Sunway Lagoon, Lost World Of Tambun Kembali Beroperasi. Ini Peluang Bawa Family Main Air!

Share

Nampaknya peluang terbuka untuk orang ramai membawa anak-anak beriadah apabila taman Tema Sunway Lagoon dan Sunway Lost World Of Tambun telah dibuka secara rasminya sejak 6 Mac lalu.

Pembukaan itu dibuat selepas kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

Kedua-dua taman tema popular ini bagaimanapun hanya menghadkan kunjungan pelawat sebanyak 30 peratus dalam satu-satu masa bagi memastikan keselamatan mereka.

Dengan pelbagai penambahbaikkan pada ruang dan masa operasi lebih panjang, pengunjung tidak perlu gusar kerana kedua-dua taman tema ini mementingkan SOP yang ditetapkan kerajaan.

Bagi memenuhi permintaan pelanggan, Sunway Lagoon di Petaling Jaya, Selangor turut memperkenalkan dua pakej iaitu ‘2 Play Again’ dan ‘Playdate’.

Permintaan pakej staycation di Sunway Lost World of Tambun juga meningkat dan terdapat pelbagai pakej menarik yang boleh dipilih oleh pengunjung.

Pengarah Eksekutif Sunway, Calvin Ho berkata, pihaknya tidak sabar menantikan kehadiran pengunjung yang sudah tentu tidak sabar menikmati pelbagai permainan menarik di kedua-dua taman tema tersebut.

“Diharap kami dapat memberi pengalaman luar biasa dan terbaik kepada pengunjung dan akan terus menampilkan yang terbaik kepada pelanggan,” ujarnya.

Kredit Foto: Facebook Sunway Lagoon Malaysia

Artikel Berkaitan:

Nak Rasa Pengalaman Tidur Dengar ‘Muzik’ Dari Sungai, Layan Je Glamping Di River & Glamp, Ulu Yam

Unik! Jarak Pulau Hanya 4.8KM Namun Beza Waktu Antara Rusia & Amerika Ini 21 Jam

Layan Sunrise Dari Tepi Pantai! Chalet As Salam Kuala Terengganu Tawar View Superb

IKLAN