Melancong sememangnya menjadi aktiviti kesukaan ramai. Ada yang memilih untuk melancong bersama teman-teman, keluarga, atau berseorangan. Tidak kisah apa cara pilihan konsep pelancongan idaman anda, melancong pasti memberi 1001 pengalaman berharga kepada kalian untuk dikenang seumur hidup. Ada yang penuh dengan keseronokan, ada juga perlu menempuh detik menakutkan.
Tahun 2020 mencatat pelbagai cerita suka duka dunia pelancongan apa lagi bila dunia dikejutkan dengan wabak pembunuh,Covid-19. Ketika itu terdapat puluhan ribu rakyat kita berada di luar negara. Apabila satu persatu negara mengumumkan ‘lockdown’ bukan sahaja rakyat kita terkandas, malah ratusan ribu orang dari seluruh dunia terkandas di negara asing. Setiap negara mula menutup sempadan negara. Menghentikan penerbangan dan pelancong tiada pilihan selain terpaksa hidup ‘terkurung’ kerana tidak dibenarkan keluar atau pulang ke negara masing-masing.
Segala-galanya berubah sekelip mata. Segala perancangan yang diatur hancur. Lebih parah lagi apabila wang yang ada tidak dapat menampung perbelanjaan. John Ho, adalah antara ribuan rakyat Malaysia yang perlu berhadapan dengan situasi ini apabila terpaksa memanjangkan tempoh ‘percutian berseorangannya’ di New Zealand gara-gara penularan wabak COVID-19 ini. Bukannya dia tidak mahu pulang ke negara, akan tetapi semua penerbangan keluar dan masuk di New Zealand ditutup bagi mengelak pertambahan kes COVID-19.
Ads
Percutian itu bertukar menjadi sesuatu yang pahit untuk dikenang. Pelbagai rintangan dan dugaan perlu ditempuhnya. Berseorangan, tidak mempunyai duit dan makanan sehingga berasa tidak berdaya ketika berada di sana. Jika rakyat Malaysia mengalami kesukaran kerana perlu menjalani perintah kawalan pergerakan di rumah sudah menyusahkan dan menyesakkan jiwa, bayangkan jika terkandas seorang diri di negara asing di saat-saat getir ini.
Ads
Ikuti kisah pengalaman John Ho yang berada di negara asing, sepanjang lockdown di sana menerusi dokufilem eksklusif Malaysia vs. Covid-19: #KitaJagaKita secara serentak pada Sabtu, 12 September 6pm di Astro Ria, AEC, Vinmeen HD, Hello Awani atau strim di Astro GO!
*Penulis bercadang nak kesana, tapi baru tahu ditutup. Jadi kongsilah dengan semua.
Pulau Sembilan miliki tiga tarikan utama padanya; aktiviti pancing, menyelam, dan terkenal ialah air bercahaya biru terang di pantai ketika malam (BLUE TEARS) Ini kerana tindak balas kimia yang dikenali bioluminescence; terhasil kerana gangguan oksigen di air. Namun Pulau Sembilan telahpun diumum TUTUP oleh Kerajaan Negeri. Tindakan ini bagi memulihara dan memelihara keindahan semulajadi pantai dan pulau.
Pendirian tutup Pulau Sembilan , kekal. ASTRO AWANI
Penambahan mendadak pelancong terutamanya bagi mengalami BLUE TEARS di pantai pulau, adalah di luar kawalan. Terdapat syarat, hanya 120 pengunjung dibenarkan sehari di pulau, namun melonjak hingga 400 pengungjung hampir setiap hari. Hal ini memberi kesan kepada kebersihan pantai.
Perak tidak mejelaskan berapa lama Pulau Sembilan ditutup, namun cuba mempercepatkan proses kerana faham Pulau Sembilan semakin popular di kalangan pelancong.
Pulau Sembilan merupakan satu kawasan yang melibatkan gugusan 9 pulau kecil iaitu Pulau Agas, Pulau Rayong, Pulau Nipis, Pulau Rumbia, Pulau Lalang, Pulau Buluh, Pulau Sagu, ‘Black Rock’ dan ‘White Rock’. Kawasan gugusan pulau ini terletak 10 batu nautika dari Pulau Pangkor. Pulau Sembilan amat dikenali di kalangan kaki pancing kerana kaya dengan hidupan laut terutamanya ikan bilis. Selain itu, kawasan pertengahan di antara Pulau Rumbia dan Pulau Lalang merupakan lokasi terbaik bagi aktiviti menyelam dan ‘snorkeling’ kerana kawasan yang berkedalaman 15 meter ini dipenuhi dengan batu karang.
Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud melanda Bandar Hualien, Timur Taiwan sekitar 1.01 petang waktu tempatan.Taiwan terletak berhampiran persimpangan plat tektonik dan terdedah kepada gempa bumi.
Jabatan Meteorologi Taiwan bagaimanapun melaporkan tiada kerosakan atau kecederaan dilaporkan setakat ini. Gempa itu merekodkan kedalaman sehingga 18 kilometer. Mereka memaklumkan pusat gempa itu terletak kira-kira 79 kilometer Timur dari bandar Taichung,Taiwan.
Salah seorang penduduk menceritakan, kejadian gempa berkenaan menyebabkan beberapa bangunan di Taipei mengalami gegaran. Dalam pada itu, Kajian Geologi Amerika Syarikat menganggarkan gempa bumi berkenaan mencecah 6.4 magnitud dengan kedalaman 15 kilometer.
OK that was the biggest earthquake I've ever felt in Taiwan. #Earthquake
Kali terakhir kejadian gempa buruk melanda Selatan Taiwan ialah pada 2016, menyebabkan lebih 100 orang terbunuh dalam kejadian gempa bumi Selatan negara itu.Pada 1999, gempa bumi dengan kekuatan 7.6 skala richter melanda negara itu dan meragut lebih 2,000 nyawa.
Menurut Jabatan Meteorologi negara pula dalam satu kenyataan hari ini, gempa berkenaan bagaimanapun tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.
Majalah Libur bersimpati dengan nasib yang menimpa negara jiran Indonesia kerana situasi banjir teruk yang melanda. Sekurang-kurangnya 24 orang mangsa dilaporkan terkorban dalam banjir yang melanda Jakarta, ibu kota Indonesia sejak empat hari lalu.
Buat rakyat Malaysia yang bercadang ke Jakarta, mungkin boleh tangguhkan sementara perjalanan anda ke sini. Selain beberapa kawasan di ibu negara Jakarta, kawasan di bandar berhampiran Jakarta seperti Tangerang, Depok, Bekasi dan Bogor, turut mengalami banjir semalam berikutan hujan lebat pada awal pagi tahun 2020.
Mereka yang menjadi mangsa korban itu antaranya mengalami hipotemia, lemas dihanyutkan arus, tertimbus akibat tanah runtuh dan terkena renjatan elektrik. Beberapa kawasan banjir di Jakarta sudah beransur pulih, namun masyarakat diminta berjaga-jaga berikutan hujan diramalkan berterusan minggu ini.
Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) dalam satu kenyataan menyatakan antara punca banjir itu adalah hujan lebat ekstrem yang mencatatkan bacaan 377 milimeter (mm), sedangkan rekod tertinggi pada 2007 mencatatkan bacaan 340 mm.
Beberapa jalan utama di Jakarta seperti masih tidak dapat digunakan kerana digenangi air, antaranya di Simpang Cempaka Mas, Jalan S Parman, Jalan Rasuna Said, Jalan Pemuda Rawamangun dan Jalan Gatot Subroto.
Lapangan terbang Halim Perdanakusuma di Jakarta Timur yang tidak dapat beroperasi kerana digenangi air, telah kembali beroperasi sepenuhnya semalam.
Sementara itu, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta meminta rakyat Malaysia yang sedang bercuti atau menetap di Jakarta dan kawasan sekitar mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan dan jika memerlukan sebarang bantuan konsular, boleh menghubungi kedutaan Malaysia di talian +62 813 80813036.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau sebut tentang Curaçao, antara perkara pertama yang pasti terbayang ialah deretan bangunan berwarna-warni di tepi laut. Itulah pesona Willemstad, ibu negara Curaçao yang...