Selangor merupakan negeri tertinggi bagi kes COVID-19 di Malaysia. Namun masih ramai dilihat tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan Perdana Menteri. Jika anda masih berdegil, anda bakal berdepan dengan tindakan daripada pihak berkuasa.
Ini kerana polis Selangor telah mula melancarkan Ops COVID-19 bagi memastikan rakyat di negeri ini mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang mula berkuat kuasa 18 Mac hingga 31 Mac 2020.
Ads
Ops yang bermula pukul 8 malam (18 Mac) akan memfokus kepada lokasi tumpuan ramai di seluruh negeri terutama bandar-bandar besar. Fokus adalah untuk menasihati, memberi penerangan serta kefahaman mengenai kepentingan orang ramai untuk patuh kepada perintah ini.
Orang ramai diminta mematuhi arahan yang ditetapkan dan tidak mengenakan tindakan seperti yang tertakluk di bawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Selain itu tumpuan juga akan digerakkan di kawasan orang ramai seperti pusat peniagaan termasuk di kawasan perumahan bagi memastikan orang ramai tidak berada di tempat yang tidak sepatutnya sepanjang tempoh perintah kawalan berkuat kuasa.
Ibu pejabat polis daerah di seluruh Selangor juga diarahkan membuat sekatan jalan raya di kawasan masing-masing bagi memastikan tiada orang keluar dari rumah tanpa alasan yang munasabah.
Di Perak pula, Polis Perak meningkatkan rondaan di tempat awam bagi memastikan masyarakat negeri ini mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan untuk mengekang penularan baharu jangkitan COVID-19.
Ads
Ads
Semua anggota pasukan ini yang berada di 107 balai polis dan 15 Ibu Pejabat Polis Daerah melakukan pemantauan selama 24 jam. Polis Perak juga menempatkan anggota di pintu masuk Pengkalan Hulu di sempadan selatan Thailand yang mula ditutup sejak 10 malam 17 Mac bagi penugasan tertentu.
Pintu masuk itu hanya boleh dilalui oleh rakyat Malaysia yang ingin balik ke tanah air dan rakyat negara jiran yang ingin keluar dari negara ini. Rakyat Malaysia yang kembali ke negara ini melalui pintu masuk sempadan itu akan dirujuk kepada agensi berkaitan seperti Jabatan Kesihatan Negeri untuk tindakan lanjut termasuk menjaga kebajikan rakyat Malaysia itu sekiranya mereka perlu dikuarantin.
Tiga bandar di Melaka iaitu Ayer Keroh, Alor Gajah dan Jasin bakal dibangunkan bagi pelancongan jenis eko dan agro. Ia sebagai usaha kerajaan Melaka untuk memperhebatkan lagi jenis-jenis produk pelancongan di negeri itu serta untuk menyemarakkan jumlah pelancong ke daerah-daerah lain di Melaka.
Usaha yang dijalankan ini melihat kepada potensi bandar itu yang mempunyai produk pelancongan menarik serta tidak menumpukan semata-mata produk pelancongan di kawasan bandar seperti Bandar Hilir. Antaranya:
Ayer Keroh akan dibangunkan untuk produk pelancongan berasakan eko dan agro (kluster bandar).
Bagi kawasan luar bandar iaitu Alor Gajah yang merangkumi kawasan Tanjung Tuan, Kuala Linggi, Pengkalan Balak dan Pantai Kemunting akan dibangunkan dalam jangka masa panjang melihat kepada potensi yang ada di kawasan berkenaan.
Bagi kawasan Jasin, Air Terjun Asahan akan dibangunkan dengan infrastruktur yang mampan bagi keselesaan pengunjung untuk berekreasi.
Sektor pelancongan menyumbang 48 peratus Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) kepada Melaka, semestinya mengharapkan sektor pelancongan untuk terus berkembang sekaligus mengangkat juga komuniti serta pengusaha produk pelancongan ini.
Jom cuti-cuti Melaka
image via google | Sumber: Astroawani
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kemboja menarik balik larangan masuk pelawat asing dari Iran, Itali, Jerman, Sepanyol, Perancis dan Amerika Syarikat yang dikenakan sebelum ini bagi membendung penularan COVID-19.
Menurut Kementerian Kesihatan negara tersebut, pesakit terakhir COVID-19 diizin keluar hospital pada 16 Mei 2020 lalu, menjadikan negara kini bebas kes.
Kementerian Kesihatan melaporkan pelawat asing yang masuk ke Kemboja masih perlu menunjukkan sijil kesihatan sah tidak melebihi tempoh 72 jam yang mengesahkan mereka tidak dijangkiti virus COVID-19.
Mereka juga perlu tunjukkan bukti memiliki insurans kesihatan bernilai AS$50,000 semasa berada di Kemboja.
Selain itu, pengunjung asing perlu menjalani saringan COVID-19 dan dikuarantin selama 14 hari di kemudahan ditentukan kerajaan.
Mulai Jun 2020, Kemboja akan membuka semula semua muzium selepas tiada kes jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan selama lebih sebulan. Untuk mengelakkan risiko jangkitan, kerajaan Kemboja menasihatkan langkah pencegahan perlu diambil termasuk memeriksa suhu badan pengunjung, menyediakan pensanitasi tangan dan menjaga jarak sosial.
Untunglah rakyat Pulau Pinang dan penduduk utara selepas ini, jika mahu ke negara Taiwan, sudah ada penerbangan terus ke sana tanpa perlu ke lapangan utama Malaysia di KLIA.
Pulau Pinang memulakan 'Experience Penang Year 2020' dengan memperkenalkan penerbangan terus baharu bagi laluan Pulau Pinang-Taiwan oleh Starlux Airlines bermula 23 Januari 2020 ini.
Penerbangan sulung syarikat penerbangan itu menggunakan pesawat Airbus A321neo dijangka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan pada 23 Januari dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang kira-kira empat setengah jam selepas berlepas.
Pulau Pinang menjadi satu-satunya lokasi di Malaysia yang dipilih untuk penerbangan dari lapangan terbang di New Taipei City. Pulau Pinang berbangga menjadi salah satu daripada tiga bandar antarabangsa yang dipilih,selepas dua bandar raya lain, Macau (China) dan Da Nang (Vietnam).
Daripada sumber Benama, Wakil Starlux Airlines Co Ltd (Cawangan Malaysia) Chin-wen Hsu berkata sebelum keputusan untuk melaksanakan penerbangan Pulau Pinang-Taiwan itu, mereka telah meninjau persekitaran pelancongan di Pulau Pinang dan melihat potensi pasaran yang luas.
Melalui tinjauan tersebut mereka mendapati syarikat penerbangan lain yang mengendalikan penerbangan terus Pulau Pinang-Taiwan mempunyai kira-kira 80 peratus kapasiti penumpang setiap tahun pada 2017 dan 2018.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...