
Selalunya kita hanya akan beli burger di tepi jalan atau simpang jalan dan menikmatinya di rumah saja.
Tetapi pernah atau tidak terfikir untuk menikmati burger atau makanan western lain di tepi sawah.
Lebih seronok dapat menikmati saat matahari terbenam sambil memandang kehijauan sawah luas terbentang.
Jika mahu menikmati momen indah begini, anda boleh menikmati sajjian dengan berkunjung ke Burger Stop Western & Grill yang terletak di Sungai Besar.
Menawarkan sajian makanan western yang sedap dan murah dengan cuaca yang berangin.
Lebih menyeronokkan terasa aman melihat pemandangan sawah padi yang bening hijau sambal menikmati hidangan kala hujung minggu.
Antara Sajian Disediakan
Sumber: Twitter FoodPornMalaysia
Artikel Berkaitan:
Tourism Selangor Umum 40 Kumpulan Finalis Pertandingan ‘Pitch’ Pelan Pemulihan Pelancongan
Melancong Cara Bajet, Ikuti Tip Cukup Mudah Ini Untuk Percutian Lebih Menjimatkan!
Deep Dive Dubai Diiktiraf Kolam Renang Paling Dalam Di Dunia. Ini Fakta Menarik Mengenainya!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Clock Tower Museum Tarikan Baru Di Mekah. Boleh Lihat Seluruh Kawasan Masjidil Haram Yang Indah

Abraj Al-Bait Towers juga dikenali sebagai ‘Makkah Clock Royal Tower (Menara Jam Diraja Mekah) merupakan bangunan ikonik di Kota Suci Mekah yang dikagumi ramai. Tapak bangunan Abraj Al-Bait Towers terdiri daripada premis kediaman, hotel dan mempunyai 7 menara gergasi terletak di seberang jalan ke selatan dari pintu masuk ke Masjidil Haram yang menempatkan Kaabah.
Dengan ketinggian 601 meter, ia merupakan menara jam tertinggi dan terbesar dunia, mengalahkan Menara jam Palace of Culture and Science di Warsaw Poland, Menara jam The Big Ben di London, dan Menara jam Ann-Bradley di Milwaukee Amerika Syarikat.
Terbaharu, Menara Jam Diraja Mekah ini membuka satu lagi tarikan menarik kepada pengunjung iaitu Clock Tower Museum ( Muzium Menara Jam) kepada umum bermula 6 Mei 2019 iaitu awal Ramadhan lalu. Muzium ini ditempatkan di aras empat tingkat teratas Menara Jam Diraja Mekah. Setiap tingkat mempunyai konsep berlainan seperti info tentang alam semester, galeksi, kewujudan matahari dan bulan, cara mengukur masa, info jam raksasa dan kawasan untuk menikmati pemandangan indah Masjidil Haram.
Sebuah keluarga rakyat Malaysia yang kini menetap di Mekah berkongsi di laman sosial pengalamannya sekeluarga ketika mengunjungi muzium ini sebaik sahaja di buka kepada umum.
Dah lama saya ‘mengidam’ nak naik clock tower ni. Alhamdulillah.. akhirnya dibuka kepada umum ramadan ini. Malam tadi, saya mengambil peluang keemasan ini untuk pergi ke museum ini. Masha Allah memang berbaloi sangat walaupun harga tiket agak mahal iaitu 150sr untuk seorang.
Tempat beli tiket di dalam Abraj Al Bait Mall level ground floor.
Memandangkan kanak-kanak bawah 7 tahun tidak boleh masuk, jadi hanya saya, Rania & Rasyad yang masuk. Muzium di buka sepanjang bulan ramadan sahaja tau. Jadi sesiapa yang dah berada di Makkah ataupun menetap di kawasan sekitar bolehlah mengambil peluang ini!
Pintu masuk di level p9
Dapat alat audio ini.. setkan dalam bahasa english.. jadi dapat dengar penerangan dalam bahasa english nanti. Apa yang buat saya betul-betul impress adalah setiap penerangan akan dimulakan dengan ayat alquran yang berkaitan.
Masha Allah kita nampak jelas akan aturan Allah yang telah tercatat di dalam alquran dengan kejadian alam semesta. Boleh faham akan kaitannya di situ nanti. Pastinya kita tidak akan jumpa di mana-mana museum yang lain.
Ada 4 tingkat semuanya:
- 1st floor : Exhibition tentang Jam Besar Makkah.. sejarah serta proses pembuatan jam ini. Di floor ini juga ada view deck di mana kita boleh melihat Makkah dari menara jam ini. Masha Allah cantik sangat view dari sini. Biasanya tengok menara jam dari rumah, kali ini dapat betul2 berada dekat dengan jam gergasi makkah ini!
- 2nd floor: Exhibition tentang Time Measurement.
- 3rd floor: Exhibition tentang The Sun, Earth & Moon
- 4th floor: Exhibition tentang The Universe
Ada dua opening hours sepanjang bulan Ramadan ini iaitu:
- 1pm-6pm
- 10pm- 2am
Saya naik selepas habis terawih time di masjidilharam lebih kurang jam 11.30 malam tadi.
Sumber:FB Masnira Ramli
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pelancong Dari Langkawi Dan Kota Bahru Boleh Terbang Terus Ke Melaka Tak Lama Lagi!

Lepas ni anda yang dari Langkawi dan Kota Bahru tak perlu lagi bersesak-sesak atas jalanraya kalau ingin melancong ke Melaka kerana Malindo Air dijangka akan membuka laluan baru baharu dari kedua-dua lokasi tersebut ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) pada 1 Mac depan.
Perkara ini telah disahkan oleh Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam Melaka, Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab dan beliau melihat inisiatif Malindo Air ini akan menggalakkan lagi industri pelancongan Melaka sekaligus menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara ke negeri bersejarah ini sempena Tahun Melawat Melaka 2019.
Waktu penerbangan dua hala dari Langkawi dan Kota Bahru ke LTAM ini akan beroperasi tiga kali seminggu iaitu pada Rabu, Jumaat dan Ahad. Laluan dari Kota Bharu ke Melaka ialah pada 11.55 pagi dan Melaka ke Kota Bharu ialah pada 1.50 petang manakala dari Langkawi ke Melaka pada 12.05 tengah hari dan Melaka ke Langkawi 2.05 petang.
Penambahan laluan oleh Malindo Air menerusi LTAM dilihat sebagai langkah positif menarik lebih banyak syarikat penerbangan terutama pemain industri pelancongan di Melaka untuk menarik kedatangan pelancong menerusi sektor penerbangan dan kerajaan negeri akan menyediakan pelbagai insentif untuk mereka sebagai galakan dan komitmen yang diberikan.
Sumber: Awani
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pernah Diberi Bantuan Makanan Ustaz Ebit Lew, Hari ini Zoo Negara Kembali Beroperasi Lepas Tutup 2 Bulan

Seperti yang sedia maklum sebelum ini pengurusan Zoo Negara terpaksa menutup operasi disebabkan perlaksanaan PKPB di Selangor dan Kuala Lumpur sejak 14 Oktober lalu.
Keadaan ini telah menyebabkan tabung kecemasan Zoo Negara hanya mampu bertahan sekitar tiga bulan bagi menampung operasi termasuk gaji kakitangan.

Artikel Berkaitan: Red Alarm Zoo Negara Ketika PKPB! Tabung Kecemasan Hanya Bertahan Untuk 3 Bulan Sahaja
Menyedari hakikat ini orang ramai turut membantu termasuklah Pendakwah Bebas Ustaz Ebit Lew. Beliau telah memberikan sumbangan makanan kepada pihak pengurusan Zoo Negara.

Dan hari Ini setelah hampir dua bulan ditutup Zoo Negara telah mula kembali beroperasi seperti biasa.
Namun begitu dalam perkongsian di Facebook rasmi Zoo Negara, memberitahu pengunjung dihadkan kepada 1,250 orang bagi memudahkan pemantauan.

“Zoo Negara mengikuti perkembangan semasa Covid-19 dalam negara. Berdasarkan penilaian semasa, Zoo Negara dibuka mengikut jadual ditetapkan dengan jumlah pengunjung dikurangkan kepada 1,250 orang pada waktu ini,” menurut perkongsian di Facebook Zoo Negara, semalam.
Menurut perkongsian sama, orang awam diminta mengikuti laman web dan sosial media Zoo Negara untuk mendapatkan perkembangan semasa.

Artikel Berkaitan: Zoo Negara ‘Offer’ Rakyat Malaysia Jadikan Singa, Harimau, Penguin Sebagai Haiwan Angkat Dengan Segera
Dalam pada itu, menurut Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly@Rahmat Ahmat Lana, berkata demi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pihaknya menetapkan 1,250 pengunjung dibenarkan masuk pada satu-satu masa.

“Ini adalah hari pertama pembukaan semula. Kami jangka menjelang esok, lebih ramai pengunjung hadir membawa anak-anak beriadah di sini.
“Sebelum ini, kebiasaannya pada Disember, hampir 5,000 pengunjung hadir setiap hari, tetapi kali ini kita menetapkan had dengan setiap pengunjung akan diberi kad.


“Begitu juga bagi tempahan tiket secara dalam talian akan diberikan angka giliran untuk masuk jika sudah melepasi 1,250 pengunjung dalam satu-satu masa,” katanya lagi.
Jadi sempena cuti persekolahan yang bermula esok, orang ramai digalakkan datang bersama keluarga bagi memanfaat aktiviti riadah di sini.

SUMBER: BERITA HARIAN & SINAR HARIAN
Artikel Berkaitan: Kempen ‘Adopt An Animal’ Zoo Negara Dapat Sambutan Hangat. Terima Kasih Rakyat Malaysia!
Kredit Foto: Facebook Zoo Negara
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI