
Isi Kandungan
ToggleKalau ke Cameran Highland, memang tidak sah kalau tidak membeli buat strawberi untuk di bawa pulang untuk dijadikan buah tangan atau kudapan selepas balik bercuti.
Ke mana sahaja lokasi tumpuan pengunjung di Cameron Highland, memang ramai peniaga mengambil kesempatan untuk menjual buah strawberi ini di situ. Rasanya sangat manis, buah juga bersaiz besar selain harga yang ditawarkan memang murah berbanding di pasaraya.
Tapi itu la, kadangkala buah strawberi yang dibeli untuk di bawa pulang tidak tahan lama. Ini ada tip dari penduduk tempatan Cameron Highland sendiri, bagaimana cara sebenar memilih buah strawberi untuk di bawa pulang.
“Alamak lembik dah laaaa”
“Euuu masam!”
“Eh, baru turun dah lebam, penipu la penjual ni!!”
Tula selalu jadi kan korang kan? Buah strawbery rosak, tak sempat nak makan! Belinya berkotak-kotak! Stresssss
Buah strawbery ni antara buah yang agak rumit untuk dijaga tau! Tak nak susah, korang makan je puas-puas kat Cameron sudaa..senang hati. Haha. Tak payah pening-pening fikir cara nk jaga bagi tahan lama.
Tapi, mungkin ada nak bawa balik untuk keluarga dan rakan-rakan tersayang, untuk buat kek, untuk buat jus smooties dan sebagainya kan? Kat sini ada beberapa tips korang boleh guna supaya buah strawberi tahan lebih lama.
- Perkara pertama, paling utama ada cara bagaimana untuk memilih strawberi:
- Pilih buah yang tidak lembik, lebam dan tanpa cacat.
- Perhatikan warna, mesti merah terang, jangan pilih warna yang kusam, gelap dan tidak berkilat.
Keduanya, adalah cara membersihkan strawberi bila dah sampai di rumah. Ada dua cara tau.
Cara pertama:
1. Cuci bersih di air yang mengalir untuk membersihkan kotoran yang melekat pada strawberi.
2. Rendam dalam air yang diletak dua sudu garam selama 3 minit lalu tapis sampai kering.
3. Lapkan dengan tisu sampai kering.
4. Setelah strawberi kering dan bersih, tuang semua buah strawberi ke dalam bekas kedap udara yang dilapik dengan tisu. (ini untuk menyerap lembapan)
5. Simpan dalam peti ais. Cara ini akan membuat strawberi tetap segar selama lebih dari 7 hari.
6. Bagi yang ingin tahan lebih lama boleh disimpan dalam freezer agar boleh digunakan sebagai bahan ais krim atau jus segar bila-bila masa korang nak.
Cara kedua:
1. Satu lagi cara yang boleh dicuba dengan membasuh strawberi dengan cuka. Caranya dengan membasuh strawberi dalam larutan 1 cawan cuka untuk setiap 10 cawan air. Sebenarnya tidak kisah berapa nisbahnya, anda boleh juga agak-agak berapa ingin digunakan.
2. Rendam selama 4-5 minit, kemudian tapis dan paling penting biarkan ianya betul-betul kering.
3. Letak dalam tupperware yang dilapik tisu dan simpan di dalam peti sejuk seperti biasa. Proses ini boleh digunakan untuk semua jenis beri. Dan jangan risau, anda tidak akan rasa cuka pada strawberi anda.
Tip Penting Beli Strawberi
Biasanya strawberi dijual dengan daunnya. Pilihlah strawberi dengan warna daun hijau segar dan warna strawberi yang merah cerah. Saiz yang besar menandakan buah tersebut sihat dan lebih sedap serta manis.
- Segera cuci dan simpan dalam peti sejuk di dalam bekas tertutup berlapik tisu. Jangan biarkan di luar peti ais sebab baunya akan cepat hilang dan cepat kering.
- Nak dapat buah manis? Tak nak masam? Pastikan membeli buah yang sederhana besar dan berwarna merah terang. Kalau ambil buah yang masih ada putih atas tu, maksudnya buah masih muda dan akan berasa sedikit masam.
- Buah lebam? Pastikan memilih buah yang berwarna merah terang, bukan bewarna gelap. Warna gelap tu dah terlalu masak dan mudah lembik.
- Disarankan anda beli buah untuk dibawa pulang, pada hari anda nak bergerak pulang ke rumah.
- Anda disarankan membeli buah strawberi atas pada pukul 10 pagi, supaya anda dapat buah yang terbaru. Bukan buah yang semalam.
- Seeloknya, beli buah yang 2 layer ke bawah kalau nak dibawa pulang . Lagi elok 1 layer sahaja. Ini untuk elak buah di bawah tu terpenyek dan jadi lebam.
- Dan paling akhir, pastikan anda meletakkan buah strawberi di bahagian dalam kereta yang beraircond tu, bukan di bonet kereta ye!
Sumber: FB Gobok Homestay Cameron
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anjung Tinjau KLIA Kini Dibuka, Lokasi Terbaik Jurufoto Kapal Terbang!

Anjung Tinjau Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) atau turut dikenali sebagai Anjung Spotter kini dibuka kepada orang ramai terutamanya peminat kapal terbang untuk melihat dan merakam gambar pesawat yang berlepas atau mendarat di lapangan terbang itu.
Manakan tidak, Anjung Spotter ini terletak bersebelahan dengan Runway 32L, bermakna ianya betul-betul bersebelahan dengan landasan tempat turun naik pesawat. Bawa satu kamera DSLR dengan lens 70-200mm, nah anda jadi ‘sniper’ di atas Anjung Spotter ini merakam gambar-gambar terbaik kapal terbang yang berlepas dan mendarat di landasan tersebut.
Libur rasa, lokasi ini amat bersesuaian untuk orang yang ingin belajar teknik panning dalam fotografi. Selama ni kalau nak belajar, kita hanya menggunakan subjek seperti motorsikal, kereta, bas atau lori di atas jalan raya sahaja kan? Okay, kali ini kita tukar subjek, kita gunakan kapal terbang pula untuk praktis panning. Macam mana? Menarikkan idea kalau nak datang ke Anjung Spotter ni?
Sekiranya anda ingin datang ke sini, jangan main terjah sahaja tau. Untuk nigh photograpy, adalah tidak digalakkan kerana Anjung Spotter ini hanya dibuka dari pukul 7 pagi hingga 7 malam sahaja. Ini bermakna, waktu golden hour pada sebelah pagi dan petang adalah waktu yang sangat bersesuai untuk anda datang merakam gambar-gambar pesawat.
Kenapa waktu golden hour pada waktu pagi dan petang adalah waktu yang Libur cadangkan terbaik untuk anda? Sebab pada kedua-dua waktu ni adalah waktu di mana nature light adalah sangat baik, berwarna kuning keemasan dan ianya akan menjadi satu lighting yang cantik untuk gambar anda.
Untuk anda datang ke Anjung Spotter ni, anda boleh menggunakan aplikasi Google Maps – cari sahaja Anjung Spotter KLIA dan anda akan dibawa terus ke lokasi yang terletak di Jalan Pekeliling, KLIA. Anjung Spotter berkapasiti 40 pengunjung siap menanti anda di sana!

Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Suka Duka Trip Mendaki Gunung Alam Kuh, Gunung Ke-2 Tertinggi Di Iran – Part 2

Penulisan ini adalah sambungan daripada link ini
Baca: Suka Duka Trip Mendaki Gunung Alam Kuh, Gunung Ke-2 Tertinggi Di Iran – Part 1
IRAN DAMAVAND – SIRI 2
Selepas turun dr Alam Kuh, gunung kedua tertinggi di Iran (4,850m).. kitaorg meneruskan misi utk menjejakkan kaki ke puncak tertinggi Iran iaitu Gunung Damavand berketinggian Damavand 5,610 meter.. ada perbezaan lebih 1,000m… makna nya bukan mudah Insiden tragis membabitkan rakyat Malaysia pernah berlaku di gunung ini. Pada November 2016, dua pendaki Malaysia dipercayai hilang (meninggal dunia). Jasad seorang itu ditemukan enam hari kemudian dan seorang lagi selepas setahun iaitu Oktober 2017. Ketua trip atau orang panggil Gogo yg aku ikut kali ini adalah gogo yang sama bawa kumpulan pendaki yang hilang tu. Sedikit sebanyak dapat tahu kisah sebenar yg berlaku.
DAY 5
8 pagi
Bangun pagi sarapan kt homestay.. siap2 kemas beg apa yang patut.. Lepas Zohor naik jeep dalam 1jam..separuh jln bertar sehingga sampai kt pintu masuk gunung. Ada diletakkan gambar pemandangan gunung Damavand mengikut musim. Lepas tu jeep ikut laluan offroad utk ke Camp 1.. berdebu giler.. difahamkan time musim sejuk, laluan offroad ni dh penuh salji tebal. kena jalan kaki. Pkl 2.50 petang, sampai di lokasi sebuah masjid dikenali sebagai Masjid Sahib Zaman..masjid ni berada di ketinggian 3,050 meter. Memang cantik view kwsn ni. belakang tu gunung Damavand. cuaca baik panas tp tetap sejuk
DAY 6
Ini view sekitar masjid tu.. kami akan bermalam di sini mlm ni.. belah belakang dlm bangunan masjid ada bilik penginapan. Ada kedai jual air.. tp mahal la..ramai pendaki bru smpai dari puncak dan yg baru tiba cam kitaorg. kwsn ni dh berketinggian.. sudah semestinya sejuk.Ni bilik tidur.. ada 2 bilik besar. masak pun dalam bilik je tepi katil. ketua rombongan masak sendiri utk kitaorg. Tong putih besar tu tangki air tepi tandas.. xde paip kt tandas. isi air dalam bekas pink tu bw masuk tandas.. sejuk giler mmg x terfikir nak mandi pun. cukup renjis2 air di badan.
3.45 petang
Lepas rehat sekejap, kitaorg akan mendaki sikit utk penyesuaian diri atau pendaki sebut acclimatise dgn ketinggian. Ada lubang kuar air dari mata air kot. xpasti.. bunga merah tu adalah bunga popi.. Org kata bunga ni digunakan utk perubatan.. time musim bunga (spring) memang meriah la bunga ni kt sini.. konpem view lawo. kitaorg mendaki dlm 1jam je setakat ketinggian 3,170m. Musim panas, jadi pemandangan sekeliling gunung nampak batu2 je la.. Xde pokok menghijau.. pstu turun semula ke masjid tadi. Menu makan malam daging salai masak lemak cili api.. Memang padu makan time cuaca sejuk.. n siap2 beg utk pendakian ke base cam esok
DAY 7
6.30 pagi
Awal2 pagi, ketua rombongan dh siap-siapkan sarapan. Masing2 akan cek peratusan oksigen dalam badan n kadar denyutan nadi. Penting sebab semakin tinggi, semakin rendah oksigen..Bila dh melepasi ketinggian 2,500m risiko tinggi kepada ketidakselesaan akut pergunungan atau org sebut AMS. Kami pikul beg isi barang penting je.. Barang len dibawa oleh binatang dipanggil Baghal.. Kalau tak silap, baghal ini kacukan kuda betina dan keldai jantan. Ari ni kami akan naik ke satu lagi base camp iaitu Barghah Sevom Camp yg berketinggian 4,200meter. Dlm pkl 9pg mula mendaki.. Dlm perjalanan akan melalui lurah bukit laluan sungai tapi xde air. Musim panas. Pkl 1.30 ptg benti sekejap isi perut makan tengah hari.. Nasi segera je, nasi ayam halia.. Boleh lah time2 lapar ni.. Yg penting senang, isi je air kosong.. Berasap la nasi tu sampai masak.
5.30 petang
Selepas hampir lapan jam, sampailah di Barghah Sevom Camp. Lereng bukit yang penuh dengan khemah2 pendaki.. Kitaorg menggunakan khemah yg dikendalikan oleh anak muda 16 tahun bernama Amer Rezza. Khemah muat 3-4 org.. Sejuk tu sudah kemestiannya.. Ada khemah dijadikan dewan makan.. Rehat kan badan apa yg patut sementara tunggu makan malam.Gambar last tu view matahari terbenam dari pintu khemah.. Malam mmg tido awal sbb letih dan sejuk.. Habis semua lubang khemah tutup.. Time angin kuat, bergoyang2 khemah.Memang tak mandi la.. Lap pakai wet tissue je pstu baru lap ngn air panas…wuduk pun pakai air panas.. Bila dh berada di tempat tinggi, minum air masak dlm kuantiti banyak adalah satu kewajipan.
DAY 8
6 pagi
Tu view sebelah kiri plak matahari terbit.. Tepi khemah aku Kicok tengah masak sediakan sarapan. Tandas jauh ke atas plak.. Tapi kena gak jugalah..slow2 pn mau 5 minit panjat bukit. Sbb tandas kt bawah x buka. Sumber air semula jadi.. Xtau dr mana dtg. Samada sungai atau air bawah tanah. Air paip dialirkan je berterusan.. Tu bila malam sejuk keras..Matahari naik skit nanti baru cair semula. Nk masuk tandas ken bawa air dlm bekas cam jug air. Pagi ni x de wat apa pun.. Rehat shj sebab petang nanti kitaorg akan mendaki skit lagi utk proses acclimatise yg seterusnya.
3 petang
Geng lelaki sahaja mendaki utk acclimatise sbb empat orang akak2 belum cukup recovery tenaga… dalam dua jam mendaki ke ketinggian 4,200 meter. Kt kawasan gunung ada diletakkan tempat brg2 penyelamatan dan ubatan. Turun semula ke khemah dan selepas makan malam.. Rehat n tidur awal. Semua makanan kitaorg di sini dimasak oleh ketua rombongan.. Sudah termasuk dalam pakej mendaki.
DAY 9
6 pagi
Tandas kt sebelah bawah berdekatan dgn khemah dh buka. Selesa skit.. Nak gosok gigi pun macam bercinta.. Sejuk tulang2 gigi berkumur.. Sarapan roti canai. Hari ini xde mendaki..rehatkan badan sahaja.. Ini pun proses penyesuaian diri dengan ketinggian.. Tapi x digalakkan tidur.. Tu menu makan tengah hari..daging masak kicap.
5 petang
Blkg tandas tu ada batu besar ada bendera Iran.. view pun cantik. Depan tandas tempat port Baghal melepak..penat angkut barang gaya nye.. Bosan dah dok dlm khemah.lepas makan malam..masuk khemah..kemas beg apa yg patut.. rehat dan tido. kena bangun awal pagi sebab esok adalah misi utama iaitu menuju ke puncak
DAY 10
2.30 pagi
Bangun siap2 beg.. sarapan skit alas perut.. pendakian ke puncak dijangka makan masa 8-9 jam. Cuaca baik.. sejuk tu sudah pasti. ada angin lagi la rasa sejuk.. makin tggi semakin kurang oksigen.. bernafas cam bese je cuma aku akan hembus perlahan2..melangkah pun setapak setapak.. xleh langkah luas..guide kitaorg nama Mehdi.. sgt bagus. Solat Subuh on treck je. memang ramai pendaki. rasa beratus gak org.. ada la jem kt trek. Pkl 6 pg.. matahari nak mula naik sikit2. Pkl 7pg dah terik.. akan lalu tepi ice waterfall.. air terjun yg dah beku… salji xde.. cuma ada glacier.
11.50 pagi
Tak pasti di ketinggian berapa ni.. akan jumpa kawasan berbatu besar yg ada sulfur.. nampak macam dah dah dekat je puncak.. tp perit.Melangkah pun dah semakin perlahan.. setapak demi setapak.. waktu ni, ketahanan mental sangat teruji.. x kuat semangat memamg bleh give up. Guide sgt memainkan peranan.. dia pandai kawal step dan tarik sikit2 supaya group x berpecah
1.30 petang
Akhirnya hampir 10 jam. sampailah di puncak Gunung Damavand. Alhamdulillah.Ini gunung berapi. makanya puncak adalah kawasan luas yg mempunya kawah. tapi xde la kawah yg penuh sulfur tu..asap2 sulfur ada merata2.Kebiasaan masa akhir utk ditetapkan utk sampai puncak adalah pukul 2 petang.. sebab nk turun jauh lagi ni. Daripada 10 org pg tadi.. hanya 8 shj berjaya sampai ke puncak.. dua lagi terpaksa berpatah balik. sorg sakit mata sakit n penglihatan makin kabur..tp power gak sbb dia dh berumur 50an.. sorg lagi sudah kehabisan tenaga. Kt puncak gunung ni.. ada papan tanda puncak..ramai pendaki.. berebut la nk bergmbar.. boleh naik atas batu paling tinggi utk amek gambar view keliling. Cuaca baik tapi sekeliling luar puncak berkabus.. xdpt tgk view 360.. sikit2 je buka ikut pergerakan kabus. Trip ni ada sorg abam bomba. yg len mcm2 latar belakang. yg penting semua sempoi.
3 petang
Dah siap bergambar dan makan nasi segera, kitaorg mula turun.. laluan turun tak sam dengan naik.. turun lebih cepat sebab laluan berbatu kecik yg boleh melunsur. Dlm 6.30 petang, sampai semula di khemah.. rasa abes dah tenaga.. rehat kejap sementara tunggu makan malam.. x sabar nak tidur sebab letih sangat.
DAY 11
8 pagi
Bangun sarapan dan siap2 kan beg.. hari ini akan turun semula ke masjid dan akan naik jeep pulang ke homestay aritu. Kitaorg gerak turun dlm pukul 11 pg. Dlm perjalanan turun, terserempak dengan sorg brader Iran yang naik moto dengan misi sampai ke puncak.Moto rare giler.. tayar tu dia bikin sendiri.. ayah dia pernah bawa moto tu smpai puncak sebelum ni.. xingat tahun bila.. kira brader tu nak mengulangi kejayaan ayah dia. Lbh kurang pkl 4 ptg, sampai semula di masjid.
4.30 petang
Jeep dah sampai, waktu utk pulang dan tiba di homestay dalam pkl 6 petang.. lega sungguh rasa. Pukul 9mlm, makan malam meraikan kejayaan.. semua muka keletihan.. tapi tetap berselera makan.Esok akan ke Kota Isfahan yang terkenal dengan ketamadunan Islam di Iran
IRAN ISFAHAN
SIRI 3 (TAMAT)
Selesai mendaki dua puncak tertinggi Iran, kami meneruskan perjalanan ke Kota Isfahan yg merupakan bandar ketiga terbesar di Iran. Terkenal dengan seni bina Parsi dan menjadi kota terpenting dalam peradaban Islam.. sesuai utk mereka yg suka kn sejarah. terlalu rumit aku nak faham..haha. Ada hadis yg menyebut Dajjal akan keluar diikuti 70,000 yahudi dari Kota Isfahan. sesuatu yg menarik utk difahami. Persekitaran dan cara kehidupan di kota ni nampak berbeza dgn Malaysia.. seni bina bangunan terutama masjid, memang nampak gah.. memang hebat arkitek zmn dulu. Rasa nak kembali ke sini.. siapa yg suka bergambar, sgt sesuai la berkunjung ke Isfahan
DAY 12
6 pagi
Siap2 nak bergerak dari homestay ke Isfahan.. perjalanan memang jauh la sebab dalam 400km gak.. pondok simen cendawan tu adalah pondon rehat masa benti kt rnr.. lalu highway..ada tol. highaway kebanyakkan lurus..tepi bukit2 kering sbb musim panas. air rasa macam sirap selasih. memang sedap sesuai time panas
1 petang
Kami berhenti di sebuah perkampungan tradisional/purba dikenali sbg Abyaneh yg dikatakan wujud sejak 2,500 tahun lalu. Masih ada penduduk tinggal di sini tapi x ramai. yg tua2 je kot. Terletak di kaki gunung Karkas dalam wilayah Isfahan. Nampak mcm panas tapi angin tetap sejuk. kalau musim sejuk, suhu takat beku. Yg menarik, rumah2 dibina menggunakan tanah merah bercampur sekam.. dah sama cam kaler gunung.. sgt unik dan sebijik cam dlm cite zmn2 dahulu kala.. sistem perparitan guna air sungai. jernih giler. Kt pintu masuk rumah, ada penanda utk lelaki (kanan) dan perempuan (kiri).. kalau org yg datang tu lelaki, kena ketuk pintu sebelah lelaki. jadi tuan rumah tahu jantan ke pompuan dtg
1.30 petang
Dlm kawasan kg ni, ada satu tempat suci syiah disebuat Abyaneh Holy Shrine.xtau la pe ke benda. ada kubur kt dlm tu.. mcm tempat keramat la kot. Luas kg ni. nk berjalan pun letih. kami rehat makan tengah hari di restoran dlm kg ni.. restoran tu ada aliran sungai. ada pondok makan, air mengalir kt bawah. bdk2 pn ada tempat mandi. Lepas makan, sambung perjalanan naik bas.
4.30 petang
Berhenti di Majis Jamek Natanz.. cukup gak dgn seni bina yg hebat.. xtau la sejak kurun ke berapa wujud masjid ni. sgt berlainan sbb reka bentuk x sama mcm Malaysia tempat ambil wuduk guna aliran air sungai. sejuk bangunan lama kt Iran memang besar2 dan sgt mewah. batu marmar dan ukiran yg rumit. Ada ruang masjid lama. tempat baca khutbah dan tulisan lama di dinding.
5.30 petang
Di sebelah luar belakang masjid tu, ada sebuah rumah lama zaman Safavid dibeli dan dibina semula oleh Prof Saeed Tavassollian. suasana rumah ni sgt berbeza dgn kehidupan di Malaysia. cara hidup, susunan kelengkapan rumah, ada unggun api, tempat berehat di luar. Ada disediakan bilik untuk penginapan..menarik utk dicuba. Tuan rumah sgt peramah. layanan tetamu terbaik.
9 malam
Sampai di Piroozy Hotel di bandar Isfahan. jarak dr Tehran sejauh 430km.. ketinggian 1,300 meter dari paras laut. mmg sejuk la. ada lebih 1.3juta penduduk. malam mkn kt cafe hotel je.. letih dh badan nk merayau
DAY 13
9.30 pagi
Hari ni sambung berjalan. mula dgn melawat Jambatan Sio Se Pol yg merentasi Sungai Zayandeh. Dibina kurun ke-17 ketika era Abbas 1, Shah (Raja) Safavid ke-5
10.30 pagi
Singgah di satu lagi jambatan bersejarah iaitu Jambatan Khajoo. Dibina pada kurun ke-17 zaman pemerintahan Abbas II, Shah (Raja) Safavid ke-7.. kira-kira 360 tahun yg lalu. sungai yg sama difahamkan ada 11 jambatan merentasi sungai ini.
11.30 pagi
Kami berhenti pula untuk sesi shopping.. mula dgn sebuah kedai karpet.. ada murah ada mahal beribu2. Jalan belakang skit, ada satu bazar besar jual bermacam barang..mmg dah wujud lama. Singgah solat di Masjid Shah. ukiran dan reka bentuk, seni bina masjid ni sgt gah. Kat masjid ni bleh nampak cara sembahyang org syiah. kami solat jamak berjemaah di bahagian belakang. siap solat, ada org letak snack kt dpn. kita pelik tgk cara orang syiah solat, diorg pun tgk pelik cara kita solat.
4 petang
kami masuk ke Istana Abi Qapu.. dlm istana ni ada sistem iaitu ruang2 mengikut turutan bagi tetamu yg nak jumpa sultan. ada ruang kolam mandi air panas beramai-ramai. guna kayu api atau arang kot. ada kisah sejarah yg x berapa aku nak faham. ada bilik muzik dgn seni kejuruteraan yg luar biasa. nmpak sangat mengkagumkan. Di ruang anjung istana.. boleh nampak sekeliling bazar. luas giler. tak larat dah nk berjalan, kami balik semula ke hotel. jalan kaki je dlm 500 meter
8.30 malam
Kuar makan malam. xjauh dr hotel.. baru nampak betapa meriahnya bandar ni. siap makan, pusing kejap kawasan bandar. pastu balik hotel rehat.Esok hari terakhir.
DAY 14
10 pagi
Bergerak dari hotel menujuk ke Kashan. masih dalam wilayah Isfahan. berhenti di sebuah taman dipanggil Fin Garden. uniknya taman ni ada saliran air dari bawah tanah yang disalurkan tanpa pam. air pancut pun tak pakai pam reka bentuk taman ini dibina menggunakan unsur air, tanah, angin dan api.Taman ini dijadikan sebagai Harta Negara pada 1935 dan telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai World Heritage Site pada 18 Julai 2012. Ada pokok yang dh beratus tahun. Ada sebuah tempat mandi beramai2 yg bersejarah. Di sini berlaku Amir Kabir, seorang Perdana Menteri di Era Nasiruddin Shah (1848 – 1851) dibunuh. Kemudian kami berhenti di makan tengah hari sebelum singgah shopping di Merh-O-Mah di Qom.
7.30 malam
Sampai di Imam Khomeini International Airport.. flight delay 2 jam. 12 tengah malam penerbangan balik Malaysia.. rindu nak makan nasi lemak. Insha Allah.. ada rezeki nak teroka lagi Iran.. byk tempat menarik.
Sumber: Mohd Ridzuan Abu Hassan
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
SOLAT DI RUANG UDARA: HUKUM DAN CARANYA

Ditulis oleh Umar Mukhtar Mohd Noor di Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
MUKADIMAH
Kapal terbang merupakan alat pengangkutan udara moden yang tidak dibincangkan berkenaan hukum-hakam berkaitannya oleh para fuqaha terdahulu. Akan tetapi, ia tetap tidak terkeluar dari sifatnya yang merupakan sebuah alat pengangkutan yang mana telah terdapatnya perbincangan mengenai hukum-hakam berkaitannya yang telah disebut oleh para fuqaha seperti hukum solat di atas unta, sampan atau kapal, dan sebagainya. Dalam edisi kali ini, kami di Bayan Linnas akan cuba memberikan penjelasan berkenaan suatu isu iaitu solat di atas kapal terbang serta hukum-hakam yang berkaitan.
Dalam menghuraikan isu ini dengan lebih lanjut, kami akan membahagikannya kepada beberapa isi penting.
PERTAMA: MASA PERLEPASAN
Di antara perkara yang diambil kira dalam isu ini ialah masa pergerakan seseorang dari satu destinasi ke destinasi yang lain dengan menggunakan kapal terbang.
Sebagai contoh: Seseorang yang ingin menunaikan umrah ke Arab Saudi dari Malaysia dengan menaiki kapal terbang. Masa perlepasannya dari KLIA ke Jeddah adalah pada pukul 3 petang waktu Malaysia. Justeru, cara yang lebih mudah untuk dirinya dalam hal ini adalah dengan menunaikan solat jamak qasar secara taqdim zohor dan juga asar di airport KLIA.
Contoh lain: Jika seseorang berada di atas kapal terbang dalam keadaan waktu solat masih belum masuk dan waktu perlepasannya adalah dari Jeddah menuju ke Malaysia pada pukul 10 malam waktu Arab Saudi. Maka dalam hal ini, solat Maghrib dan Isyak boleh dilakukan secara jamak di airport Jeddah. Solat Subuh pula dilakukan di dalam perjalanan iaitu ketika berada di atas kapal terbang. Manakala solat zohor dan asar pula boleh dilakukan secara jamak di airport KLIA.
KEDUA: MASUK WAKTU SOLAT
Cara untuk kita mengetahui masuknya waktu solat adalah melalui pengumuman yang dibuat oleh pramugara atau krew kapal terbang. Jika tiada pengumuman, kita boleh bertanyakan kepada mereka tentang waktu tempatan di kawasan yang sedang dilalui oleh kapal terbang. Saya juga mengesyorkan agar kita mencari alternatif lain seperti menggunakan jam yang mempunyai masa tempatan khususnya waktu solat seperti al-fajr dan lain-lain.
KETIGA: PENENTUAN ARAH KIBLAT
Dalam hal ini, amatlah perlu bagi seseorang untuk menghadap ke arah kiblat ketika hendak menunaikan solat. Ini kerana, menghadap ke arah kiblat merupakan syarat sah bagi solat. Ia berdasarkan firman Allah S.W.T:
فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ المَسْجِدِ الحَرَام
Maksudnya: Maka palingkanlah wajah kamu menghadap ke arah Masjid al-Haram.
Surah al-Baqarah (144)
Kata al-Imam al-Qurthubi ketika menafsirkan ayat ini: Palingkanlah urusan wajah kamu menghadap ke arah sudut Masjid al-Haram iaitu ka’abah. Lihat al-Jaamik Li Ahkam al-Quran, al-Qurthubi (2/148).
Namun ianya dikecualikan jika terdapat keuzuran untuk menghadap ke arah kiblat maka dibolehkan untuk menghadap arah yang paling hampir dengan kiblat. Namun jika ini juga tidak dapat dilakukan, maka saya syorkan agar solat tersebut diulang semula (i’adah) ataupun qadha sebaik sahaja sampai ke destinasi.
KEEMPAT: CARA MENGAMBIL WUDHUK
Di antara perkara yang perlu kita raikan ketika menaiki kapal terbang adalah sifat kapal terbang itu sendiri serta mematuhi peraturan penggunaan air dalam kapal terbang terutamanya dalam perjalanan jarak jauh. Saya mengesyorkan agar penggunaan air dilakukan dengan seminima mungkin sama ada dengan cara yang diajarkan oleh pihak Lembaga Tabung Haji iaitu dengan menggunakan spray dan menyapu keseluruhan muka ataupun dengan menggunakan air dengan sedikit. Seperti membasuh anggota wuduk dengan sekali basuhan sahaja.
KELIMA: TAYAMMUM
Pada pendapat kami, adalah tidak sesuai untuk menggunakan tayammum di atas kapal terbang sementelahan lagi dengan pasir yang dibawa ke dalam kapal terbang. Manakala, berkenaan isu melekapkan tangan ke dinding atau tingkap kapal terbang untuk bertayammum, saya lebih cenderung mengatakan bahawa ia tidak menepati syarat sebenar wujudnya debu dan tanah pada dinding tersebut. Firman Allah S.W.T:
فَتَيَمَّمُواْ صَعِيدٗا طَيِّبٗا
Maksudnya: Maka bertayammumlah kalian dengan debu yang bersih
Surah al-Maidah (6)
Kata al-Imam al-Syanqithi rahimahullah ketika menafsirkan ayat ini: Menjadi ketetapan ketika tayammum adalah pada pasir yang mempunyai debu yang boleh melekat di tangan. Inilah pendapat Imam al-Syafie dan juga Imam Ahmad. Rujuk Tafsir Adhwa’ al-Bayan (1/354)
KEENAM: CARA SOLAT DI ATAS KAPAL TERBANG
Dalam hal ini, kita hendaklah melihat kepada dua keadaan:
1- Kapal terbang yang mempunyai keluasan besar seperti Boeing 747, 757, 777, Airbus, dan seumpamanya. Justeru, jika terdapat ruangan untuk bersolat seperti kawasan yang berhampiran dengan tempat duduk pramugara, atau tempat hidangan makanan, maka pilihlah untuk bersolat di kawasan tersebut. Ini kerana, lebih banyak rukun fi’liyyah yang dapat kita lakukan dengan cara ini.
2- Sebaliknya, jika kapal terbang yang dinaiki itu bersaiz kecil seperti Boeing 737 dan seumpamanya dengan kapasiti penumpang yang padat serta tidak memungkinkan seseorang itu untuk berdiri bagi menunaikan solat maka dibolehkan untuk dia solat di tempat duduknya. Akan tetapi, terdapat beberapa keadaan yang perlu untuk diraikan. Antaranya:
- Halakan tubuh badan ke arah kiblat dari mula solat.
- Laksanakan rukun solat sekadar yang termampu. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T yang bermaksud: Bertakwalah kalian kepada Allah sekadar kemampuan kalian.
(Surah al-Taghabun: 16)
- Segala rukun qauli (perkataan) hendaklah dilaksanakan.
- Syarat-syarat sah solat hendaklah dilakukan dengan sebaik mungkin.
KETUJUH: SOLAT HORMAT WAKTU
Solat hormat waktu adalah solat yang dilakukan dalam keadaan berhadas (kerana tiada air untuk berwuduk atau tiada tanah untuk bertayamum) dan juga solat yang tidak dapat menghadap kiblat.
Solat ini wajib di qadha semula setelah beroleh air atau tanah ataupun dapat menghadap kiblat. Kita juga boleh mengqada solat hormat waktu ini secara jamak ataupun qasar dengan syarat kita masih berada dalam keadaan musafir.
Apabila kita telah kembali ke tempat asal maka solat hormat waktu mestilah di qada secara sempurna. Jika ditakdirkan kita meninggal semasa musafir dan kita masih belum mendapatkan air untuk berwuduk atau tanah untuk bertayamum bagi mengqada solat, maka memadai solat menghormati itu telah diterima Allah SWT.
Sebaliknya jika kita berpeluang untuk mengqada solat hormat waktu ini setelah adanya air atau tanah, tetapi kita masih melengah-lengahkannya maka kita dikira berdosa.
Aisyah menceritakan bahawasanya beliau telah meminjam daripada Asma’ seutas rantai, lalu ia hilang. Maka Rasulullah SAW menghantar beberapa orang sahabat baginda untuk mencarinya.
Lalu tiba waktu solat, dan mereka pun solat tanpa wuduk. Apabila mereka mendatangi Nabi SAW, mereka mengadu hal tersebut, lalu turunlah ayat pensyariatan tayammum.
Pendapat ulama:
Al-Hafiz Al-Iraqi (725-806 H.) menyatakan bahawa terdapat empat pendapat daripada fuqaha mazhab Al-Syafie berhubung solat tanpa taharah.
Pendapat yang paling sahih di sisi ulama mazhab (Al-Syafie) ialah: Wajib solat kerana menghormati waktu dan wajib mengulanginya jika mampu melakukan salah satu daripadanya (wuduk atau tayamum).
Ada juga pendapat wajib solat dan tidak wajib mengulanginya. Ini adalah pilihan Al-Muzani. Kata Abu Thaur: Inilah yang menepati qiyas dan ia disebut oleh Ibnu Abd Al-Barr daripada sebilangan fuqaha.
Imam Al-Nawawi berkata: “Sesungguhnya ia adalah pendapat yang paling kuat dalilnya dan pendapat ini dikukuhkan oleh hadis ini iaitu mereka (para sahabat) solat tanpa wuduk sebelum turun ayat tayamum dan tidak dinukilkan bahawa Nabi SAW mengarahkan mereka untuk mengulanginya.”
KELAPAN: PERI PENTING DAN KEDUDUKAN SOLAT
Secara mutlak, solat merupakan ibadah badaniyah yang paling utama. Ini berdasarkan peristiwa seorang lelaki telah bertanya Nabi SAW tentang amalan yang afdhal.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Solat. Dia terus bertanya: Kemudian apa pula ? Nabi bersabda: Kemudian solat. Dia bertanya lagi: Kemudian apa? Baginda bersabda: Solat. Baginda telah mengulangi jawapan solat sebanyak tiga kali.
(Riwayat Ibnu Hibban)
Menebus dosa
Dalam kitab Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim ada menyatakan dua solat yang dilakukan seseorang Islam dengan betul akan menebus dosa-dosa yang berlaku di antara kedua-dua solat tersebut. Ini berdasarkan hadis, Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Dengan melakukan solat lima waktu Allah akan menghapuskan dosa-dosa.
(Riwayat al-Bukhari)
Hadis seterusnya, Uthman R.anhu berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berwuduk dengan sempurna sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah, maka semua solat fardu yang dilakukannya akan menebus dosa yang ada di antara solat tersebut.
(Riwayat Muslim)
Begitu juga orang yang cuai mengerjakan solat, sama ada sengaja melengah-lengahkan atau meninggalkannya akan membawa kepada kekufuran sekiranya dia berterusan begitu. Oleh itu, solat merupakan santapan utama bagi iman sebagaimana yang telah disebutkan.
Seterusnya hadis daripada Ummu Aiman, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Jangan engkau sengaja meninggalkan solat, sesungguhnya sesiapa yang sengaja meninggalkan solat dia akan terlepas daripada mendapat perlindungan Allah dan Rasul-Nya.”
(Riwayat Imam Ahmad)
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI