Desaru Coast Tawar Pakej Percutian Potongan 60 Peratus Untuk Penginapan & Aktiviti Menarik

Share

Pusat peranginan Desaru Coast yakin dan sudah bersedia untuk menerima kehadiran pelancong pasca-COVID-19 dengan menawarkan pelbagai pakej percutian dan perkhidmatan terbaik kepada pelanggannya.

Dua pakej istimewa ditawarkan kepada pengunjung sempena kempen ‘Don’t Join The Crowd’ iaitu Sun-tastic Getaway dan Golf Galore @ Desaru Coast. Promosi ini menawarkan penjimatan sehingga 60 peratus. Tawaran pakej Sun-tastic Getaway yang berharga dari RM689 untuk percutian selama dua hari satu malam bagi dua orang dewasa dan dua kanak-kanak, menawarkan pelbagai aktiviti menarik di sekitar Desaru dan ia boleh digunakan di tiga hotel berstatus premium iaitu Hard Rock Hotel Desaru Coast, The Westin Desaru Coast Resort dan Anantara Desaru Coast Resort & Villas.


Sementara itu, pakej Golf Galore @ Desaru Coast yang berharga dari RM799 pula menawarkan percutian selama dua hari satu malam. Pakej itu termasuk penginapan di hotel dan akses tanpa had untuk bermain golf di The Els Club Desaru Coast – Ocean Course. Tempoh pembelian untuk kedua-dua pakej ini adalah sah sehingga 30 September 2020 dan tempoh percutian adalah sehingga 23 Disember 2020.

Di pusat peranginan Desaru Coast ini juga menyediakan aktiviti sukan tidak membabitkan sentuhan dan program pendidikan berbentuk hiburan. Antaranya ialah program pendidikan mengenai alam semulajadi melibatkan lawatan ke kebun buah, pengalaman memandu kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan (ATV) dan meneroka kawasan paya bakau di Hutan Simpan Panti.


Pengunjung tidak perlu risau untuk bercuti ke destinasi ini kerana pengurusan Desaru Coast telah melaksanaan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan aspek kesihatan, keselamatan, kawalan dan persekitaran ketat yang dilakukan oleh pihak pengurusan, selaras dengan arahan kerajaan. Antara SOP itu ialah mengawal kemasukan tetamu dengan melakukan pemeriksaan suhu badan, mewajibkan pemakaian pelitup muka, penggunaan cecair pembasmi kuman serta mengamalkan penjarakan sosial. Pihak pengurusan Desaru Coast mengutamakan kesihatan, keselamatan tetamu, pekerja dan pelbagai perkara lain. Justeru, jika wujud kes COVID-19, kami akan melaporkan kes tersebut kepada pihak berwajib untuk tindakan selanjutnya.

IKLAN