ECRL Kelantan Babit Laluan Baru Di Kota Bharu, Machang, Bachok & Pasir Puteh. Harap Cepat Siap La Senang Nak Jalan-Jalan

Share

Perjalanan dari Kelantan ke Kuala Lumpur dapat dipendekkan hanya dalam tempoh lebih pendek menerusi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Projek ECRL membabitkan cadangan laluan kereta api elektrik dari Wakaf Bharu, Kelantan ke Terminal Pengangkutan Bersepadu (ITT) Gombak yang mempunyai 23 stesen di sepanjang landasan sejauh 600.3 kilometer. Namun terdapat perubahan laluan untuk Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kelantan yang melibatkan empat jajahan iaitu Kota Bharu, Machang, Bachok dan Pasir Puteh.

Laluan baharu itu akan melibatkan pengambilan 1,561 lot tanah. Kerajaan negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Koordinator Kerja bagi memilih 40 peratus kontraktor tempatan untuk pelaksanaan ECRL di Kelantan. Landasan ECRL direka kalis banjir dengan ketinggian landasan atas paras selamat banjir dan satu terowong pengangkutan terpanjang sejauh 18 kilometer dibina menghubungkan Bentong, Pahang dan Gombak.

Pembinaan stesen Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di negeri ini bakal menjadikan kawasan itu sebagai pusat bandar besar baharu dengan menyumbang lebih banyak pertumbuhan ekonomi kepada penduduk. Projek mega berkenaan akan membawa lebih banyak pembangunan, terutama di kawasan stesen sekaligus merancakkan lagi aktiviti perniagaan, pelaburan, dagangan dan pelancongan. Malah peluang pekerjaan untuk rakyat Kelantan juga bertambah dengan pembangunan yang dibawa kesan daripada pembinaan ECRL tersebut.

image via google | Sumber: Bernama

IKLAN