Selalunya kalau bercuti kita akan cari tempat yang banyak spot bergambar untuk abadikan kenangan bersama. Tapi kalau inginkan kelainan korang boleh berkunjung ke Muzium Ilusi Kuala Lumpur yang terletak di Bukit Bintang.
Tidak seperti tempat yang pernah korang lawati sebelum ini. Apa yang ada di sini bukan sahaja menghiburkan malah boleh dijadikan bahan educational yang menyeronokkan untuk setiap peringkat umur.
Kunjungan ke sini memang satu pilihan yang tepat untuk luangkan masa bersama anak-anak, teman-teman, orang tersayang malah juga datuk dan nenek korang pun boleh enjoy bila ke sini.
Muzium ini mempunyai Bilik Permainan di mana pengunjung dari semua peringkat umur boleh bermain, bersaing dan belajar. Ia dilengkapi dengan Permainan Dilema, teka-teki kayu dan permainan asah otak, yang merangsang kebolehan kognitif dan menjadikan Bilik Permainan ini pusat kecergasan sebenar untuk otak korang.
Terdapat banyak permainan yang menguji minda, mata dan juga deria korang. Cubalah melangkah ke terowong Vortex, menentang graviti, lihat rakan, adik-adik atau guru korang membesar atau mengecut di hadapan mata anda, tersesat di dalam cermin yang membingungkan, hidangkan kepala seseorang di atas dulang untuk makan tengah hari atau naik sahaja ke siling dan pastikan anda mengambil gambar dalam Rotated Room.
Lihatlah setiap ilusi optik dan pemasangan, permainan-permainan tersebut adalah sesuatu yang menghiburkan dan salah satu cara untuk kita sedar bahawa persepsi kita tentang dunia kadang-kadang sangat kabur.
Ads
Datang dan terokai dunia ilusi. Alami sendiri perkara yang mungkin korang mustahil. Paling penting pastikan korang membawa kamera atau telefon bimbit yang dicas sepenuhnya dengan storage yang mencukupi untuk semua detik dan pengalaman yang korang ingin simpan selama-lamanya.
Sebelum balik, jangan lupa singgah di Smart Shop untuk korang beli cenderahati sebagai tanda kenangan dah sampai ke Muzium Ilusi Kuala Lumpur. Memang fun dan enjoy bila datang ke sini!
Bila sebut tentang Gunung Pulai, bagi kaki hiking pasti mengetahui lokasi gunung ini. Berketinggian 609 meter dari aras laut, gunung yang terletak di Baling, Kedah ini satu tarikan utama bagi mereka yang ingin meneroka alam semulajadi.
Apa yang menariknya, gunung ini pernah menjadi isu di kalangan pendaki dan kerajaan negeri Kedah yang ingin “membom” lokasi gunung ini atas alasan kuari hingga ia mencetuskan perdebatan mulut dan kempen menyelamatkan gunung ini dijalankan.
Di sebalik isu ini, ternyata gunung ini menyimpan seribu sejarah di mana hasil penerokaan kaki hikers menemui bahan-bahan sejarah termasuk pelbagai jenis tulang dan gigi yang masih dalam peringkat kajian.
Menurut Malim Gunung Pulai iaitu Mohd Nazri, gua ini sangat indah di mana titisan air dari dinding gua menghasilkan pelbagai bentuk binatang termasuk kelihatan seperti buaya, gigi dinasour, bunga, burung lilin dan sebagainya. Dengan kelebaran sehingga 10-15 kaki dan disetengah kawasan mencecah lebih 20 kaki, bagi kaki hikers tidak perlukan pendakian beriya-iya kerana ia hanyalah bukit sahaja.
Dahulu, gua ini dikenali sebagai Gua Gelap atau dikenali sebagai Gua Harimau kala ini. Bagi yang berminat untuk menerokanya kenalah menghubungi Malim Gunung agar tidak tersesat.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tak sangka, tempat unik ini adalah Lepak Kapung Talang Hilir yang bertempat di Kuala Kangsar. Nampak menarik apabila pelanggan yang datang boleh merasa makan dalam tiub yang agak selesa bila ada penghawa dingin di dalamnya.
Cubalah tengok suasana di sini, dengan lampu-lampu, cukup meriah! Okay, ini antara menu yang ada di sini. Antara yang patut cuba, Char Kuey Teow dan kerang rebus.
Apa yang menarik, korang boleh sewa private dining dalam tiub bertutup dengan RM12 sejam. Owh ya, kedai makan di sini ala-ala food court.
Ya, alang-alang sudah sampai Kuala Kangsar, boleh singgah di port makan yang unik ini.
Ada pelbagai gerai yang menjual berbagai jenis makanan seperti kerang bakar, satay, dim sum, makanan Korea, western, dan masakan panas lainnya. Ini seperti sebuah food court yang menawarkan pilihan makanan yang beragam, yang sesuai untuk pelbagai citarasa.
Jika korang nak merasa makan dalam tiub itu, disarankan menempah tiub pada hujung minggu agar tidak kecewa jika meja dan gelung sudah penuh.
Lokasi:
Lepak Kampung, Talang Hilir,
23, Jalan Taiping, Jalan Kampung Talang Hilir, 33000 Kuala Kangsar, Perak.
Waktu operasi:
6pm – 12am (Tutup Rabu)
011-2649 7539
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Macao, kota yang penuh warna-warni dan terkenal dengan sumber hiburan yang menyeronokkan ala Vegas. Macao terbahagi kepada tiga wilayah iaitu semenanjung Macao, Pulau Taipa dan Pulau Coloane.
Namun ia tidak menjadi halangan buat pelancong Muslim khasnya untuk berseronok cara ‘Halal’ di sini. Macao ada lebih daripada itu! Ada tempat bersejarah, ada pemandangan indah, ada lokasi membeli-belah barangan berjenama dan ada premis makanan Halal dengan citarasa yang pelbagai.
Betul ke senang cari makanan Halal? Ya betul!
Jangan terkejut jika dikatakan untuk mencari makanan Halal di Macao tidak sesukar mana. Untuk pelancong Islam tidak perlu ragu-ragu untuk berkunjung ke Macao kerana pelbagai kemudahan mesra Muslim untuk anda tersedia di sana.
Sebelum ini mungkin ramai yang sudah beberapa kali ke Hong Kong, namun pasti ada sesetengah langsung tidak terfikir untuk menjejakkan kaki ke Macao yang hanya dipisahkan beberapa kilometer sahaja.
Jika anda datang dari Hong Kong, boleh cuba pengalaman ke Macao dengan menggunakan pengangkutan bas menyusuri Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Macao (HKZM) di Terminal Bas Kowloon, Hong Kong. Pengunjung boleh dapatkan tiket di kaunter atau menggunakan mesin layan diri.
Dibuka secara rasmi pada 24 Oktober tahun lalu oleh Presiden China, Xi Jinping, jambatan HKZM merupakan jabatan laut terpanjang di dunia dengan jarak sejauh 55 kilometer dengan memiliki terowong dasar lautnya sendiri.
HKZM menghubungkan Hong Kong ke Zhuhai dan Macao, merentasi perairan Delta Sungai Mutiara. Buat masa ini, bas merupakan pengangkutan terbaik untuk mengembara merentasi jambatan ini. Ini kerana kenderaan persendirian yang ingin menggunakan HKZM perlu memohon permit khas dengan pelbagai kriteria ketat.
Macao memang cukup sempurna untuk percutian bersama yang tersayang, keluarga, teman-teman atau secara individu. Untuk meneroka keseluruhan tiga wilayah Macao sangat mudah. Dicadangkan untuk mencuba perkhidmatan Macao Open Top Bus dan Macao Cruise.
Menggunakan kedua-dua perkhidmatan ini akan membawa pengunjung melihat dengan lebih jelas destinasi-destinasi utama terlebih dahulu apa yang ada disekitar Macao.
Dari mana-mana sudut di Macao pasti boleh melihat menara ini dari jauh. Mempunyai ketinggian 338 meter ini, pengunjung dapat melihat pemandangan indah seluruh Macao dari pandangan atas menara.
Terdapat pelbagai aktiviti ekstrem disediakan, antaranya terjunan Bungy, SkyJump dan Tower Climb.
Untuk mencabar adrenaline, boleh cuba aktiviti Skywalk iaitu berjalan-jalan di luar rim menara utama.
Senado Square juga dikenali sebagai Urban Center bagi Macao. Lokasi ini juga lokasi wajib dikunjungi jika berada di Macao. Macao sebelum ini ditadbir oleh Portugis, disebabkan itu banyak tinggalan seni bina Portugis boleh dilihat disekitar ini.
Untuk dapatkan lebih ‘aura’ dan dapatkan perbezaan, pengunjung boleh ke sini pada waktu siang dan malam hari.
Dataran disekitar ini diturap dengan batu ‘cobble’ berwarna hitam dan putih yang asal masih ada di situ.
Berhadapan dengan Senado Square terdapat sebuah bangunan lama yang begitu istimewa dan cantik dikenali sebagai IAM Building atau dahulu dikenali sebagai Leal Senado. Struktur bangunan ini di bina pada tahun 1784 sebagai Pejabat Perbandaran Macao.
Disekitar ini juga terdapat sebatang jalan yang dikenali sebagai Happiness Street. Terdapat pelbagai kafe dan restoran disepanjang jalan ini. Dilaluan ini juga anda boleh melihat deretan ‘rumah merah’ berkonsepkan tradisi cina yang begitu indah.
Jangan lupa berhenti seketika untuk membidik foto kenangan dan kongsikan kepada teman.
Ruins of St. Paul adalah lokasi wajib datang kalau melancong ke Macao. Ia merupakan struktur runtuhan sebuah kompleks abad ke-16. Malah, ia juga disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco.
Pengunjung juga dicadangkan untuk ke lokasi ini pada siang dan malam hari untuk melihat sisi berlainan Ruins of St. Paul.
Disekitar kawasan ini juga terdapat banyak kedai cenderama, kafe dan laluan seni untuk mereka yang suka bergambar seperti di lorong Rua Da Felicidade. Lorong-lorong belakang di Macao boleh dikatakan sangat bersih dan penuh dengan hiasan dinding seni yang kreatif. Orang luar pasti akan berhenti seketika untuk mengambil gambar di beberapa dinding lukisan mural yang lain daripada lain. Sampaikan peti tong sampah pun dilukis indah.
Perkara yang paling menarik perhatian ramai adalah penduduk Macao dikatakan agak berdisiplin. Penjalan kaki tidak boleh sewenang-wenangnya melintas jalanraya. Anda boleh disaman oleh pihak kuasa. Jika ingin melintas, cari sahaja laluan ‘kuda belang’. Automatik kenderaan yang melalui jalan tersebut akan memberhentikan kenderaan untuk memberi laluan kepada anda untuk melintas tanpa perlu anda menunggu ‘buat muka kasihan’ atau menggunakan ‘kuasa tangan’ untuk menahan kereta memberi laluan melintas. Jika ada kenderaan yang tidak memberi laluan kepada penjalan kaki, mereka juga bakal di saman atau dipotong merit tahunan.
Terletak bersebelahan Ruins of St.Paul, ambil masa untuk naik ke Mount Fotress ialah kubu pertahanan tentera Portugis seluas 10,000 meter persegi.
Selain jalan-jalan di kawasan kubu yang luas ni, anda juga boleh melawat Macao Museum di sini dan melihat keindahan kota Macau dari pandangan atas.
Selain menempatkan resort hotel berstatus lima bintang, pusat membeli-belah dan restoran mewah, Studio City mempunyai ruang khas untuk menonton teater atau persembahan berskala besar. Ketika ini sedang berlangsung persembahan Elekron Show yang begitu memukau.
Penonton disajikan dengan persembahan aksi bertaraf antarabangsa yang begitu mendebarkan dilakukan oleh individu yang berpengalaman dalam bidang permotoran, aksi lagak ngeri dan akrobatik. Penonton pasti terpaku dengan setiap adegan yang dipersembahkan selain turut diselitkan sesi jenaka bersama penonton bertuah yang dipilih ke ruang pementasan. Dari luar Studio City ini tampak menyerlah apabila ada angka lapan di tengah-tengah bangunannya. Bila dilihat dengan teliti, angka lapan itu sebenarnya adalah roda Ferris yang dikatakan tertinggi di dunia.
Tidak jauh dari Studio City, terdapat sebuah replika Menara Eiffel di Paris iaitu The Parisian Macao adalah binaan paling tinggi menyamai ketinggian bangunan 38 tingkat berbanding replika yang lain di seluruh dunia malah ia juga lebih realistik. Menariknya, setiap hari terdapat pertunjukan dan persembahan lampu pelbagai warna dan tema pada struktur menara sambil diiringi alunan muzik bermula jam 6.15 petang hingga 12 tengah malam. Pengunjung tidak akan sekali-kali melepaskan peluang untuk merakamkan gambar.
Dibina pada tahun 1921, Taipa Houses adalah lokasi menarik yang tidak perlu dilepaskan untuk dikunjungi. Terdapat lima buah bangunan dengan seni bina Portugis merupakan rumah agam bagi keluarga pegawai awam Portugis (Macanese).
Kini dijadikan muzium untuk pengujung melihat dengan lebih dekat cara kehidupan mereka pada masa lalu.
Dari sini, anda boleh berjalan ke Cunha Street untuk mendapatkan pelbagai cenderahati dan produk makanan warisan Macao seperti Tat Telur Portugis, Biskut Badam, Biskut Syiling Emas, Serradura, Teh susu dan juga Aiskrim Durian Musang King.
Di sini juga menjadi tumpuan ramai pengunjung untuk merakam gambar kenangan berlatar belakangkan dinding dihiasi lukisan kreatif.
Kalau datang dengan keluarga dan anak-anak kecil pula, pengunjung dicadangkan untuk ke Planet J dan Zero Latency. Di Planet J, menawarkan permainan interaktif.
Anda boleh memilih pelbagai kostum menarik sebelum menjalankan misi khas jelajah seluruh Planet J.
Di Zero Latency pula bakal membawa pengunjung untuk mencuba pengalaman menyelesaikan misi ‘penting’ permainan dalam bilik khas secara berkumpulan menggunakan kemudahan Virtual Reality (VR).
Terdapat beberapa pilihan tahap permainan yang boleh di cuba iaitu Engineerium (tahap mudah), Zombie Survival (tahap sederhana) dan Singularity (tahap sukar). Memang puas jika dapat melawan musuh dengan kerjasama semua ahli kumpulan yang begitu baik.
Secara keseluruhan Macao adalah percutian lengkap untuk segalanya sesuai untuk . Tak sabar rasa nak ‘repeat’ lagi trip ke Macao.
Kalau bercuti ke Hatyai, kebanyakan orang biasanya mencari hotel yang dekat dengan tempat makan, pasar malam dan pusat membeli-belah. Tapi kalau anda mahu penginapan...