Terletak pada ketinggian 392 meter dari aras laut, Telipong Hill yang menjadi port buat kaki hiking antara campsite yang best untuk camper datang pacak khemah.
Hanya boleh diakses dengan kenderaan pacuan 4 roda atau 4×4, tak payah risau kerana pemilik campsite turut menyediakan perkhidmatan untuk korang sampai ke puncak.
Noorsuzaimi Noordin dan keluarga yang berkesempatan camping di sini berkongsi keadaan tapak perkhemahan yang menjadi buah mulut para kaki hiking di sana.
Meskipun tidak dapat melihat awan karpet namun pemandangan yang disajikan sepanjang camping di situ cukup cantik.
Paling best kat situ turut terdapat sebuah café yang menyajikan pelbagai jenis hidangan buat camper dan juga hiker. Memang layan bila dapat makan sarapan sambil menikmati pemandangan indah dari atas bukit.
Selain hiking dan camping, kat sini juga terdapat chalet untuk menginap.
Ads
Ikuti perkongsian daripada Noorsuzaimi Noordin dan isterinya Atikah Pazil:
Telipong Hill, Changlun, Kedah
Telipong Hills dengan ketinggian 392m atau 1,286ft dari aras laut. Mencari awan karpet tapi tak ada, hanya kabus tebal tetapi tetap menyajikan view yang superb.. suhu atas ni memang sejuk dan berangin.. kalau rindu Cameron Highland boleh mai sini..
Akses ke sini hanya boleh dengan 4×4 saja. Kalau tak ada 4×4 boleh sewa RM5 sehala, call owner campsite..
Port ni popular untuk kaki hiking. Perjalanan dengan 4×4 ambil masa lebih kurang 30 minit dari jalan utama, kalau hiking lebih kurang 1jam.
Ads
Atas ni ada cafe, Fighter Cafe, nama fighter sebab tepi cafe ni ada gelanggang tomoi.. signature dish dia roti telur, pancake dan nasi lemak.
Fasiliti :
plugpoint tak ada
lampu tak ada, walaupun solar. keadaan memang gelap.
toilet ada, tapi tak ada shower la. toilet jenis duduk.
kiranya semi wild la kat sini. Waktu malam suhu sejuk, katanya boleh drop ke 20’C.
Harga tapak RM20.00, tiada caj per kepala, tiada sempadan tapak.
Selain hiking dan camping, sini juga ada chalet. Untuk details boleh rujuk dengan owner.
The Gemalai Village terkenal di kalangan pelancong yang ingin merasai sendiri pengalaman bermalam di rumah kampung atas bendang.
Kalau nak tahu, lokasi bercuti ini merupakan chalet berkonsepkan ala kampung yang mempunyai keunikan seni bina tradisional dengan keselesaan dan kemudahan moden.
The Gemalai Village menawarkan dua jenis penginapan kepada tetamunya iaitu :
1) DANGAU – Single Chalet
2) TERATAK – Chalet Bertingkat
Keseluruhan chalet di The Gemalai Village berjumlah 3 Dangau dan 3 Teratak serta kesemuanya dikelilingi kehijauan alam semula jadi dan keunikan pemandangannya adalah bergantung mengikut musim.
Setiap penginapan direka dengan gaya tempatan yang memberikan pengalaman autentik desa kepada para tetamu.
Meskipun begitu, anda tidak perlu risau kerana segala kemudahan seperti penghawa dingin, tv, cerek, peti ais, seterika, iron board, pemanas air serta kelengkapan mandi semua lengkap tersedia buat tetamu.
Lebih menarik, di dalam almari ada beberapa pasang kain batik dan juga baju kurung Kedah turut tersedia khas buat tetamu menggayakannya sebagai ‘outfit of the day’ (OOTD) untuk bergambar Instagrammable di spot-spot cantik di The Gemalai Village.
Bukan itu sahaja, anda boleh melihat malah pemandangan kerbau yang ada di sekitar situ. Teratak juga ada disediakan port lepak di bahagian bawah untuk anda menjamu selera atau sekadar nak duduk-duduk santai sambil menikmati pemandangan indah sekeliling.
Kemudian boleh layan pemandangan kapal terbang silih berganti melalui ruang udara The Gemalai Village, disebabkan lokasi penginapan tersebut sangat dekat dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
Penginapan di The Gemalai Village ini biasanya akan dapat sekali dengan pakej sarapan. Jadi merasalah anda bersarapan ala kampung sambil menikmati pemandangan desa yang pastinya menggamit memori zaman kanak-kanak.
Jika pada waktu tengah hari atau makan malam anda ingin mengisi perut dengan menu hidangan kampung yang lazat. Owh ya, jangan lupa untuk singgah menjamu selera di Restoran Kerisik yang tak jauh pun dari The Gemalai Village itu hanya 10 minit sahaja berjalan kaki.
Apa yang menarik di Restoran Kerisik yang terletak di Laman Padi itu ialah selain ada tempat makannya yang berkonsepkan duduk bersila di dalam pondok.
Ada 5 pilihan set juadah lauk kampung yang ditawarkan seperti set Cenang, Kedawang, Sunda, Tuba dan Padang Lalang. Paling menarik set talam ini didatangkan dengan Nasi Kukus Buluh.
Tetapi jika datang menjamu selera di Restoran Kerisik ini anda jangan lupa untuk mencuba minuman istimewa yang hanya ada di sini iaitu Air Bunga Telang Selasih.
Lebih menarik jika anda makan di Restoran Kerisik ini, pelayan yang akan membawa hidangan ke meja anda akan berpakaian lengkap seperti hulubalang atau pahlawan Melayu siap bertanjak lagi.
Jadi kalau anda suka dengan suasana kampung, nak layan pemandangan kampung, boleh lah ke The Gemalai Village.
Pernah dengar mengenai kisah lagenda Sulur Bidar? Sulur Bidar adalah gelaran yang diberikan oleh kaki pancing untuk ‘sejenis’ makhluk atau fenomena yang sering berlaku di kawasan sesebuah tasik. Di Malaysia, mitos mengenai Sulur Bidor seringkali dikaitkan berada di Tasik Kenyir dan akan muncul semasa musim hujan.Bukan itu sahaja, malah Sulur Bidar ni dikatakan sering ditemui di sekitar Tasik Banding Royal Belum, Tasik Chini dan Sungai Pahang.
Nama lain Salur Bidar turut dikenali sebagai Hantu Balung Bidai. Menurut orang-orang lama, Sulur Bidar ini boleh digambarkan sebagai makhluk misteri berbentuk leper, bersaiz besar sehingga mempunyai kekuatan membuat kocakan air sehingga boleh buat sebuat bot kecil terbalik. Sulur Bidar juga digambarkan seolah-olah kelihatan macam kulit ular. Sekali imbas ia kelihatan mirip kulit ular. Sulur Bidar mempunyai bentuk fizikal yang aneh iaitu berbentuk sehelai permaidani atau tikar putih. Selain itu terdapat empat kepala di setiap penjuru. Sulur Bidar dikatakan akan menggulung mangsa lalu menariknya ke dalam air selama beberapa hari.
Namun begitu, ada juga yang mengatakan ia hanya merupakan fenomena biasa di kawasan tasik iaitu (pelepasan gas/udara dari dasar air boleh berlaku namun gelembung udara tidak akan menyebabkan tubuh manusia berkecai seperti gambaran cerita).
Antara kisah Sulur Bidar yang diceritakan dalam sebuah majalah ditulis dan lukis oleh kartunis Hulubalang Lubuk.
Ini kisah yang dikupas oleh Libur. Baca kisah selanjutnya.
Sebelum ke Tasik Kenyir, kawan saya (penulis) ada beritahu tentang sulur bidar. Saya tak tahu apa benda dicakapkan.
Saya tanya apa benda sulu bidar tu. Dia jawab “hati-hati kalau mandi tasik, ada buih besar naik daun-daun mati dari dasar tasik; tu sulur bidar”. Ah sudahhh….
Saya check internet, orang kita kata macam ini binatang, hamparan tikar,jin lah makhluk halus lah. Tak dapat nak pastikan sahih cerita sebab takde imej atau bukti. Cuma nampak buih besar. Namun ada juga video yang tunjuk buih itu semakin menghampiri. (buih kecil) Saya cari lagi penjelasan cara saintifik.
Video dikatakan sulur bidar Tasik Kenyir
Semasa di Tasik Royal Belum, saya ada tengok gas-gas udara naik dari dasar dalam kuantiti banyak. Bila ditanya krew bot kata mereka itu cuma gas dari dalam tanah. Biasanya waktu pagi.
Saya sempat tanya krew dan pemilik houseboat di Tasik Kenyir. Mereka cuma senyum je. Jelas mereka itu cuma gas dari dalam tanah. Saya tanya tiga orang dengan harapan ada yang jawab tu memang makhluk sulur bidar macam hamparan tikar. Namun semua jawab ia cuma gas dari dalam tanah. Dua tasik saya pergi dua jawapan sama; gas dalam tanah.
Ini pula video di Australia. Salah satu mitos sulur bidar katanya daun yang naik ke permukaan tu kering dan boleh dibakar. Kebetulan, video ni siap nyala api, jadi ni mungkin penjelasannya.
Kalau dalam istilah Oil & Gas – buih yang keluar membuak daripada bawah tasik atau sungai yang banyak menyimpan daun dan kayu2yang mereput akan selalu mengeluarkan buih saperti itu, & gas yg keluar adalah H2S – Hydrogen Sulphide yang sangat merbahaya dan boleh membawa kepada kematian kalau berada dekat dengan tempat gas keluar membuak.
H2S Gas terbentuk daripada benda yang mereput dan tertekan (under pressure) didalam laut atau didalam tasik buatan manusia atau didalam sungai yang di hanyutkan semasa hari hujan dan ayer bah.Maka benda tersebut akan bertimpa-timpa dan akan berlaku kitaran kimia yang akan mengeluarkan Gas H2S – Gas Hydrogen Sulphide. Gas H2S , adalah seperti bau busuk telur ayam yang sudah lama, dan kita selalu terjumpa kalau mememijak atau berjalan d tempat ayer atau lumpur yang ada tumbuhan yang sudah mati dan mereput, dan bau gas akan saperti telur busuk. Kalau kita hampir ditempat dia keluar, kita akan tercium basuk pada mula nya, sudah itu tidak ada, dan seterus nya kita akan pengsan dan mungkin akan mati. Ini adalah disebabkan continuous exposure to high concentration to H2S gas akan memberi deria untuk merasa ada nya H2S akan tidak ada dan ini yang sangat merbahaya dan boleh mati.
Gas H2S adalah lebih berat daripada udara biasa, maka dia akan tidak menjadikan kita bahaya kalau kita lari ke tempat yang lebih tinggi dan jauhkan diri daripada keluarnya gas tersebut tadi. Gas ini boleh terbentuk dan terjadi seperti di Tasik Kenyir atau dimana-mana Empangan Hydro Electric didunia ini. Ini berdasarkan pengalaman didalam Oil & Gas (Safety of Environment and Personnel) Kalau apa yang dikatakan Sulur Bidar, saya tidak pernah nampak benda tersebut, maka saya tidak dpt mengulas nya. Thank You. Mungkin ada misteri, namun saya anggap ini hanya gas dari dasar tasik. Wallahualam. – Mohd Zulfadli Ahmad Mazaki
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Banyak sungguh tempat santai-santai menarik yang close to mother nature di Perak, salah satunya Pantai Ban Pecah Tanjung Piandang.
Apa yang uniknya pasal Ban Pecah ni ialah daratan dan lautannya dipisahkan oleh batas yang dijadikan laluan utama untuk menyusuri pesisiran pantai.
Di depannya nun luas terbentang lautan biru Selat Melaka. Manakala, di belakangnya pula terdapat kampung-kampung dan juga bendang yang subur tanahnya.
Pemandangan di Ban Pecah ini memang sangat cantik. Tempatnya santai dan boleh menenangkan jiwa sesiapa saja yang datang berkunjung. Bukan sahaja boleh hirup udara segar dari angin laut. Pada masa yang sama boleh lihat kehijauan sawah padi juga.
Ban Pecah ni kalau tak jelajah habis, sampai ke sudah anda tak tahu ada port mandi manda. Jadi, sampai di sini anda kena jelajah dari hujung persisiran pantai ke hujung persisiran pantai.
Baru anda akan jumpa hidden gem di Ban Pecah ni. Di sebelah kanan persisiran pantai ada warung dan bot-bot nelayan. Manakala di sebelah kiri persisiran pantai pula ada Pantai Ban Pecah.
Nak tahu lokasinya, terletak di jalan antara Kuala Kurau ke Tanjung Piandang di daerah Kerian.
Nanti kalau masuk ke negeri Perak, jangan lupa singgah sini ya!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tidak semua hubungan berakhir dengan bahagia. Ada cinta yang terhenti di tengah jalan, persahabatan yang semakin jauh dan kenangan yang masih tersimpan walaupun pemiliknya...