Mengemas pakaian untuk bercuti adalah perkara yang paling ‘tidak menyeronokkan’ untuk dilakukan oleh sesetengah individu.

Lagi-lagi jika percutian keluarga dan mempunyai anak yang masih kecil. Rasa seperti ingin membawa satu almari bersama ketika bercuti. Ingat ini ya ibu bapa sekalian, paling penting ketika melancong adalah kualiti waktu yang anda ingin habiskan di destinasi idaman bersama keluarga.

Tidak perlu rungsing dengan segala pakaian yang perlu di bawa. Limitkan kepada pakaian yang sesuai sahaja seperti pakaian ketika musim sejuk atau pakaian di pantai. Malah, barang yang banyak tidak menjamin percutian menyeronokkan.

Bawa yang penting saja, mudah untuk perjalanan anda. Tip ini juga sesuai untuk anda yang pening kepala mengemas bagasi untuk pulang ke kampung halaman ketika cuti sekolah atau cuti perayaan. Ini ada tip berguna daripada saudara M Redzuan A Rahman

Tip Uruskan Pakain Kotor Ketika Travel

Tip Minimumkan Pakaian Ketika Travel Jika Punya Anak Kecil

Apabila travel dengan kapal terbang, berat bagasi adalah sesuatu yang perlu diambil kira apabila mengemas barang. Sekarang pula MAS dah mula mengenakan cas untuk bagasi daftar masuk jadi setiap barang dimuatkan dalam beg perlu diambil kira.

Barang-barang yang tidak berapa penting tak perlulah dibawa. Untuk kami pula 2 buah Child Restraint System (CRS) perlu dibawa (termasuk troli). Berat 3 barang ini sahaja sudah 16 kg.

IKLAN

Tip Minimumkan Pakaian Ketika Travel Jika Punya Anak Kecil

Salah satu cara untuk kami kurangkan berat bagasi daftar masuk adalah dengan mengurangkan pakaian yang dibawa. Memang mencabar sebab dengan anak-anak kecil memang perlu bawa pakaian lebih untuk hadapai perkara-perkara tak dingini (anak muntah, terkena najis, kotor bermain di luar dan sebagainya). Jadi pakaian perlu dibasuhlah semasa di dalam perjalanan.

Antara perkara-perkara yang selalu saya lakukan untuk minimumkan pakaian ketika travel.

1. Rancang pakaian untuk separuh tempoh perjalanan sahaja. Contoh perjalanan kami kali ini 7 hari, jadi kami siapkan pakaian untuk 4 hari.

IKLAN

2. Untuk tempat penginapan yang bukan hotel, biasanya tiada plastik pakaian kotor disediakan. Jadi saya akan bawa siap-siap plastik pakaian kotor asingkan pakaian kotor.

3. Jika ada pilihan, saya akan pilih tempat tinggal yang menyediakan mesin basuh dan juga mesin mengeringkan pakaian. Dengan 2 fasiliti ini setiap malam kami akan basuh pakaian.

Tip Minimumkan Pakaian Ketika Travel Jika Punya Anak Kecil

IKLAN

4. Untuk tempat yang tidak menyediakan kemudahan membasuh dan mengeringkan pakaian, kedai dobi layan diri menjadi pilihan. Faktor utama sebab cepat dan lebih privasi untuk menguruskan pakaian sendiri. Tapi kena tabah sedikitlah kalau musim puncak (waktu hujan tak henti-henti, waktu cuti sekolah) di mana ramai orang yang akan menggunakan kemudahan ini.

5. Terbaik sediakan sebuah beg untuk simpan pakaian yang telah bersih. Boleh guna beg Ikea, beg Decathlon atau seumpamanya. Takkan nak simpan pakaian yang dah bersih di dalam plastik pakaian kotor yang kita gunakan awal tadi.

Tip Minimumkan Pakaian Ketika Travel Jika Punya Anak Kecil

6. Salah satu cara saya gunakan untuk memastikan semua pakaian kering dengan sempurna apabila menggunakan mesin pengering pakaian adalah saya akan susun pakaian dalam keadaan rata. Elakkan memasukkan pakaian bergumpal-gumpal. Setakat ini teknik ini sangat berkesan.

Sama-sama kita merancang percutian dengan lebih baik. Semoga perkongsian saya yang tak seberapa ini memberi manfaat.

Semoga bermanfaat.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI