Ramai yang membesar dengan siri komik dan kartun Kampung Boy ditelevisyen, malah generasi hari ini juga berpeluang untuk mengenali karektor ini kerana masih dimainkan di kaca televisyen.

Rumah Sebenar ‘Kampung Boy’ Bakal Temui Pengunjung Hujung Tahun Ini Di Batu Gajah, Perak

Rumah Sebenar ‘Kampung Boy’ Bakal Temui Pengunjung Hujung Tahun Ini Di Batu Gajah, Perak

Rumah yang digambarkan dalam komik lukisan Datuk Mohammad Nor Khalid atau Datuk Lat sebenarnya wujud dan merupakan gambaran rumah sebenar terletak di Batu Gajah, Perak. Bagaimanapun rumah asal itu sudah tiada, dan kini kerja-kerja membuat replika asala rumah tersebut sedang dibina semula di sebuah kampung terletak kira-kira 30 minit dari tempat Lat membesar.

Rumah Sebenar ‘Kampung Boy’ Bakal Temui Pengunjung Hujung Tahun Ini Di Batu Gajah, Perak Rumah Sebenar ‘Kampung Boy’ Bakal Temui Pengunjung Hujung Tahun Ini Di Batu Gajah, Perak

IKLAN

Rumah Sebenar ‘Kampung Boy’ Bakal Temui Pengunjung Hujung Tahun Ini Di Batu Gajah, Perak

 

Rumah tersebut sepatutnya mula menerima kunjungan pengunjung secara rasmi pada ramai pada bulan Julai ini, namun disebabkan penularan wabak COVID-19 ketika ini ia terpaksa ditangguhkan sehingga hujung tahun 2020.

IKLAN

Antara yang menarik perhatian pengunjung di Rumah Lat ini adalah gambaran mengenai kehidupan kartunis terkenal itu yang sebelum ini dapat dilihat dalam komik sahaja. Pengunjung berpeluang mengimbau kenangan masa lalu dengan melihat kelengkapan perabot yang kebanyakannya dari era sebelum Perang Dunia Kedua. Antaranya termasuk meja solek, meja makan dan kerusi, cermin dan rak almari asal milik keluarga Lat yang digunakan untuk menyimpan rekod piring hitam ketika usianya 19 tahun.

Projek rumah ‘Kampung Boy’ itu adalah sesuatu yang sangat peribadi buat Datuk Lat dan gembira apabila ia turut mendapat sokongan kerajaan negeri Perak dan tidak sabar untuk melihat reaksi pengunjung apabila ia dibuka kelak. Lat berharap Rumah Lat dan Galeri itu nanti dapat memberi peluang kepada generasi baharu mengenali sejarah dan warisan kampung Melayu.

Rumah Sebenar ‘Kampung Boy’ Bakal Temui Pengunjung Hujung Tahun Ini Di Batu Gajah, Perak Rumah Sebenar ‘Kampung Boy’ Bakal Temui Pengunjung Hujung Tahun Ini Di Batu Gajah, Perak Rumah Sebenar ‘Kampung Boy’ Bakal Temui Pengunjung Hujung Tahun Ini Di Batu Gajah, Perak Rumah Sebenar ‘Kampung Boy’ Bakal Temui Pengunjung Hujung Tahun Ini Di Batu Gajah, Perak Rumah Sebenar ‘Kampung Boy’ Bakal Temui Pengunjung Hujung Tahun Ini Di Batu Gajah, Perak

IKLAN

“Saya lukis rumah itu daripada memori saya untuk The Kampung Boy. Apabila anda berusia sembilan tahun, anda akan ingat semua perkara dengan terperinci dan saya ada kenangan cukup baik pada zaman itu. Tiada elektrik, air, tetapi untuk seorang kanak-kanak, ia adalah pengalaman cukup berharga apabila membesar di sebuah kampung,” katanya.

Mengimbau kenangan menghasilkan The Kampung Boy yang pertama kali diterbitkan pada 1979, Lat memberitahu semuanya bermula ketika dia berkunjung ke Amerika Syarikat. Ketika di sana, Lat memberitahu ramai masih tidak mengenali Malaysia dan dia ingin mengubah presepsi itu. Diilhamkan tentang kisah zaman kanak-kanaknya, komik tersebut menceritakan kisah yang terdapat di kampung dan rumah yang digambarkan adalah kediaman sebenar tempat beliau membesar.

Rumah Sebenar ‘Kampung Boy’ Bakal Temui Pengunjung Hujung Tahun Ini Di Batu Gajah, Perak

Sumber: mstar | The Star

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI