Anda mempunyai banyak simpanan video menarik sepanjang percutiaan di Malaysia sebelum ini atau ingin lakukan sesuatu yang menarik ketika Perintah Kawalan Pergerakan?
Jika ya, ambil peluang untuk menyertai pertandingan mencipta video pelancongan dengan tanda #dreamnowtraveltomorrow anjuran Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC).
Kini sedang berlangsung sehingga 12 Mei 2020, dan mendapat sambutan ramai sepanjang tempoh PKP melalui penciptaan video kreatif menggunakan lagu bertajuk Cuti-cuti Malaysia atau Visit Malaysia Truly Asia.
Ads
KATEGORI
Pertandingan yang berasaskan kepada lagu-lagu di atas dibahagikan kepada 3 kategori iaitu;
NYANYIAN
BERMAIN ALAT MUZIK
Ads
Dengan atau tanpa nyanyian
lirik dan kod muzik disediakan
Peserta boleh membuat ‘transpose’ pada ‘key’ lagu
SKETSA menggunakan kreativiti dan imaginasi masing- masing. Contoh seperti berikut:-
Persembahan lakonan
Persembahan makanan tradisi mengikut negeri- negeri
Video pengalaman bercuti di dalam Malaysia menggunakan video-video melancong yang sedia ada sebelum PKP. (Sila rujuk kepada para 5 di atas).
Lain-lain aktiviti di dalam rumah yang bersesuaian dan menarik.
HADIAH
Ads
Terdapat 3 kategori di dalam pertandingan ini. Bagi setiap kategori yang dipertandingkan, hadiah yang ditawarkan adalah seperti berikut;
PEMENANG PERTAMA – Pakej pelancongan 3 Hari 2 Malam untuk 5 orang di dalam Malaysia di mana destinasi percutian adalah pilihan pemenang. Pakej meliputi tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi (hanya satu sektor), penginapan (4 bilik), ‘transfers’ dan ‘tours’, makan pagi, tengahari serta malam dan yuran masuk ke tempat tarikan pelancongan.
PEMENANG KEDUA -Pakej pelancongan 3 Hari 2 Malam untuk 4 orang di dalam Malaysia di mana destinasi percutian adalah pilihan pemenang. Pakej meliputi tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi (hanya satu sektor), penginapan (3 bilik), ‘transfers’ dan ‘tours’, makan pagi, tengahari serta malam dan yuran masuk ke tempat tarikan pelancongan.
PEMENANG KETIGA -Pakej pelancongan 3 Hari 2 Malam untuk 3 orang di dalam Malaysia di mana destinasi percutian adalah pilihan pemenang. Pakej meliputi tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi (hanya satu sektor), penginapan (2 bilik), ‘transfers’ dan ‘tours’, makan pagi, tengahari serta malam dan yuran masuk ke tempat tarikan pelancongan.
PEMENANG SAGUHATI – 10 pemenang hadiah saguhati akan menerima barangan kraftangan buatan Malaysia.
Orang ramai juga berpeluang memenangi pelbagai pakej pelancongan di dalam negara dan maklumat lanjut mengenainya boleh didapati di laman web https://vm2020.malaysia.travel/
Foto: pixel.com
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kebanyakan pusat peranginan pulau-pulau terkenal di Terengganu menghentikan tempahan pakej pelancongan sebagai persiapan menghadapi musim tengkujuh tidak lama lagi.
Ia juga telah menjadi rutin tahunan buat mereka setiap tahun untuk menutup tempat penginapan sementara waktu bermula Okt sehingga Feb dan dibuka sepenuhnya pada Mac setiap tahun. Pada musim tengkujuh keadaan ombak yang tidak menentu boleh mendatangkan ancaman keselamatan kepada pelancong yang berkunjung ke pulau dan aktiviti yang dilakukan juga amat terhad berbanding hari biasa. Perkhidmatan bot juga tidak akan beroperasi seperti hari biasa dan ia menyukarkan pelancong untuk masuk ke pulau.
Hanya beberapa buah sahaja yang dilaporkan akan beroperasi sepanjang tahun terutama bagi memenuhi permintaan pelancong asing yang berminat dengan sukan luncur ombak. Menurut Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, semua pusat peranginan di Pulau Perhentian telah ditutup bermula Oktober kecuali empat buah iaitu Sharila Perhentian Resort, Coral View Resort, D’Rock Garden Resort dan Aina Ohana yang akan beroperasi sepanjang tahun.
Manakala di Pulau Redang, Kuala Nerus dan Pulau Kapas, Marang, operasi kebanyakan pusat peranginan dihentikan sementara sejak Okt lepas, manakala operasi di Pulau Tenggol, Dungun dihentkan akhir bulan ini.
Rata-rata pengusaha berkata penutupan tersebut dilakukan bagi menyahut seruan kerajaan negeri yang bimbang dengan keselamatan pelancong terutama ketindaktentuan keadaan cuaca dan laut bergelora.
Kebanyakan pengusaha giat melakukan persediaan dan memindahkan pelbagai peralatan terutama bot ke lokasi selamat. Kebanyakan pulau hanya dihuni pekerja dan pengusaha bagi memantau keadaan sekeliling sepanjang musim tengkujuh dan ini memberi laluan untuk kerja-kerja membaik pulih kerosakan pada bilik-bilik penginapan di pulau itu.
Fiesta Belon Udara Panas Antabarabangsa Putrajaya yang dijadualkan berlangsung dari 19 hingga 22 Mac ini ditangguhkan, susulan kebimbangan penularan jangkitan COVID-19.
Foto: mynewshub
AKA Balloon Sdn Bhd dan Perbadanan Putrajaya (PPj) dalam satu kenyataan berkata keputusan itu dibuat selaras dengan keutamaan yang diberikan terhadap aspek keselamatan dan kesihatan orang awam, pengendali, vendor, pembekal, petugas serta anggota keluarga masing-masing yang terlibat dalam perjalanan fiesta itu.
“Selepas pertimbangan yang wajar dan berhati-hati, penularan COVID-19 di peringkat global ketika ini menjadikan mustahil untuk melihat perkembangan jangkitan penyakit itu semasa majlis berlangsung nanti, ditambah dengan pergerakan merentasi sempadan di kalangan pelawat, pengendali dan petugas ketika itu,” menurut kenyataan berkenaan.
Fiesta Belon Udara Panas Antabarabangsa Putrajaya sebelum ini dijangka membawa penyertaan 25 belon udara panas dari 13 negara, termasuk Malaysia.
Fiesta empat hari itu dijangka menarik kunjungan lebih 200,000 pelawat.
Foto: FB Belon Udara Panas
Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Gerhana Matahari Anulus atau Gerhana Matahari Cincin yang berlaku semalam turut dikatakan mempengaruhi perilaku haiwan.
Ketika fenomena ini berlaku, kebetulan penulis berada ditepian sebuah pantai di Selangor. Kelihatan sekawan burung mengeluarkan bunyi yang agak aneh dan jarang didengar disekitar itu. Rata-rata yang melalui jalan berhampiran penulis pasti mendengar bunyi aneh burung sambil mendongak ke atas mencari si empunya suara. Bunyi burung-burung tersebut agak janggal dan jarang didengari seakan memanggil-manggil dengan sayu.
Menurut sumber Bernama ketika fenomena ini berlaku, sekumpulan pelajar dari Fakulti Alam Bina dan Ukur Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menjalankan kajian memerhati terhadap reaksi haiwan di Zoo Johor. Pelajar berkenaan memulakan pemerhatian pada 9 pagi dan kemudian ditumpukan pada waktu kemuncak gerhana kira-kira 1.20 tengah hari sehingga gerhana berakhir 3.20 petang, terhadap haiwan jenis mamalia dan reptilia iaitu sekumpulan rusa, seladang, ular, gajah, harimau, singa serta monyet.
Mereka mendapati sekumpulan rusa berada dalam kawanan ketika kemuncak gerhana itu berbanding sebelumnya.
Ular bergerak sekali sekala sebelum waktu kemuncak gerhana dan tidak bergerak pada waktu kemuncak.
Monyet pula dilihat agresif pada sebelah pagi sebelum diam pada waktu kemuncak gerhana.
Info
Fenomena gerhana matahari itu seharusnya mendatangkan keinsafan kepada umat Islam mengenai kebesaran dan keesaan Allah SWT. Pandanglah kejadian ini dengan mata hati bagaimana Allah SWT mengatur segalanya dengan cukup sempurna di mana bumi, bulan dan matahari bergerak secara cukup sistematik. Lihat juga bagaimana satu makhluk yang sebesar matahari juga mampu terjadi gerhana kepadanya, apatah lagi kita ini manusia kerdil. Adalah jelas betapa kita amat bergantung harap kepada Allah SWT untuk segala-galanya. -Imam Satu Masjid Zahir, Mohd Isa Abd Rahman
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...