Oleh kerana pintu sempadan masih belum dibuka, kebanyakan daripada kita mengambil kesempatan bercuti dalam negeri sahaja.
Dan biasanya destinasi yang sering jadi pilihan adalah Pulau Langkawi. Keindahan serta beberapa lokasi menarik di pulau legenda ini menjadi tarikan untuk pengunjung datang ke sini, terutama bagi pengantin baru.
Misalnya pasangan selebriti popular Neelofa dan suami memilih Pulau Langkawi sebagai destinasi berbulan madu selain menguruskan urusan kerja di sini.
Jadi kepada pengantin baru yang tidak tahu ke mana mahu dituju, boleh ikut itinerary 4 hari 3 malam sepanjang berbulan madu ke sana seperti perkongsian Muhammad Syahredzuan dari Grup Backpackers Buddies Malaysia
LANGKAWI (HONEYMOON TRIP)
DAY 1 – Check in Alia Residence – Paddy field, Kampung Bawah – Hafiz rojak – Pantai Kok for sunset
DAY 2 – Mangrove tour at Geopark Forest – Pantai Tanjung Rhu – Check in Vivanta Resort, Rebak Island
DAY 3 – Nasi Dagang Pak Malau – Pantai Pasir Tengkorak – Teluk Datai – Air Terjun Temurun – Check in Lavigo Resort – Pantai Cenang for nightlife
Ads
DAY 4 – Nasi lemak 5A, Pantai Tengah – Cable car – Check in Dash resort
DAY 5 – Kak Yan Nasi Campur – Hj ismail group – Check in Cassa Kaseh Guesthouse – Sunset cruise by wise lee – Pantai Cenang for nightlife
ADDITIONAL INFO/ REVIEW HOTEL
1. Alia Residence: Dekat dengan airport dan pantai cenang. Sesuai untuk family/ anak2 kecil sebab ada pool yang luas dan ada access direct to the beach.
2. Vivanta resort, Rebak Island: Sesuai untuk honeymoon. Superb view dengan pemandangan yatch park at the dock. Perlu beli makanan dari luar (cenang etc.) kalau tak ambil pakej dinner. Boat transfer dari jeti Cenang ke Vivanta adalah free dan waktu boat transfer mengikut waktu yang telah ditetapkan.
Ads
3. Lavigo Resort, Pantai Cenang: Harga berpatutan dengan lokasi yang dekat dengan Pantai Cenang. Hotel baru dengan bilik luas dan selesa pada harga RM100/night.
4. Dash Resort, Pantai Tengah: One of the best hotel in langkawi. View, entertainment, vibes was perfect. Swimming pool open for public with rm35/ day starting 11.00am until 9.00pm. For weekend, bbq night provided (fresh lobster, lamb grill etc) free-flow rm150/pax inc fire show.
5. Cassa Kaseh Guesthouse: Dekat dengan pantai cenang dan airport. Kawasan hotel and bilik bersih. Affordable price RM54/night.
KERETA SEWA: – Axia RM60/ day + minyak RM30/ 5 days – 012 4020038 (Kak Sofea) – 017 5571251 (carreta.sewa sdn bhd)
Ads
SUNSET CRUISE: Aktiviti yang paling awesome dan wajib kalau datang Langkawi. Harga berbeza bergantung pada jenis boat/ pakej yang ditawarkan (RM69-RM150) – 012 5756888 (Lee)
Kepada peminat Kdrama pastinya selalu melihat scene pelakon kegemaran menikmati aiskrim yang popular di sana setinggi 32cm.
Aiskrim yang sangat popular di Myeongdong Korea ini hanya boleh dinikmati di kedai bernama 32 Parfait.
Dan tidak lama lagi penggemar aiskrim ini di Malaysia boleh menikmatinya kerana bakal membuka outlet pertamanya di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Seperti namanya, aiskrim setinggi 32cm ni menjadi sensasi hangat dalam kalangan peminat dessert kerana ketinggiannya yang unik.
Difahamkan juga, 32 Parfait di Malaysia akan membawakan pelbagai jenis perisa iaitu coklat, vanila, vanila coklat, strawberi, manga, teh hijau dan juga yogurtblue. Pastinya penggemar aiskrim tidak akan melepaskan peluang untuk nikmati aiskrim bersaiz tiga kali ganda saiz aiskrim biasa.
Sudah tentunya ramai yang tidak sabar untuk menikmati aiskrim viral ini lebih-lebih lagi dalam cuaca panas sekarang.
Untuk pengetahuan 32 Parfait bakal dibuka di Lot 10, Bukit Bintang, berseberangan dengan restoran DON DON DONKI.
Namun begitu outlet ini masih dalam proses pengubahsuaian dan akan beroperasi tidak lama lagi.
Bagi peminat aiskrim dan Kdrama, diharap bersama menantikan pembukaan outlet pertama 32 Parfait ini di Malaysia.
Kapal terbang merupakan alat pengangkutan udara moden yang tidak dibincangkan berkenaan hukum-hakam berkaitannya oleh para fuqaha terdahulu. Akan tetapi, ia tetap tidak terkeluar dari sifatnya yang merupakan sebuah alat pengangkutan yang mana telah terdapatnya perbincangan mengenai hukum-hakam berkaitannya yang telah disebut oleh para fuqaha seperti hukum solat di atas unta, sampan atau kapal, dan sebagainya. Dalam edisi kali ini, kami di Bayan Linnas akan cuba memberikan penjelasan berkenaan suatu isu iaitu solat di atas kapal terbang serta hukum-hakam yang berkaitan.
Dalam menghuraikan isu ini dengan lebih lanjut, kami akan membahagikannya kepada beberapa isi penting.
PERTAMA: MASA PERLEPASAN Di antara perkara yang diambil kira dalam isu ini ialah masa pergerakan seseorang dari satu destinasi ke destinasi yang lain dengan menggunakan kapal terbang.
Sebagai contoh: Seseorang yang ingin menunaikan umrah ke Arab Saudi dari Malaysia dengan menaiki kapal terbang. Masa perlepasannya dari KLIA ke Jeddah adalah pada pukul 3 petang waktu Malaysia. Justeru, cara yang lebih mudah untuk dirinya dalam hal ini adalah dengan menunaikan solat jamak qasar secara taqdim zohor dan juga asar di airport KLIA.
Contoh lain: Jika seseorang berada di atas kapal terbang dalam keadaan waktu solat masih belum masuk dan waktu perlepasannya adalah dari Jeddah menuju ke Malaysia pada pukul 10 malam waktu Arab Saudi. Maka dalam hal ini, solat Maghrib dan Isyak boleh dilakukan secara jamak di airport Jeddah. Solat Subuh pula dilakukan di dalam perjalanan iaitu ketika berada di atas kapal terbang. Manakala solat zohor dan asar pula boleh dilakukan secara jamak di airport KLIA.
KEDUA: MASUK WAKTU SOLAT Cara untuk kita mengetahui masuknya waktu solat adalah melalui pengumuman yang dibuat oleh pramugara atau krew kapal terbang. Jika tiada pengumuman, kita boleh bertanyakan kepada mereka tentang waktu tempatan di kawasan yang sedang dilalui oleh kapal terbang. Saya juga mengesyorkan agar kita mencari alternatif lain seperti menggunakan jam yang mempunyai masa tempatan khususnya waktu solat seperti al-fajr dan lain-lain.
KETIGA: PENENTUAN ARAH KIBLAT Dalam hal ini, amatlah perlu bagi seseorang untuk menghadap ke arah kiblat ketika hendak menunaikan solat. Ini kerana, menghadap ke arah kiblat merupakan syarat sah bagi solat. Ia berdasarkan firman Allah S.W.T:
فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ المَسْجِدِ الحَرَام
Maksudnya: Maka palingkanlah wajah kamu menghadap ke arah Masjid al-Haram.
Surah al-Baqarah (144)
Kata al-Imam al-Qurthubi ketika menafsirkan ayat ini: Palingkanlah urusan wajah kamu menghadap ke arah sudut Masjid al-Haram iaitu ka’abah. Lihat al-Jaamik Li Ahkam al-Quran, al-Qurthubi (2/148).
Namun ianya dikecualikan jika terdapat keuzuran untuk menghadap ke arah kiblat maka dibolehkan untuk menghadap arah yang paling hampir dengan kiblat. Namun jika ini juga tidak dapat dilakukan, maka saya syorkan agar solat tersebut diulang semula (i’adah) ataupun qadha sebaik sahaja sampai ke destinasi.
KEEMPAT: CARA MENGAMBIL WUDHUK Di antara perkara yang perlu kita raikan ketika menaiki kapal terbang adalah sifat kapal terbang itu sendiri serta mematuhi peraturan penggunaan air dalam kapal terbang terutamanya dalam perjalanan jarak jauh. Saya mengesyorkan agar penggunaan air dilakukan dengan seminima mungkin sama ada dengan cara yang diajarkan oleh pihak Lembaga Tabung Haji iaitu dengan menggunakan spray dan menyapu keseluruhan muka ataupun dengan menggunakan air dengan sedikit. Seperti membasuh anggota wuduk dengan sekali basuhan sahaja.
KELIMA: TAYAMMUM Pada pendapat kami, adalah tidak sesuai untuk menggunakan tayammum di atas kapal terbang sementelahan lagi dengan pasir yang dibawa ke dalam kapal terbang. Manakala, berkenaan isu melekapkan tangan ke dinding atau tingkap kapal terbang untuk bertayammum, saya lebih cenderung mengatakan bahawa ia tidak menepati syarat sebenar wujudnya debu dan tanah pada dinding tersebut. Firman Allah S.W.T:
فَتَيَمَّمُواْ صَعِيدٗا طَيِّبٗا
Maksudnya: Maka bertayammumlah kalian dengan debu yang bersih
Surah al-Maidah (6)
Kata al-Imam al-Syanqithi rahimahullah ketika menafsirkan ayat ini: Menjadi ketetapan ketika tayammum adalah pada pasir yang mempunyai debu yang boleh melekat di tangan. Inilah pendapat Imam al-Syafie dan juga Imam Ahmad. Rujuk Tafsir Adhwa’ al-Bayan (1/354)
KEENAM: CARA SOLAT DI ATAS KAPAL TERBANG Dalam hal ini, kita hendaklah melihat kepada dua keadaan:
1- Kapal terbang yang mempunyai keluasan besar seperti Boeing 747, 757, 777, Airbus, dan seumpamanya. Justeru, jika terdapat ruangan untuk bersolat seperti kawasan yang berhampiran dengan tempat duduk pramugara, atau tempat hidangan makanan, maka pilihlah untuk bersolat di kawasan tersebut. Ini kerana, lebih banyak rukun fi’liyyah yang dapat kita lakukan dengan cara ini.
2- Sebaliknya, jika kapal terbang yang dinaiki itu bersaiz kecil seperti Boeing 737 dan seumpamanya dengan kapasiti penumpang yang padat serta tidak memungkinkan seseorang itu untuk berdiri bagi menunaikan solat maka dibolehkan untuk dia solat di tempat duduknya. Akan tetapi, terdapat beberapa keadaan yang perlu untuk diraikan. Antaranya:
(Surah al-Taghabun: 16)
KETUJUH: SOLAT HORMAT WAKTU Solat hormat waktu adalah solat yang dilakukan dalam keadaan berhadas (kerana tiada air untuk berwuduk atau tiada tanah untuk bertayamum) dan juga solat yang tidak dapat menghadap kiblat.
Solat ini wajib di qadha semula setelah beroleh air atau tanah ataupun dapat menghadap kiblat. Kita juga boleh mengqada solat hormat waktu ini secara jamak ataupun qasar dengan syarat kita masih berada dalam keadaan musafir.
Apabila kita telah kembali ke tempat asal maka solat hormat waktu mestilah di qada secara sempurna. Jika ditakdirkan kita meninggal semasa musafir dan kita masih belum mendapatkan air untuk berwuduk atau tanah untuk bertayamum bagi mengqada solat, maka memadai solat menghormati itu telah diterima Allah SWT.
Sebaliknya jika kita berpeluang untuk mengqada solat hormat waktu ini setelah adanya air atau tanah, tetapi kita masih melengah-lengahkannya maka kita dikira berdosa.
Aisyah menceritakan bahawasanya beliau telah meminjam daripada Asma’ seutas rantai, lalu ia hilang. Maka Rasulullah SAW menghantar beberapa orang sahabat baginda untuk mencarinya.
Lalu tiba waktu solat, dan mereka pun solat tanpa wuduk. Apabila mereka mendatangi Nabi SAW, mereka mengadu hal tersebut, lalu turunlah ayat pensyariatan tayammum.
Pendapat ulama:
Al-Hafiz Al-Iraqi (725-806 H.) menyatakan bahawa terdapat empat pendapat daripada fuqaha mazhab Al-Syafie berhubung solat tanpa taharah.
Pendapat yang paling sahih di sisi ulama mazhab (Al-Syafie) ialah: Wajib solat kerana menghormati waktu dan wajib mengulanginya jika mampu melakukan salah satu daripadanya (wuduk atau tayamum).
Ada juga pendapat wajib solat dan tidak wajib mengulanginya. Ini adalah pilihan Al-Muzani. Kata Abu Thaur: Inilah yang menepati qiyas dan ia disebut oleh Ibnu Abd Al-Barr daripada sebilangan fuqaha.
Imam Al-Nawawi berkata: “Sesungguhnya ia adalah pendapat yang paling kuat dalilnya dan pendapat ini dikukuhkan oleh hadis ini iaitu mereka (para sahabat) solat tanpa wuduk sebelum turun ayat tayamum dan tidak dinukilkan bahawa Nabi SAW mengarahkan mereka untuk mengulanginya.”
KELAPAN: PERI PENTING DAN KEDUDUKAN SOLAT Secara mutlak, solat merupakan ibadah badaniyah yang paling utama. Ini berdasarkan peristiwa seorang lelaki telah bertanya Nabi SAW tentang amalan yang afdhal.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Solat. Dia terus bertanya: Kemudian apa pula ? Nabi bersabda: Kemudian solat. Dia bertanya lagi: Kemudian apa? Baginda bersabda: Solat. Baginda telah mengulangi jawapan solat sebanyak tiga kali.
(Riwayat Ibnu Hibban)
Menebus dosa
Dalam kitab Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim ada menyatakan dua solat yang dilakukan seseorang Islam dengan betul akan menebus dosa-dosa yang berlaku di antara kedua-dua solat tersebut. Ini berdasarkan hadis, Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Dengan melakukan solat lima waktu Allah akan menghapuskan dosa-dosa.
(Riwayat al-Bukhari)
Hadis seterusnya, Uthman R.anhu berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berwuduk dengan sempurna sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah, maka semua solat fardu yang dilakukannya akan menebus dosa yang ada di antara solat tersebut.
(Riwayat Muslim)
Begitu juga orang yang cuai mengerjakan solat, sama ada sengaja melengah-lengahkan atau meninggalkannya akan membawa kepada kekufuran sekiranya dia berterusan begitu. Oleh itu, solat merupakan santapan utama bagi iman sebagaimana yang telah disebutkan.
Seterusnya hadis daripada Ummu Aiman, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Jangan engkau sengaja meninggalkan solat, sesungguhnya sesiapa yang sengaja meninggalkan solat dia akan terlepas daripada mendapat perlindungan Allah dan Rasul-Nya.”
(Riwayat Imam Ahmad)
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Semporna Sabah menjadi antara destinasi popular untuk dikunjungi. Keindahan lokasi di kawasan sekitar menjadikan Semporna antara ‘wish list’ bagi kaki travel.
Rugi untuk melepaskan pengalaman bercuti ke sini dan jika ada peluang, terus saja book tiket penerbangan ke Sabah.
Tetapi sebelum itu ada beberapa tip perlu ambil tahu sebelum anda memulakan perjalanan atau percutian ke Semporna Sabah ini.
Perkongsian sahabat Backpacker Buddies Malaysia Mohd Tarmizi Alias memberitahu tip untuk ke sana.
1. Bukan senang nak dtg sini. Jadi stay lah lama sikit jika ada bajet lebih. 4/5 hari sgt berbaloi. Dicadangkan 1 malam di pekan semporna, 2 malam di hotel atas air, 1 malam di tawau.
2. Hari 1st, better stay di pekan semporna 1 malam. Korang boleh melawat muzium di bukit tengkorak & tengok view bohey dulang dari puncak bukit tengkorak tue. Pulau mabul pun boleh nampak juga. Nie juga sebagai mukadimah nak mendaki di bohey dulang.
3. Hari 2nd, pemandangan anyg cantik di puncak bohey dulang. Tapi sebelum itu, kena mendaki lebih kurang 700m ke atas puncak. Fuhhhh mencabar & penat sangat-sangat bagi saya yang tak fit nie. Nasib baik semalam dah panjat bukit tengkorak. Sampai atas, view sangat-sangat awesome.
4. Pada sesiapa yang belum tempah hotel atas air, boleh try stay di pulau mabul, banyak hotel2 yang tawarkan bilik atas air. Makanan sedap, view cantik, laut depan mata, yang penting tidur lena sebab ade aircond. Hahahah
5. Stay di pulau mabul, korg bole jalan-jalan sekitar kampung kat sana. Lebih kurang 40minit untuk pusing pulau. Korang boleh tengok kehidupan penduduk kat sana. Korang juga boleh ke Mabul Water Bungalow Resort untuk amik gmbar dengan ‘I Love Mabul’. Sangat-sangat cun view resort nie.
6. Di hotel yang korang stay nanti, sepatutnya korang akan dapat snorkeling di sekitar resort yang mana korang bole berenang dengan penyu-penyu yang cari makan kat kawasan sekitar. Awesome guys.
7. Makanan kat resort ini sangat sedap. Free flow untuk minuman panas 24jam. Kalau tak cukup, korang boleh beli seafood dengan orang-orang bajau laut yang sentiasa pusing-pusing untuk jual seafood diorg. Nak murah, kena pandai nego. Tapi berbaloi & puas hati. Upah pihak hotel untuk masakkan seafood yang korang beli itu.
8. Snorkeling takya cite la, memang super awesome laut diorang. Paling menarik di sekitar pulau mabul jer, spot Panglima Reef. Mantabuan & sibuan island view yang sangat cantik. Ada askar berjaga di sibuan island.
10. Malam last, saya stay di Tawau. Stay sini sebab nak cari ikan bilis kat pasar tanjung. Lepas tue, cari seafood untuk makan malam. Harga murah & sedap.
Apa-apa info berkenaan trip saya nie, korang bole terus DM saya untuk info lanjut ya. Thank you admin.
Kalau sebut China, ramai yang terus terbayang Tembok Besar China, Beijing, Shanghai atau Zhangjiajie. Tapi di wilayah Guizhou, ada satu lokasi alam semula jadi...