Selain keindahan dan kecantikan alam semula jadinya, karakter unik dan aneh yang dimiliki juga menjadi faktor penting kenapa semua lokasi percutian di negara Asia ini menjadi pilihan pelancong dari serata dunia.
POKHARA, Nepal
Keindahan dan keunikan Pokhara terhasil daripada kombinasi antara tasik, gunung dan sungai. Kesempurnaannya boleh disaksikan sendiri dengan berkunjung ke beberapa buah tempat seperti Phewa Tal, Mahendra Cave, Devi’s Fall dan Sarangkot.
Selain tarikan pada alam semula jadinya yang menakjubkan, wilayah ketiga terbesar Nepal ini turut menjadi perhatian kerana ia menjadi lokasi penting beberapa jenis sukan ekstrem seperti ultralighting, paragliding, mountain bike, white water rafting dan hiking
INFO:
Selain keindahan dan kecantikan alam semula jadinya, karakter unik dan aneh yang dimiliki juga menjadi faktor penting kenapa semua lokasi percutian di negara Asia ini menjadi pilihan pelancong dari serata dunia.
Pokhara yang boleh diakses dengan menaiki bas ataupun kapal terbang dari Kathmandu menyediakan lebih kurang 250 buah hotel. Setiap satunya mempunyai pilihan harga yang berbeza, sama ada murah ataupun mahal.
KANDY, Sri Lanka
Wilayah kedua terbesar di Sri Lanka ini juga tidak terkecuali daripada menawarkan lokasi percutian yang menarik. Antaranya ialah The Temple of The Tooth, The Pinnewala Elephant Orphanage dan The Royal Botanical Garden in Peradeniya.
Kandy terletak berdekatan dengan Colombo. Ia boleh diakses dengan menaiki bas, keretapi ataupun teksi. Hanya tiga jam sahaja masa yang diperlukan untuk sampai ke sini dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike.
Ads
INFO: Hotel bajet serendah USD 30 sehari boleh ditemui dengan banyak di Kandy. Majoritinya menawarkan bilik yang cantik, bersih dan perkhidmatan yang mesra pelanggan.
DHAKA, Bangladesh
Cuba lari daripada kesesakan lalu lintas ekstrem kota Dhaka dan berkunjung ke beberapa tempat menarik di persekitarannya. Pasti ramai yang teruja dan tidak menduga bahawa ibu negara Bangladesh ini sebenarnya kaya dengan struktur binaan unik seperti masjid, tugu dan istana.
Semuanya dibina sebelum abad ke-19 sewaktu era pemerintahan Islam dan penjajahan British. Antara yang popular dan menjadi mercu tanda Dhaka ialah Lalbagh Fort, Ahsan Manzil dan Baitul Mukarram
INFO : Dhaka digelar sebagai City of Mosque kerana ia mempunyai lebih daripada 700 buah masjid. Sebahagiannya dibina sewaktu era pemerintah Empayar Mughal sekitar kurun ke-15 hingga 16.
Ads
DA NANG, Vietnam
Mahukan keindahan pantai dan alam semula jadi yang berada dekat dengan kota moden? Berkunjunglah ke Da Nang, wilayah ketiga terbesar Vietnam yang terletak di antara Ho Chi Minh dan Hanoi.
Sama ada mahu berehat di tepi pantainya yang cantik dan bersih iaitu My Khe Beach, menikmati keunikan gunung batu pualam yang menakjubkan iaitu Ngu Hanh Son atau membeli belah di pusat membeli belahnya yang besar dan mewah iaitu Lotte Mart?
Tepuk dada tanya selera.
TONLE SAP, Cambodia
Tonle Sap merupakan penempatan atas air yang mempunyai lebih kurang enam buah kampung. Ia terletak di Siem Reap dan boleh diakses dari Phnom Penh dengan menaiki bot selama enam jam. Tonle Sap menyimpan pelbagai spesies flora dan fauna yang terdiri daripada ikan, ular, buaya, burung dan kucing hutan. Di samping itu, tasik dengan keluasan 2,800 kilometer persegi ini turut dijadikan sebagai ladang penternakan buaya spesies Siam.
Ads
TIP: Pengunjung yang berminat merasai pengalaman tinggal di atas rumah air boleh berkunjung ke Kompong Luong. Cas sebanyak USD 8 (RM 25) dikenakan untuk penginapan selama sehari berserta makan dan minum.
DILI, Timor Laste
Dili masih lagi belum membangun sepenuhnya. Malah, kemudahan infrastrukturnya juga masih kurang dan hanya tertumpu pada kawasan pentadbiran sahaja. Namun, ibu negara Timor Laste ini semakin pendapat pendedahan umum. Semuanya disebabkan oleh ketenangan dan keindahan alam semula jadinya yang terdiri dari pantai, pulau dan gunung-ganang. Selain itu, tinggalan sejarah sewaktu era penjajahan Portugis juga memainkan peranan dalam memperkenalkan namanya.
INFO: Buat masa ini, tidak ada syarikat penerbangan lain yang menyediakan perkhidmatan ke Dili secara terus kecuali Airnorth dari Darwin, Australia, Air Timor dari Singapura dan Sriwijaya Airlines serta Merpati Nusantara Airlines dari Bali, Indonesia.
PALAWAN, Filipina
Palawan diiktiraf sebagai perbatasan terakhir ekologi Filipina kerana mempunyai kekayaan alam semula jadi yang menakjubkan. Tarikan utamanya tertumpu pada dua buah tempat penting iaitu Tubbataha Reef National Marine Park dan Puerto Princesa Subterranean River.
Palawan yang boleh diakses secara terus dari negara kita dengan menaiki MASwings melalui Kota Kinabalu ini juga terkenal sebagai syurga selam skuba kerana pemandangan dasar lautnya yang mempesonakan.
INFO MENARIK: Palawan terkenal dengan sungai bawah air yang terletak di daerah Sabang. Sungai ini diiktiraf sebagai ‘7 Wonder of Nature’ kerana keunikan bentuk dan habitat yang mendiaminya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Berkhemah atau camping menjadi trend percutian masa kini. Ditambah pula dengan kewujudan campsite atau tapak perkhemahan yang semakin banyak pilihan untuk geng camper.
Bagaikan ‘ketagih’ dengan aktiviti sebegini dan dengan adanya peralatan lengkap, famili atau geng camping memang tak senang duduk terutamanya bila tiba hujung minggu.
Ada sahaja port baru yang dikunjungi untuk pacak khemah. Tak dapat lama, bermalam sehari dua pun sudah memadai.
Biasanya tapak-tapak perkhemahan yang ada juga mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Ada yang dekat dengan sungai, ada yang mempunyai pemandangan gunung-ganang, tasik dan banyak lagi. Fasiliti yang diberikan juga lengkap memudahkan camper untuk menginap di campsite pilihan mereka.
Melalui satu perkongsian daripada SyahRimau di Twitter, lelaki ini menyenaraikan 10 campsite terbaik yang ada di Semenanjung Malaysia. Nak tahu dimanakah tempat yang dimaksudkan, ikuti perkongsian lelaki ini:
Dah takde idea nak buat apa weekend ni? Tiap-tiap minggu café hunting je? Rasa macam nak dinner bawah cahaya bulan? Apa kata kita gi camping?
So here’s the idea of 10 tip places campsite di semenanjung Malaysia!
Hulu Tamu Eco Resort @ Batang Kali
Dalam dusun durian
12 lot campsite
Toilets & showers
Plug points available
Spacious grounds
Hulu Tamu Eco Resort, Jalan Ulu Tamu 44200 Batang Kali, Selangor, Malaysia
Cukup menarik, Ipoh Santorini terletak di Tambun, Perak, menawarkan pengalaman unik yang diinspirasikan oleh pulau Santorini di Greece.
Dengan seni bina yang unik tersendiri, penginapan ini pasti memberikan pengalaman yang memuaskan.
Ipoh Santorini Hideaway
Paling syok, keluar bilik boleh terus terjun dalam kolam. Ini yang senang nak bahagiakan hati anak-anak, bab main air. Memang puas hati!
Kalau tengok sekitarnya, macam hotel di Europe, tetapi realitinya di Ipoh sahaja. Tidak jauh pun dari Lost World of Tambun hanya 2.5KM perjalanan dengan kereta.
Pada waktu malam pun, anda boleh layan ootd kawasan hotel ini sebab banyak lampu yang jadikan suasana indah.
Untuk bilik pun, selesa dan cantik dekorasinya. Sesuai juga kalau anda yang baru kahwin nak honeymoon di sini.
Dari segi kemudahan, penginapan dengan pemandangan taman dan kolam, parkir peribadi percuma, meja depan 24 jam, dan WiFi percuma.
Lokasi:
Ipoh Santorini Hideaway – Hotel Inspired
7, Lengkok Tambun Permai 2, Taman Tambun Permai, 31400 Ipoh, Perak.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Perintah Kawalan Pergerakan yang mula diperketatkan ke seluruh negara iaitu Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Terengganu, Pahang dan Perlis mulai 22 Januari hingga 4 Februari akan datang, pastinya keinginan untuk bercuti itu timbul. Ini kerana bercuti mampu merehatkan tubuh dan minda selepas seharian penat bekerja.
Apa kata selepas PKP ini berakhir, bolehlah berkunjung ke Dangau Indah Chalet Ipoh yang amat seusai untuk percutian keluarga mahu pun mengadakan hari keluarga. Ini kerana di sekeliling resort ini, pengunjung dapat menikmati suasana kampung yang sangat nyaman malah dekorasi di resort ini turut menampilkan tradisional moden.
Bagi yang ada plan nak memilih lokasi ini, ianya 100 peratus milik orang Islam dan harga bilik yang ditawarkan bermula dari RM200-RM280 sebuah. Biliknya agak luas di mana boleh memuatkan lebih dari empat orang sebilik bagi katil berkembar. Lebih menarik, kolam renang persendirian berada di hadapan resort ini dan pengunjung boleh terus terjun ke dalam kolam sebaik membuka pintu bilik.
Di sekeliling kolam renang, telah tersedia perkakasan lengkap untuk mengadakan BBQ dan hanya perlu membawa makanan sahaja. Lebih seronok, dengan suasana kampung, percutian yang dirancang pastinya amat seronok. Lebih menarik halaman depannya yang luas boleh melakukan solat berjemaah bersama ahli keluarganya.
Bagi yang ada cadangan untuk bercuti ke sini, korang boleh datang ke lokasi Dangau Indah Chalet yang terletak di No 71 Jalan Hijrah 4, RPT Batu 10, Chepor Ipoh.
Apa lagi kome, moh cuti-cuti Malaysia.
Gambar : FB Dangau Indah Chalet, Ipoh
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...