Thailand, jiran berdekatan negara kita mempunyai cuaca dan suhu yang tidak banyak bezanya daripada Malaysia. Disebabkan itu rakyat Malaysia tiada masalah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran di Thailand jika berkunjung atau melancong ke negara tersebut.
Namun ada sedikit perubahan jika anda bercadang melancong ke Thailand pada bulan Disember dan Januari tahun hadapan. Anda perlu membawa beberapa pakaian sejuk kerana negara Thailand dijangka akan mengalami cuaca sejuk daripada biasa. Suhu diramal menurun antara 14 sehingga 16 darjah Celsius pada bulan Disember dan Januari di daerah utara dan timur laut Thailand.
Ads
Dalam satu kenyataan, Jabatan Meteorologi Thailand berkata musim sejuk di negara mereka dijangka bermula pada pertengahan Oktober dan berakhir pertengahan Februari tahun depan.
Ads
Suhu minimum di sekitar utara Thailand dijangka antara 20 hingga 21 darjah Celsius dan lebih sejuk berbanding tahun lepas.
Suhu minimum yang melampau adalah di antara 7 hingga 8 darjah Celsius yang berada di sekitar bahagian utara dan timur laut manakala di Bangkok, suhu boleh mencecah sehingga 15 dan 17 darjah Celsius.
Cuaca yang lebih sejuk dijangka bermula pada separuh kedua bulan Disember hingga akhir Januari.
Bagi kawasan pergunungan dan puncaknya, cuaca akan menjadi terlalu sejuk sehingga membentuk fros.
Di selatan Thailand, cuaca sejuk boleh berlaku di beberapa kawasan pada hari-hari tertentu, kebanyakannya di bahagian bahagian utara.
Lebih banyak hujan dijangka di pantai timur dari wilayah Chumphon terutamanya pada bulan November dan Disember.
Untuk merasai pengalaman percutian berada di negara beriklim dingin seperti di luar negara pastinya memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk ke sana. Malaysia umumnya mengetahui mengalami cuaca beriklim khatulistiwa, namun itu tidak menjadi alasan untuk anda berpeluang merasai percutian bersuhu sejuk yang mendamaikan.
Tidak perlu mengeluarkan belanja besar, jom ke destinasi peranginan tanah tinggi yang bertempat di Pahang.
Genting Highland cukup dikenali tidak kira buat penduduk tempatan atau pelancong asing. Lokasinya yang terletak di atas bukit dengan suhu sejuk yang nyaman, pasti memberikan keseronakan berganda untuk anda dan keluarga berhibur lebih-lebih lagi dengan kewujudan taman temannya.
Peluang Petik Strawberi
Terletak berhampiran dengan Genting Highland, terdapat sebuah taman strawberi di Gohtong Jaya. Pengunjung tidak perlu pergi jauh untuk mendapatkan buah strawberi yang segar dari ladang. Dengan suhu yang dingin dan nyaman, percutian ke sini pasti tidak lengkap tanpa menikmati secawan minuman panas dan merasai produk-produk makanan berasaskan strawberi. Selain dapat melihat taman strawberi yang bersaiz sederhana, pengunjung juga boleh memetik sendiri buah yang hendak dibeli.
Cameron Highlands merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di Malaysia. Terletak di Pahang, ia mendapat nama setelah seorang pegawai Inggeris iaitu William Cameron menjumpai kawasan ini pada tahun 1885. Cameron Highland berada pada ketinggian 1,829 meter dari aras laut dan suhunya sekitar 18 darjah Celsius hingga 25 darjah Celsius begitu kaya dengan khazanah hutan semulajadinya. Terdapat dua kawasan utama yang menjadi tumpuan jika bercuti di Cameron Highland iaitu Tanah Rata dan Brinchang. Pengunjung tidak perlu risau tentang penginapan di sini. Terdapat banyak resort dan hotel daripada status mewah hingga bajet yang boleh dipilih mengikut kemampuan. Walau bagaimanapun anda disarankan membuat tempahan lebih awal sekiranya berhajat ke sini pada musim cuti umum atau cuti sekolah. Jangan lupa juga untuk ke Lavendar Garden!
Minum Teh Panas
Tarikan utama Cameron Highland sudah tentulah ladang tehnya. Terdapat dua buah ladang teh yang terkenal untuk dikunjungi, iaitu Ladang Teh Boh dan Ladang Teh Bharat. Bawa keluarga anda memetik sendiri daun teh sambil merakam gambar kenang-kenangan disekitar ladang menghijau itu. Jika ingin menikmati teh panas dan segar singgahlah di Hentian Teh Bharat sambil melihat keindahan panorama ladang teh yang terbentang luas dan cukup menakjubkan.
Jika impikan destinasi percutian ala-ala di sebuah perkampungan berkonsepkan Perancis, apa kata ke Colmar Tropicale di Bukit Tinggi, Pahang. Perjalanan dari Kuala Lumpur hanya mengambil masa satu jam perjalanan sahaja menggunakan Lebuhraya Pantai Timur. Suasana dingin pasti menyapa anda tatkala tiba di puncak dan memasuki kawasan Berjaya Hills Resort yang terletak pada ketinggian 823 meter atas paras laut.
Setiap pengunjung dikenakan bayaran untuk beriadah sekitar bandar mini ini sambil menghirup udara yang nyaman. Bagi yang menginap di sini, bayaran masuk ke sini akan dipulangkan kembali ketika daftar masuk hotel di sini.
Pengalaman Indah
Pengunjung pasti teruja apabila melintasi kolam yang dipenuhi angsa dengan melalui di atas sebuah jambatan yang mempunyai reka bentuk unik sebelum masuk ke kota seakan berada di Negara Perancis. Bangunan dalam kawasan ini terdiri daripada hotel, restoran, kedai cenderamata, spa dan pusat hiburan, sesuai dikunjungi oleh mereka yang berbulan madu mahu pun bekeluarga. Berhampiran ini juga terdapat banyak tarikan seperti taman Jepun, kawasan sukan ekstrem dan taman haiwan.
Jangan lupa rakam gambar kenang-kenangan di sini!
Bukit Fraser terletak di atas Banjaran Titiwangsa, dengan suhu sejuknya sekitar 17 darjah Celsius hingga 24 darjah Celsius. Selain bersiar-siar sambil menghirup udara yang dingin dan menghayati pemandangn, pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti lain seperti bermain golf, melihat burung ataupun menunggang kuda.
Menakjubkan di Bukit Fraser ini juga terdapat sebuah tasik yang begitu menarik pemandangannya. Pengunjung boleh menyewa kayak atau sampan untuk mengelilingi tasik ini sambil melihat keindahan sekitarnya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Gopeng Riverstone Rainforest Retreats berkonsep percutiaan alam berupaya menzahirkan impian pencinta hijau yang inginkan waktu rehat yang selesa dengan keluarga tersayang.
Mereka yang sukakan suasana alam sekitar, ini antara pilihan lebih baik. Buat yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti luar tentunya berasa lebih santai dan selesa dengan konsep penginapan moden dan lengkap berserta sajian makan serta minum.
Bunyi macam datang dari town sangat kan. Tapi itulah the real feeling bila kami masuk kampung Chulek. Bermalam di Gopeng Riverstone Rainforest Retreats (GRRR) yang absolutely great place, dah back to nature pulak kita rasa. Lokasi Gopeng Riverstone Rainforest Retreats (GRRR) terletak di Kampung Chulek, Gopeng Perak.
Talked about our shortvacay kali ni, memang experience yang tak boleh tukar ganti. Si ‘3D’ seronok sakan berdayung sampan, berenang dalam kolam yang banyak anak ikan, kena pulak dalam hujan fuh happy tak mau balik.
Pada pagi hari pula, ronda kampung dengan nikmat kabus, air sungai yang deras mengalir, sejuk mencengkam. Hebat ciptaanNya. To GRRR owner Mr Jason, thank you for the great hospitality.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau ada yang terlepas untuk saksikan supermoon dikenali sebagai Pink Moon pada bulan lalu, kini anda berpeluang untuk saksikan sekali lagi pada malam ini.
Bersiap sedia untuk menantikan kemunculan fenomena bulan purnama gergasi atau Super Flower Moon untuk kali keempat dan terakhir buat tahun 2020 ini.
Fenomena bulan purnama sepenuhnya itu dijangka akan muncul pada Khamis, 7 Mei malam ini pada jam 7.18 malam (waktu Malaysia) iaitu apabila bulan mula mendekati garisan cakerawala. Menurut kenyataan National Aeronautics and Space Administration (NASA), fenomena ini akan mula dapat dilihat bermula Selasa lalu sehingga Jumaat, 8 Mei 2020.
Pada Mac lalu, warga dunia termasuk Malaysia telah pun melihat kemunculan Supermoon yang dikenali sebagai Worm’s Moon dan diikuti Pink Moon pada April. Namun, perbezaan Super Flower Moon ialah ia akan kelihatan 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih terang daripada bulan purnama biasa.
Supermoon atau bulan purnama gergasi ini juga memiliki nama-nama lain seperti Bulan Tanam Jagung (Corn Planting Moon) dan Bulan Susu (Milk Moon). Istilah “Supermoon” berasal dari seorang pakar astrologi, Richard Nolle pada tahun 1979. Ia merujuk kepada bulan baru atau bulan purnama yang tercipta pada 90 peratus perigee, atau titik kedudukan antara bumi dan orbit yang tertentu.
Fenomena ini berlaku apabila bulan mendekati Bumi pada jarak sekitar 360,000 kilometer. Dengan itu, bulan akan kelihatan lebih besar dan terang daripada biasa. Kemunculan Supermoon yang seterusnya pula dijangka pada 27 April 2021 dan 26 Mei 2021.
Nama Dolomites semakin kerap muncul di media sosial kini apabila Khairul Aming mengumumkan lima pembeli terawal produk terbaharunya akan dibawa ke lokasi tersebut. Dengan...