Cerpelai Positif COVID-19 Jangkiti Dua Manusia Di Belanda

Share

Hati-hati, haiwan yang dijangkiti COVID-19 juga boleh berjangkit kepada manusia.

Tular seketika apabila cerpelai yang positif COVID-19 telah menjangkiti dua manusia di Belanda. Kes itu berkemungkinan menjadi kes pertama penyebaran seperti itu.


Pihak berkuasa kesihatan Belanda memaklumkan cerpelai yang membawa virus itu ditemui di empat kawasan daripada 155 ladang pembiakan haiwan tersebut. Laporan menunjukkan sumber jangkitan di tiga daripada empat kawasan ladang terjejas berpunca daripada manusia yang didiagnos positif virus itu.

Penyebaran daripada cerpelai kepada manusia secara praktikalnya adalah unik memandangkan beberapa kes kucing dan haiwan lain dijangkiti daripada manusia. Ini adalah dua kes pertama yang berkemungkinan melibatkan penyebaran daripada haiwan kepada manusia. Sebelum ini, sumber jangkitan manusia di China juga dipercayai berasal daripada haiwan.

Belanda sebelum ini berkata, negara itu akan mula memeriksa kesemua ladang cerpelai selepas seorang individu dipercayai dijangkiti COVID-19 daripada haiwan tersebut.

Sumber: Sinar Harian

IKLAN