Teringat ada satu masa, saya pernah menonton filem Gila-Gila Remaja di kaca television bersama-sama dengan keluarga. Sungguh asyik ketika menonton filem itu, kerana setiap babak yang ditayangkan pasti membuatkan mereka yang pernah melalui zaman 80, 90-an dahulu teringat-ingat kenangan indah waktu dulu.
Filem arahan Hussein Abu Hassan ini evergreen sepanjang zaman dan dialog paling popular yang tak akan luput daripada ingatan adalah, “Roy, Roy. Hati Kau Keras… Selalu Berkorban Untuk Orang Lain”. Memang berhantu dialog ni. Masakan tidak, filem ini ditayangkan pada tahun 1985 dan sehingga kini, kata-kata tu masih melekat di kepala.
Ditambah dengan pelakon kacak iaitu Faizal Hussein, cukup membuatkan anak-anak gadis waktu itu tersenyum meleret sampai ke cuping telinga bila melihat watak Azroy yang dimainkan beliau tersenyum simpul ketika babak-babak di dalam filem Gila-Gila Remaja. Tak cukup dengan itu, heroin Suziana yang dimainkan oleh Rehana Yassin membuatkan pemuda-pemuda tersiull di tepi parit kampung sambil memetik gitar kapak. Ah, indah sungguh kenangan waktu itu.
Ads
Selayang pandang filem ini dimana Azroy telah jatuh cinta dengan seorang pelajar baharu iaitu Suziana. Di satu hari, Azroy dan rakan-rakan telah terlibat dengan pergaduhan bersama dengan satu kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Gagak Hitam. Dek kerana peristiwa hitam yang berlaku itu membawa kepada kes polis, Azroy terpaksa memutuskan hubungannya dengan Suziana atas permintaan ayah Suziana dan membawa diri demi cintanya.
Fenomena remaja masa dulu
Fenomena yang dihasilkan filem itu tidak terhenti pada pelakonnya sahaja, malah gaya, percakapan dan pakaian yang digunakan turut menjadi trend ikutan remaja tahun 80-an. Dengan motorsikal scrambler dan jaket kulitnya, kasut Nike kuning, t-shirt putih bendera Jepun, tali pinggang kulit dan gaya menyandang jaket di bahu menjadi ikut-ikutan di merata-rata tempat.
Ads
Di zaman itu jugalah alunan musik rock menghiasi pentas seni tanah air dan berkumandang di corong-corong radio tanpa henti. Kaset-kaset rock laku keras macam goreng pisang panas wa cakap sama lu! Andai diberikan sikit kesempatan, sudah tentu saya ingin kembali ke zaman itu. Cukup sekadar sehari sudah memadai untuk memekarkan kembali kenangan-kenangan lama yang sentiasa terpahat dalam ingatan.
Ads
Himpunan Gila-Gila Zaman Remaja tak lama lagi!
Kesempatan itu akan tiba tidak lama lagi di himpunan motorsikal retro terbesar yang pernah dianjurkan di negara ini iaitu Retromania Grand Gathering 2019 (RGG2019). Kesempatan untuk throwback kembali nostalgia filem Gila-Gila Remaja akan terjadi kerana tema yang diangkat kali ini adalah Gila-Gila Zaman Remaja. Ribuan motorsikal-motorsikal scrambler akan membanjiri Dataran Pantai Morib, Kuala Langat pada 13 & 14 April ini nanti.
Buat gadis-gadis yang pernah tergila-gilakan Faizal Hussein dan sekarang dah jadi mak-mak orang, anda juga boleh datang ke lokasi kejadian kerana Azroy juga akan turut bersama-sama menggamitkan lagi memori zaman Gila-Gila Remaja bersama anda.
Buat kaki-kaki motorsikal retro diluar sana, jangan lupa servis motorsikal anda. Jangan nanti, “bunyi macam ribut tapi lari macam siput!”. Hahaha.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
5 negara ini antara paling pelik yang ada di dunia. Kalau anda berkesempatan, negara mana yang anda rasa nak pergi bercuti?
Korea Utara
Negara yang seram dan menyendiri. Rakyatnya juga kelihatan agak tertekan dan depresi. Kat Korea Utara memang ada banyak bangunan pencakar langit yang tinggi dan hebat tapi dalam bangunan tersebut tiada berpenghuni. Kalau datang ke sini memang tak tahu mana yang betul dan mana yang palsu
Djibouti
Negara kecil ini mempunyai banyak pengkalan tentera asing dan ia merupakan salah satu negara paling mahal di Benua Afrika. Rakyatnya juga tak berapa mesara dengan orang luar.
Equatorial Guinea
Negara yang menggunakan bahasa Sepanyol sebagai bahasa kebanggsaan merupakan negara kedua yang mempunyai rizab minyak paling banyak di Afrika. Namun kebanyakkan rakyat mereka hidup dalam kemiskinan. Malah ia juga merupakan negara paling mahal di benua Afrika.
Tuvalu
Merupakan negara kedua paling kurang menerima pengunjung di dunia. Lapangan terbang yang ada di pulau ini meliputi hampir kesemua kawasan yang ada. Paling menarik ia akan bertukar menjadi padang permainan bagi penduduk tempatan pada waktu malam. Negara ini mendapat pendapatn daripada menyewakan lesen domain tv. Terletak di tengah-tengah lautan, negara ini juga khabarnya sedang tenggelam.
Bhutan
Bhuta dikenali sebagai negara paling gembira di dunia. Penduduk Bhutan suka makan nasi merah dan juga cheesy peppers. Paling unik mereka sangat obses dengan kemaluan lelaki. Kalau datang ke sini, anda perlu membayar cukai USD250 setiap hari.
Sumber: Drew Binsky
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Berani tak korang kalau nak makan kat atas kubur? Bila cakap sahaja pasal kubur mesti ramai yang membayangkan suasana yang seram dan sunyi tapi berbeza pula dengan sebuah kafe yang terletak di dalam kawasan perkuburan di New Delhi.
Makan sebelah perkuburan menjadi inisiatif unik daripada pemilik restoran untuk menarik pelanggan ke kafe miliknya. Ternyata usahanya itu membuahkan hasil kerana tindakannya itu membuatkan ramai yang tertarik untuk berkunjung ke kedainya sambil menikmati hidangan berselebahan kubur.
Kafe ini sering menjadi tumpuan pengunjung untuk berkumpul dan berbual sambil menikmati juadah secawan kopi. Namun, tindakan pemilik kafe berkenaan dianggap luar biasa memandangkan pusara adalah tempat orang mati disemadikan.
Media asing melaporkan, kafe berkenaan bukan sahaja tular di India, malah popularitinya melepasi sempadan negara itu hingga turut menjadi tumpuan pelancong asing.
Difahamkan, kafe di tanah perkuburan itu terletak di sebuah daerah di India bernama Prindavan.
Terdapat kubur dihiasi dengan pagar putih dan dicat dengan dekorasi meja makan diletakkan berhampiran dengannya.
Kelihatan juga sebatang pokok yang besar di bahagian tengah kafe dan pokok itu yang menembusi siling premis berkenaan.
Antara video yang tular menunjukkan suasana di kafe itu, kelihatan pelanggan menikmati juadah yang disediakan oleh kafe berkenaan seolah-olah tidak menyedari pun keadaan kubur di sekeliling mereka.
Sumber: hmetro
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Berita baik buat mereka yang suka travel menggunakan perkhidmatan keretapi.
Sempena pembukaan rasmi tren diesel multiple unit (DMU) yang bernilai RM380 juta dan lebih baik dari tren konvensional dari segi segi keselesaan untuk menampung keperluan dan permintaan penumpang, pihak KTM Berhad menawarkan peluang travel secara percuma bermula pada 21-23 Februari ini bagi untuk orang ramai menikmatinya.
Lebih selesa dengan perkhidmatan setara negara maju membuktikan tren DMU bagi kegunaan penduduk di Pantai Timur ini sekaligus mampu merancakkan lagi sektor ekonomi, sosial dan pelancongan di negeri terlibat.
Dalam satu perkongsian di fb rasmi mereka, KTM Berhad, memaklumkan tiket sehala atau ulang alik yang diberi percuma ini adalah untuk perjalanan Gemas ke Kuala Lipis.
Bagi yang ingin mencubanya, boleh terus ke kaunter tiket dan hanya perlu menggunakan kad promo 𝗝𝗢𝗬𝗥𝗜𝗗𝗘𝗗𝗠𝗨.
Tapi kalau korang takut terlepas peluang nie kerana ramai yang serbu pada hari perjalanan percuma tu dan masih ingin mencuba tren DMU laluan Gemas -Kuala Lipis ini untuk balik kampung atau aktiviti travel boleh mula beli tiket bermula semalam (15 Februari 2022).
Jadual perjalanan bermula pada 24 Februari ini. Tiket boleh didapati melalui aplikasi KTMB Mobile atau di semua medium pembelian tiket KTMB.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!