
Sebuah kampung yang terletak di Semarang, Selatan Indonesia dahulunya langsung tiada tarikan dan menjadi pemandangan biasa seperti sebahagian daripada kampung lain. Kini Kampung yang dikenali sebagai Kampung Pelangi menjadi lokasi kegemaran untuk dikunjungi penduduk tempatan dan pelancong di serata dunia selepas menjalani transformasi.
Kampung Pelangi di Randusari, Jawa Tengah kini meriah dilawati pelancong hampir saban hari sejak beberapa tahun yang lepas selepas kerajaan tempatan memberi dana untuk membentuk semula penempatan itu menjadikannya seindah nama kampung tersebut iaitu sang pelangi.
Majlis jawatankuasa kawasan itu memperuntukkan dana 300 juta rupiah (RM95,200) untuk mengubah suai penempatan sederhana itu menjadi tarikan pelancong bermula tahun 2017. Persatuan Pembina Indonesia Semarang turut menyediakan bahan dan pekerja untuk projek itu. Penduduk di Kampung Pelangi sendiri tidak ketinggalan menyumbang tenaga apabila bersama-sama mengecat dinding hampuir 232 rumah yang ada di situ dengan tangan.
Sejak itu, Kampung Pelangi menjadi popular di media sosial. Ramai engunjung berkongsi imej pemandangan fotogenik kampung berkenaan di Instagram, seterusnya menjadikan kediaman pelbagai warna itu semakin popular di peringkat global. Setiap rumah di kawasan yang sebelum ini kawasan setinggan, kini dihiasi lebih daripada tiga warna untuk setiap rumah dengan pelbagai warna ceria seperti kuning, ungu, hijau dan biru.
Lelaki di sebalik visi mencantikkan kawasan ini merupakan seorang guru bernama Slamet Widodo, berkata dia mendapat ilham untuk mencantikkan kampung berkenaan dari beberapa kampung lain di negara itu yang melalui perubahan. Idea untuk mencipta Kampung Pelangi muncul selepas dia melihat kecantikan Kampung Warna-Warni dan Kampung Tridi di Malang, dan selepas itu, Kampung Kali Code di Yogyakarta.
Kini Kampung Pelangi menjadi semakin terkenal di Indonesia dan menawarkan tarikan pelancongan baru di Semarang. Penduduk tempatan turut mendapat kelebihan dengan mengambil kesempatan menjana sumber ekonomi dengan menjual makanan, minuman, cenderahati dan kraftangan buatan mereka kepada pelancong.
Ini antara gambar-gambar yang dikongsikan di laman sosial oleh pengujung yang melawat Kampung Pelangi
Sumber: Boredpanda.com
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Bercuti Ke Pulau Perhentian, Lelaki Kongsi Apa Perbezaan Perhentian Kecil & Perhentian Besar. Mana Lebih Syok?

Bila sebut Pulau Perhentian, pasti ramai di kalangan kita dah sampai ke pulau ini. Ia terletak sekitar 10 batu nautika (19 km) dari pantai dalam timur laut negeri Terengganu, sekitar 40 batu (64 km) selatan dari sempadan Thailand. Dua pulau utama ialah Perhentian Besar dan Perhentian Kecil.
Disebabkan ada dua pulau besar dan kecil, mana satu lebih syok bercuti? Dikongikan oleh oleh pengguna fb, Ahmad Syakir di page Backpackers Buddies Malaysia (BBM), korang boleh buat pilihan nak ke mana selepas baca penerangan dikongsikannya ini.
Sebenarnya saya tak tahu nak mula dari mana. Tapi hentam sajalah labu. Asalkan saya dapat share info dengan semua.
Pertamanya yang wajib adik kakak semua tahu. Pulau Perhentian ni terbahagi kepada DUA pulau yang utama.
1. PERHENTIAN KECIL
2. PERHENTIAN BESAR
Setiap pulau ni ada banyak pantai. Jadi korang kena study, tempat mana yang korang nak tuju. Untuk mudahkan pemilihan tempat, korang kena baca sampai habis tulisan ni..
PULAU PERHENTIAN KECIL
Kat sini ada macam-macam nama pantai. Paling femes Pasir Panjang / LONG BEACH. Apa pun Long Beach ni tak sesuai untuk kanak-kanak dan warga emas sebab kebanyakkan penginapannya jauh daripada Jeti dan suhu panas dia berbeza dengan lain-lain tempat di Perhentian ni. Kalau rasa nak menginap di Long Beach juga tu boleh, tapi fulusnya mestilah lebih.
Bagi yang nak percutian lasak, padat aktiviti boleh pilih menginap di Perhentian Kecil sebab banyak tempat boleh terokai. Korang hanya perlu rajin berjalan sebab kat Perhentian memang tak ada kereta.
Salah satu tempat hiking ialah Hiking Windmill. Kalau korang menginap di LONG BEACH / CORAL BAY / D’LAGOON boleh terus ke windmill tanpa perlu bayar apa-apa caj tambahan dah.
Keduanya beromantik dengan yang tersayang sambil layan sunset. Bagi yang menginap di Long Beach, boleh jungle trekking dalam 10 minit ke Coral Bay untuk layan sunset ni. 5.30 petang pergi la. Boleh lepak ‘kupi-kupi’ dulu sementara tunggu matahari terbenam.
Sebelah malam pula ada night fireshow di Long Beach. Kalau menginap di Coral Bay, korang boleh jungle trekking dalam 10 minit ke Long Beach. Paling penting sediakan Torch Light la. Sebab laluan pejalan kaki tu takda lampu jalan.
Bagi yang menginap di FISHERMAN VILLAGE pula, boleh ambil water taxi ke Long Beach kalau nak tengok fireshow ni. Tambang sekitar RM30 seorang pergi dan balik.
Kalau yang berkeluarga, nak menginap di Perhentian Kecil, saya suggest sangat-sangat korang menginap Fisherman Village ni. Makanan pun murah, anak-anak boleh mandi pantai juga.
PULAU PERHENTIAN BESAR
Pulau Perhentian Besar pula sesuai untuk yang nak buat aktiviti ringan-ringan. Lebih kepada nak relax, berkasih sayang sambil kayuh transparent kayak.
Perhentian Besar lebih mesra kanak-kanak dan warga emas sebab kebanyakkan biliknya dekat dengan pantai dan hampir kesemua resort ada jeti mereka sendiri. Suasana lebih tenang dan ada banyak pokok untuk berteduh sambil layan anak mandi pantai.
Apa yang menarik di Perhentian Besar ni, hampir semua tempat snorkeling ada di sini. Shark Point (Area Flora, Fauna), Turtle Point area Coral View Island Resort, Coral Garden dan paling unik Lata Air Berani pun di Perhentian Besar juga ye.
Kalau rasa pening nak pilih menginap kat mana, cuba rojer saya. Saya akan bagi lebih info untuk anda.
1.Kepada yang luar dari Terengganu, kalau naik flight make sure korang turun di Kota Bharu sebab perjalanan dari airport Kota Bharu lebih dekat berbanding dari airport Kuala Terengganu.
2. Lagi satu airport Kuala Terengganu taka ada bas murah lalu, nak tak nak korang kena naik teksi airport ke Stesen bas Kuala Terengganu ataupun naik teksi terus ke Kuala Besut. Kalau korang banyak duit boleh lah buat macam ni.
3.Kalau korang naik bas dari negeri lain, berhenti di stesen bas Kuala besut sebab dekat dengan jeti. Kalau tak ada jangan turun Kota Bharu pulak, turun di Jertih, Besut. Nanti naik teksi atau bas ke Kuala Besut. Naik teksi lah senang sikit. RM20 satu teksi. Kalau korang 4 orang, boleh la RM5 seorang.
4. Jangan lupa benda penting, beli roti dengan kaya atau apa apa untuk sarapan. Kalau korang dah dalam pakej ada sarapan tak apa lah. Tapi aku sarankan bawa sebab nak alas perut kalau kalau lapar. Lagipun roti ni boleh bagi makan ikan time snorkelling, baru lah ikan berduyung duyung datang dekat korang.
5. Paling penting dan terpenting, beli air mineral botol besar siap siap. Bajet la dalam 3 hari korang kena minum berapa botol, beli banyak banyak tak apa. Hari tu aku beli 3 botol kongsi dengan kawan aku pun macam tak cukup. Sebab sana panas dan lepas mandi air masin mesti nak air kosong kan. Penat punggah sikit tak apa, jangan penat bayar kat pulau nanti. Aku sarankan beli jauh dari jeti sebab air minuman botol besar RM2, padahal sebotol RM 1.50 ja kan. Kalau beli dekat pulau, air minuman sebotol besar RM4. Hah, kau rase?
6. Bawak syampu, sunblock. Losyen siap siap. Sebab kat sana barang sangat lah mahal. Sunblock RM50, syampu pantene botol paling kecil RM12. Kau rase? Nak ke beli. Syampu tu sepatutnya harga dalam RM6 kan?
TIPS PILIH PAKEJ MESTI TENGOK
PENGINAPAN:-
Long Beach :- Tempat cantik untuk mandi pantai lebih mahal tapi bising sebab setiap malam ada beach parti dengan pertujukan api.
Coral bay :- tempat cantik tapi pantai dia tak berapa cantik untuk mandi tapi bolehlah sebab banyak coral sakit kaki pijak. Tapi tenang banyak tempat cantik untuk bergambar. Tempat makan ada kat restoran kecik depan tu. Nak makan malam ada kat ombak dive resort tapi makanan dia harga standart pulau.
– Kampung nelayan senang nak dapat makanan-makanan pun murah berbanding tempat lain tapi jauh dengan Long Beach. Yang budget boleh la duk sini.
Perhentian besar sunyi sikit tapi sesuai pergi dengan family.
– Snorkeling point berapa point.
– Sekali dengan makan or tak kalau duduk tempat yg jauh dari restaurant ambik la pakej makan siap-siap.
– Elektrik ada yang 7 sampai 7 elektrik ada 24 jam so kalo jenis tak duduk bilik ok. Kalau jenis duk bilik tengahari memang panas lagi-lagi peak season.
– Peak season selalu harga peak mahal pada harga biasa.
– Bot pergi dan balik
Bot ni tak sampai tepat masa ikut keadaan ada lambat sangat, jadi sesiapa yang flight awal 2 tu or bas awal ambik awal sikit. Bot last pukul 5.
CHALET DAN RESORT
PULAU PERHENTIAN KECIL
CORAL BAY
Shari -La Island Resort
Ombak Resort
Ewan’s Palace
Fatimah Chalet
Aur Bay Chalet
Amelia Chalet
Maya Chalet
Senja Bay Resort
Butterfly Chalet
LONG BEACH
D Rock Garden Chalet
Lemon Grass Chalet
Chempaka Chalet
Mohsin Chalet
Bubu Villa
Trivoli Guest House
Bintang View Chalet
Matahari Chalet
Panorama Chalet
Symphony Chalet
Sunrise Inn
Bubu Resort
Moonlights Chalet
Cocohut Chalet
Tropicana Inn
Tivoli Inn
Mimpi Resort
Harrera Chalet
PRIVATE BEACH
D’lagoon Chalet
Mira Beach
Petani Beach
Mari-Mari
Alunan Resort
AKTIVITI
Masa free time boleh :-
– Mandi pantai
– Kayak
– Atau pun hiking ke windmill
Yang duduk kg nelayan kalau nak pergi windmill baik ambik bot tambang sebab memang jauh sangat-sangat. Windmill tu bahaya sikit, kalau kat tangga tu berhati-hati ye. Sapa-sapa yang pergi pulau perhentian tak ambik gambar kat sini bagi saya tak complete.
– Ambik gambar kat Shangrila Chalet Carol Bay matahari terbenam memang superb.
– Ambik gambar matahari terbit dekat Long Beach
– Waktu malam tempat paling hidup dekat Long Beach tengok pertunjukan api sampai dia main dekat tepi pantai. Memang cantik sangat rugi tak tengok part last tu lepas. Pada yang yang muslim baik baliklah sebab dah start beach party joget-joget.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kampung Pulau Tengah, Lokasi Viral Terkini Di Kubang Kerian. Ada 6 Aktiviti Best Korang Boleh Lakukan Di Sini

Sebelum ini, kawasan Kampung Pulau Tengah, Kubang Kerian Kelantan hanyalah sebuah perkampungan yang tiada keistimewaan malah terpinggir daripada pembangunan tetapi kini ia seakan mencetus fenomena baharu apabila semakin menjadi tumpuan orang ramai selepas tular di laman media sosial sejak sebulan lalu sebagai destinasi ekopelancongan domestik.
Kampung Pulau Tengah sebelum ini hanya meriah dengan aktiviti penduduk kampung sahaja. Namun setelah tular dilaman sosial, lokasi yang mempunyai keindahan alam semula jadi mampu menarik kehadiran pengunjung sehingga mencecah lebih 500 orang sehari pada hujung minggu. Pertambahan pengunjung yang luar biasa itu bukan sahaja memberikan kelebihan kepada Kampung Pulau Tengah yang menawarkan kombinasi ekopelancongan, agropelancongan serta pelancongan desa, sekali gus menjadi lubuk rezeki bagi penduduk di kampung berkenaan.
Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk para pengunjung menikmati keunikan di Kampung Pulau Tengah antaranya:
- Merentasi denai Sungai Pengkalan Datu melalui jambatan sejauh satu kilometer.
- Menikmati hidangan makanan di atas pokok setinggi kira-kira 10 meter.
- Menyusuri sungai dengan menaiki bot.
- Melawat taman kelip-kelip serta ladang lebah kelulut.
- Menuai nira nipah.
- Mengutip lokan.
Info:
- Jika pengunjung memilih untuk melakukan aktiviti menyusuri sungai dengan menaiki bot, pengunjung berpeluang melewati tiga kampung sejauh tiga kilometer iaitu dari Kampung Pulau Tengah hingga ke Kampung Pulau Melaka melihat aktiviti komuniti setempat serta menikmati keindahan alam semula jadi di Sungai Pengkalan Datu.
- Setakat ini terdapat tiga bot yang disediakan penduduk kampung dan ia dapat menampung permintaan seramai 18 penumpang pada setiap masa dengan kadar bayaran yang dikenakan antara RM10 hingga RM15 bermula seawal 10 pagi hingga 6.30 petang.
- Bagi taman kelip-kelip ia dibuka bermula 8.30 malam sehingga 10.30 malam pada setiap hari kecuali ditutup pada hari Selasa dan Khamis yang terletak 200 meter dari Kampung Pulau Tengah dengan kadar bayaran bermula RM10 hingga RM15 dengan menaiki perahu. Kampung Pulau Tengah ini mempunyai hutan yang masih dipelihara dengan baik, oleh itu pengunjung berpeluang merasai pengalaman melihat kelip-kelip sekitar tempoh satu jam dengan menaiki perahu.
- Di Restoran Astacona Riverview Island pula mencipta kelainan bagi menarik kedatangan pengunjung dengan menawarkan peluang kepada mereka untuk menikmati hidangan di atas pokok setinggi hampir 10 meter. Restoran ini sudah mula bertapak sejak lima tahun lalu dengan kehadiran hanya 50 orang pelanggan sehari, namun kini ia mencecah berkali ganda sehingga 400 pelanggan sehari sejak tempat itu tular. Bagi menjaga keselamatan, hanya dua orang pelanggan sahaja dibenarkan menikmati hidangan atas pokok untuk mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini, malah pengunjung juga berpeluang untuk menaiki menara itu bagi melihat pemandangan dari atas dengan kadar bayaran RM1 seorang dengan had masa 30 minit.
Jom cuti-cuti Kelantan~
Foto: FB Orang Kelantan | Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Itinerari Trip 6 Hari ke Sabah Dari Kota Kinabalu Ke Kota Belud, Beaufort & Kundasang

Bagi penduduk tempatan Sabah, negeri mereka terdapat banyak lokasi pilihan untuk bercuti saban minggu. Sekadar percutiaan sehari atau dua hari tidak cukup untuk ‘cover’ keseluruhan destinasi pelancongan menarik yang ada. Mungkin anda perlukan tempoh berbulan hingga makan tahun.
Bahkan ramai penduduk dari semenanjung juga sangat teruja untuk habiskan masa berlibur di destinasi ini. Tetapi tidak perlu sedih jika tempoh percutiaan anda singkat di sini, Tetap banyak agenda menarik boleh disusun memenuhi percutian di Sabah.
Jika anda ingin meneroka Sabah untuk tempoh percutiaan 6 hari, jadikan perkongsian daripada saudari Farzana Anzalna sebagai info dan panduan anda.
Jom baca!
Salam, hi! Nak share trip KK 6D5N, 15-20 July last month. Let’s support our local tourism industry
The Main Highlights:
- naik keretapi lama Beaufort-Tenom
- chillchill kat Kota Belud (KB)
The Info/Tips:
1. Berbaloi amek promo SNAP AA. Tix return inc 1 night stay RM219/pax. Tapi sekarang macam takde option utk 1 night
2. Starting 15/6 no swab test required untuk kemasukan ke Sabah. Phew, alhamdulillah.
3. Sampai KKIA, ada simple Q&A session & they provide Health Alert Card. Kad kena simpan 14 hari & monitor suhu badan.
4. Plan nak ke Beaufort by train tapi temporarily train 7.45am tak available. Frust! So naik van dari Terminal Bandaran KK. Boleh mintak driver van drop terus kat Stesen Keretapi Beaufort.
5. Better call & tanya stesen keretapi 1st. Macam train Beaufort-Tenom, dah call awal & dapat info yang train sampai Halogilat je. Sobs!
6. Bertolak ke Kundasang waktu malam. Risau jugak tapi alhamdulillah takde kabus, clear gila siap stargazing dari dalam kereta
7. Desa Dairy Farm still tutup tapi view kat entrance pun cukup awesome & tak mengecewakan.
8. Boleh view Aki Nabalu pukul 6-10am pastu dia tarik selimut sebab Aki sejenis yang tidur siang. Kalau ada hal, dia bangun balik pukul 5pm
9. Poring Hot Spring due to PKP bukak sampai 3pm sahaja.
10. Plan nak camping kat Nohutu, tapi staff suggest amek chalet + tent sebab musim hujan. Tapi alhamdulillah cuaca baik, air sungai pun jernih
11. Actually nak stay Nohutu 2 malam tapi tukar plan sebab Jln Sangkir & Tamu Besar dengan dengan cousin’s.
12. Tamu Besar KB still tutup, as alternative boleh pergi Pasar Besar KB.
13. Kena try durian Sabah, RM8/kg. Sedap, ‘pekat’ & tak berbau kuat. Katanya durian tembaga, omai. Buah bambangan jangan lupa.
14. Souvenir wajib KB is Ikan Liking yakni ikan talang kering. Boleh pilih nak letak cili or kosong. Dedua sedap!
15. Sawah padi Jln Sangkir selain view superb, ianya is sebuah port orang jogging/cycling.
16. Tak jumpa nasik lemak tepi² jalan tapi jumpa goreng pisang panas² pukul 9am kat KB
17. Untuk cafe hunter, boleh singgah Sushi Sandlova & Times Cafe kat KB. Sedap & Instagramable.
Jom layan gambar bawah ni dulu, kemudian check itinerari untuk 6 hari trip ke Sabah!
The Itinerary:
DAY 1
-KUL-BKI, landed 11.25pm
-head to hotel by Grab
-check in Iskandar Sinsuran Guesthouse, KK
DAY 2️
-head to Terminal Bas Bandaran, KK by Grab
-naik van ke Beaufort (1h40m)
-arrive Stesen Keretapi Beaufort & lunch Little Town Cafe (depan stesen)
-solat kat Klinik Pergigian Beaufort (sebelah stesen)
-tren Beaufort-Halogilat 1.30pm
-arrive back Beaufort 3.30pm
-head back to KK by van
-beli dinner sesiap kat kedai mamak + KFC
-head to Kundasang by kereta sewa
-check in Humble Hobbit Home, Kundasang
DAY 3️
-head to Desa Dairy Farm entrance
-head to Jalan Mesilou
-check out Humble Hobbit Home
-head to Poring Hot Spring
-enjoy Poring Canopy Walkway
-shopping buah & sayur kat Kundasang
-head to KB
-check in Nohutu, mandi Sg Penataran
DAY 4️
-head to Tegudon Tourism Village
-meet cousin & lunch
-head to Cabana Retreat
-head back to Nohutu, mandi sungai & check out
-check in cousin’s place
DAY 5️
-head to sawah padi Jln Sangkir
-head to Pasar Besar KB
-lunch, cafe hunting
-head back to KK
-singgah makan lokan bakar & puding kelapa
-check in Pico Loft Studio, KK
-head to Pasar Philippines for dinner & souvenir
-return kereta sewa
-back to hotel by Grab
DAY 6️
-head to airport by Grab
-breakfast at McD airport
-BKI-KUL, depart 9.50am
The Cost:
- ACCOMODATIONS (3pax):
- Iskandar Sinsuran Guesthouse RM57.65 (AA SNAP promo)
- Humble Hobbit Home RM220 (promo til 31 Dec)
- Nohutu Eco Tourism RM147 (1.5 days)
- Pico Loft Studio RM101.74 (Airbnb)
FLIGHT TICKETS:
- Mine: RM218/pax *during promo on Feb
- Them: RM191/pax *exc 1 night stay via SNAP promo a week before fly
ENTRANCE FEE:
- Poring Hot Spring RM3/pax
- Poring Canopy Walkway RM3/pax
- Tegudon Tourism Village RM3/pax
- Cabana Retreat RM4/pax
TRANSPORTATION (3pax):
- Grab airport-hotel RM12
- Grab hotel-Stesen K/api Tjg Aru RM7
- Grab Stesen K/api Tjg Aru-Terminal Bandaran RM8
- Van KK-Beaufort RM45
- Train Beaufort-Halogilat return RM7.20
- Van Beaufort-KK RM45
- Grab Pasar Philippines-hotel RM4
- Grab hotel-airport RM9
- Fuel RM50
- Car rent Kereta Sewa Murah Kota Kinabalu Axia auto (3days) RM240
p/s: roughly cost dalam RM550+/pax inc flight ticket, exc food & souvenir.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI