilihan kalau nak bawa kudapan dalam trip. Ikut kesesuaian dan kreativiti kita untuk mempelbagaikan jenis kudapan.Tu dia pilihan biskut kalau nak bawa sekali pergi travel. Jangan la borong habis satu pasaraya. Bawa la sekadar mencukupi untuk keperluan trip kita. Sebab nanti takut membazir pula.Nak bawa kit kat pun okay tapi kit kat ni kecil-kecil sangat. Celah gigi Libur je. Sekali ngap terus habis. Haha.Oreo juga antara kegemaran. Bawa yang pek pendek-pendek tu cukup. Tak perlu yang panjang-panjang. Ada dalam satu dua pek jadi la. Bukan nak makan sampai kenyang pun.Biskut tiger ni Libur bawa kalau dalam trip ada budak-budak. Diorang suka makan biskut tiger sebab rasa dia manis-manis sikit. Best bagi makan budak-budak ni. Rasa puas bila tengok diorang happy. Hehe.Kalau trip naik gunung Libur akan gantikan kit kat dengan cloud 9 ni. Cokelat membantu untuk bagi kita energy sikit nak naik gunung. Buka pek kecil-kecil tu, selit celah-celah begpack.Ada yang suka bawa jajan. Tapi untuk Libur secara peribadinya, Libur tak berapa suka jajan. Tapi boleh bawa, tak ada masalah.Yang ni geng-geng perempuan Libur suka bawa. Ketagih sangat diorang makan kek apollo ni. Tapi kalau diorang bawa, Libur ngendeng juga.. Haha.
Itu antara beberapa barang kudapan makanan yang Libur bawa sewaktu travel. Macam Libur cakap tadi, ada banyak lagi pilihan lain. Bergantung kepada anda untuk mempelbagaikan jenis apa yang anda nak bawa. Dan lagi satu tip: bawa kudapan ni mampu untuk menceriakan sesuatu trip. Perut yang berisi mampu menceriakan hati. Tak percaya? Cuba lah.
Sekian rujukan travel dan percutian anda. Selamat bercuti.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...