Cawan Kopi Boleh ‘Telan’ Laris Dalam Penerbangan Air New Zealand

Share

Ramai yang tahu mengenai amalan kitar semula,namun usaha untuk memahami kepentingannya masih terbatas. Malah ada yang menganggap ia perkara leceh kerana setiap barangan perlu diasingkan mengikut jenisnya.

Oleh itu, pendedahan terhadap amalan kitar semula khususnya perlu dilakukan tidak kira dimana sahaja kita berada. Di darat, di udara mahupun dilautan.

Terbaru, syarikat penerbangan Air New Zealand memperkenalkan cawan kopi boleh dimakan bagi mengurangkan sisa sampah dalam pesawatnya. Menurut syarikat penerbangan kebangsaan tersebut, mereka menghidangkan lebih lapan juta cawan kopi setahun. Oleh itu pihaknya mahu mengurangkan jumlah bahan buangan yang dihantar ke tapak pelupusan sampah.






Maka tercetus idea menggunakan cawan boleh dimakan dihasilkan syarikat tempatan Twiice. Ia diperbuat menggunakan biscotti berperisa vanila dan bersifat kalis bocor dan sangat popular dalam kalangan pelanggan yang pernah menggunakannya pesawat Air New Zealand.

Sumber: Dailymail

IKLAN