Qatar mempertontonkan stadium terkini yang bakal disiapkan sepenuhnya bagi Piala Dunia 2022 dengan didedikasikan khas kepada petugas barisan hadapan melawan pandemik COVID-19.
Stadium tersebut diberi nama Stadium Education City dengan kapasiti 40,000 penonton itu menampilkan ciri berlian di padang pasir. Ia merupakan stadium ketiga dibina dengan lima lagi stadium sedang dalam pembinaan sebagai persediaan menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022.
Stadium lain, al Rayyan mampu memuatkan kapasiti 40,000 penonton
Stadium al Bayt pula boleh memuatkan sehingga 60,000 penonton, bakal disiapkan menjelang hujung tahun ini.
Presiden Badan Bola Sepak Dunia (FIFA) Gianni Infantino mengharapkan, perlawanan piala dunia itu nanti tidak akan berlangsung dalam keadaan krisis kesihatan dunia dihadapi ketika ini. Jelasnya, pembinaan semua stadium terbabit mengikut jadual yang dirancang.
Taiping dianugerahkan status bandar warisan dan bandar lestari pelancongan antara terbaik di dunia kerana mempunyai pelbagai lokasi bersejarah dan khazanah tidak ternilai.
Terkini Taiping sekali lagi mencipta nama dengan mencatatkan rekod baru dengan menghasilkan sebuah lukisan mural tiga dimensi terbesar di Malaysia iaitu lukisan Amelia Mary Earhart.
Lukisan mural Amelia Earhart ini menceritakan penerbangan solo wanita pertama merentasi Lautan Atlantik di mana beliau telah singgah untuk mengisi bahan api di Lapangan Terbang Tekkah, Taiping di mana ketika itu ia merupakan lapangan terbang pertama Malaysia pada 20 Jun 1937. Tetapi sejarah mencatatkan beliau telah hilang di lautan Atlantik dan tidak kembali.
Lukisan mural ini mendapat pengiktirafan dari The Malaysia Book of Records sebagai lukisan terbesar (The Biggest Outdoor 3D Mural Painting) dengan ukuran 14.60 m (47 kaki) tinggi dengan kelebaran 27.44m (90 kaki) dengan keseluruhan keluasan 281.07 meter persegi.
Menurut Perak Today, lukisan mural berkenaan telah siap pada 31 Ogos yang lalu dan ditambahbaik menjadi lukisan 3D di mana kosnya secara 100 peratus ditaja oleh pihak penaja swasta. Dimaklumkan bahawa kos ini berjumlah RM280,000 untuk menghasilkan lukisan sedemikian yang telah dijayakan oleh enam orang pelukis dengan menggunakan tujuh warna yang berbeza iaitu putih, kelabu, light grey, medium grey, dark grey, hitam dan warna emas di mana cat-cat yang digunakan merupakan cat kalis air dan tahan cuaca.
Kalau ke Taiping jangan lupa singgah untuk mengambil gambar kenang-kenagan di sini ya!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sudah ramai yang teruja dan war-warkan keunikan dan kecantikan Pulau Besar di Mersing, Johor, pantainya cukup indah untuk anda rehatkan minda yang penat.
Kalau ikutkan dekat je dari Jeti Mersing. dalam 20-30 minit je naik speedboat. Jadi siapa yang tak tahan naik speedboat lama boleh lah datang sini.
Tak banyak resort kat sini. Jadi ini pilihan yang ada:
– Alun-Alun Island Resort
– Mirage Island Resort
– Bayu Lestari Island Resort
– D’Coconut Island Resort
Tak ada gerai atau kedai makan di sini. Ada 1 gerai burger sahaja. Jadi bab makan, anda kena beli di cafe resort. Alun-Alun Resort tak ada cafe. Kalau amik full board, dia akan bagi packed food.
Malam-malam pun cantik lagi, nak merasa pakej healing, memang sesuai anda datang sini.
Buat anda yang ketagih dengan bau laut dan masih tercari-cari port menarik sekitar Johor, boleh lah datang sini bersama keluarga tersayang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Siapa yang masih ingat Terminal Jeti Kuala Perlis yang dulu kalau nak ke Pulau Langkawi? Sekarang kalau anda nak ke Pulau Langkawi melalui terminal jeti ini, keadaan dan persekitarannya semakin selesa untuk kegunaan penumpang.
Baru-baru ini saya ke pulau lagenda itu dan sempat mencuri sedikit masa, sambil-sambil menunggu feri sampai, untuk membuat tinjauan sekitar Terminal Jeti Kuala Perlis.
Perkarangan terminal jeti telah dinaiktaraf. Kalau dulu, anda perlu membeli tiket di kawasan sebumbung dengan terminal jeti. Tapi sekarang, kawasan kaunter tiket telah diletakkan berhadapan dengan terminal jeti. Jadi kalau anda nak naik feri ke Pulau Langkawi dari Terminal Jeti Kuala Perlis, ambil maklum kaunter tiket kini berhadapan dengan terminal jeti.
Bangunan baharu itu buat masa ini masih dalam kerja-kerja pembinaan dan pemerhatian saya sepanjang menunggu feri di sini, struktur bangunannya sudah hampir siap. Selain daripada menempatkan kaunter tiket, bangunan baharu berhadapan terminal jeti ini juga mempunyai pelbagai lot-lot kedai yang menjual serba-serbi kepada pengunjung.
Dek kerana peralihan kaunter tiket telah beralih ke tempat yang lain, kawasan ruang dalam Terminal Jeti Kuala Perlis kini lebih luas, lebih selesa, lebih banyak tempat duduk. Mesra pengunjung termasuk untuk warga emas dan orang kelainan upaya. Saya tak sempat untuk mengambil gambar kemudahan kerusi roda yang disediakan untuk warga emas dan orang kelainan upaya, tetapi kemudahan tersebut ada di sediakan kalau anda memerlukan.
Satu tips yang nak saya kongsikan kepada anda berkenaan pembelian tiket feri dari terminal ini ke Pulau Langkawi. Anda boleh buat pembelian secara dalam talian, ada terus sahaja ke kaunter tiket feri. Tapi perlu peka dengan waktu pelepasan feri dari terminal. Paling awal, feri akan berlepas pukul 7 pagi. Jadi kalau anda nak naik feri paling awal itu, anda perlu berada di terminal feri satu jam lebih awal dan terus beli tiket pukul 7 pagi.
Ini kerana, pemerhatian sewaktu tinjauan saya di sini mendapati jumlah penumpang juga tak kurang ramainya. Takut kalau anda terlewat membeli tiket awal, anda akan terlepas untuk berlepas mengikut masa yang dikehendaki. Kalau anda terlewat dan terlepas masa pelepasan yang dikehendaki, petugas kaunter feri akan memberikan anda tiket pelepasan masa seterusnya.
Sekitar kawasan Terminal Jeti Kuala Perlis juga ada beberapa kedai yang mungkin anda perlukan di sini. Ada kedai runcit, kedai makan, hotel tumpangan, mesin ATM sekiranya anda perlu mengeluarkan duit. Pendek kata, di sini ada tempat-tempat yang boleh anda tuju kalau memerlukan beberapa keperluan saat akhir sebelum bertolak ke Pulau Langkawi.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tidak semua hubungan berakhir dengan bahagia. Ada cinta yang terhenti di tengah jalan, persahabatan yang semakin jauh dan kenangan yang masih tersimpan walaupun pemiliknya...