Mulai 1 Julai 2020, kesemua 54 taman tema yang ada di seluruh negara termasuk taman tema air dibenarkan beroperasi semula dan menerima kedatangan pengunjung.
Khabar ini pasti menggembirakan ramai individu terutama buat ibu bapa yang dah lama nak bawa anak-anak bersuka-ria di taman tema! Paling istimewa, taman tema yang ada di negara kini sedang berlumba-lumba membuat promosi jualan tiket pada harga yang begitu menarik untuk menarik pengunjung. Ini lah masa terbaik untuk anda, cuti-cuti pusing satu Malaysia.
Ads
Selaras dengan keputusan tersebut, bagi taman tema, had pengunjung adalah berdasarkan kapasiti ruang serta saiz kawasan taman tema. Pengunjung juga perlu menjalani proses pendaftaran melalui aplikasi MySejahtera, serta pemeriksaan suhu badan dan penyediaan pensanitasi tangan.
Ads
Bagi pengusaha taman tema air khususnya, mereka perlu mengikut Garis Panduan Pengurusan dan Penyenggaraan Kolam Renang Awam oleh Pihak Berkuasa Tempatan, serta Garis Panduan Pemantauan Kualiti Kolam Air. Garis panduan serta SOP boleh diperolehi dari laman sesawang Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan juga Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk maklumat lanjut.
Ads
Memastikan penjarakan sosial dipatuhi pada setiap masa.
Had pengunjung adalah berdasarkan kapasiti ruang serta saiz kawasan taman tema
Pengunjung perlu menjalani proses pendaftaran melalui aplikasi MySejahtera
Pemeriksaan suhu badan dan penyediaan cecair pencuci tangan.
Mengikuti Garis Panduan Pengurusan dan Penyenggaraan Kolam Renang Awam oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta Garis Panduan Pemantauan Kualiti Kolam Air.
Bercuti dalam kumpulan yang ramai bersama teman-teman atau ahli keluarga yang sekepala memang menyeronokkan. Sepanjang percutian tersebut pasti banyak tempat menarik yang boleh dijadikan spot untuk ambil gambar.
Kalau ambil gambar berkumpulan atau ramai-ramai ni selalunya tak berdiri tegak, mesti silang kaki tambah dengan pandang tempat lain. Ataupun nak buat nampak kreatif sikit ambil gambar tunjuk simbol tangan ‘peace’ atau ‘love’. Itu sahajalah pose terbaik yang boleh diberikan.
Tak salah pun cara-cara tersebut, kadangkala berdiri tegak tetapi disuntik sedikit dengan elemen kreatif gambar yang terhasil sangat meletop. Ada banyak cara baru yang anda dan kumpulan anda boleh cuba tau.
Okay, ini tip ‘survival’ yang Libur nak kongsikan kepada semua pembaca di luar sana, kenapa tebuk tin tuna dekat tengah-tengah waktu kecemasan.
Jawapannya adalah! Tin tuna tu boleh jadi lilin sementara sewaktu kecemasan kalau anda tak ada sumber pencahayaan sewaktu camping dalam hutan!
Tak percaya? Okay jom kita tengok video ni
Hahaha nampak macam kelakar kan? Kalau dah ada pemetik api tu, apa salahnya kalau terus buat unggun api? Nak bakar hutan pun boleh.
Tapi, korang mesti tak tahu kan tin tuna boleh buat jadi lilin? Ha kira berguna juga la input baru ni kan? Jangan main-main dengan tip mudah ni, api tu boleh tahan dua hingga ke tiga jam tau dan tuna tu boleh guna untuk makan selepas dijadikan lilin kecemasan.
Selamat beramal.. Hehehe
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ibu bapa yang mempunyai anak kecil boleh meminta kebenaran menggunakan child car seat bukan sahaja di dalam kereta malah di dalam pesawat.
Ia dikenali sebagai sistem CRS atau Child Restraint System. Penggunaan child car seat dalam kapal terbang boleh mengurangkan tekanan apabila berlakunya kecemasan seperti putaran angin semasa penerbangan. Ikuti tip perkongsian seorang ibu ini mengenai pengalaman menggunakan CRS.
Travel & Bawa Child Car Seat Dalam Kapal Terbang? Siapa baru nak cari child restraining system (CRS) untuk anak? Jangan lupa cari CRS yang Federal Aviation Administration (FAA) approved iaitu CRS yang selamat digunakan dalam kapal terbang selain kereta.
1. Check pada manual CRS mengenai label stiker FAA approved.
2. Hubungi airline sebelum buat belian tiket kapal terbang. Ada juga polisi yang tidak membenarkan pemakaian CRS tetapi diganti dengan sistem CARES harness contohnya Firefly airlines. (rujukan CARES safety harness on flights : http://kidsflysafe.com/ )
3. Bagi anak yang berusia bawah 2 tahun (infants) perlu beli full cost child tickets jika nak guna CRS. Untuk anak yang 2 tahun lebih, cuma perlu maklumkan pada airlines mengenai CRS anda selepas anda semak polisi mereka tiada halangan mengenai pemasangan CRS
4. Semak adakah CRS anda boleh digunakan di lokasi yang dituju? Contohnya jika anda mempunyai CRS US standart, anda tidak boleh menggunakannya di Australia kerana tidak mengikut polisi CRS di negara berkenaan.
5. Semak manual pemasangan CRS adakah ia memerlukan lap-shoulder belt? Jika ya, ia tidak boleh digunakan di dalam kapal terbang kerana hanya pemasangan melalui lap belt dan tanpa tether anchors pada kerusi kapal terbang. Most European seats are not airlines approved since they requires lap – shoulder belt installation. American Standard car seat normally will be Aircraft approved tetapi check pada manual sebelum pembelian.
6. Untuk membawa masuk CRS, berdasarkan pengalaman kami, staff di kaunter check in tak membenarkan CRS digunakan di dalam kapal terbang, jadi minta untuk bercakap dengan air crew dan tunjuk label stiker FAA approved pada CRS bagi membolehkan CRS anda digunakan pada seat anak anda boleh request belt extender untuk pasang CRS.
Untuk flight kali ni route kami guna Malaysia Airlines (MAS) flight dari Kota Bharu transit ke KLIA untuk ke Sarawak.
CRS: Graco Extend2Fit
Buckle Up! Bawa CRS sendiri anak duduk dalam flight pun selesa dan lebih selamat. Bila sampai lokasi boleh terus pasang dalam kereta sewa. Tiada alasan untuk travel dan tak guna CRS ye.
1. Dapat masuk 1st sbb nak install CRS
2.Guna trolley nak angkut jauh tukar gate transit KLIA ke Sarawak
3.Perfect fit pada seat MAS tanpa guna belt extender. Guna lap belt sedia ada sahaja.
4. Mula-mula jadi isu staff kaunter tak benarkan bawa naik CRS ke kabin dan diminta utk gate check in atau masuk cargo. Huhu big no sbb kami tak packing dan mmg nak guna dalam flight jadi minta kerjasama untuk bercakap dengan air crew mengenai CRS yang FAA approved ni. الحمدالله boleh guna.
5.Contoh stiker label untuk FAA approved CRS, sila check manual CRS anda untuk lokasi stiker ini
6.Info FAA approved pada manual CRS
Ada info lain? Jom tambah info… (Edit tambahan info) Sumber CPST Dinas:
For those who wants to buy US approved safety seats and using seat belt installation, please check:
1. What type of belt retractor you have in your car. If switchable retractor, then should be okay.
2. If your car's belt retractor is an emergency lock retractor, ELR (the one that only locks when you pull it suddenly), you'll need to check the safety seat manual.
3. If safety seat doesn't have built-in lock-off system, check if it comes with the metal locking clip.
4. If the seat doesn't come with that metal locking clip, ask seller if can purchase alongside the purchase of the seat.
Don't install it using belt if you can't lock the seat belt (maybe use LATCH instead). All US seats need to be locked pre-crash and ELR seat belt can't do that. And most cars in Malaysia have ELR belts.
Penerbangan jarak jauh memang boleh jadi mencabar, terutama kalau perlu duduk berjam-jam dalam ruang yang terhad. Silap pilih tempat duduk, perjalanan yang sepatutnya menyeronokkan...