Jika Menara Burj Khalifa di Dubai menjadi bangunan tertinggi di dunia dan tiada negara lain dapat menandingi kehebatan bangunaan pencakar langit.
Namun negara kita Malaysia juga turut berbangga apabila Menara 118 turut diiktiraf menjadi bangunan kedua tertinggi di dunia.
Penyempurnaan pemasangan puncak Menara Merdeka 118 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Selasa menandakan satu lagi pencapaian penting dalam pembangunan Merdeka 118.
Lengkapnya pemasangan puncak Menara Merdeka 118 menjadikannya menara kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa secara rasmi dan tertinggi di Asia Tenggara pada ketinggian 678.9 meter.
Ismail Sabri dalam ucapannya berkata, Menara Merdeka 118 bakal memberi manfaat kepada Keluarga Malaysia kerana presint ini akan menjadi pemangkin baharu ekonomi bagi Kuala Lumpur, sekali gus melengkapi kawasan-kawasan lain yang sedang rancak membangun.
Ikuti perkongsian di laman sosial twitter melalui akaun @SkycrapersMY yang memberitahu info menarik di sebalik Menara 118 ini.
– Keseluruhan precint Merdeka 118 ini merangkumi pembangunan bercampur termasuklah Stadium Merdeka yg akan dibuka kepada awam untuk riadah.
– 83 dari 118 tingkat menara utama menempatkan pejabat; 60 daripadanya akan diisi oleh PNB. Baki tingkat selebihnya akan diisi oleh Park Hyatt.
Ads
– Di bahagian bawah terdapat pusat membeli-belah, taman awam 4 ekar, serta masjid baharu yang dapat memuatkan 3000 jemaah. Selain itu terdapat juga pusat jagaan kanak-kanak, serta galeri dan anjung tinjau untuk sudut fotografi
Ads
– Di bahagian atas menara, terletaknya dek pemerhatian tertinggi di Asia Tenggara. Di sini, pengunjung boleh menikmati panorama 360° Kuala Lumpur, serta melakukan aktiviti-aktiviti yang menggerunkan seperti berjalan di luar menggunakan tali pada ketinggian ≈500 meter dari atas tanah
Ads
– Bahkan, tiang puncak menara (spire) itu sendiri boleh dimasuki oleh pengunjung pada ketinggian 566 meter, seterusnya menjadikannya sebagai dek pemerhatian tertinggi di dunia!
– Tidak lupa juga lif panel kaca yang boleh dinaiki dari tingkat bawah hingga ke atas, untuk menyaksikan panorama dalam keadaan menaik pada kelajuan 8 meter sesaat.
– Walaupun spire sudah mencapai ketinggian penuh, projek Merdeka 118 ini MASIH BELUM SIAP dan masih sedang rancak dibina. Menara dan taman awam dijangka siap sepenuhnya pada suku kedua 2022.
Sabah yang merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia mempunyai banyak tarikan yang cukup cantik dan indah. Ada antaranya yang belum lagi diteroka dan masih terpelihara.
Berkesempatan mengembara ke 27 daerah yang ada di Sabah membuka mata pengguna facebook yang dikenali dengan nama Helmi Baharum akan kecantikan yang ada di Sabah tiada tolok bandingnya dengan tarikan yang ada di negara luar.
Sempat juga berkongsi maklumat tentang beberapa perkara yang menarik yang ada di Sabah, apa yang dikongsikan juga memberikan gambaran lebih jelas tentang keindahan yang ada di negeri yang terkenal dengan julukan Negeri Di Bawah Bayu.
Ikuti perkongsian Helmi Baharum semperna bulan keamatan tahun ini menjejak ke semua 27 daerah di segenap pelosok Sabah!
1 Bahagian Kudat: Daerah Kota Marudu, Daerah Kudat dan Daerah Pitas
2 Bahagian Pantai Barat: Daerah Kota Belud, Daerah Kota Kinabalu, Daerah Papar, Daerah Penampang, Daerah Putatan, Daerah Ranau dan Daerah Tuaran
3 Bahagian Pedalaman; Daerah Beaufort, Daerah Keningau, Daerah Kuala Penyu, Daerah Nabawan, Daerah Sipitang, Daerah Tambunan dan Daerah Tenom
4 Bahagian Sandakan: Daerah Beluran, Daerah Kinabatangan, Daerah Sandakan, Daerah Telupid dan Daerah Tongod
5 Bahagian Tawau: Daerah Kalabakan, Daerah Kunak, Daerah Lahad Datu, Daerah Semporna dan Daerah Tawau
6 Bahagian Ekstra* : Wilayah Persekutuan Labuan (Sumber Wikipedia)*
1 Lapangan Terbang Kota Kinabalu: Daerah Kota Marudu, Daerah Kudat dan Daerah Pitas, Daerah Kota Belud, Daerah Kota Kinabalu, Daerah Papar, Daerah Penampang, Daerah Putatan, Daerah Ranau dan Daerah Tuaran ,Daerah Beaufort, Daerah Keningau, Daerah Kuala Penyu, Daerah Nabawan, Daerah Sipitang, Daerah Tambunan dan Daerah Tenom
2 Lapangan Terbang Tawau: Daerah Kalabakan, Daerah Kunak, , Daerah Semporna dan Daerah Tawau, Daerah Lahad Datu
3 Lapangan Terbang Sandakan: Daerah Beluran, Daerah Kinabatangan, Daerah Sandakan, Daerah Telupid dan Daerah Tongod
4 Lapangan Terbang Labuan: Daerah Kuala Penyu,Daerah Beaufort, Daerah Sipitang
Bumbung puncak Malaysia: Dengan kewujudan Banjaran Crocker yang megah berdiri dengan struktur semulajadi paling tinggi di Malaysia berketinggian 4,095 meter meletakkan Gunung Kinabalu yang tertinggi di Asia Tenggara secara geologinya. Sehingga kini saya hanya sempat untuk menerokai kawasan-kawasan menarik di sekitar kaki gunung sahaja, namun telah membuat tempahan hiking untuk ke puncaknya pada akhir tahun ini sebagai kemuncak lawatan ke Kinabalu.
Amazon of Malaysia: Sungai Kinabatangan yang menyusuri megah dan menduduki kedudukan sungai kedua terpanjang di Malaysia ini menyimpan khazanah tidak ternilai terdiri daripada flora, fauna dan khazanah sumber alam lain mejadikannya antara penumpang biodiversiti terbesar di Malaysia. Pengalaman menyusuri Sungai Kinabatangan membawa saya ke dunia alam semulajadi dengan lebih dekat di kawasan liarnya.
Gunung berapi tunggal di Malaysia. Ia di Tawau terdapat beberapa gunung berapi kuno dan saya hanya sempat ke Gunung Bombalai Tawau serta Ke Sungai Balung Tawau melihat bagaimana proses bentuk muka bumi yang membentuk formasi batu bersusun.
Pulau tercantik dan terbanyak di Malaysia. Dengan jumlah pulau hampir 400 buah pulau menjadikannya yang terbanyak, secara peribadi saya memilih pulau Bohey Dulang di Semporna sebagai tercantik terutamanya apabila air surut hingga membentuk formasi seolah-olah dulang air yang membiru. Selain daripada itu juga Pulau Banggi di Kudat merupakan pulau terbesar di Malaysia, pengalaman ke sini juga melengkapkan eksplorasi saya kesemua 10 pulau di Malaysia dengan dua diantaranya ada di Sabah, dan satunya lagi adalah Pulau Timbun Mata, Semporna.
Rumah dua tuan: Rumah dengan kedudukan dapur di Malaysia, manakala ruang tamu di Indonesia menjadikannya sangat unik. Lawatan pendek saya ke sini agak rumit kerana harus melalui beberapa mod pengangkutan dari Jeti Feri Tawau sebelum meneruskan perjalanan menaiki ojek motor untuk ke rumah ini melalui kawasan perkebunan sawit dan perkampungan di Indonesia.
Air Terjun tertinggi di Malaysia. Air Terjun Kadamaian di Gunung Kinabalu memiliki predikat sebagai yang tertinggi di Malaysia, namun kerana ketiadaan akses untuk ke sini, saya memilih untuk ke Air Terjun Tawai di Telupid yang merupakan kedua tertinggi di Sabah dan pertama tercantik menurut saya secara peribadi, walaubagaimanapun untuk ke sini bukan perkara yang mudah kerana harus hiking sejauh hampir 13KM pergi dan balik.
Syurga Bunga Terbesar,Rafflesia: Hasil lawatan saya di Pusat Informasi Rafflesia Tambunan menemukan fakta bahawa Sabah merupakan negeri yang paling banyak taburan bunga gergasi ini, setakat ini saya hanya berpeluang untuk menjejaki bunga ini di Poring, Ranau dan saiz baka ini lebih kecil yang saya temui di Lojing, Kelantan.
Jalanraya tertinggi dan terlurus di Malaysia. Benarlah bagai dikata negeri ini berkedudukan di atas awan, terdapat jalan bernama Lebuhraya Kimanis-Keningau yang begitu curam sehingga terdapat Bukit Graviti dengan fenomena melawan daya graviti bumi. Selain itu juga jalan raya lurus terpanjang di Malaysia di Jalan Raya Apin-Apin–Tambunan tanpa keluk sejauh 19KM menjadikan pengalaman pemanduan saya lebih mulus namun terasa sedikit kebosanan kerana kurang mencabar.
Populasi lipas terbanyak di dunia. Gua Gomantong, Kinabatangan merupakan syurga bagi pencari sarang burung liar, namun pencarian saya adalah menemukan koloni lipas yang paling banyak di dunia di sini, dan yang paling penting keindahan lubang guanya sangat memukau pandangan mata.
Hagia Sofia-nya Nusantara: dengan sejarah yang sama dengan Masjid Hagia Sofia di Turki, menjadikan jalan cerita Masjid Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), Kota Kinabalu saling tak tumpah kerana kedua-duanya dahulunya merupakan rumah ibadah Kristian, iaitu gereja,ini menunjukkan bagaimana kompromi masyarakat berbeza agama di Sabah terhadap satu sama lain, saya berpeluang untuk singgah solat berjemaah di sini.
Gunung Kinabalu dan kawasan di sekitarnya yang meliputi 3 daerah: Ranau, Kota Belud dan Kota Marudu.
Gugusan kepulauan Semporna, Semporna
Twin Blue Ring Blue Hole Reef, Lahad Datu
River Cruise di Sukau, Kinabatangan
Tanah Tinggi Rundum, Tenom
Air Terjun Tawai, Telupid.
Pengalaman menaiki keretapi di Rayoh-Tenom.
Bukit Bongol, Kota Belud
Gugusan kepulauan di Taman Tunku Abdul Rahman, Kota Kinabalu.
Pulau Banggi, Kudat.
Ranau
Semporna
Kinabatangan
Kota Belud
Tenom
Kudat
Kuala Penyu
Tambunan
Lahad Datu
Keningau
Ikan boulu yang merupakan set ikan yang dicelup tepung.
Amplang
Buah Tarap
Makanan laut yang sangat murah
Buah Dalit, iaitu buah durian isi merah
Kuih Cincin
Ambuyat, yang juga merupakan makanan Brunei
Kedai makanan segera, Jolibee
Kepak ayam
Air minuman kitchai ping (gabungan limau dan asam boi)
Kesimpulannya, hikmah Sekatan Perintah Kawalan Pergerakan sejak tahun 2020 dan baru berakhir baru-baru ini memberi hikmah dan memberi ruang untuk saya menerokai tanah air sendiri yang terletak di seberang laut sana kerana kedudukan saya yang tinggal di Semenanjung Malaysia. Kesempatan hanya melancong di dalam negara sahaja sebelum ianya diperluaskan lagi saya ambil sebaik mungkin untuk melengkapkan siri kunjungan saya ke setiap daerah di negeri Sabah dan saya telah membuktikan terutamanya kepada diri saya sendiri bahawa negeri Sabah itu memang sangat cantik dan saya akan menganguminya daripada dahulu, kini dan selamanya. Selepas ini saya merancang untuk berganjak ke impian seterusnya untuk ke semua daerah-daerah di Negeri Sarawak pula, semoga ianya menjadi kenyataan suatu hari nanti.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ketika ini industri perhotelan negara sedang bergelut dan berdepan dengan kemerosotan jumlah pelanggan ekoran Perintah Kawal Pergerakan (PKP) akibat wabak COVID-19.
Semua pasti sedar akan perkara tersebut.
Namun ia tidak menghalang sebuah hotel di Persiaran Kemajuan, Seksyen 1 Bandar Baru Bangi untuk ‘tetap bersemangat’ dan kreatif dalam menyampaikan mesej-mesej positif kepada orang ramai.
Inisiatif Hotel Tenera menyalakan lampu bilik-bilik penginapan untuk membentuk paparan tulisan gergasi berkaitan penularan Covid-19 dipuji netizen. Mesej-mesej positif ini boleh dilihat beberapa kilometer di sekitar kawasan hotel pada malam hari. Ada kalanya mesej yang dipaparkan begitu menghiburkan dan terasa dekat dengan orang ramai.
Tahniah Hotel Tenera kerana bersama-sama membantu dalam memberi kesedaran dan menyahut arahan kerajaan dan pihak berkuasa untuk masyarakat kekal di rumah ketika PKP. We love you too Hotel Tenera!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bermula hari ini sehingga 4 September, Floria Diraja Putrajaya 2022 bakal berlangsung dengan penuh meriah. Setelah beberapa tahun penganjuran festival ini tidak dapat dilakukan kerana pandemik, tahun ini Floria Diraja Putrajaya kembali lagi.
Mempamerkan hampir 400,000 spesis bunga-bungaan di siang hari, pengunjung juga dapat melihat sendiri keseluruhan tempat ini disinari dengan gemerlepan cahaya lampu-lampu nan mempesona pada waktu malam.
Bertempat di Anjung Floria, Presint 4, Putrajaya antara tarikan utama yang anda boleh lihat adalah Taman Keluarga Malaysia, Taman Koboi, Taman Instagrammable, Hiasan Dinding Orkid, Terowong Oncidium, Clock Meadow, Taman ‘Glow in the Dark’ serta Taman Bonsai dan Suiseki manakala komponen seperti Laman Astaka DiRaja dan laluan utama yang amat popular kembali dengan wajah baru iaitu Floral Sky Walk.
Pada waktu malam pula, festival ini akan dilimpahi dengan pancaran dan kesan cahaya lampu khas di setiap laluan utama dan kawasan utama sekitar tapak festival seperti Red Carpet, Oncidium Tunnel, Dendrobium Walk, dan Taman Fantasi. Selain mempamerkan inovasi teknologi kesenian pencahayaan kreatif pada flora dan fauna, FLORIA juga menjadi platform kepada pengunjung menikmati keindahan persekitaran festival pada waktu malam.
So kalau datang sini memang kena pakai cantik-cantik untuk OOTD dan sebaiknya datang pada kedua-dua sesi iaitu siang dan malam untuk melihat sendiri kecantikan dan keunikan Florian Diraja Putrajaya 2022 pada tahun ini.
Bertemakan ‘FLORIA HEBAT’ atau ‘Awesome FLORIA’, pengunjung pastinya akan merasai pengalaman manis dengan pameran 10,000 pokok orkid yang merupakan bunga tema untuk festival pada tahun ini di samping pelbagai lagi bungaan lain yang cantik.
Bukan sahaja pameran pelbagai spesis bunga-bungaan, sempena sambutan Kemerdekaan Malaysia yang ke-65, Sambutan Ambang Merdeka juga akan turut diadakan di Floria Diraja Putrajaya 2022.
Dikhabarkan majlis sambutan ini bakal dihadiri oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob.
Antara artis terkenal yang bakal memeriahkan sambutan tersebut termasuklah Ameng, Amir Masdi, Haqiem Rusli, Afiq Nash, Manbai dan Ayu Damit. Selain itu pengunjung juga akan dipersembahkan dengan persembahan kebudayaan dan pertunjukan bunga api.
Nak masuk ke Royal Floria Putrajaya dikenakan bayaran. Untuk seorang dewasa RM15.00 , kanak-kanak / warga emas RM 5.00.
Manakala untuk OKU dan kanak-kanak bawah umur 6 tahun tiada bayaran dikenakan. Tak mahal pun, sebab harga untuk bukan warganegara adalah RM100.00 tau !
Jauh dari hiruk-pikuk kota dan kesibukan destinasi pelancongan popular, tersembunyi sebuah lokasi eksklusif yang semakin mencuri perhatian pengembara antarabangsa.
Terletak di pesisir Sipalay dalam wilayah...