Bila menyebut Krabi, ramai antara kita pernah melancong ke pantai peranginan popular di Thailand ini. Pantainya yang jernih dan pemandangan memukau membuatkan pulau pelancongan ini popular di seluruh dunia dan menjadi tumpuan luar sejak dulu lagi. Tapi tak perlu pergi jauh-jauh lagi dan semua keindahan di Krabi itu boleh dilihat di Pulau Seri Buat yang terletak di Rompin, Pahang di mana pantainya memutih, sesuai untuk aktiviti snorking selain boleh melakukan hiking.
Untuk ke sini mudah saja kerana perjalanan hanya memakan masa 45 minit saja menaiki bot dari jeti Tg Gemok. Terletak dalam daerah Rompin yang terkenal dengan Pulau Tioman, inilah hidden gem negara yang tersembunyi selain terdapat pulau-pulau lain seperti Pulau Sembilang, Pulau Raja, Pulau Tulai, Pulau Layak dan beberapa pulau kecil lagi di sekitarnya.
Ikuti perkongsian dari fb Bazaie Tuan Muda Pececeh mengenai keindahan permata tersembunyi di Rompin ini.
Apa boleh buat di sini?
Ads
Bermacam macam aktiviti boleh di buat di sini selain dari snorkling iaitu perkara wajib bila sampai sini.
Yang suka mendaki boleh panjat puncak bukit disini untuk lihat view keseluruhan sekeliling pulau termasuk Pulau Tioman dapat dilihat dari puncak di sini, tak lama dalam 15 minit je dah sampai puncak, kemudahan seperti tali baru aje dipasang bagi melancarkan pendakian yang sedikit curam.
Nak merasai suasana malam sambil melihat bintang atau bulan sambil ditemani unggas rimba, boleh berkhemah di pulau ini. Waktu kami sampai pada kali kedua ini adalah waktu bulan purnama, jadi boleh lihat bulan mengambang, kalau malas nak keluar boleh saja selak pintu khemah dan dapat melihat view malam yang menawan.
Ads
Yang minat memancing boleh je memancing atau mencandat sotong.
Anda dinasihatkan menjaga kebersihan pulau ini jangan buang sampah terutama plastik dan botol air mineral, diseru bawa pulang sampah jangan ditinggalkan di sini, waktu kami sampai bersepah sampah terutama di trek untuk mendaki, jenuh jugak lah nak kutip untuk dilupuskan.
Ads
Ada yang kami dengar Pulau ini di dakwa terletak dalam jajahan perairan Johor tapi yang sebenarnya pulau ni di dalam Daerah Rompin Pahang termasuk Pulau Sembilang dan Pulau Raja yang hanya bersebelahan dengan pulau ini.
Program kami ke sini sebenarnya adalah untuk merintis apa yang boleh dibuat di Pulau Seri Buat, termasuk mencari punca bekalan air tawar, namun ianya tidak kesampaian kerana krew kami berpeluang mencari separuh jalan saja pada sebelah petang pada hari pertama, dan pada hari kedua kami terpaksa membatalkannya kerana faktor cuaca,
Hujan lebat dan angin kencang di sebelah pagi dan keadaan laut yang bergelora, kami terpaksa pulang cepat, maklumlah musim monsun timur laut sudah menunjukkan akan kembali pada tahun ini. Namun Alhamdulillah kami berkesempatan memasang tali sepanjang 100 meter hingga ke puncak bukit di pulau ini pada hari pertama. Sumber fb : Bazaie Tuan Muda Pececeh.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Pulau Tenggol yang terletak di Terengganu ni bukan saja cantik di permukaan pulaunya, malah keindahan lautnya juga memukau mata pengunjung yang datang ke sini. Terumbu karang berserta hidupan lautnya yang cantik berjaya menjadikan Pulau Tenggol ini antara lokasi selam skuba bertaraf dunia.
Untuk anda yang nak berkunjung ke Pulau Tenggol, aktiviti utama di sini adalah selam skuba dan snorkeling. Anda boleh menyelam di lebih 25 spot menyelam terbaik di Pulau Tenggol ini, dengan pelbagai hidupan marin yang menarik boleh dijumpai seperti humphead parrotfish, giant stingray, leopard shark, bat fishes, whale sharks dan schooling jacks.
Antara spot menyelam terbaik di Pulau Tenggol adalah Batu Tokong Laut, Teluk Air Tawar, Tokong Talang, Tokong Burung, Tokong Laut, Teluk Rajawali, Tanjung Sarang Lang dan Batu Cacang.
Gambar www.remotelands.com
Selain itu, untuk anda yang sukakan aktiviti luar seperti jungle trekking juga boleh mengunjungi Pulau Tenggol kerana, bukit di tengah-tengah pulau ini berketinggian 800 kaki dan lokasi ini sesuai untuk anda menikmati pemandangan keindahan Pulau Tenggol dari kawasan puncak.
Ramai sebenarnya golongan yang boleh berkunjung ke sini, daripada kaki selam skuba, peminat aktiviti rekreasi luar, kaki lepak pantai, geng-geng snorkeling, member-member sekolah atau seuniversiti, couple nak honeymoon, sampailah pak cik atau mak cik yang nak menghabiskan masa pencen bersama-sama ke pulau. Sesiapa saja boleh datang ke sini.
Gambar tenggol.com.myGambar www.dasiatravels.com
Ada banyak pakej percutian yang ditawarkan ke Pulau Tenggol dan yang paling popular adalah pakej selam skuba dan snorkeling. Anda boleh pilih sama ada mahu pakej selama 2 hari 1 malam, 3 hari 2 malam atau 4 hari 3 malam yang bermula lebih kurang dari RM400+ seorang. Aha, pakej yang ditawarkan all-inn termasuk bot dan makan. Anda hanya perlu bawa badan sahaja tau.
Bagi anda yang nak ke Pulau Tenggol boleh naik bot laju dari Jeti Kuala Dungun atau Jeti Dungun dan masa perjalanan lebih kurang 45 minit untuk sampai ke destinasi.
Jadi bulan 3 ni, anda nak ke pulau mana? Jom la beramai-ramai ke Pulau Tenggol!
p/s: Pulau Tenggol ditutup semasa musim tengkujuh sekitar bulan November hingga Februari setiap tahun.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sebuah kampung yang terletak di Semarang, Selatan Indonesia dahulunya langsung tiada tarikan dan menjadi pemandangan biasa seperti sebahagian daripada kampung lain. Kini Kampung yang dikenali sebagai Kampung Pelangi menjadi lokasi kegemaran untuk dikunjungi penduduk tempatan dan pelancong di serata dunia selepas menjalani transformasi.
Kampung Pelangi di Randusari, Jawa Tengah kini meriah dilawati pelancong hampir saban hari sejak beberapa tahun yang lepas selepas kerajaan tempatan memberi dana untuk membentuk semula penempatan itu menjadikannya seindah nama kampung tersebut iaitu sang pelangi.
Majlis jawatankuasa kawasan itu memperuntukkan dana 300 juta rupiah (RM95,200) untuk mengubah suai penempatan sederhana itu menjadi tarikan pelancong bermula tahun 2017. Persatuan Pembina Indonesia Semarang turut menyediakan bahan dan pekerja untuk projek itu. Penduduk di Kampung Pelangi sendiri tidak ketinggalan menyumbang tenaga apabila bersama-sama mengecat dinding hampuir 232 rumah yang ada di situ dengan tangan.
Sejak itu, Kampung Pelangi menjadi popular di media sosial. Ramai engunjung berkongsi imej pemandangan fotogenik kampung berkenaan di Instagram, seterusnya menjadikan kediaman pelbagai warna itu semakin popular di peringkat global. Setiap rumah di kawasan yang sebelum ini kawasan setinggan, kini dihiasi lebih daripada tiga warna untuk setiap rumah dengan pelbagai warna ceria seperti kuning, ungu, hijau dan biru.
Lelaki di sebalik visi mencantikkan kawasan ini merupakan seorang guru bernama Slamet Widodo, berkata dia mendapat ilham untuk mencantikkan kampung berkenaan dari beberapa kampung lain di negara itu yang melalui perubahan. Idea untuk mencipta Kampung Pelangi muncul selepas dia melihat kecantikan Kampung Warna-Warni dan Kampung Tridi di Malang, dan selepas itu, Kampung Kali Code di Yogyakarta.
Kini Kampung Pelangi menjadi semakin terkenal di Indonesia dan menawarkan tarikan pelancongan baru di Semarang. Penduduk tempatan turut mendapat kelebihan dengan mengambil kesempatan menjana sumber ekonomi dengan menjual makanan, minuman, cenderahati dan kraftangan buatan mereka kepada pelancong.
Ini antara gambar-gambar yang dikongsikan di laman sosial oleh pengujung yang melawat Kampung Pelangi
Bila sebut gurun, terlintas di fikiran kita mengenai Gurun Sahara. Ia gurun panas terbesar di dunia selain gurun kedua terbesar selepas Antartika. Namun ketika sebahagian kawasan Gurun Sahara diliputi salji, ia menjadi berita utama di dunia kerana hal ini jarang berlaku.
Selain gurun Sahara, antara yang menarik ialah Gurun Gobi yang terletak di sempadan dua buah negara iaitu China dan Mongolia.
Berikut adalah perkongsian dari penulis John Mohamed di fbnya mengenai keunikan Gurun Gobi.
Gurun Gobi merupakan satu kawasan gurun yang dikongsi oleh dua buah negara, iaitu China dan Mongolia. Gurun ni merupakan gurun yang terbesar di Asia dan kelima di dunia.
Gurun yang berkeluasan 1.2 juta kilometer persegi ini dikenali sebagai kawasan fosil dinosaur. Dekat sini banyak fosil yang hampir lengkap ditemui oleh para pengkaji yang datang.
Malah ada yang menjumpai fosil telur dinosaur serta spesies baru di kawasan gurun tersebut. Selalunya orang akan fikir bila sebut gurun mesti akan ingat keadaan panas.
Tapi dekat gurun Gobi ni musim sejuk kat sini boleh suhunya boleh jatuh di bawah paras beku, iaitu sekitar -40 manakala bila tiba musim panas suhu di kawasan gurun ni boleh cecah sehingga 45 darjah celcius.
Perkataan Gobi diambil dari perkataan orang Mongolia yang bermaksud tempat tiada air. Kawasan gurun ni sebenarnya tidak lah berpasir seperti gurun lain, keadaan dekat sini lebih kepada permukaan yang berbatu.
Bukit pasir yang terkenal di sini dikenali sebagai Khingor, menganjur sejauh 180 kilometer dan ada sesetengah kawasan yang mencapai ketinggian 30 meter. Jadi kalau ada kesempatan melancong, masukkan Gurun Gobi ini sebagai destinasi pelancongan korang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...