Buat pengguna setia penerbangan Emirates yang berada di Malaysia, ada berita baik untuk anda!
Emirates akan menyambung semula penerbangannya untuk penumpang dari Kuala Lumpur, sejajar dengan pengumuman terkini oleh Kerajaan Persekutuan UAE untuk menarik balik sekatan ke atas perkhidmatan penumpang transit.
Ads
Pelancong dari Malaysia boleh dihubungkan ke mana-mana destinasi dalam rangkaian Emirates sebanyak 39 destinasi di GCC, Asia Pasifik, Eropah dan Amerika.
Perkhidmatan untuk penumpang antara Dubai dan Kuala Lumpur, telah bermula pada 17 Jun 2020 lalu, dengan kekerapan dua kali seminggu, menggunakan pesawat Boeing 777-300ER.
Pelanggan di Kuala lumpur boleh menempah penerbangan di EK347 ke Dubai pada Rabu dan Sabtu, dan seterusnya ke destinasi yang terdapat dalam rangkaian Emirates.
Sebanyak sembilan destinasi telah ditambah dalam jadual penerbangan Emirates termasuk Colombo (mulai 19 Jun 2020), Istanbul (mulai 25 Jun 2020); Auckland, Beirut, Hanoi dan Ho Chi Minh (mulai 1 Julai 2020); serta Barcelona, Brussels dan Washington DC (mulai 15 Julai 2020).
Selain itu, syarikat penerbangan juga akan menambah penerbangan ke Kuala Lumpur dan destinasi berikutnya pada Julai: London Heathrow, Manchester, Frankfurt, Paris, Zurich, Madrid, Amsterdam, Copenhagen, Dublin, New York JFK, Toronto, Singapura dan Hong Kong.
Ads
Pelanggan boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai penerbangan Emirates dan perkhidmatan semasa di www.emirates.com/wherewefly. Dengan sekatan perjalanan yang masih terdapat di kebanyakan negara, pelanggan diingatkan untuk menyemak syarat masuk dan keluar sebelum memulakan perjalanan anda. Anda hanya akan diterima dalam penerbangan jika memenuhi syarat kriteria kelayakan dan kemasukan ke negara destinasi terpilih.
Pernah cuba percutian alam ke taman negara di Malaysia? Jika belum, anda dicadangkan untuk ke Taman Negara Kuala Tahan, Pahang sesuatu yang tidak mengecewakan.
Ini tip dan panduan ringkas buat anda yang bercadang ke Taman Negara Kuala Tahan:
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sekali menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah dan Kota Madinah, pastinya kerinduan untuk ke sana lagi terbit setiap kali melihat saudara mara atau kenalan menunaikan Umrah.
Pernah sekali menunaikan Umrah dan kali ini Norazila Abdul Ghani bersama suami dan juga anak yang masih kecil dijemput ke sana lagi tetapi kali ini semuanya dilakukan sendiri atau secara DIY. Kebetulan juga tahun ini merupakan sambutan ulangtahun ke 19 perkahwinan mereka.
Berkongsi cara dan tip untuk pembaca lain yang mungkin mempunyai perancangan seperti mereka, Norazila menyatakan kos keseluruhan untuk Umrah DIY keluarganya itu berjumlah RM12,150. Lengkap dengan pautan dan juga maklumat lain, memang mudah kalau ada yang ingin menunaikan Umrah secara DIY seperti Norazila dan suami.
Perkongsian ni ikhlas lillahitaala.. Moga bermanfaat untuk semua dan ramai lagi dijemput kesana, insyaallah. Kalau ke sana doakan kami sekeluarga dijemput semua ke sana na.
Flight
AOR-KUL-AOR: RM373, Nayra RM28.61
KUL-MED-KUL: RM 2430, Nayra RM441
– I tengok biasanya kalau tix promo ni kalau dapat return 2k+ boleh terus grab. Susah jumpa. Kadang-kadang dapat 3.3k pun dah boleh grab.. Boleh consider dalam range lagi.
-Boleh usha dekat trip.com or skyscanner untuk dapat the best rate.
Bilik di Madinah ni memang kami gamble sungguh.. Tawakkaltuaallah. Sebab last minit sangat-sangat so bilik yang dekat dengan masjid semua mahal-mahal (1-5k/night).
So kami nekad untuk walk in. Alhamdulillah, jumpa bilik yang walking distance (7 minutes walk to masjid nabawi). Means kalau dengaq azan, sempat lagi jalan kaki pi jemaah.
-5 RM131/night (2 beds) :nak dapat harga ni kena join member dulu dekat website dia, then log in and book. Boleh dapat harga promo untuk member)
-2.5km dari masjidilharam
-Free shuttle 24h
-Bagi kami puas hati sebab selesa, reasonable price dan shuttle dia dia awesome sangat. Tak ada masalah langsung bagi kami. Turun ja, mesti ada shuttle dah tunggu. So highly recommended.
-Total for 9D8N: RM1173.76 + SAR172.13 (tambah lagi 1 malam, last minute punya plan)
Bilik sebesaqnya boleh book Agoda or booking.com or etc. Tapi sebab last minute sangat, susah nak jumpa bilik yang dekat dan harga mampu milik. Mostly 1k+ for one night..
Untuk makan pulak, boleh kata kami akan brunch dan dinner. So main course cuma 2 kali/day
Average: SR50/day for 2pax + baby
Dekat bilik kami ada spare roti dan buah-buah.. roti kat sana sedap sangat dan buah pulak fresh. Apple tu crunchy sungguh krup krap krup krap.. teringat-teringat… Strawberry pun besaq-besaq manis dan murahhhhh… 1 pek SR5 jaaaa…
I dah pernah pi sebelum ni, so basic dah ada.. just refresh balik dengan bacaan dan jugak video dr YouTube dan facebook.
Kalau 1st time pi, memang kena attend kursus umrah yang official. At least basic ilmu kena ada.. bab rukun dan pantang larang ihram tak boleh amik ringan.
150 minit untuk panggilan tempatan dan antarabangsa
10 GB data
5 GB untuk media sosial (Facebook, WhatsApp dan Snapchat)
Sah selama 4 minggu
So average total RM9279 + SAR2500
~RM12,150 (2 Adults, 1 infant for 15days).
*Tak termasuk shopping
Alhamdulillah, tematlah pengembaraan terindah kami sempena ulangtahun perkahwinan yang ke 19 tahun (kebetulan sebenaqnya )
Satu ja nak bgtau.. bila kita pi DIY ni esp bawak baby, both kena mainkan peranan. Semua benda mmg kami buat sama-sama and saling support each other.
Kita akan jadi kuat dan segalanya akan smooth bila hubungan kita dan DIA sangat kuat. Apa-apa pun, kita usaha selebihnya serah 100% dekat Allah.
Satu lagi kalau ada kawan-kawan atau sedara yang ke tanah suci minatk doakan kita supaya dijemput jugak kesana.. Insyaallah, one day Allah akan permudahkan.
Psst: Tolong jgn bandingkan dengan umrah melalui TA sebab TA provide service yang berbeza dan both mempunyai flexibility yang berbeza.
Bercuti ke pulau merupakan antara aktiviti percutian yang paling popular, apatah lagi percutian itu di dalam negara. Kita bertuah kerana mempunyai banyak pulau-pulau yang cantik!
Bila bercakap tentang percutian ke pulau pastinya kita akan terus terbayang dengan pelbagai aktiviti sukan air seperti aktiviti selaman snorkeling, main jet ski dan pelbagai water sport lain.
Itulah merupakan antara aktiviti wajib dilakukan bila kita bercuti ke pulau. Tak sah rasanya kalau pergi ke pulau tanpa melakukan apa-apa aktiviti berkaitan dengan air. Paling tidak pun bermandi-manda di pantai.
Untuk menyenangkan dan memberikan keselesaan pastinya pelbagai kelengkapan seperti hajet dan barang keperluan yang lain memmpunyai elemen atau sifat kalis air.
Pada masa sekarang sudah banyak jenama pengeluar telefon pintar memperkenalkan produk yang kali air. Sebagai contoh iPhone model-model terkini yang terbaru mempunyai tahap waterresistant yang baik. Begitu juga dengan beberapa telefon pintar Android yang lain seperti dari Samsung, Google Pixel, Huawei dan sebagainya.
Selain telefon pintar, jam GPS juga merupakan antara peranti yang sangat penting untuk kamu bawa. Ini terutamanya bagi penggemar aktiviti larian. Dalam keadaan cuaca tropika di mana bila-bila masa sahaja boleh hujan, kamu memerlukan jam GPS yang mempunyai ketahanan air yang baik. Malah, untuk aktiviti sukan air juga kamu tidak perlu membukanya dari tangan.
Ini yang paling penting sekali. Beg ini memang betul-betul kalis air. Terdapat pelbagai jenis saiz yang boleh kamu dapatkan di pasaran. Bila melakukan aktiviti snorkeling contohnya kamu pasti mahu beg yang boleh menyimpan pelbagai barang peribadi dengan baik dan mengelaknya terkena air.
Ia adalah antara keperluan yang bersifat optional. Jika tidak mahu kaki sentiasa basah, anda bolehlah dapatkan kasut kalis air. Aktiviti dalam air yang kadangkala mengambil masa yang lama boleh membuatkan jari kaki menjadi kecut. Ia juga boleh elakkan kaki cedera bila melakukan aktiviti di kawasan mempunyai terumbu karang.
Sambil bergembira mandi-manda boleh layan lagu-lagu favorite menerusi pembesar suara mudah alih ini! Antara produk terbaru yang kini mendapat tempat di hati penggemar aktiviti suka air ialah pembesar suara yang mempunyai connectionbluetooth atau Wi-Fi. Percayalah kewujudan muzik mampu menaikkan mood anda dan rakan-rakan yang ingin bergembira bersama-sama.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sebelum bercuti, ramai lebih fokus pada pakaian, pasport dan tiket penerbangan. Namun, ada beberapa barang harian yang nampak biasa tetapi sebenarnya boleh menimbulkan masalah...