Setiap orang pasti ada percutian impian yang diinginkan. Walaupun hanya memasang impian, tidak mustahil untuk direalisasikan. “Dia boleh la, duit banyak, anak orang kaya, kerja gaji besar” No..no! Big NO! Sebenarnya dalam hidup, kalau sesiapa sahaja berusaha, pasti boleh dapat.
Kadang kala hanya dengan melihat rakan-rakan yang sering kali melancong ke sana ke mari juga pasti memberi motivasi kepada anda untuk ‘menggerakkan’ impian menjadi realiti. Pertama apa yang boleh anda buat, cuba untuk kumpul sebanyak mana yang boleh ‘duit poket’ untuk melancong dan kedua sambil itu cari maklumat lokasi yang anda impikan. Macam wanita ini, beliau berkongsi percutian ke Kanada yang menjadi dream vacation penulis sejak sekian lama. Jom baca perkongsiannya.
Sesuatu yang membuatkan #Canada mendahului senarai dunia (selain sukan hoki), adalah taman negaranya. Menjadi negara perintis dalam pengurusan ekologi sejak abad ke-19, negara ini memiliki lebih 40 taman negara. Semestinya destinasi pilihan buat pencinta alam. Saya memilih kembara merentasi wilayah British Columbia dan Alberta. Kawasan banjaran gunung-ganang ‘The Canadian Rockies’. Melalui Icefields Parkway (Hwy 93), antara lebuhraya dengan pemandangan tercantik di dunia.
2 wilayah,
5 National Park,
5 Provincial Park,
15 hari,
3,500 kilometer.
Saya kongsikan itinerarinya buat panduan bagi yang berminat dan merancang ke sana. (Gambar dikongsikan pada akhir sekali)
.
Hari 1 : Kuala Lumpur – Vancouver
Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Vancouver. Transit di Manila melalui Philippine Airlines. Ambil kereta sewa dan bermalam di Vancouver.
.
Hari 2 : Vancouver – Whistler
Perjalanan ke Whistler sejauh 135 km sambil menikmati panorama sepanjang Sea to Sky Highway (Hwy 99). Singgah di Murrin Provincial Park dan Shannon Falls Provincial Park.
Bermalam di Whistler. Whistler terkenal dengan aktiviti ski pada musim salji, dan pernah menjadi lokasi acara sukan Olimpik 2010.
.
Hari 3 : Whistler – Kamloops
Perjalanan diteruskan ke Kamloops, lebih kurang 300 km. Sempat singgah di Nairns Falls Provincial Park dan Joffre Lakes Provincial Park.
Kamloops merupakan hentian utama bagi kebanyakan pengunjung sebelum memasuki kawasan Taman Negara. Pernah menjadi lokasi penggambaran filem ’Power Rangers’ pada tahun 2017.
.
Hari 4 : Kamloops – Hinton
Dari Kamloops, kami bergerak meneroka ‘hidden gem’ Wells Gray Provincial Park. Terpesona dengan kecantikan set air terjun yang ada, antaranya Helmcken Falls, Dawson Falls dan Spahats Falls.
Seterusnya memasuki wilayah Alberta melalui Jasper ke Hinton, untuk bermalam di sana. Jumlah perjalanan 530 km.
.
Ads
Hari 5 : Jasper National Park
Jasper berkeluasan 11,000 km persegi dan merupakan taman negara terbesar di Canadian Rockies.
Kami meluangkan masa seharian di Maligne Lake, Medicine Lake dan Maligne Canyon. Sebelum kembali ke Jasper dan bermalam semula di Hinton.
.
Hari 6 : Hinton – Banff – Canmore
Dari Hinton, perjalanan diteruskan ke Banff National Park. Melalui Icefields Parkway (Hwy 93) yang menghubungkan Jasper dan Lake Louise. Sangat banyak tarikan yang memukau dan mempesonakan di sini.
Athabasca Falls, Sunwapta Falls, Columbia Icefield, Peyto Lake dan Bow Lake. Bermalam di Canmore.
.
Hari 7 : Banff National Park
Banff merupakan taman negara tertua di Canada sejak tahun 1885. Memiliki bilangan pelancong yang lebih ramai berbanding taman negara lain.
Kami menghabiskan masa di Lake Louise dan melakukan aktiviti berkayak. Sebelah petangnya, berjalan-jalan di bandar Banff.
.
Hari 8 : Banff National Park
Ads
Awal pagi, kami bergerak ke Lake Moraine. Tasik ini turut menjadi lokasi tumpuan kerana kecantikannya yang tiada tandingan. Bersaiz lebih kecil berbanding Lake Louise, namun landskapnya lebih spectacular!
Dari Lake Louise, kami ke Lake Minnewanka. Berehat-rehat sambil menghirup kopi.
.
Hari 9 : Canmore – Golden
Dari Canmore, perjalanan diteruskan ke Golden sejauh 165 km. Ia merupakan bandar lokasi strategik di antara Taman-taman Negara Yoho, Glacier dan Mt Revelstoke. Memasuki semula wilayah British Columbia.
.
Hari 10 : Yoho National Park
Meneroka tarikan Yoho National Park, bermula di Takkakaw Falls iaitu air terjun kedua tertinggi di Canada. Seterusnya ke Natural Bridge, Emerald Lake dan Bear Creek Falls.
Kami singgah di Rogers Pass viewpoint. Mendalami sejarah pembinaan sistem pengangkutan dan lebuhraya Canada di puncak tertinggi Trans-Canada Highway (Hwy 1).
.
Hari 11 : Golden – Revelstoke
Setelah 2 malam di Golden, perjalanan diteruskan ke Glacier National Park dan Mt Revelstoke National Park. Dalam cuaca yang tidak menentu dan sekejap-sekejap hujan, sempat juga hiking dan trekking di beberapa trail yang disediakan. Bermalam di Revelstoke.
Ads
Apa yang dapat diperhatikan, perubahan struktur geografi mempengaruhi cuaca dan keadaan muka bumi. Dari hutan alpine di Alberta, menjadi seperti hutan hujan subalpine di British Columbia.
.
Hari 12 : Revelstoke – Kelowna
Perjalanan diteruskan ke Kelowna, lebih kurang 200 km. Kawasan bandar penempatan di lereng bukit, serta terdapat banyak ladang ternakan dan buah-buahan. Ia terletak tidak jauh dari Okanagan Valley, yang menjadi hub tanaman anggur.
.
Hari 13 : Kelowna – Vancouver
Dari Kelowna, perjalanan pulang ke bandar Vancouver sejauh 400 km. Bermalam di Vancouver.
.
Hari 14 : Vancouver
Berjalan-jalan dan souvenir shopping di sekitar Vancouver CBD. Meluangkan masa melawat Masjid Ar-Rahman di North Vancouver dan bertemu komuniti muslim di sana.
.
Hari 15 : Vancouver – Kuala Lumpur
Penerbangan dari Vancouver ke Kuala Lumpur. Transit di Manila.
Little cute things.. “oh deer”..McArthur Glen Designer Outlet, near the airport. Just ‘window shopping’West Hastings Street, Vancouver
Masjid Ar-Rahman, North Vancouver. The only Sunni Muslim mosque in North Vancouver, BC. North Vancouver Islamic Association acquired a church and with the grace of Allah transformed it and founded Masjid Ar-Rahman by March 2013.Masjid Omar al-Farooq, not so far from our accommodation.‘Bear’ always be the favouriteLearn something?Natural Bridge, Yoho National Park.Bear Creek Falls, Glacier National Park. The real ‘hidden-gem’.Residence at Fraser Street, VancouverLokasi: Lake Moraine, Banff National ParkPapan tanda informasi langkah berjaga-jaga menghadapi beruang. Lokasi: Mt Revelstoke National ParkKenangan di Peyto Lake.Maka, berkayak lah kita. Pengalaman itu mahal.Natural Bridge. Seperti namanya, Natural Bridge menyerupai jambatan batuan asli. Sebelum ini, ia adalah air terjun. Jujurnya, saya terkesima melihat bukti kuasa alam ini. Bagaimana air yang sifatnya halus boleh melawan batu yang keras, dan akhirnya batu bergerak dan berkumpul menghalang laluan air. Struktur berubah menjadi sesuatu yang berbeza, dan ia akan terus berubah.Takkakaw FallsKawasan tertentu akan ditutup sekiranya kekerapan beruang keluar adalah tinggi. Perlu sentiasa alert. Lokasi: Rogers Pass Discovery CentreDaun maple di Hemlock Grove Broadwalk, Glacier National Park.Driving in Vancouver CBD was not easy, but worth a try.Antara pemandangan Icefields Parkway (Hwy 93).Lake MoraineTakkakaw Falls, Yoho National Park. Air terjun ke-2 tertinggi di Canada.Meja piknik pun ada makluman. Lokasi: Medicine Lake, Jasper National ParkDisebabkan waktu sekarang masih lagi dalam ‘peak season’, kami menaiki shuttle bus dari Park n Ride Lake Louise ke Lake Moraine.Athabasca FallsLokasi: Tepi jalan Icefield Parkway (Hwy 93)Sekumpulan elk berehat. Kemunculan wildlife ini memang ditunggu-tunggu.Sungai kecil di tepi jalan. Hayati muzik air mengalir, hilang semua masalah dunia.Sampai je kat atas, speechless. Ini lah Lake Moraine.Berhujan di Mt Revelstoke.Lake Louise. Dari segi saiz, tasik ini 2 kali lebih besar dari Lake Moraine. Dan juga lebih crowded dengan pelancong.Pertemuan 2 sungai, Yoho River dan Kicking Horse River. Air Yoho River lebih putih dan keruh akibat campuran mineral dari glacier, manakala Kicking Horse River lebih jernih kerana sedimen mineral telah mendap.
Pokok-pokok besar di Giant Cedar Broadwalk, Mt Revelstoke National Park. Hidup simbiosis.Lokasi pertemuan 2 sungai menjadi 1.
Untuk melihat view cantik tasik, perlu naik sikit ke atas bukit. Dia bagi warning bukan biasa-biasa. Mengharap juga nak jumpa bear.Puncak jalan raya tertinggi Trans-Canadian (Hwy 1) di Rogers Pass.Emerald Lake, Yoho National Park.Spahats Falls. Macam bridal veils.Gigih berhenti tepi highway nak ambil gambar signboard ni.Aktiviti outdoor sambil berhujan.Lokasi adalah di Nairn Falls Trail. Hutan alpine dan sungai glacier di sebelahnya.Juga boleh berkayak di Lake Louise.
Papan tanda menceritakan tentang ‘The Power of Water’!Lake MinnewankaComel pula tengok 2 ekor ni. Teringat kucing kat rumah.Tong sampah ‘bear-proof’. Lokasi: Takkakaw Falls, Yoho National ParkSunwapta FallsLokasi Lake Minnewanka tak jauh dari bandar Banff. Terkenal dengan aktiviti memancing ikan trout.
Minat dan budaya makan-makan ini bukan sahaja melibatkan hidangan tempatan tetapi juga sajian antarabangsa yang lazat. DubuYo, restoran masakan Korea asli di Malaysia dapat memenuhi selera penduduk tempatan. Restoran ini telah menyahut cabaran untuk membawakan cita rasa Korea ke negera kita.
Pada tahun ini, sempena meraikan ulang tahun keenamnya, DubuYo melancarkan gandingan Syupeo Ramyeon yang turut dikenali sebagai “ Super Ramyeon”. Ini merupakan gabungan dua resipi mi lazat yang pasti menambat selera mereka yang paling pemilih dalam soal makanan. Kedua-dua Syupeo Chicken Ramyeon dan Syupeo Beef Ramyeon dihidangkan dalam sup berperisa yang bermutu tinggi dan bahan lazat bersama mi Korea kenyal yang pasti membuat kaki makan teruja.
Dicipta khas untuk memenuhi selera buat penggemar makanan Korea, Syupeo Chicken Ramyeon dihidangkan dengan ayam goreng rangup tetapi lembut bila digigit dan “dumpling” Korea yang enak. Manakala Syupeo Beef Ramyeon dihidangkan bersama hirisan daging lembu Australia lazat dan cendawan enoki , pasti anda mahu lagi dan lagi.
Wong Kah Yong, Ketua Pegawai Operasi Restoran Kumpulan TCRS, berkata,”DubuYo sentiasa mengutamakan keaslian sajian Korea kami, yang memaparkan cita rasa unik, budaya dan juga penduduk Korea kepada rakyat Malaysia,”
Selain daripada dua hidangan lazat ini, DubuYo juga menghidangkan Citron Dubu kecil percuma kepada pelanggan yang menggambil gambar diri mereka bersama risalah menu Syupeo Ramyeon dan berkongsi gambar tersebut dalam akaun Instagram atau Facebook. Ditawarkan untuk tempoh terhad, harga ala carte untuk Syupeo Chicken Ramyeon ialah RM20.90, manakala harga bagi set ialah RM23.90. Harga ala carte Syupeo Beef Ramyeon ialah RM22.90 bagi ala carte dan RM25.90 untuk set.
“Kami berharap untuk mengembangkan DubuYo menjadi restoran pilihan utama bagi orang ramai menikmati sajian asli Korea yang menjadi kegemaran mereka. Fokus kami terhadap kualiti dan keaslian yang telah membantu kami mencapai kejayaan setakat ini, kami juga berharap sokongan berpanjangan dari pelanggan serta membantu kami untuk terus menawarkan pengalaman menjamu selera yang baharu,” jelas Wong.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Setelah membuka Phuket kepada pelancong luar bermula 1 Julai lalu, Thailand akan membuka tiga lagi pulau peranginannnya.
Pulau yang terletak di Surat Thani, selatan Thailang – Koh Samui, Koh Phngan dan Koh Tao kini sibuk membuat persiapan untuk menyambut pelancong asing yang lengkap divaksin bermula 15 Julai dalam usaha menghidupkan kembali industri pelancongan yang terjejas teruk.
Seminggu selepas pelancaran ‘Phuket Sandbox’ pada 1 Julai, Thailand kini beralih tumpuan kepada inisiatif ‘Samui Plus’ bakal menyaksikan pelancong antarabangsa dari negara berisiko rendah dan sederhana boleh mengunjungi pulau-pulau berkenaan tanpa menjalani kuarantin 14 hari di hotel.
Lembaga Pelancongan Thailand (TAT) menyatakan permohonan Sijil Kebenaran Masuk (CoE) untuk ‘Samui Plus’ dijadual dibuka minggu ini.
Gabenor TAT Yuthasak Supasorn berkata, sekurang-kurangnya 1,000 pelancong asing dijangka tiba dan menjana sekitar 100 juta baht untuk 30 hari pertama pembukaan semula.
Program “Samui Plus”
Beliau menjangkakan ketibaan pengunjung adalah lebih sedikit di bawah program ”Samui Plus” kerana pendekatan ini mempunyai lebih banyak sekatan.
“Pulau-pulau itu akan menarik kumpulan pelancong tertentu yang sememangnya suka mengunjungi Koh Samui, untuk merasai pengalaman kesihatan dan kesejahteraan atau mereka yang ingin belajar menyelam,” katanya.
Inisiatif ‘Samui Plus’ sedang menunggu kelulusan Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA).
Pada 1 Julai, Phuket sudah mula menyambut ketibaan pelancong asing yang lengkap divaksin di bawah projek perintis untuk membuka semula industri pelancongannya yang merudum akibat pandemik Covid-19.
Dalam lima hari pertama, sejumlah 32 penerbangan masuk dari Eropah, Timur Tengah dan Asia mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket, membawa 1,896 pelancong.
Thailand merancang membuka lebih luas pintunya kepada pelancong yang sudah divaksin untuk membantu merancakkan semula industri berkenaan.
Susulan syarat kemasukan yang ketat dan langkah kuarantin tahun lalu, ketibaan pelancong ke negara itu merosot kepada 6.7 juta tahun lalu berbanding hampir 40 juta pada 2019.
Pada 16 Jun, Perdana Menteri, Prayuth Chan o-cha mengumumkan Thailand bakal membuka semula pintunya kepada pengunjung lengkap divaksin dalam tempoh 120 hari atau pada pertengahan Oktober.
Di bawah inisiatif ‘Samui Plus’, pelancong asing yang sudah divaksin dari negara berisiko rendah dan sederhana dikecualikan menjalani kuarantin tetapi harus tinggal di pulau terbabit selama 14 hari sebelum meneruskan perjalanan ke wilayah lain di negara ini.
Pelancong asing mesti memohon CoE dan membeli insurans perubatan yang merangkumi rawatan Covid-19 dengan kos sehingga US$100,000 serta negatif ujian RT-PCR dalam tempoh 72 jam sebelum berlepas.
Perlu Vaksin Sepenuhnya
Selain itu, pelancong asing hendaklah divaksin sepenuhnya dengan vaksin diiktiraf Kementerian Kesihatan Awam Thailand atau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak kurang dari 14 hari sebelum tarikh perjalanan.
Pelancong juga mesti menempah dan membayar penginapan hotel di Pentadbiran Keselamatan dan Kesihatan.
Bagi pengunjung yang tiba di Koh Samui, setelah disahkan negatif Covid-19, mereka mesti berada di bilik hotel selama tiga hari pertama, dan hanya dibenarkan meninggalkan bilik untuk ke kawasan yang dibenarkan.
Hari ke empat hingga tujuh, pelancong boleh melakukan perjalanan mengikut atur cara program lawatan di Koh Samui sahaja.
Pada hari ke lapan hingga ke 14 boleh berjalan-jalan di Koh Samui, Koh Phangan dan Koh Tao.
Sekiranya disahkan negatif pada hari ke-15, barulah mereka boleh melancong ke wilayah lain di Thailand
Setiap kali nak letakkan bagasi anda di ruang kargo pesawat, pernah tak terfikir bahawa perlunya bagasi itu dikunci terlebih dahulu? Kalau anda rasakan perlu, bermakna firasat anda tepat kerana setiap hari, banyak laporan yang diterima daripada pihak berkuasa lapangan terbang dan syarikat penerbangan berkenaan kehilangan barang seperti pakaian, barang kemas dan barang elektronik.
Jangan harapkan orang lain jaga bagasi anda
Anda tidak boleh bergantung harap kepada pihak berkuasa lapangan terbang untuk mendapatkan semula barangan anda kerana mereka ada perkara yang lebih besar untuk difikirkan seperti keselamatan lapangan terbang dan orang awam. Anda juga tidak boleh menuduh kecuaian syarikat penerbangan atas kehilangan tersebut kerana kesilapan awal tidak mengunci bagasi terlebih dahulu, berpunca daripada anda sendiri.
Sekalipun MUNGKIN suspek datang daripada kalangan mereka, anda tidak mempunyai cukup bukti dan fakta untuk menuduh sesiapa pun, dan kecuaian pertama tidak memastikan bagasi dalam keadaan selamat adalah daripada anda sendiri. Jadi, sekiranya ada apa-apa yang berlaku, ia adalah tanggungjawab anda dan anda sendiri.
Kelebihan mengunci bagasi
Mengunci bagasi dengan selamat bukan sahaja menyukarkan sesiapa sahaja untuk mencuri barang berharga anda, malah kunci itu juga membantu untuk memastikan bagasi tidak mudah terbuka dengan sendiri dan mendedahkan segala khazanah didalamnya ketika petugas sedang memunggah bagasi kedalam atau keluar pesawat.
Anda juga pasti ingin mengunci bagasi anda ketika tinggal di hostel atau backpack hotel yang ramai dengan orang yang tidak dikenali, atau ketika anda sedang dalam perjalanan menaiki bas atau train. Sesetengah pelancong juga mengunci beg mereka walaupun hari siang kerana takut kecurian daripada housekeeper.
Kekurangan mengunci bagasi
Sekalipun mengunci bagasi anda dengan manga solek besar penumbuk tidak akan menjamin 100% keselamatan barang-barang yang ada didalamnya. Cuba buat carian di Youtube, ada banyak contoh dan penerangan yang boleh dijumpai mengenai bagaimana bagasi anda boleh dirompak, dicuri, dipecah atau dirosakkan hanya menggunakan sebatang pen! Dan tak susah untuk pencuri menoreh bagasi anda yang diperbuat daripada kain untuk mencuri barang yang anda simpan didalam.
Mengunci beg hanya usaha untuk menghalang pencuri-pencuri picisan yang mencari mangsa-mangsa mudah tetapi tidak kepada pencuri yang benar-benar terdesak dan mahir dalam kegiatan mencuri menggunakan apa kaedah sekalipun. Jadi bagaimana untuk mengelak daripada pencuri yang benar-benar terdesak ini?
Apa penyelesaian yang lebih baik?
Simpan semua barang berharga di dalam beg yang sentiasa anda bawa bersama tidak kira di mana sekalipun. Jika ada beg yang anda bawa naik ke tempat duduk pesawat, simpan semua barang berharga di dalam beg tersebut. Yang kedua, cari beg yang tahan lasak dan anti-pencuri. Ada beg-beg anti-pencuri yang dijahit bersama dawai besi bagi menghalang pencuri daripada mencuri barangan peribadi anda sesuka hati.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...