Sibu, bandar ketiga terbesar di Sarawak subur menghijau di pinggiran Sungai Rajang dan Sungai Igan serta pekan Mukah terletak di persisiran Laut China Selatan.
Pada awal sebelum tahun 1873 bandar Sibu dikenali sebagai ‘Maling’ disebabkan kedudukan geografi Sibu terletak di Tanjong Maling. Ketika itu, Sibu merupakan bandar utama di sepanjang Sungai Rejang dan memiliki sebuah perkampungan Melayu kecil dan pusat perniagaan masyarakat Cina. Nama Maling kemudian diubah kepada Sibu dan digunakan sehingga hari ini berdasarkan sejenis buah rambutan dikenali buah sibau dalam bahasa Iban.
Kunjungan ke daerah di Bumi Kenyalang ini pasti sangat menarik kerana ia bukan sahaja memiliki sejarah yang unik malah kaya dengan alam semula jadi, budaya dan berbilang bangsa termasuk kaum peribumi. Antara lokasi menarik yang wajib singgah jika berkunjung ke Sibu ialah:
Muzium Budaya Warisan Sibu di Jalan Central yang mempamerkan banyak artifak serta warisan masyarakat etnik tempatan selain susur galur sejarah Sibu.
Ambil angin dengan bersantai di persisiran Rajang Esplanade berhampiran Terminal Bot Ekspres. Di situ, tersergam patung angsa gergasi, sesuai dengan nama Sibu yang turut digelar sebagai Swan City.
Peluang untuk hirup udara nyaman di Taman Bukit Aup Jubilee sambil menikmati landskap hebat termasuk menara setinggi 59 meter, pondok berkelah, titi gantung dan laluan berjoging.
Satu-satunya muzium hospital di Malaysia dan ia didirikan di atas permukaan air.
Bagi pelancong beragama Islam, wajib singgah ke Masjid An-Nur yang tersergam indah di Jalan Kampung Nyabor untuk menunaikan solat
Tidak jauh dari Masjid An-Nur, terdapat sebuah bangunan Kompleks Islam Sarawak Sibu yang tersergam megah juga menarik untuk dikunjungi.
Singgah sebentar mengambil gambar kenang-kenangan di Wisma Sanyan yang menjadi bangunan tertinggi di Sarawak, sekali gus menjadi lambang kemodenan Sibu.
Kuil ini terkenal dengan keistimewaaan pagodanya. Di hadapan kuil ini, terdapat sebatang pokok besar unik yang usianya mencecah 100 tahun.
Rakam swafoto di Wong Nai Siong Memorial Garden dan Sungai Merah Heritage Walk sebagai tanda ingatan.
Pasar ini punya sejarah tersendiri sebagai pasar basah dan kering terbesar di Malaysia. Pasar berbumbung ini menawarkan 1001 jenis barang makanan segar, produk hutan hingga cenderahati. Pasar ini juga terkenal dengan jualan ayam hidup yang dibalut kemas dengan suratkhabar.
Jika gemar akan pasu dari negeri ini, jangan lupa untuk singga di Pusat Perusahaan Pasu Sarawak. Di sini juga pengunjung berpeluang untuk melihat sendiri cara menghasilkan seni pasu yang turut membentuk identiti Sibu.
Terletak 40 minit dari Sibu, pengunjung boleh melawat Rumah Panjang Bawang Assan yang dibina sejak kurun ke 18 dan melihat pelbagai aktiviti penduduk seperti menanam padi serta menangkap ikan.
Jangan lepaskan peluang untuk mencuba juadah wajib melambangkan daerah itu iaitu Mi Kampua, Mi Sua dan kompia berinti daging yang boleh dibeli di pelbagai restoran, kafe serta medan selera di sekitar bandar Sibu.
Pakistan merupakan sebuah negara yang terletak Asia Selatan berjiran dengan negara Afghanistan, Iran, India dan China. Majoriti penduduk Pakistan adalah Muslim Sunni.
Apa yang best jika bercuti di Pakistan?’ dan pertanyaan biasa ‘selamatkah jika bercuti di sana? Baca perkongsian daripada saudari Sakinah Omar yang juga merupakan founder Jeju Muslim Travel ketika bercuti ke Pakistan baru baru ini.
Alhamdulillah Kina baru sahaja pulang dari trip Pakistan selama 9 hari. Antara benda pertama orang tanya kina bila diorang tahu kina nak ke Pakistan ialah “Selamat ke pakistan? Ada apa di Pakistan?” Sebenarnya Pakistan adalah sebuah negara yang sangat selamat, dalam banyak2 negara yang kina pernah travel, boleh kata Pakistan adalah antara yang paling selamat untuk dilawati. Cuma media sahaja yang suka memburukkan imej negara Islam supaya dunia nampak negara mereka merbahaya dan ganas.
Selain dari orang nya yang baik-baik, negara mereka juga penuh dengan keindahan alam semulajadi, boleh tengok gambar-gambar yang kina share. Sepanjang di sana memang mulut tak berhenti ucapkan SubhanAllah, view dia boleh buat kita menangis.
Kina mulakan perjalanan dari Lahore kemudian bergerak ke utara – Besham, Gilgit, Hunza, Khunjerab Pass, Islamabad dan balik dari Lahore semula. Di sini ada beberapa tips untuk mereka yang ingin travel ke Pakistan:
Musim:
Waktu terbaik untuk melawat Pakistan ialah pada Musim Bunga, Luruh & Panas.
Makanan:
Tak perlu bawa bekal makanan banyak2 dari Malaysia sebab Pakistan negara Islam, Makanan Halal ada di mana2. Kina bawa meggi cup tak sentuh langsung pun.
Tiket Flight:
Boleh check Malindo Air / Thai Airways / PIA .
Tiket flight yang kina beli harganya RM2500 KUL-Lahore direct dengan Malindo Air.
Internet / wifi:
Di sana internet susah sikit nak dapat. Kalau sewa pocket wifi / roamingman pun tak guna sebab line takda. Jadi anda perlu simkad di sana seperti telenor / scom.
5 Sebab Anda Patut Ke Pakistan Sekurang-Kurangnya Sekali Seumur Hidup
1) KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI
Pakistan digelar sebagai Swiss Asia kerana keindahan alam semulajadi yang setanding Swiss. Gunung Ganang tumbuh tumbuhan,bentuk muka bumi,laut dan tasik pastinya mengagumkan sesiapa sahaja yang melihatnya secara “Live” didepan mata.Melalui Utara Pakistan pastinya akan mengujakan kerana dapat menyaksikan dan menikmati perjalanan yang meliputi Pergunungan Himalaya.
2) KARAKORAM LEBUHRAYA TERTINGGI DI DUNIA DAN DIGELAR KEAJAIBAN DUNIA KE LAPAN
Pengalaman melalui lebuhraya tertinggi didunia dan merasai sendiri melalui kawasan pergunungan setinggi 15,397 kaki dari aras laut adalah sesuatu yang menakjubkan sesiapa sahaja yang melaluinya.Bukan itu sahaja,sepanjang perjalanan mata akan disajikan dengan panorama yang tak tergambar dek akal dan hanya akan dapat dikecapi di Pakistan.Pastinya sepanjang perjalanan rasa syukur akan diucapkan kerana melihat keindahan alam semulajadi yang Allah SWT ciptakan dan masih terpelihara indah dibumi Pakistan.
3) MAKANAN TRADISIONAL
Pakistan merupakan Negara yang kaya dengan pelbagai makanan tradisi.Kebanyakan juadah makanan adalah turun temurun dari generasi lama ke generasi masa kini.Ditambah pula dengan kepelbagaian rempah ratus khas dalam setiap hidangan yang dihidangkan aromanya pasti memikat siapa sahaja.Pastinya para food hunting akan teruja dengan kepelbagaian juadah makanan di Pakistan.Tambahan pula Makanan tradisi Pakistan bukan sahaja terkenal di Pakistan tapi di seluruh dunia seperti Nasi Baryani Pakistan,Kebab,Halwa Puri dan banyak lagi.Pastinya syurga makanan bagi food hunting.
4) HUSSAINI SUSPENSION BRIDGE: JAMBATAN GANTUNG PALING MENAKUTKAN DI DUNIA!
Kalau anda merupakan seseorang yang sukakan cabaran.Merentasi Jambatan Gantung Husaini mungkin bakal membangunkan adrelin anda.Kenapa ianya digelar jambatan gantung paling merbahaya dan menakutkan ddunia ? Sebabnya jarak diantara papan ke satu papan jauh dan sangat menguji ketahanan diri untuk melangkah dari satu papan ke papan lain.Tambahan jarak jambatan dengan sungai hunza agak tinggi pastinya rasa gayat akan dirasai,tambahan kalau jambatan bergoyang pastinya rasa SERIAUU.Kalau anda BERANI inilah Masanya.
5) PERTEMPUNGAN 3 BANJARAN; BANJARAN HIMALAYA – BANJARAN HINDUKUSH – BANJARAN KARAKORAM
Di Gilgit Baltistan, 3 banjaran besar bertemu dalam satu tanah, maka tidak pelik jika tanah Pakistan ini dilitupi oleh gunung-ganang hampir sebanyak 70%. Jika berada di Gilgit Baltistan,permandangan gunung-ganang pasti tidak akan terlepas dari pandangan mata anda kerana bentuk dan keindahannya sangat mengagumkan.
Semoga dengan Info ini kalian akan menjadikan PAKISTAN sebagai salah satu destinasi PILIHAN PERCUTIAN pada tahun 2020 ini. Siapa peminat nature & history, memang digalakkan sangat untuk ke Pakistan.
Foto: Insta @kina.omar @jejumuslimtravel
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Pemerintah Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz al-Saud mengeluarkan arahan membenarkan solat tarawih dilakukan di dua masjid suci di bandar itu (Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah).
Perkara itu disahkan Ketua Presiden untuk Hal Ehwal Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah Sheikh Abdul Rahman al-Sudais dalam satu kenyataa. Ia susulan arahan larangan solat tarawih di dua masjid suci berkenaan dalam usaha negara itu membendung penularan koronavirus (COVID-19) yang dikeluarkan.
Raja Arab Saudi Salman bin Abdulaziz meluluskan solat Tarawih di dua masjid suci diadakan tanpa kehadiran jemaah awam dan akan dipendekkan
Arab Saudi merancang melonggarkan perintah berkurung di beberapa bandar pada bulan Ramadan bagi membolehkan orang ramai membeli barang keperluan dalam kejiranan mereka. Larangan kemasukan jemaah awam walau bagaimanapun masih berkuat kuasa.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...