Pulau-pulau yang ada kat Mersing, Johor tak kurang cantiknya berbanding pulau lain yang ada kat negara kita. Tapi yang bestnya pulau di Mersing cukup privasi kerana kebanyakkannya tidak menempatkan resort yang banyak di sesebuah pulau.
Dalam perkongsian seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Cik Kiah, percutiannya selama 4 hari 3 malam di Pulau Babi Besar atau Pulau Besar ini cukup best. Tak ramai orang di sana kerana hanya ada 4 resort, dengan pantai dan air yang jernih cukup untuk meninggalkan kenangan manis sepanjang percutian.
Nak tahu apa lagi yang menarik kat sana, enjoy gambar percutian dan juga perkongsiannya!
BERCUTI DI PULAU BABI BESAR, MERSING JOHOR
Memandangkan sebelom ni dah banyak kali ke Pulau Redang dan Pehentian, kali ni aku plan nak try pulau belah Johor pulak iaitu Pulau Besar atau dulu dikenali sebagai Pulau Babi Besar. Jangan risau takda sekor pon babi sondol kat sini. Yang ada hanya keindahan dan kejernihan air laut dia aje. Lawa gila okeh!
Perjalanan dari Kl ke Mersing makan masa dalam 5 jam. Sampai je Jetty Mersing, boat akan bawak kami ke Pulau tu dalam pukul 12.30 tengahari.
Naik boat dari Jetty ke pulau plak amek masa 30 minit . Dekat la jugak dengan daratan kalau ombak tak besor time tu
Resort yang Yah stay nama dia Mirage Resort Pulau Besar. Pulau ni agak privacy dan tak crowded sebab nya hanya ada 4 resort je kat sini. Yah pilih Mirage Resort sebab baca feedback semua best dan good review kat Tripadvisor lepastu dia murah sikit dari resort lain. Cam biasa la sebelom book kena la survey dulu review baik ke tak baik.
Ads
Apa yang best Mirage Resort ni lebih kepada konsep Kampung Style. Memang macam balik kampong la duk sini. Boleh la main kejar2 dengan ayam, itik dan angsa. Pastu sini chill2 dan tak crowded sangat dengan orang. Staff dan manager, Abang Man Coral pon memang sangat friendly dan jaga kami dengan baik sepanjang dekat sini
Untuk pakej pulak Yah amek 4D3N cottage A Frame types hanya RM620 per person. Nok pergi 2 atau 3 hari ke takda masalah cuma Yah prefer kalau kat pulau wajib g 4 hari sebab takut tak puas kalu kejap sangat.
Banyak je aktiviti yang boleh buat dekat pulau ni antara nya, naik basikal keliling pulau, berkayak, snorkeling, memancing, jungle trekking dan berootidi.
Yang rasa nak bercuti tapi tanak bersesak ramai orang tu Yah suggest sini lah tempat yang paling sesuai.
Hua Hin, Thailand, destinasi percutian ini memang benar tidak sepopular Bangkok, Phuket, Krabi mahupun Chiang Mai. Tetapi tahukah anda bahawa destinasi percutian pantai ini cukup menarik untuk dijelajahi, lebih-lebih lagi bagi mereka suka dengan sejarah,kebudayaan serta suasana santai.
Terletak kira-kira 3 jam setengah pemanduan dari kota Bangkok, Hua Hin sebenarnya destinasi percutian hujung minggu kegemaran keluarga Diraja Thailand, mahupun penduduk Bangkok. Di malam hari, meski pun tidak ‘sehidup’ Bangkok, Hua Hin menjadi lebih hidup dengan adanya pasar malam yang menawarkan pelbagai produk tempatan. Tidak ketinggalan, deretan restoran yang menyajikan makanan laut terbaik.
Seindah namanya
Tak kenal, maka tak cinta, jadi adalah lebih baik anda nikmati sendiri keindahan dan keunikkan Hua Hin daripada mendengar cakap-cakap teman atau apa yang dikongsi di ruang digital. Maklumlah, setiap orang punya pandangan sendiri.
Bagi yang sedang berkira-kira untuk membawa keluarga bercuti, mungkin boleh mempertimbangkan Hua Hin sebagai lokasi percutian seterusnya. Habiskan masa semalam dua dengan membeli-belah di kota Bangkok dan selepas itu teruskan pengembaraan bersama insan-insan tersayang di tepian pantai.
Loligo Resort Hua Hin merupakan pilihan ideal untuk anda sekeluarga. Ini kerana resort yang baru dibuka ini punya ciri istimewa untuk tetamu berkeluarga. Menyediakan kemudahan day care di Kid’s Studio, ia memberi peluang untuk anda menghabiskan masa privasi di samping suami tanpa gangguan anak-anak. Jadi bolehlah berdua-duaan menikmati hidangan makanan tengahari atau melakukan rawatan spa bersama-sama. Paling tidak, boleh berjalan-jalan di tepian pantai seperti ketika dilamun cinta dahulu. Pasti romantis!
Berkonsepkan persinggahan tepian pantai, Loligo Resort menampilkan dekorasi segar, nyaman dan ceria. Kombinasi rona putih dan turquoise di setiap kamar membuatkan jiwa terbuai dengan suasana percutian mendamaikan. Berinspirasikan suasana perkampungan nelayan, segenap ruang di resort ini dihiasi dengan item-item dekorasi yang berkaitan perkampungan nelayan. Namun, ia disulam dengan ciri-ciri moden dengan sedikit elemen seni.
Menawarkan 47 buah kamar luas yang terdiri daripada Deluxe Balcony Room, Mini Suite Pool/Garden Balcony dan Mini Suite Sea & Horizon Balcony, setiap bilik mampu memuatkan sehingga lima orang individu dalam satu-satu masa. Jika pasangan yang mempunyai anak (bawah 12 tahun) tidak perlu membayar caj tambahan, ia percuma. Cukup sekadar mengambil satu kamar kerana setiap jenis kamar mempunyai pilihan satu unit katil King atau dua unit katil Queen . Memang sangat mesra keluarga. Jika bercuti bersama kawan-kawan pun,ia masih berbaloi-baloi! Sharing is caring!
Bermalasan di kolam renang atau nikmati keindahan pantai
Banyak aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang berada di resort ini. Jika ingin menikmati keindahan pantai, panjangkan langkah ke pantai yang terletak hanya 100 meter dari hotel.
Sebagai info, pantai di sini spot terbaik untuk melihat matahari terbit. Selesai bersarapan bolehlah menghabiskan masa dengan berenang di kolam renang atau berendam di jakuzi luar. Jika punya bajet lebih, boleh juga ke Blue Coral Spa untuk memanjakan diri. Dibuka dari jam 10.00 pagi hingga jam 10 malam, spa ini menawarkan rawatan yang memberi tumpuan pada teknik penyembuhan sebenar Thailand yang terdiri daripada pembersihan badan, urutan tradisional dan juga rawatan yang menggunakan herba panas. Harga rawatan bermula daripada THB900 untuk rawatan selama 60 minit.
Jejak tarikan berhampiran
Alang-alang sudah sampai di Hua Hin, tak mungkin anda sekeluarga mahu bertapa di dalam resort semata-mata. Apa kata anda ambil kesempatan untuk menjelajah tempat-tempat menarik di sini.
Hua Hin Railway Station
Dibina ketika pemerintahan Raja Rama IV, stesen ini merupakan salah satu stesen keretapi tertua dan tercantik di Thailand. Senibinanya terinspirasi dari Mrigadayavan Palace yang terletak di Cha Am, daerah Petchaburi. Tarikan utama di stesen ini ialah Bilik Menunggu Diraja yang sehingga kini masih digunakan oleh Kerabat Diraja. Jangan lupa bergambar di sini untuk dikongsi di laman sosial.
Hua Hin Night Market
Pasar malam ini terletak di sepanjang Petchkasem Road. Dibuka dari jam 6.00 petang hingga lewat malam, di sini anda boleh membeli ole-ole untuk di bawa pulang serta menikmati pelbagai jenis makanan tempatan yang membuka selera. Jangan lupa mencuba makanan laut di sini kerana selain dijual dengan harga murah, rasanya juga sangat enak.
Antara barang-barang yang boleh dibeli di sini ialah pakaian, rantai kunci, magnet peti sejuk, dan barangan kraftangan.
Cicada Market
Jangan sesekali lepaskan peluang ke Cicada Market. Terletak di Khao Takieb – Hua Hin Road, pasar malam ini sangat berhampiran dengan Loligo Resort Hua Hin. Boleh berjalan kaki atau kayuh basikal.
Merupakan singkatan dari Community of Identity Culture Arts & Dynamics Activities, pasar seni yang merupakan tempat berkumpul bagi bakat-bakat kreatif ini menjual berbagai produk yang lain daripada lain. Barangan di sini unik dan istimewa.
Selain itu banyak juga ‘signature dishes’ Thailand yang boleh dicuba seperti Phad Thai, Seafood Bakar, Tomyam, Pulut Mangga, Ais Krim Kelapa dan banyak lagi.
Hua Hin Beach
Pantai ini terletak berhampiran pekan Hua Hin, kira-kira 15 minit menaiki teksi atau Tuk-Tuk. Pantai Hua Hin tidak kurang hebatnya. Pemandangannya cantik dan banyak aktiviti pantai dan laut yang boleh dilakukan.
Perkongsian oleh: Sri Rahayu Mat Nah
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sedar atau tidak, di Malaysia mempunyai beberapa Tapak Warisan Dunia yang diiktiraf oleh Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Ia sekali gus menjadikan negara sebaris dengan negara-negara besar lain yang pernah menerima pengiktirafan sedemikian sebelum ini.
Kita mengenali Taj Mahal, Tembok Besar China atau Angkor Wat sebagai tapak warisan dunia, namun masih ramai yang tidak mengetahui beberapa tempat di Malaysia seperti Lembah Lenggong di Perak dan Taman Negara Gunung Mulu di Sarawak juga adalah destinasi Tapak Warisan Dunia. Jika berkesempatan, jom melawat destinasi-destinasi menarik ini.
Sejak penemuan rangka Perak Man pada 2001 dan Perak Woman pada 2004, nama Lembah Lenggong yang terletak di daerah Hulu Perak terus dikenali di peringkat antarabangsa. Penemuan-penemuan saintifik yang dilakukan oleh penyelidik tempatan sebelum ini telah membuka pintu rahsia kehidupan masyarakat awal di rantau ini.
Ia terbukti menyimpan rahsia besar sejarah kehidupan manusia dan sejarah tamadun manusia yang pernah wujud dipercayai berjuta tahun lalu. Kawasan itu juga dipercayai menjadi laluan keluar terawal manusia dari Afrika menuju ke Australia. Bukit Bunuh misalnya, menjadi pilihan penempatan awal manusia kerana ia kaya dengan pelbagai sumber alam dan keperluan untuk menyediakan peralatan batu.
Penemuan kapak genggam pada tahun 2009 membuktikan kawasan itu merupakan satu-satunya tapak manusia Paleolitik yang berfungsi sebagai bengkel membuat alat batu. Di samping itu, terdapat beberapa bukti lain yang turut dijumpai di sekitar Kota Tampan dan Gua Teluk Kelawar seperti tembikar, peralatan gangsa dan sebagainya.
Kaji Artifak
Lembah Lenggong telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO menjadikan, ia tapak keempat diktiraf di Malaysia. Bagi pengunjung yang mahu melihat kesemua artifak itu dengan lebih dekat bolehlah berkunjung ke Muzium Arkeologi Lenggong di Kota Tampan.
Terletak di sebelah utara negeri Sarawak, Taman Negara Gunung Mulu merupakan salah satu daripada destinasi pelancongan yang terkenal di Malaysia. Mempunyai keluasan lebih 544 kilometer persegi, ia mula diwartakan sebagai taman negara pada 3 Oktober 1974. Dengan dikelilingi tiga buah gunung iaitu Gunung Mulu, Gunung Api dan Gunung Benarat, Taman Negara Mulu mempunyai kepelbagaian bio yang menakjubkan.
Kawasan hutan yang terdiri daripada jenis paya gambut, rawa, dipterokap, lumut serta tumbuhan gunung menempatkan ribuan spesies flora dan fauna. Puncak Pinnacles pula menjadi mercu tanda bagi Gunung Mulu. Bagi mereka yang sukakan cabaran, bolehlah cuba mendaki ke puncaknya yang dipenuhi bantuan yang terhasil secara semula jadi.
Teroka Keindahan Alam
Tatkala berada di taman negara ini jangan lupa mencuba aktiviti penerokaan gua yang menjadi identitinya selama ini. Antara gua yang wajib dikunjungi pastinya Sarawak Chamber. Ia cukup besar dan luas serta dikatakan mampu memuatkan lapan jet jumbo 747. Tidak cukup dengan itu, pengunjung juga boleh meneroka beberapa tarikan lain yang tidak kurang hebatnya seperti Gua Rusa atau Gua Air Jernih.
Bagi pencinta alam semula jadi, perasaan kagum pasti hadir melihat keunikan formasi stalagmit dan stalagtit serta pelbagai arca yang terhasil akibat proses geomorfologi yang berlaku. Ia diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada November 2000.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Menurut portal Majlis Perbandaran Kluang orang-orang tua di Kluang bersependapat bahawa nama bandar Kluang terbit daripada nama sejenis mamalia yang terbang di waktu malam mencari buah-buahan, iaitu kluang ataupon Malayan Flying Fox dianggap sejenis kelawar yang terbesar di dunia.
Terdapat juga cerita yang binatang yang menyerang kebun buah-buahan sehingga terpaksa dipanggil dukun bagi menghalau mereka. Walau bagaimanapun cerita ini tidak dapat disahkan oleh orang lama-lama di sini. Yang jelas sebuah perkampungan bernama Kmapung Kluang telah wujud sebelum tahun 1910 berdekatan bandar Kluang ini. Kehadiran kelawar-kelawar besar ini mungkin disebabkan oleh penebangan hutan di tengah-tengah Johor bagi tujuan membina jalan kereta api dan juga penempatan di Kluang.
Perkongsian daripada wanita yang dikenali sebagai Miera Maira di laman sosialnya menarik minat ramai untuk mencuba trip bercuti ke Kluang, Johor.
Kluang : Half Day Train Trip
**Uncle ni pandai ambil gambar and angle dia cantik. Even posing semua dia ajar. Uncle Eddy Chow. Tour dengan uncle Eddy Chow ni best, sebabnya dia jenis ramah and selalu buat suasana meriah. So takdalah korang kemurungan nak buat setiap activity tu. Nak mengantuk pun tak sempat! For me it’s worth RM 100 for 3 pax dapat buat 6 aktiviti dalam 1 hari. Kalau kedai cendol mamak yang dekat laman kreatif Kluang tu buka dah dapat buat 7 aktiviti in total.
Kilang kopi Cap Televisyen tour: Free entrance . Dapat minum coffee, white coffee free kat sini cicah biskut kering. Nak beli coffee pun ada! I bought white coffee 15 sachet for RM 14 only.
Kalau ada bajet bawah RM 100 but nak enjoy satu hari? Boleh la berjalan ke Kluang Di hujung minggu.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Nama Dolomites semakin kerap muncul di media sosial kini apabila Khairul Aming mengumumkan lima pembeli terawal produk terbaharunya akan dibawa ke lokasi tersebut. Dengan...