Tahun 2020 dianggap bukan tahun terbaik dalam perniagaan dek isu COVID-19 melanda beberapa negara. Ia berikutan wabak ini menjadi kegusaran oleh banyak pihak dan industri yang turut sama terjejas terutama dalam urusan perkhidmatan pelanggan.

Walau bagaimanapun, hidup perlu diteruskan walaupun bahaya ada di depan mata. Pelbagai inisiatif terpaksa diambil oleh kebanyakan syarikat besar dalam mengatasi penularan wabak COVID-19 ini.

IKLAN

Sebelum ini, syarikat penerbangan yang melibatkan industri pelancongan antara sektor yang paling terjejas kerana terpaksa menyekat kemasukan pelancong dari beberapa buah negara. Di China, syarikat besar seperti McDonald’s dan Starbucks masih lagi beroperasi seperti biasa. Namun, mereka mengambil langkah berwaspada dengan mewujudkan servis ‘ambil dan hantar’ menggunakan sistem ‘tanpa kontak’ atau ‘contactless’. Ia bertujuan untuk memastikan keselamatan pekerja dan pelanggan terjamin.
**media[154563]**
Untuk premis makanan segera:
**media[154561]**

IKLAN
  • Pelanggan yang ingin memesan menu boleh sama ada melalui telefon pintar atau menerusi mesin komputer khas yang diletakkan dalam premis.
  • Pekerja restoran pula akan membungkus makanan yang dipesan menggunakan beg dan meletakkannya di ruang khas sebelum diambil oleh pelanggan tanpa ada sebarang kontak dengan manusia.
  • Bagi pesanan hantaran pula, penghantar makanan turut meningkatkan tahap kebersihan dengan meletakkan makanan hanya setakat di pintu masuk bangunan, membasmi kuman pada beg penghantaran dan kerap kali membasuh tangan.
  • Bukan itu sahaja, penghantar makanan juga dilengkapi dengan penyukat suhu badan untuk membuktikan bahawa mereka tidak demam.

Untuk premis kopi:
**media[154560]**

IKLAN
  • Pelanggan dicadangkan untuk membuat pesanan melalui aplikasi telefon bimbit dan pelanggan perlu menunggu di luar premis sehingga notis ‘ambil’ dimaklumkan sebelum mereka boleh mengambil pesanan minuman di atas meja yang diletakkan di pintu masuk premis.

Sumber: Foxnews | Astroawani

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI