
Negeri Selangor pada awal petempatannya terletak di sebuah kuala sungai yang kini dikenali sebagai Kuala Selangor dan bukan sebuah negeri seperti hari ini.
Walau sejarah awalnya masih kabur, namun pengkaji sejarah bersetuju bahawa Selangor memiliki warisan sejarah yang mendahului zaman Kesultanan Melayu Melaka selama lebih seabad. Ketika kegemilangan Empayar Melaka, kawasan Selangor adalah antara yang termasuk dalam jajahan takluk Melaka sebagaimana tercatatnya nama Klang, Jeram dan Bernam dalam Sejarah Melayu oleh Tun Sri Lanang.
Apa yang lebih menarik, Kuala Lumpur juga merupakan sebahagian daripada daerah di Selangor. Ini info menarik yang dikongsikan menerusi sumber Media Selangor dan Selangor Royal Office
- Tanggal 1 Februari 1974, Sultan Selangor ke-8, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah melakukan pengorbanan besar demi kepentingan negara.
- Baginda berkenan untuk menyerahkan kawasan Kuala Lumpur yang selama ini menjadi ibu negeri Selangor dan sebahagian daripada kedaulatan Kerajaan Negeri Selangor, kepada Kerajaan Persekutuan untuk dijadikan pusat pentadbiran dan Ibu Negara Malaysia.
- Sesungguhnya, bukan suatu perkara dan isu mudah untuk merealisasikan proses pemindahan dan penyerahan kawasan Kuala Lumpur seluas 4,931 hektar ini kepada Kerajaan Pusat. Ini kerana ia membabitkan hak fizikal dan kedaulatan yang dimiliki Sultan Selangor terhadap kawasan berkenaan.
- Perbincangan demi perbincangan diadakan. Warkah demi warkah bertukar tangan. Akhirnya persetujuan dicapai antara kedua pihak di mana Sultan Selangor sedia bertolak ansur susulan draf terakhir “Perjanjian Kuala Lumpur 1974”. Bagi Almarhum Sultan Salahuddin, pertimbangan Baginda dibuat bersandarkan faktor bahawa Malaysia perlu memiliki sebuah ibu negara yang strategik serta mempunyai kemudahan serba lengkap pada ketika itu, di mana Kuala Lumpur memenuhi kriteria yang diperlukan.
- Paling penting, Baginda menegaskan bahawa kepentingan negara mengatasi segala-galanya. Apatah lagi, Baginda menjangkakan kemajuan yang bakal dicapai Kuala Lumpur akan menjadi simbol kemajuan seluruh Malaysia.
- Sebagai galang gantinya, Kerajaan Persekutuan turut bersetuju menyokong penubuhan dan membantu pembangunan ibu negeri Selangor yang baharu, Shah Alam, yang dinamakan sempena Sultan Selangor ke-7, Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah.
- Istiadat memeterai perjanjian penyerahan ini pada 1 Februari 1974 disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong bagi pihak Kerajaan Pusat dan Sultan Selangor bagi pihak kerajaan negeri, disaksikan oleh Raja-Raja Melayu dan Ketua-Ketua Negeri.
- Sempena memperingati peristiwa bersejarah ini, sebuah pintu gerbang dibina di Lebuhraya Persekutuan yang memisahkan Selangor dan Kuala Lumpur dinamakan Kota Darul Ehsan.
Itinerari Trip 6 Hari Ke Sabah Bawa Anak Kecil, Wanita Ini Kongsi Pengalaman Bermalam Di Glamping & Penginapan Berlatarkan Gunung Kinabalu. Semua Cantik!

Sabah yang terkenal dengan julukan Negeri Di Bawah Bayu mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati. Antaranya adalah Kundasang, Ranau dan kawasan sekitarnya yang berada di kaki gunung Kinabalu.
Pernah berkunjung ke Sabah sebelum ini, trip Sally Lilly dan keluarga kali ini menjejaki tempat-tempat menarik yang lain yang belum pernah dikunjungi sebelum ini. paling best dapat menginap di glamping dan juga penginapan lain dengan berlatar belakangkan gunung tertinggi di Malaysia iaitu Gunung Kinabalu.
Berkongsi itinerari lengkap trip selama enam hari di Sabah, keluarga ini juga berpeluang merasai pengalaman menaiki jungle train di sana. Nak tahu apa lagi yang menarik sepanjang percutian mereka, jom ikuti perkongsian ini!
TRIP 6 HARI KE SABAH
Kami pergi trip ni pada 13-18 July 2022. Ini bukan kali pertama kami ke Sabah, maka itinerary kali ni cover tempat-tempat lain yang belum pernah pergi.
DAY 1
– Park kereta kat Salak Tinggi, naik ELR ke KLIA
– Depart to Kota Kinabalu, flight awal pagi (flight tiket RM800++ untuk 2 adults, 2 kids, tak ingat exactly sebab redeem flight guna credit account)
– Pick up kereta sewa kat airport (Lalan Car Rental 010-2704926) RM600 utk 6 hari, Axia.
– Terus drive ke Kundasang
– Singgah kat Jambatan Tamparuli, tapi tak dapat turun sebab hujan
– Lunch kat Panataran Cafe
– Singgah tapau chicken wing untuk dinner, kat area war memorial
– Visit Mesilou Highland Strawberry Farm (RM3 for strawberry plucking)
– Check in Umea Glamp Kundasang (RM250)
DAY 2
– Visit Desa Dairy Farm (tiket beli kena online)
– Visit Alpaca Club Kundasang (RM15 for adult, RM10 for kids)
– Lunch BW Bus Restaurant (Entrance RM5 boleh redeem food)
– Check in Hounon Ridge Farmstay, Bundu Tuhan (RM130)
– Dinner kat cafe resort
DAY 3
– Visit L&J Rafflesia Garden, Ranau
– Visit Tree Top Canopy Walk, Poring, Ranau (RM1.50 per pax)
– Lunch kat Puncak Cafe, sekali tapau untuk dinner
– Singgah tapau chicken wing kat area roundabout pekan Kundasang
– Drive to Kota Belud
– Check in Nohutu Eco Tourism (RM150)
DAY 4
– Check out Nohutu, drive to Kota Kinabalu
– Lunch @ D’Lengkuas Restaurant
– Check in Kinabalu Daya Hotel (RM90/night)
– Coffee at Nook Cafe
– Visit pantai Tg Aru for sunset
– Dinner Todak Waterfront
DAY 5
– Drive to Beaufort
– Naik train lama ke Tenom
– Brunch kat Tenom Coffee Valley
– Pusing-pusing town Tenom, jalan kaki
– Balik semula ke Beaufort
– Singgah tea break kat Borenos Chicken, Papar
– Dinner @ Todak Waterfront
– Laundry & Starbucks @ Taman Iramanis
DAY 6
– Breakfast @ Guan Kopitiam
– Beli sourvenir kat Pasar Philipines
– Flight to KLIA
Trip ni relax je, check in resort cantik-cantik sebab nak spend time kat situ je. Umea Glamp best sangat, cantik, different experience duk dalam glamping. Belakang Umea tu dapat view gunung Kinabalu besar-besar. Hounon Ridge, cantik, tenang, jugak dapat view gunung Kinabalu awesome, walaupon jalan nak masuk dalam tu seksa sikit tapi worth it. Nohutu pulak, duduk depan sungai, cantik, pun dapat view gunung Kinabalu.
Ramai org kata kat Kundasang susah cari makan halal. Our opinion, tak la susah, tapi nak dapat makan sedap tu mungkin susah. Sebab tu ada kedai lunch, terus tapau untuk dinner, senang, jimat masa. Travel bukan nak makan beria sangat kan.
Highlight trip ni was experience naik Borneo Jungle Train. Pening kepala nak plan journey ni sebab nak catch up train pegi dan balik hari yang sama. InshaAllah, we’ll share in separate post.
Actual plan was nak pergi Tip of Borneo dari Kundasang tu, tapi Tip of Borneo tutup pulak masa tu. Then nak spend 3h2m kat Pulau Mantanani, tapi ambik pakej 3h2m dengan Sutera Mantanani, tambah surcharge kids la, almost 2k pulak kos nya.. so cancel jugak.. kalau u all ada time and budget boleh la add Mantanani dalam itinerary, pegi snorkelling, tengok blue tears, enjoy Sutera Mantanani.
Kredit: Travel Buddy
Hayati Bulan Ramadan, Ini 10 Masjid Tercantik Di Selangor Untuk Dilawati

Dengan kepelbagaian budaya yang terdapat di Negara Malaysia, Negeri Selangor memiliki pelbagai tarikan pelancongan kebudayaan dan keagamaan. Bersempena bulan Ramadan tahun ini, pihak Tourism Selangor menyenaraikan 10 masjid terindah yang boleh anda kunjungi di Negeri Selangor pada suatu masa kelak.
- Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Masjid yang gah ini dibina di atas kawasan seluas 14.6 hektar di Pusat Bandar Shah Alam. Turut dikenali sebagai “Masjid Biru”, ianya mempunyai ciri-ciri senibina yang menarik dengan hiasan dalaman yang menakjubkan. Tambahan pula, ianya merupakan masjid terbesar di Malaysia dan merupakan salah sebuah ikon pelancongan utama di Negara ini. Masjid dengan kubah berwarna biru ini terletak indah di sebahagian Tasik Raja Lumu. Ia boleh memuatkan seramai 16,000 orang jemaah pada satu-satu masa, dengan dilengkapi oleh pelbagai kemudahan untuk para pengunjung.
- Masjid Puncak Alam

Masjid Puncak Alam merupakan masjid pertama dan terbesar di Bandar Puncak Alam. Masjid yang mempunyai keluasan 9.5 ekar ini boleh memuatkan sekitar 5,000 orang jemaah pada satu-satu masa dan telah dirasmikan pada 10 Julai 2015. Masjid ini juga dilengkapi dengan kemudahan yang menarik seperti Dewan Serbaguna, bangunan pentadbiran dan kelas, bilik pengurusan jenazah dan banyak lagi.
- Masjid Sultan Abdul Samad

Masjid ini terletak di Daerah Sepang dan boleh dilihat semasa perjalanan menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Masjid Sultan Abdul Samad juga dikenali sebagai Masjid KLIA bagi pelancong dan ia didirikan bersempena pembinaan KLIA pada tahun 2000. Mempunyai keluasan 17.96 ekar, ianya mampu memuatkan 8,000 orang jemaah. Selain itu, reka bentuk dengan konsep seni bina Arab klasik dengan kubah utama dan bumbung berbentuk ratanya turut menjadi tarikan pelancong dan orang awam.
- Masjid Diraja Sultan Suleiman

Masjid Diraja Sultan Suleiman ini telah dibina pada era 1930-an dan telah dirasmikan oleh Sultan Alauddin Shah pada tahun 1932. Ia terletak di Daerah Klang dan mampu memuatkan seramai 1,200 orang jemaah. Mempunyai seni bina yang sangat unik bercirikan seni bina Monghul, ianya memberikan elemen Islamik dan katedral neoclassical. Ditutup sementara pada tahun 2015 untuk proses penambahbaikan dan kembali beroperasi pada tahun 2017 dengan kemudahan yang lebih efektif, masjid ini kekal menjadi tumpuan pelancong dan warga Klang.
- Masjid As-Salam

Pasti terkesima dibuatnya melihat Masjid As-Salam, masjid yang terletak di Taman Puchong Perdana ini. Juga dikenali sebagai Masjid Terapung, ianya satu-satunya masjid terapung yang terdapat di Negeri Selangor buat masa ini. Masjid ini telah dirasmikan pada 8 Disember 2006 dan dibina berlatar-belakangkan taman dan tasik. Mempunyai kapasiti 4,000 orang jemaah pada satu-satu masa, masjid ini tersergam indah, lebih-lebih lagi menjelang waktu senja.
- Masjid Tengku Ampuan Jemaah

Masjid Tengku Ampuan Jemaah ini pula terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam. Ianya merupakan Masjid Negeri yang kedua di Negeri Selangor selepas Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Dibina pada tahun 2010 and sempurna dirasmikan pada tahun 2013, masjid yang dihiasi dengan tulisan ayat suci Al-Quran di bahagian luar ini mempunyai binaan rekaan seni bina Islam Timur Tengah tradisional yang menarik bermula dari kubah, menara dan hingga ke ruang solat. Keluasan masjid ini pula mampu memuatkan seramai 5,000 orang jemaah pada satu-satu masa.
- Masjid Raja Haji Fi Sabilillah

Masjid yang dirasmikan pada 22 Jun 2016 ini menjadi masjid pertama di Malaysia yang mendapat penarafan platinum bagi indeks bangunan hijau. Masjid Raja Haji Fi Sabilillah ini terletak di Cyberjaya dan mempunyai reka bentuk ciri-ciri prinsip hijau dengan menerapkan elemen mesra-alam dalam pembinaannya. Ianya menggunakan teknologi hijau seperti panel solar, tadahan hujan dan banyak lagi. Masjid yang sangat cantik ini mempunyai konsep taman Islamik di perkarangannya. Keluasan masjid ini adalah 17.580 ekar dan mampu memuatkan 8,300 orang jemaah pada satu-satu masa.
- Masjid Ara Damansara

Masjid Ara Damansara yang terletak di Ara Damansara mempunyai keluasan 6 ekar serta boleh memuatkan 1,500 orang jemaah pada satu-satu masa. Ianya berkonsepkan Green Building Index. Mula beroperasi pada 29 Januari 2015, masjid ini turut menampilkan konsep islamik urban yang menarik. Terdapat juga taman permainan mini dan ruang rehat sebagai kemudahan dalam kawasan masjid kepada pengunjung dan orang ramai.
- Masjid Jamek Ar-Rahimah

Masjid Jamek Ar-Rahimah merupakan masjid yang terletak di Daerah Hulu Selangor, serta menjadi pusat ibadat bagi masyarakat setempat. Masjid yang tersergam indah ini sering menjadi tempat persinggahan para pengembara sebelum ke Fraser Hills. Dirasmikan pada 1 November 2002, masjid ini mampu menampung seramai 3,500 orang jemaah pada satu-satu masa. Seni bina masjid ini berlandaskan konspek Inggeris klasik dilengkapi minaret yang tinggi dan indah di bahagian luar masjid.
- Masjid Diraja Sultan Ala’eddin

Dibina pada sekitar tahun 1900 dan dirasmikan pada 18 Jun 1924, masjid bersejarah ini mampu memuatkan 800 orang jemaah sahaja pada satu-satu masa. Juga dikenali sebagai Masjid Bandar, ianya juga menjadi sebuah monumen sejarah bagi Negeri Selangor dengan sktrukturnya yang masih gah berdiri sehingga hari ini. Ia terletak di Pekan Banting sekitar 200 meter daripada Istana Bandar. Reka bentuk masjid ini mempunyai ciri-ciri kesenian kaum India-Muslim dan masyarakat Islam dari negara Timur Tengah.
Masjid di Negeri Selangor tidak hanya menjadi tumpuan pada musim perayaan sahaja, namun ianya sentiasa mengalu-alukan kehadiran umat islam untuk menunaikan ibadah, serta kehadiran orang awam untuk tujuan pelancongan. Masjid-masjid di Negeri Selangor mempunyai hasil seni bina yang gah dan mengagumkan; sangat indah untuk dijadikan latar bagi gambar.
Pada masa kini, jumlah kapasiti jemaah di masjid adalah dihadkan mengikut garis panduan atau SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara. Namun, jika anda berkesempatan untuk mengunjungi masjid-masjid ini, pastikan anda mendaftar masuk dengan aplikasi mudah alih “SElangkah: Langkah Masuk Dengan Selamat”, menjaga penjarakan sosial, menggunakan cecair pembasmi kuman secara berkala dan memakai pelitup muka pada setiap masa demi memastikan kesejahteraan umum.
Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.
7 Shopping Mall Yang Best Bawa Si Kecil ‘Lepak’ Bersama Anda

Kalau dahulu, pusat beli-belah ini dikunjungi apabila ingin membeli barang seperti baju, peralatan rumah atau mungkin mahu menjamu selera saja.
Namun kini, ia sudah menjadi pusat sehenti bagi masyarakat setempat melakukan pelbagai aktiviti riadah. Pusat beli-belah juga kini menjadi lokasi alternatif untuk membawa anak bercuti terutama pada musim cuaca tidak menentu ini. Ini ada beberapa cadangan pusat membeli-belah yang menarik untuk membawa si kecil tersayang di sekitar kawasan Lembah Klang.
Keriangan Berganda Di Taman Tema Indoor Skytropolis Funland, Genting Highland
Skytropolis Funland tampil dengan permainan indoor serba baharu dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu untuk kanak-kanak, keluarga dan ekstrem. Terdapat beberapa jenis permainan menarik yang perlu dicuba antaranya Power Surge, Sky Tower, Spin Crazy, Bumper Boss, Disco, Boo Bum, Tea Cups dan Balloon Race. Di sini juga turut dilengkapi permainan-permainan realiti maya bertaraf antarabangsa seperti di The Void, Imaginatrix dan Big Top Games Park.
Dalam tema sarkas pula, RWG turut memperkenalkan Highlands Hero yang baharu iaitu watak Joe (orang hutan), Tabby (harimau), Allie (gajah), Geno (dinasour), Bennie (beruang matahari) dan Callie (naga). Watak-watak berkenaan juga merupakan wajah rasmi taman tema yang terlibat dalam kumpulan penyambut kehadiran pengunjung di pintu masuk utama yang pasti memberi seribu keriangan terutama kepada kanak-kanak.
Dunia London Si Kecil The Parenthood Sunway Pyramid West & Sunway Putra Mall
The Parenthood terletak di tingkat satu Sunway Pyramid West dan kuha Sunway Putra Mall khusus untuk seisi keluarga, ‘The Parenthood’ Taman Keluarga London Street di Malaysia menyediakan kemudahan, perkhidmatan, produk dan pengalaman keibubapaan masa kini untuk setiap golongan.
Reka bentuk luar biasa dilengkapi ‘Big Ben’ iaitu bas London berwarna merah, bendera Britain, kotak surat merah, deretan kedai menarik di sepanjang jalan bertanda kuning dan berlatarbelakangkan istana Inggeris sememangnya mengimbau kenangan manis kota London yang mengagumkan.
Meluncur Ais Di 101 Mall Putrajaya & Sunway Pyramid
Dengan keadaan cuaca di negara kita yang tidak bersalji, meluncur di gelanggang luncur ais pastinya cukup menyeronokkan. Bersaiz Olimpik, aktiviti riadah yang mengujakan ini pastinya dapat dirasai saat berkunjung ke IOI City Mall Putrajaya. Terletak di selatan Lembah Klang, IOI City Mall Putrajaya antara pusat beli-belah terbaru yang menyediakan pusat riadah menyeronokkan dan cukup mencabar. Satu lagu lokasi luncur ais yang cukup terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia adalah di Sunway Pyramid.
Bersantai Dengar Alunan Muzik Di The Symphony Walk

Malah aktiviti riadah bersama anak-anak boleh diteruskan dengan pertunjukan air pancuran berirama di pintu masuk utama pusat beli-belah IOI City Malll di The Symphony Walk. Menariknya, di sekitar The Symphony Walk itu, terdapat beberapa tempat khusus untuk pengunjung berehat sambil mendengar alunan muzik mengiringi pancuran air yang cukup mendamaikan.
Aktiviti Indoor Pecah Lemak Di District 21
Selain gelanggang luncur ais, aktiviti riadah yang mencabar kekuatan mental dan fizikal pengunjungnya adalah District 21.Hanya RM75 seorang, anda berpeluang mencabar diri melakukan semua aktiviti yang di situ.
Lakukan Apa Sahaja Di Dunia KidZania Kuala Lumpur
Seumpama berada di sebuah alam lain yang direka khas untuk kanak-kanak! Begitulah yang dirasai tatkala melangkah masuk ke KidZania Kuala Lumpur. Bagaikan sebuah ‘negara’ yang direka khusus untuk menyuntik keriangan, taman tema tertutup berunsurkan pendidikan itu menawarkan peluang kepada mereka yang berusia seawal tiga tahun sehingga 14 tahun untuk merasai pengalaman melakukan pekerjaan dan aktiviti orang dewasa.
Taman Tema Indoor Cosmo World Di Berjaya Times Square
Cosmo World Theme Park adalah terbesar taman tema tertutup di Malaysia yang meliputi kawasan seluas kira-kira 380,000 kaki persegi. Taman tema yang orang dewasa dan kanak-kanak taman tema yang berdiri sendiri dengan berbagai jenis permainan dan hiburan. Empat daripada wahana tunggangan keseronokan yang direka khas untuk Cosmo World Theme Park. Di antara perjalanan, yang paling mendebarkan akan menjadi panjang Supersonic Odyssey roller coaster 800 meter. Terdapat juga 30 meter tinggi Spinning Orbit, DNA Manusia dan Serangan Angkasa yang pasti akan membuat pam adrenalin anda sekurang-kurangnya dua kali lebih cepat. Terdapat juga tunggangan kurang mendebarkan yang lebih sesuai untuk anak-anak dan keluarga.
Menggembara Di Petrosains KLCC
Selesai beriadah, jamu selera di beberapa restoran yang menyediakan pelbagai hidangan menarik untuk anda. Suria KLCC juga antara pusat beli-belah yang pastinya memberikan keseronokan beriadah. Terletak di Menara Berkembar Petronas dengan rekaan unik Suria KLCC menawarkan pelbagai aktiviti riadah yang cukup menarik. Ingin meneroka sains dan pelbagai aktiviti berkaitan sains, Petrosains, The Discovery Centre nyata membuatkan anak-anak teruja.
Menyelam Di Aquaria KLCC
Disenaraikan akuarium keempat terbaik di Asia, Aquaria KLCC pula menanti anak anda dengan pelbagai aktiviti hebat. Terokai perairan tropika eksotik dalam dua aras dengan terowong bawah air sepanjang 90 meter. Menempatkan lebih 20,000 hidupan daratan dan air dari lebih 250 spesies berbeza dalam dan luar negara, anda bukan saja berpeluang melihat hidupan laut ini bebas berenang malah maklumat lengkap berkenaan setiap pameran turut disediakan. Keunikan susun atur kolam, penerangan yang jelas bagi setiap spesies dan terowong besar memberi peluang pengunjung melihat pelbagai jenis ikan termasuk jerung hidup bebas berenang mengelilingi mereka bagaikan di laut dalam.
Sumber Foto: Google Image