Disebabkan Buah Durian Sampai Kena Kosongkan Bangunan

Share

Pelajar dan kakitangan perpustakaan Universiti Canberra Australia berdepan situasi panik apabila diarahkan keluar akibat ‘kebocoran gas’.

Namun pemeriksaan oleh pasukan bomba mendapati bau kurang menyenangkan itu datang daripada buah durian, lapor CNN. Seramai 550 orang diarahkan mengosongkan bangunan itu dalam masa kurang daripada enam minit, sebelum sepasukan bomba tiba untuk membuat pemeriksaan.

Durian atau popular digelar sebagai raja buah nampaknya hanya mendapat tempat di hati masyarakat di Asia. Keunikan rasanya yang manis dan berlemak serta bau yang harum membuatkannya menjadi buah kegemaran rakyat Malaysia. Kalau di Malaysia, apabila bau durian rasa ramai yang datang serbu, bukan larikan diri.

“Mujurlah ia bukan kebocoran gas, hanya bau daripada buah durian,” itu yang ditulis dalam kenyataan pihak perpustakaan di Facebook.

“Pasukan bomba telah selesai membuat pemeriksaan dan berjaya mengesan sumber bau.Kami telah membuat pemantauan dan kawasan itu disahkan selamat,” kata kenyataan dari Australian Capital Territory Emergency Services Agency, yang menambah sebiji buah durian ditemui dalam salah sebuah almari dalam perpustakaan itu.

Ini bukan kali pertama kejadian seumpama ini berlaku.Tahun lalu, perpustakaan di sebuah universiti di Melbourne juga terpaksa dikosongkan akibat bau daripada buah durian yang disangka kebocoran gas. Disebabkan itu, buah durian sudah diharamkan dibawa masuk ke universiti ini melalui kenyataan di laman sosial perpusatakaan ini.

Sumber: Astro Awani

IKLAN