Masih ingat isu chalet usang yang pernah tular sebelum ni? Boleh baca di sini kalau tak ingat …. Chalet Usang
Selepas tular, pihak Tourism Selangor serta merta memohon maaf pada penyewa dan mengambil tindakan drastik. Congkak Park and Resort ditutup untuk proses pemulihan dan naik taraf. Chalet saja tutup, kawasan rekreasi buka seperti biasa.
Ads
Kenyataan rasmi Tourism Selangor Tourism Selangor mengambil maklum aduan orang ramai mengenai keadaan chalet di Chongkak Park and Resort, Hulu Langat serta memandang serius akan perkara tersebut. Tidak dinafikan chalet tersebut sememangnya berada dalam keadaan tidak memuaskan. Oleh itu, bagi menangani isu ini, kesemua chalet di Chongkak Park and Resort akan ditutup untuk kerja-kerja penyelenggaraan, baikpulih dan proses menaik taraf berkuatkuasa serta-merta selama satu (1) bulan.
Ads
Kawasan rekreasi awam yang masih berada dalam keadaan baik dan diselenggara dengan baik dibuka kepada orang ramai serta beroperasi seperti biasa. Pihak Tourism Selangor secara terbuka ingin memohon maaf kepada pihak pelanggan berkenaan dan akan membayar pampasan yang sewajarnya.
Syabas Tourism Selangor.
Ads
Ini pula perkongsian dari Laman Facebook Emma Emrys
PERJUANGAN BERSAMA Sebuah permulaan yang baik perjumpaan dengan pihak Tourism Selangor pada pagi ini 17 Oktober 2017 jam 10am di pejabat mereka di Shah Alam, Selangor. Sepatutnya minggu lepas dah jumpa tapi kami sibuk ya amat dengan pelbagai urusan. Semuanya selesai dengan baik, seperti yang semua sedia maklum, tindakan kami adalah untuk menyedarkan pihak pengurusan dan membela mereka yang tertipu dan bakal tertipu.
Berdasarkan perbincangan tadi, tempat itu telah ditutup sepenuhnya selama sebulan dan kemungkinan akan dilanjutkan juga. Cuma untuk pergi mandi atau berkhemah masih boleh. Berkenaan pemulangan duit, telah kami terima dan atas arahan YB Elizabeth Wong, kami telah diberikan bukanlah pakej percutian tetapi penginapan di salah sebuah hotel di Selangor. Sebenarnya ok je, sebab bukan itu isunya yang dituntut. Kami terima sebagai tanda permohonan maaf.
Congkak Park and Resort itu ditutup dan akan dirobohkan semuanya untuk dibina semula dengan konsep yang baru. Haaa kan elok untuk semua. Kemungkinan nanti secara kerohanian tempat itu juga akan dipulih dan dipagar agar selamat dari hal gangguan. Selain akan dibina semula secara zahir, keselamatan secara batin (kerohanian) dititik beratkan supaya tiada kejadian kerasukan atau gangguan sesudah balik bercuti disitu. Hutan kan, faham ajelah.
Pengurus yang berjumpa tadi sebenarnya baru aje seminggu masuk kerja di situ. Kesian juga pada dia sebab secara tiba-tiba timbul isu ini. Kita doakan dia berjaya bawa perubahan ok, moga jauh lebih baik dan bergaya dari sebelum ini. Aamiin. Sebelum ini memang ada peruntukan dari kerajaan negeri tapi berperingkat. Kes ini benar membuka mata semua pihak. Banyak yang positif di masa depan. Pertemuan tadi lebih kurang sejam setengah, kami ini tak berkait dengan mana-mana organisasi atau politik pun. Ia tanggungjawab sosial dan kemasyarakatan semata.
Teruskan hidup, pada yang bantu viralkan hal ini. Tahniah, ia perjuangan bersama dan kita bersaudara. Penggunaan landasan viral ini pada tempatnya. Walau wujud perbezaan pandangan dan pendapat ia boleh diketepikan. Apa yang penting adalah hasil dari tindakan yang dibuat ini menghasilkan kebaikan untuk semua pihak. Kita sokong apabila ada perubahan, penyusunan semula dan penambah baikan sepenuhnya. Kami akan update in sha Allah atas segala perkembangan selepas ini.
Jepun telah selesai membuat majlis bagi penurunan takhta Maharaja Akihito yang diambil alih oleh anak sulungnya, Putera Mahkota Naruhito. Disebabkan itu rakyatnya sudah memulakan cuti panjang dengan lapangan terbang dipenuhi para pelancong disamping orang ramai beratur sangat panjang pada mesin pengeluaran wang automatik.
Sempena pengunduran Maharaja Jepun pada awal minggu lalu (30 April 2019) seluruh rakyat negara Jepun menikmati cuti selama 10 hari, pertama kali dalam sejarah apabila hari istimewa itu digabungkan bersama ‘Golden Week’. Golden Week merupakan cuti umum yang jatuh pada tarikh 29 April sehingga 6 Mei.
Seronok betul rasa kalau dapat cuti lama atau panjang sebegitu. Jika rakyat Malaysia diberikan cuti sebegitu panjang pasti gembira tidak terkata.
Namun tidak buat rakyat Jepun yang memang terkenal dengan sikat yang ‘suka berkerja’. Berita mengenai cuti panjang yang diberikan negara Jepun kepada rakyatnya tidak begitu mengujakan. Salah seorang karyawan ketika ditanya memberitahu buntu diberi cuti terlalu lama.
“Sejujurnya saya tak tahu bagaimana nak habiskan masa apabila diberi cuti selama 10 hari. Sekiranya mahu bercuti, dimana-mana sahaja akan sesak dan kos pelancongan akan menjadi mahal. Saya lebih rela meluangkan masa bersama ibu bapa sahaja di rumah,” kata Seishue Sato pekerja dalam bidang kewangan, berusia 31 tahun.
Satu kajian yang dijalankan akhbar tempatan menunjukkan 45% rakyat Jepun berasa ‘tidak gembira’ dengan percutian yang panjang, manakala 35% sahaja daripada mereka senang dengan cuti yang lama.
Mengikut agensi pelancongan Jepun, JTB, jumlah pelancong dalam dan luar negara ketika cuti panjang ini dijangka mencecah rekod sehingga 24.67 juta orang. Ada yang berada di Jepun ke sekarang? Cuba laporkan keadaan dan situasi di Jepun ketika ini kepada Libur ya.
Switzerland terkenal dengan keindahan setiap pelusuk negaranya, antara tarikan di sana termasuklah tasik-tasik yang indah dan cukup mengujakan. Terdapat kira-kira 1500 tasik atau lebih di Switzerland. Setiap tasik yang ada di sana mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri.
Dari tasik yang popular untuk berenang pada musim panas hinggalah ke tasik Alpine yang jernih. Antara yang terkenal adalah Tasik Blausse. Mudah untuk diakses dan tidak memerlukan pendakian yang agak ektrem membuatkan tasik biru ini menjadi tumpuan pelancong.
Jika berpeluang melancong dan bercuti ke Switzerland, Tasik Blausse adalah tempat wajib dikunjungi. Nak tahu apa sebabnya, Mohd Anas Anas berkongsi di grup Backpackers Buddies Malaysia (BBM)
Lokasi wajib sekiranya berkunjung ke Bumi Switzerland. Lake Blausse
1- Perjalanan dari Interlaken Ost dengan menggunakan keratapi dan bas akan mengambil masa 1 jam 46 minit. keratapi dari Interlaken akan transit di Stesen Speiz kemudian tukar keretapi menuju ke Frutigen. Di Frutigen terus menuju ke stesen bas berhampiran stesen keratpi dan menggunakan bas no 230 untuk terus ke Lake Blausee. Bas akan turun betul2 di hadapan pintu masuk tasik. sekiranya menggunakan kereta dan memandu sendiri masa perjalanan hanya mengambil 37 minit.
2- Sekiranya kita dari bandar Zurich, perjlanan dengan keretapi akan mengambil masa 2 jam 44 minit dan dengan memandu sendiri masa diambil 2 jam 26minit.
Tiket masuk akan dikenakan sebanyak 10chf. tetapi seandainya keadaan air tasik keruh, pihak pengurusan akan memberikan diskaun 5chf.
Untuk menaiki bot di dalam tasik adalah percuma dan tidak dikenakan sebarang bayaran.
Di dalam kawasan persekitaran tasik terdapat cafe dan restoran untuk menikmati kopi dan juga makanan lain.
Pemandangan yang paling cantik ketika kemuncak musim luruh iaitu penghujung Oktober dan awal November dengan keadaan daun2 kekuningan berlatarkan air yang sangat biru. Pada musim panas air sedikit berwarna hijau dan kurang jernih.
7.Usai sahaja menikmati keindahan tasik ini, boleh terus menunggu bas untuk ke lokasi seterusnya iaitu Kendersteg. Perjalanan dengan bas hanya mengambil masa selama 10 minit sahaja..satu laluan dan arah yg sama.
Di Kendesteg kita perlu meluangkan masa sekurang-kurangnya 3 ke 4 jam untuk ke atas sana dan ke Tasik Oeschinen dan bermain gelongsor.
Justeru memadai seharian untuk 2 lokasi ini agar masa tidak terbuang dengan begitu sahaja.
Kerajaan negeri dengan kerjasama Tourism Malaysia Wilayah Timur berhasrat meluaskan usaha mempromosi pelancongan Terengganu melalui pengiktirafan pengusaha-pengusaha beca di sekitar Kuala Terengganu sebagai duta kecil dalam usaha membantu industri tersebut.
Kerajaan negeri Terengganu akan memperkenalkan semula beca elektrik dalam masa terdekat sebagai antara inisiatif menggalakkan lebih ramai golongan muda menjadi pengayuh beca di negeri ini terutama di sekitar Pasar Payang.
Beca elektrik menggunakan sistem automasi atau Human Power Booster (HPB) membekalkan kuasa sokongan kepada pengayuh beca. Ketika ini terdapat 10 beca elektrik di Jabatan Pelancongan Negeri yang masih lagi mengekalkan ciri-ciri tradisi beca Terengganu dan sesuai untuk pengayuh beca generasi baharu.
Ada beberapa inisiatif lain yang akan diperhalusi untuk menarik minat golongan muda menjadi pengayuh beca. Dengan mengambil kira faktor kemasukan pelancong yang ramai ke Terengganu, mengayuh beca sebenarnya boleh menjadi satu sumber pendapatan baharu kepada anak muda.
Meskipun terdapat 48 pengayuh beca yang berdaftar namun hanya kira-kira 20 orang sahaja yang masih aktif berikutan mengalami masalah kesihatan dan faktor umur. Kerajaan negeri turut bercadang untuk menempatkan beberapa pengayuh beca di sekitar kawasan Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man, Losong sebagai tarikan pelancongan. Pengayuh beca dari TTI akan datang boleh membawa penumpang berjalan-jalan sekitar Muzium Negeri dan Kampung Budaya Terengganu.
Jom jadi ‘duta kecil’ sebahagian daripada barisan hadapan industri pelancongan di Malaysia!
image via google | sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...