Escape Pulau Pinang di Teluk Bahang terkenal dengan Gelongsor air terpanjang di dunia sepanjang 1.140km di taman temanya. Di Escape Pulau Pinang juga mempunyai lebih 40 tarikan utama termasuk meneroka terowong, memanjat pokok, flying fox dan kite flyers di Adventureplay dan Water Slide, lazy river, speed racer dan waveball di Water Play.
Ada berita baik untuk penduduk Lembah Klang, kini taman tema ekstrem seperti di Pulau Pinang telah berada ditempat kalian. Dikenali sebagai 'Escape Challenge', destinasi ini mula dibuka kepada pengunjung bermula 22 Ogos 2020 lalu terletak di dalam pusat membeli belah Paradigm, Petaling Jaya dengan keluasan 3,500 meter persegi.
Seperti di Escape Pulau Pinang, tarikan dan permainan di Escape Challenge direka untuk semua pengunjung pelbagai peringkat umur, kemampuan fizikal dan tahap keyakinan. Escape Challenge di Petaling Jaya adalah satu bentuk keseronokan retro-eko jenama itu dengan membawa permainan dan aktiviti luar dalam suasana kontemporari. Escape Challenge ini beroperasi setiap Selasa hingga Ahad, 10 pagi hingga 10 malam.
Harga Tiket
Ads
Future Kid (0 – 3 tahun) Percuma
Junior Kid (4 – 12 tahun) RM45.50 – RM65
Big Kid (13 – 60 tahun) RM68.60 – RM98
Super Kid (61 – 100+) RM45.50 – RM65 (percuma untuk Super Kids warganegara Malaysia, hanya perlu tunjukkan kad pengenalan diri di kaunter ditemani tetamu berbayar)
Ada 11 Aktiviti 'Mencabar & Gila' Korang Kena Try!
Ads
Ads
Monkey Business – Tarikan terbesar di Escape Challenge yang menampilkan 56 rintangan dengan tiga tahap berbeza bagi pengunjung yang ingin merasai pengalaman mendaki, kursus tali, zipline dan ayunan Tarzan.
Gecko Tower – Sebuah tembok berbentuk bangunan dengan ketinggian 10 meter untuk pengunjung daki.
Aerobat – Trapeze terbang yang memberi peluang kepada pengunjung mengatasi ketakutan mereka terhadap ketinggian, terbang, berayun dan disambut oleh pelatih profesional.
Banana Flip – Slaid khas Escape Challenge yang membuatkan pengunjung mengelongsor dalam posisi hampir menegak setinggi 14 meter sebelum ia melengkung dan menghantar anda ke udara dan mendarat di atas beg udara.
Atan's Leap – Platform 20 meter yang membolehkan pengunjung melompat bebas ke udara.
Monkey School – Versi mini Monkey Business untuk kanak-kanak berumur sehingga tiga tahun (Future Kids) dan empat ke 12 tahun, di bawah 120cm (Junior Kids)
Coco Climb – Teringin nak panjat pokok? Escape Challenge ada sediakan pokok kelapa setinggi 8 meter untuk anda!
Zoom Bug – Trek kanak-kanak dan orang dewasa menunggang dan berlumba
Airbag – Platform 2 meter dan 4 meter untuk tetamu melompat dan mendarat ke beg udara
Slingshot – Bungee terbalik di mana pengunjung akan diikat pada tali elastik sebelum melambung ke udara
Jumping Jack – Pengunjung boleh melompat di atas trampolin bagi mencuba flip dan trik baharu.
Jom buat aktiviti pecah peluh ni!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Jim Thompson atau nama penuhnya James Harrison Wilson Thompson merupakan seorang ahli perniagaan warga Amerika Syarikat. Walaupun Thompson memiliki empayar kain sutera Thai di Bangkok, tetapi namanya juga terkenal di Cameron Highlands. Misteri kehilangan warga Amerika Syarikat itu masih kekal membelenggu tanah tinggi itu sehingga hari ini.
Dia yang turut mendapat gelaran Raja Sutera Thai membantu menggiatkan semula perniagaan tekstil dan sutera Thai lewat tahun 1950an dan 1960an. Jim Thompson dilahirkan di Greenville, Delaware, Amerika Syarikat pada 21 Mac 1906 dan pernah berkhidmat dengan Tentera Amerika Syarikat dalam bidang perisikan ketenteraan. Jim Thompson dilaporkan hilang pada 26 Mac 1967 di Cameron Highlands. Jim Thompson masih belum ditemui sehingga kini dan kehilangannya telah menjadi suatu misteri.
Cameron Highland Saksi Kehilangan Jim Thompson
Berpuluh-puluh teori timbul ekoran kehilangan Thompson pada petang 26 Mac 1967. Namun, ramai penduduk Cameron Highlands lebih percaya bahawa Thompson sebenarnya menghilangkan diri dan menukar identitinya agar tidak dikenali dan kemudian pulang ke Amerika Syarikat. Jika dia mati di dalam hutan, mustahil tiada satupun cebisan mayat dijumpai sedangkan ribuan orang telah mencarinya pada masa dia dilaporkan hilang.
Ada juga laporan yang mengatakan orang awam telah ternampak kelibat Thompson di Amerika Syarikat selepas dia dilaporkan hilang di Cameron Highlands. Namun tiada pengesahan dibuat sehingga kini
Misteri Thompson telah menyebabkan Cameron Highlands menjadi tempat yang terkenal di dunia. Bukan sedikit pasukan mencari yang dikerah dan yang turun membantu untuk mencari Thompson sejurus selepas kehilangannya pada 1967 itu.
Maka tidak hairan, sehingga hari ini masih ramai pelancong yang obses mengenai misteri itu datang ke Moonlight Bungalow kini dikenali sebagai Jim Thompson Cottage untuk melihat sendiri tempat terakhir Thompson dilaporkan dilihat sebelum dia hilang.
Bilik terakhir sebelum Jim Thompson hilang ketika menginap di banglo ini adalah di bilik ketiga yang bersebelahan tangga ke ruang atas. Kali terakhir dia dilihat sebelum hilang tanpa jejak kira-kira pukul 4 petang pada 26 Mac 1967. Keadaan bilik masih tidak berubah kecuali perabot yang telah ditukar untuk dijadikan penginapan tetamu.
Jim Thompson datang ke Cameron Highlands bersama Constance Mangskau pada 24 Mac 1967 dan menginap di Moonlight Bungalow bersama-sama pemilik, Dr. Ling Tien Gi dan isteri, Helen Ling rakyat Singapura. Terdapat dua laluan yang dikatakan telah dilalui Thompson sebelum dia hilang di dalam hutan berdekatan.
Ada yang kata semasa sedang treking, Thompson menuju ke Lutheran Mission Bungalow.
Selepas dilihat berada di situ, Thompson tidak lagi kelihatan selepas itu.
Saudagar Sutera Thai Berjaya
Jika masih hidup, umur Jim Thompson kini adalah 113 tahun. Kehilangannya juga ada dikaitkan dengan berbagai kisah dan teori, sama ada pengkhianatan, jenayah mahupun kisah-kisah mistikal. Semasa Perang Dunia Kedua, Jim Thompson telah direkrut oleh William Joseph Donovan dan dilantik sebagai pegawai bertauliah di dalam Jabatan Perkhidmatan Strategik (OSS) di mana pada tahun 1947 jabatan tersebut telah dibubarkan dan dikenali sebagai Agensi Perisikan Pusat (CIA).
Thompson yang fasih berbahasa Perancis telah menjalankan beberapa misi berbahaya di Perancis sewaktu pendudukan tentera Jerman. Selepas kemenangan di Eropah (7 Mei – 8 Mei, 1945), Thompson telah ditukarkan ke Sri Lanka. Dia dalam perancangan untuk ditempatkan di Thailand apabila tentera Jepun menyerah kalah dalam bulan Ogos – September pada tahun yang sama yang sekali gus menamatkan Perang Dunia Kedua. Thompson tiba di Thailand beberapa minggu selepas pihak Jepun menyerah kalah dan Thompson ditugaskan untuk menyelia pejabat OSS di Bangkok.
Setelah menamatkan khidmatnya bersama Tentera Amerika Syarikat, Jim Thompson kembali ke Amerika untuk membawa isterinya ke Thailand. Bagaimanapun isterinya enggan mengikutnya ke Thailand dan akhirnya mereka bercerai.
Thompson kembali ke Bangkok seorang diri, kemudian Thompson bekerja bersama beberapa orang pelabur Thai dan menubuhkan Thai Silk Company pada tahun 1947. Walaupun dia telah meninggalkan bidang ketenteraan dan perisikan, namun ramai yang mengesyaki Thompson masih melakukan kerja-kerja penyamaran untuk CIA.
Semasa Perang Vietnam, kawan rapatnya (juga merupakan rakannya di dalam OSS) iaitu General Edwin Black menjadi ketua operasi Tentera Udara Amerika Syarikat di Laos dan berpengkalan di Thailand. Thompson menumpukan sepenuhnya untuk menggiatkan semula industri kecil menenun sutera menggunakan tangan, yang merupakan kemahiran yang diwarisi oleh wanita Thailand selama berkurun bagaimanapun ia sudah tidak lagi popular.
Thompson menemui kaum Cham yang beragama Islam, mahir dalam menenun sutera di kawasan Bankrua berhampiran Bangkok dan membekalkan mereka dengan alat-alat untuk menenun, mewarna dan bantuan teknikal. Thompson juga dikatakan membantu beribu-ribu penduduk miskin Thailand keluar daripada belenggu kemiskinan. Dia dikatakan memberikan sebahagian daripada saham-sahamnya dalam Thai Silk Company kepada penduduk-penduduk miskin ini.
Jim Thompson House, Bangkok
Jim Thompson House tersenarai sebagai 10 tempat wajib dilawati jika ke Bangkok, Thailand. Rumah Jim Thompson ini memang cantik kerana berunsur Thai dan campuran budaya asia selain menghadap sebatang sungai. Semasa hayat Jim Thompson, dia telah membeli 6 buah rumah tradisional Thailand dan dirangkumkan menjadi sebuah kediaman yang besar untuk didiami.
Selepas kehilangan Thompson, Thai Silk Company telah memindahkan operasinya ke Khorat, sebuah bandar yang menjadi pengkalan operasi untuk Tentera Di Raja Thailand. Rumah Jim Thompson di Rama 1 Road, Bangkok kini dijadikan sebagai muzium yang menempatkan beberapa ukiran dan hasil seni daripada Thailand yang dikumpul oleh Jim Thompson.
Jim Thompson juga dikenali sebagai pengumpul barang-barang seni. Pengunjung boleh datang meninjau rumah peninggalannya yang kini dijadikan muzium setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang.
Ribut taufan dari Laut Arab mula membadai pantai barat India dan bandar Mumbai sehingga memaksa puluhan ribu penduduknya dipindahkan.
Kejadian sebegini menjadi igauan bagi penduduk yang tinggal di sekitar kawasan pantai. Apakah bezanya taufan, siklon dan hurikan? Jawapannya, ketiga-tiganya adalah sama cuma membezakannya hanyalah lokasi di mana kejadian ribut itu berlaku.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), jika ribut itu berlaku di kawasan Barat Laut Lautan Pasifik, ia dinamakan ‘taufan’. Jika ia berlaku di Selatan Lautan Pasifik dan Lautan Hindi, ia dinamakan ‘siklon’. Dan, jika ia berlaku di Lautan Atlantik dan Timur Laut Lautan Pasifik pula, ia dinamakan ‘hurikan’. Untuk ribut dinamakan taufan, siklon atau hurikan, ia harus mencapai kelajuan sekurang-kurangnya kelajuan 120 kilometer sejam.Ia terbentuk apabila satu pusat tekanan udara rendah yang sejuk berlaku, menyebabkan udara panas di sekelilingnya berpusar dengan laju, menghasilkan angin kencang.
Di India, taufan tersebut bergerak melalui laluan yang diramalkan dan semua persiapan sudah dilakukan. Taufan Nisarga yang membawa angin dengan kelajuan 120 kilometer sejam pada 3 Jun 2020 lalu itu dikategorikan sebagai siklon tahap empat berdekatan bandar Alibagh, 98 kilometer dari selatan Mumbai.
Rakaman yang dirakam di Maharashtra memaparkan keadaan angin kencang sehingga menyebabkan pokok tumbang dan laut bergelora. Ini merupakan taufan terburuk sejak berpuluh tahun lalu, yang membadai bandar dengan kepadatan penduduk sehingga 20 juta orang.
Keadaan itu lebih membimbangkan susulan penularan COVID-19 di negara itu.
Sebelum ini, taufan Amphan membadai negara itu dan Bangladesh dua minggu lalu sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya 100 kematian.
Kala ini mesti ramai yang rindu hendak menikmati udara laut. Indahnya bunyi desir ombak sambil menikmati remang senja nan indah. Antara pantai yang menjadi tarikan warga kota untuk berkunjung tentunya Port Dickson yang hanya sejam lebih saja perjalanan dari ibu kota.
Dikunjungi lebih 5 juta pengunjung saban tahun, ada saja tarikan terbaru di Port Dickson demi memastikan pantai peranginan ini sentiasa dikunjungi orang ramai. Sudah beroperasi sejak Mei lalu CycleDios yang menyediakan puluhan basikal untuk pengunjung beriadah menjadi daya tarikan ke sini.
Beroperasi di Batu 1, bersebelahan Pejabat Daerah & Tanah Port Dickson, orang ramai boleh menyewa basikal untuk melakukan aktiviti riadah di kawasan sekitar.
Ada beberapa jenis basikal disediakan termasuk jenis couple, tentunya aktiviti sihat sebegini mampu mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan selain ia masa menyeronokkan bagi semua orang untuk merasai angin laut.
Jadi kalau ada peluang ke pantai ini nanti, jangan lupa mencuba aktiviti santai ini iaitu berbasikal.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kala liburan, makanan adalah salah satu cara untuk mengenali dengan lebih dekat sesebuah budaya. Setiap satu menu yang dicuba menjadi manifestasi rasa lantas mengisi...