Kalau ke Cameron Highland, memang geram lihat buah-buah strawberi yang merah menyala tu. Kalau ada peniaga jual borong, lagilah rasa nak beli semua. Cuma masalahnya buah strawberi ni tak tahan lama. Beli banyak tapi bila sampai dekat rumah, alahai…tak boleh simpan lama pula.Walaupun simpan dalam peti sejuk, sehari dua buah akan jadi lembik, berkulat dan benyek. Namun ada petua yang boleh dicuba untuk simpan buah strawberi ni supaya boleh tahan samapi 2 minggu. Jom lihat cara-caranya.
CARA SIMPAN BUAH STRAWBERI AGAR TAHAN LAMA
BAHAN-BAHAN:
Buah strawberi
2 liter air
4 sudu teh garam kasar
CARA-CARA:
Ads
1. Keluarkan strawberi dari bekasnya. Buang buah yang busuk dan kotoran yang ada pada buah.
2. Basuh bersih buah menggunakan air paip yang mengalir. Toskan.
3. Dalam bekas berlainan, masukkan air dan garam. Kacau hingga garam larut.
Ads
4. Masukkan buah strawberi tadi ke dalam air garam. Pastikan tenggelam.
5. Toskan sekali lagi dengan letak buah satu persatu dalam penapis. Elakkan tuang sekaligus semua sekali kerana buah ini cepat lebam dan berair.
Ads
6. Ambil tisu dan lap buah bagi mengeringkan lebihan air.
7. Letak buah dalam bekas asalnya dan simpan dalam peti sejuk di bahagian chiller. Hasilnya buah strawberi boleh tahan selama 1-2 minggu.
Selamat mencuba!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Vietnam merupakan negara pilihan ramai rakyat Malaysia untuk bercuti. Selain destinasi bersejarah dan kawasan melancong menarik sebab utama pelancong memilih ke Vietnam adalah untuk membeli-belah. Jika bijak dan mahir dalam urusan membeli barang, anda boleh dapat pelbagai pilihan barang di negara ini dengan harga yang cukup murah.
Namun, disebalik kegembiraan dan keghairahan rakyat kita untuk ke Vietnam, rupanya ramai melalui detik hitam apabila menjejakkan kaki di bumi itu. Vietnam sudah terkenal dalam kalangan pelancong lama sebagai negara yang penuh dengan tipu helah. Bagi pelancong baru yang tidak membuat sebarang persediaan atau dapatkan info tentang Vietnam sering menjadi mangsa tipu ‘scam’ terbaru yang dilakukan warganegara itu sendiri.
Pengalaman pasangan ini yang menjadi mangsa scam di Vietnam beberapa tahun lalu diharap dapat menjadi panduan kepada anda semua tidak kira masa. Ambil langkah berhati-hati jika ingin bercuti di mana sahaja sekali pun.
PENGALAMAN KENA SCAM DI VIETNAM
Setiap kali kalian tengok orang pergi travel mesti rasa seronoknya kau! Tak semuanya manis ya kawan-kawan.Kebanyakan ada cerita pahit sebenarnya,termasuk saya haha. Saya cuba kongsi pengalaman buruk pada trip saya pada tahun 2016.
Inilah trip pertama kali kami ke Vietnam dan ini ‘unplanned trip’. Beli tiket return,dan hanya beli hotel sehari dua sebelumnya. Tiada plan langsung untuk cari itinerary atau tourist guide. Acah-acah backpackers betul haha
Selesai check in,saya dan isteri turun periksa kawasan sekitar dan survey lokasi untuk dilawati hari seterusnya. Pengalaman kami, kawasan sekitar vietnam tak sama macam di Indonesia atau negara Asia yang lain.
Dengan bau dan makanan yang tak berapa sedap di tekak melayu ni,pertama kali rasa datang dan terus rasa nak balik pada hari yang sama. Tapi kami gagahkan diri untuk hari seterusnya. Kami disapa oleh seorang pakcik yang bermotosikal dan dipelawa untuk ronda-ronda sekitar bandar Ho Chi Minh. Oleh sebab pertama kali sampai, rasa nak cuba tapi kami biasa tanya harga dulu. Nampak baik.
“How much for the trip ?” “Around rm60”
Beliau pun tunjuk ada beberapa buku testimoni dari rakyat Malaysia yang lain yang dia bawa. Gambar cantik semua orang happy ja. Nampak berbaloi, saya dan isteri setuju untuk bonceng dengan mereka.
Pengalaman baru ni. Dua motor baru rm60 untuk pusing bandar untuk tengahari. Pertama kali pusing bandar jadi pembonceng. Naik motor kan murah, jadi pembonceng je pun. Dapat setel semua best spot dekat Ho Chi Minh. Kami di bawa melawat beberapa tempat yang wajib pergi di Ho Chi Minh seperti St Mary Cathedral,Post Office Saigon dan Museum War.
Sekitar jam 1 tengahari kami dah habis pusing. Tapi kami try ajak selfie dengan ‘pakcik’ tu tapi dia asyik tolak. Katanya “agama” yang tak bagi.
Pelik. Kami dibawa di tempat yang agak jauh dari bandar untuk minum kopi vietnam katanya dan tempat last untuk trip.
Kami pun tulis lah testimoni yang baik dekat buku. Akhirnya dia minta untuk bayar dia rm600. RM600 untuk 2 orang??
Memang kami terkejut. Dia kata RM60 tu untuk sejam. 5 jam jadi RM300 untuk 1 motor,2 motor total RM600. Kenapa tak cakap awal-awal dengan lagi detail? Dia senyap dan bagi macam-macam alasan.
Memang panas.marah,bengang,tak puas hati semua ada. Masa tu dekat kawasan yang memang asing dan jauh dari hotel. Sambil bincang dia asyik tengok barang kemas isteri (walaupun pakai cincin kahwin).Rasa nak lari tapi tak berani nak buat kacau di negara orang.
Terus terang saya kata kat pakcik tu,ada rm300 je. Selepas nego selama 1 jam,baru dia setuju. Akhirnya kami dibawa ke hotel dengan berhuhuhu. Trip separuh hari untuk dua orang dah rm300.
Ramai lagi yang menjadi mangsa ‘scammer’ di Vietnam. Pelbagai cara telah mereka lakukan untuk menipu pembeli dan pelanggan mereka yang kebanyakkannya datang dari Malaysia.
Baru-baru ini, Skyscanner, laman yang popular untuk membandingkan harga tiket penerbangan telah mendedahkan satu tip dan panduan untuk mendapatkan tiket pernerbangan murah.
Menurut portal ini, trend membeli tiket penerbangan untuk tahun 2019 telah berubah berbanding tahun lalu. Antaranya:
Cadangan Pengiraan:
1. Tempah tiket penerbangan AirAsia atau Malaysia Airlines
2. Kejar Harga bukan Kejar Destinasi. Mengapa perlu memilih Krabi (RM198) daripada Phuket (RM98)? Hakikatnya setiap destinasi penerbangan mempunyai keunikan dan kelebihan yang tersendiri.
3. Pilih penerbangan pada hari Selasa, Rabu atau Khamis lebih murah berbanding penerbangan pada hari Isnin, Jumaat, Sabtu atau Ahad. Bergantung kepada destinasi, penerbangan awal pagi dan lewat malam lebih murah berbanding pada masa-masa lain dalam sehari.
4. Jangan malas untuk mengikuti media sosial & laman sesawang syarikat penerbangan seperti di Facebook, Twitter untuk maklumat terkini promosi yang diberikan.
5. Bergantung kepada anda samada ingin mengambil penerbangan terus atau penerbangan yang mempunyai beberapa hentian. Penerbangan henti-henti dikatakan lebih murah dan berbaloi. Cuma masa anda akan menjadi lebih daripada penerbangan terus.
6. Anda pasti sedia maklum pada masa yang tertentu syarikat-syarikat penerbangan akan membuka promosi online mereka. Selalunya promosi ‘best’ hanya akan bermula pada 12 tengah malam.
8. Semak dan ‘study’ mengenali Lapangan Terbang alternatif dan sekitar. Ramai yang tidak tahu bahawa Bandara Adisumormo (Solo) dengan Bandara Adisujipto (Yogyakarta) hanya terpisah dengan 30 minit perjalanan. Jika dilihat pada promosi di bawah, tiket penerbangan KL ke Yogyakarta berharga RM79 berbanding KL ke Solo RM59. Kos di antara Solo ke Yogya pula adalah serendah RP10 ribuan (RM4).
9. Hukum +- 1 Hari. Bagi kelonggaran pada hari berlepas dan hari pulang dari bercuti. Banyak kemungkinan yang tiket hari sebelum atau hari selepas adalah lebih rendah.
10. Beli tiket penerbangan sehala sahaja secara asing untuk tiket pergi dan balik. Bukan buat tempahan terus tiket pergi dan balik. Tiket sehala dikatakan lebih menguntungkan daripada terus membeli tiket pergi dan balik.
Apa pun, ini hanya cadangan dan panduan yang diberikan. Tidak dapat dipastikan adakah cara menempah tiket penerbangan ini betul-betul boleh dapat harga yang murah atau sebaliknya. Walau apa jua, jadilah pengguna yang bijak dengan sentiasa memantau info-info yang diberikan.
Pemilihan kasut sangat penting ketika hiking, pilih tapak kasut yang memang khusus untuk anti-licin dan berpemukaan untuk grip setiap langkah anda.
Pemilihan baju juga memainkan peranan penting ketika mendaki. Elakan memilih baju seperti cotton dan beraltitude tinggi kerana ia tidak menyerap peluh. Sebaiknya guna baju khas untuk hiking yang ada ciri compression yang bagus.
Sebelum pergi hiking, periksa dahulu ramalan cuaca semalam, ini kerana ia akan menentukan perjalanan anda dan track sebenar anda. Jika hujan, mungkin akan becak, berlumpur dan licin. Jadi anda bersedia mental dan fizikal untuk mendaki.
Untuk mengelakkan otot menjadi kejang, sebelum memulakan pendakian anda dinasihatkan melakukan senaman sekurang-kurangnya 10-15 minit.
Elakan makan nasi lemak dan benda berat kerana bimbang anda akan pancit nanti. Sediakan makanan seperti energy bar dan air isotonik untuk menggantikan garam dalam badan yang keluar semasa berpeluh.
Ketika anda ingin bergambar di puncak atau sebagainya, jangan lupa untuk pentingkan aspek keselamatan.
Bila memulakan perjalanan, jangan lupa untuk membaca sebarang surah atau Bismillah serta berdoalah supaya dipermudahkan perjalanan. Malah harus diingat ya ketika di dalam hutan kamu perlu menjaga adab percakapan jangan celupar, takbur dan riak.
Terakhir, anda digalakkan sentiasa berfikiran positif sepanjang perjalanan. Jangan terlalu pentingkan masa untuk sempai ke puncak dengan segara sehingga mengabaikan aspek mental.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kala liburan, makanan adalah salah satu cara untuk mengenali dengan lebih dekat sesebuah budaya. Setiap satu menu yang dicuba menjadi manifestasi rasa lantas mengisi...