Pahang mempunyai banyak lokasi alam semulajadi yang menarik untuk diteroka antaranya Air Terjun Sungai Pandan.
Terletak di Kuantan, Air Terjun Sungai Pandan juga dikenali sebagai atau Air Terjun Panching oleh penduduk setempat merupakan destinasi beriadah popular. Kawasan ini juga merupakan sebahagian daripada Hutan Lipur Pandan.
Ads
Lokasi ini menjadi tumpuan ramai untuk berkelah, mandi manda atau bersantai bersama keluarga dan kawan-kawan. Jika dilihat pada air terjun yang mengalir, pasti membuatkan ramai terpesona. Mana tidaknya, landskap air terjun yang terbentuk di sini begitu cantik dan unik.
foto Afiq Halidfoto flickr
Ads
Terdapat sebuah jambatan gantung merentasi sungai di air terjun ini yang sesuai menjadi lokasi untuk merakam kenangan. Namun jika anda ingin melalui jambatan gantung ini, pastikan sentiasa berwaspada dan mengambil giliran supaya jambatan tidak dipaksa menampung jumlah berat yang ramai pada satu-satu masa.
Ads
Pelbagai kemudahan lain tersedia di sini seperti gerai makan, tandas awam, surau, bilik persalinan, tapak perkhemahan dan juga beberapa buah chalet.
Jika anda bercadang untuk datang berlibur dan bersantai di Air Terjun Sungai Pandan ini pada hujung minggu atau cuti umum, pastikan anda datang lebih awal untuk ‘dapatkan’ port tempat berkelah menarik berlatarbelakangkan air terjun ini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Nak bercuti tapi dalam masa yang sama suka memancing, Libur nak kenalkan satu tempat yang terletak di Pekan, Pahang. Kaki pancing boleh bawa anak isteri ke sini sambil teruskan aktiviti memancing.
Terletak di Kg Padang Rumbia, Pekan Pahang, sementara si suami memancing, anak boleh buat aktiviti lain seperti mandi dalam kolam renang yang turut disediakan di atas rumah rakit ini.
Dah memancing mestilah dapat ikan kan, kalau nak makan segar hasil tangkapan anda, boleh terus masak di sini. Nak buat BBQ atau masak hidangan lain, segala kemudahan ada disediakan kat sini.
Bilik yang ada di sini juga cukup selesa macam tinggal di rumah sendiri. Memang berbaloi dan cukup menarik untuk bercuti bersama keluarga kat sini. kaki pancing mesti teruja kalau beritahu antara ikan-ikan yang boleh dapat kat sini adalah lampam, pari air tawar dan banyak lagi.
Untuk kaki pancing, bolehlah survey tempat ni, mana tahu berminat untuk bercuti ke sini bersama keluarga tersayang. Dapat ikan, dapat luang masa dengan keluarga, memang bestlah!
Alamat:
Lot 283, Jalan Haji Jaafar, Kampung Padang Rumbia, Pekan, Malaysia
Sebuah kampung yang terletak di Semarang, Selatan Indonesia dahulunya langsung tiada tarikan dan menjadi pemandangan biasa seperti sebahagian daripada kampung lain. Kini Kampung yang dikenali sebagai Kampung Pelangi menjadi lokasi kegemaran untuk dikunjungi penduduk tempatan dan pelancong di serata dunia selepas menjalani transformasi.
Kampung Pelangi di Randusari, Jawa Tengah kini meriah dilawati pelancong hampir saban hari sejak beberapa tahun yang lepas selepas kerajaan tempatan memberi dana untuk membentuk semula penempatan itu menjadikannya seindah nama kampung tersebut iaitu sang pelangi.
Majlis jawatankuasa kawasan itu memperuntukkan dana 300 juta rupiah (RM95,200) untuk mengubah suai penempatan sederhana itu menjadi tarikan pelancong bermula tahun 2017. Persatuan Pembina Indonesia Semarang turut menyediakan bahan dan pekerja untuk projek itu. Penduduk di Kampung Pelangi sendiri tidak ketinggalan menyumbang tenaga apabila bersama-sama mengecat dinding hampuir 232 rumah yang ada di situ dengan tangan.
Sejak itu, Kampung Pelangi menjadi popular di media sosial. Ramai pengunjung berkongsi imej pemandangan fotogenik kampung berkenaan di Instagram, seterusnya menjadikan kediaman pelbagai warna itu semakin popular di peringkat global. Setiap rumah di kawasan yang sebelum ini kawasan setinggan, kini dihiasi lebih daripada tiga warna untuk setiap rumah dengan pelbagai warna ceria seperti kuning, ungu, hijau dan biru.
Lelaki di sebalik visi mencantikkan kawasan ini merupakan seorang guru bernama Slamet Widodo, berkata dia mendapat ilham untuk mencantikkan kampung berkenaan dari beberapa kampung lain di negara itu yang melalui perubahan. Idea untuk mencipta Kampung Pelangi muncul selepas dia melihat kecantikan Kampung Warna-Warni dan Kampung Tridi di Malang, dan selepas itu, Kampung Kali Code di Yogyakarta.
Kini Kampung Pelangi menjadi semakin terkenal di Indonesia dan menawarkan tarikan pelancongan baru di Semarang. Penduduk tempatan turut mendapat kelebihan dengan mengambil kesempatan menjana sumber ekonomi dengan menjual makanan, minuman, cenderahati dan kraftangan buatan mereka kepada pelancong.Ini antara gambar-gambar yang dikongsikan di laman sosial oleh pengujung yang melawat Kampung Pelangi.
Pernah tak berniat nak ke Surabaya, Indonesia untuk bercuti bersama keluarga dan kawan-kawan?
Haa.. . kat sini anda boleh tengok pemandangan indah, bukan hanya air terjun tetapi juga kawasan gunung di sana. Jom baca pengalaman Eirra Artikah bersama sepupunya ke Kota Pahlawan.
Ini adalah jadual perjalanan bercuti 3 hari 2 malam ke Kota Surabaya yang terletak di Indonesia.
Untuk pengetahuan korang, tiket kapal terbang pergi dan balik untuk ke Surabaya hanya memerlukan RM 265 sahaja, murah kan?
Dalam pada itu, harga penginapan hotel di sana juga sangat berpatutan untuk 2 malam iaitu RM 160.83.
Destinasi dan jadual perjalanan ini sesuai untuk mereka yang gemar bercuti secara ‘backpackers‘ dan suka akan keindahan alam semula jadi di sana.
Bermulalah hari pertama, perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Surabaya yang hanya mengambil masa 2 jam lebih sahaja.
Setibanya di Kota Surabaya yang terkenal dengan gelaran Kota Pahlawan, anda boleh mula daftar masuk ke hotel yang sudah ditempah.
Pengangkutan untuk ke Kota Malang boleh menggunakan pengangkutan peribadi yang perlu dibayar servisnya sebanyak RM 45 untuk seorang.
Ketika perjalanan ke Kota Malang, anda akan dapat melihat permandangan gunung yang banyak dan cantik.
Dari segi makanan pula, tidak memakan kos yang banyak kerana harga sangat murah, contohnya nasi lalap yang berharga RM3 sahaja. Berbaloi kan!
Anda boleh ke beberapa destinasi menarik seperti Semeru Street View, Kali Kebo, Sarkawi, Jeep Splash Water View Semeru, dan Panorama Air Terjun Kapas Biru.
Untuk ke Air Terjun Tumpak Sewu pula, korang perlu mendaki sedikit untuk sampai ke atas dan dapatlah menikmati pemandangan yang indah.
Kos perbelanjaan untuk ke destinasi- destinasi berkenaan hanya memerlukan RM 215.46 untuk seorang sahaja.
Di sebelah petang pula, korang boleh menaiki pengangkutan ‘angkot’ yang dperlu dibayar 5000 rupiah iaitu RM1.51 sahaja untuk ke pekan kecil di Kota Malang.
Untuk mereka yang suka dengan keindahan gunung-gunung, wajib ke Gunung Bromo yang mempunyai banyak tarikan menarik.
Malah, kos perbelanjaan sewaktu di sana juga hanya memerlukan sebanyak RM 105.45 sahaja, murah kan!
Tambahan, korang tidak perlu risau dengan harga makanan kerana sate dan bakso hanya RM 8 sahaja.
Di Gunung Bromo, anda dapat melihat ‘sunrise point‘ yang memerlukan korang untuk mendaki, kawasan Kawah Bromo, Pasir Bersisik dan Savana serta Bukit Teletubbies.
Tambahan, korang tidak perlu risau dengan harga makanan kerana sate dan bakso hanya RM 8 sahaja.
Selesai di Gunung Bromo, anda akan daftar keluar dari hotel untuk meneruskan perjalanan ke Kampung Tridi yang perlu dibayar serendah RM 0.90.
Ini merupakan salah satu destinasi wajib bagi pelancong yang bercuti ke Surabaya kerana di Kampung Tridi terkenal dengan rumah yang warna warni serta laluan yang dihiasi grafiti.
Seterusnya, untuk ke Kota Surabaya semula anda perlu menggunakan ‘angkot’ tetapi perlu berhati-hati untuk tidak mudah tertipu dengan harga yang diberi.
Bukan itu sahaja, untuk melancong ke negara jiran korang juga perlu pandai berbahasa Indonesia sekurang-kurangnya asas, ini dapat memudahkan proses tawar menawar sewaktu di sana.
Tunjungan Street pula merupakan syurga makanan buat pelancong kerana segala jenis makanan ada terdapat di sana.
Sebagai contoh, mee ayam, bakso, pentolan, ayam geprek dan banyak lagi, malah harganya juga lebih murah berbanding di Malaysia.
Meneruskan lagi perjalanan ke Pasar Kodam Brajiwiya untuk mencari cenderamata, anda boleh menaiki pengangkutan ‘gojek’ iaitu yang berharga RM10.
Selesai sudah percutian hari ketiga di Kota Surabaya dan untuk ke lapangan terbang, korang boleh menggunakan ‘gojek’ yang berharga RM17.65.
Bagi keseluruhan kos perbelanjaan di sana, anda hanya perlu berbelanja sebanyak RM1,200 sahaja kerana sudah cukup untuk meneroka Kota Surabaya.
Untuk penggunaan Simkad korang hanya perlu aktifkan data roaming sahaja iaitu RM20 untuk seminggu, jangan lupa aktifkan sebelum menaiki kapal terbang, ya.
Sebelum ke Gunung Bromo dan Tumpak Sewu, anda kena mencari pemandu pelancong dan hotel bagi mengelakkan kelam kabut di kemudian hari.
Kala liburan, makanan adalah salah satu cara untuk mengenali dengan lebih dekat sesebuah budaya. Setiap satu menu yang dicuba menjadi manifestasi rasa lantas mengisi...