Jim Thompson atau nama penuhnya James Harrison Wilson Thompson merupakan seorang ahli perniagaan warga Amerika Syarikat. Walaupun Thompson memiliki empayar kain sutera Thai di Bangkok, tetapi namanya juga terkenal di Cameron Highlands. Misteri kehilangan warga Amerika Syarikat itu masih kekal membelenggu tanah tinggi itu sehingga hari ini.
Dia yang turut mendapat gelaran Raja Sutera Thai membantu menggiatkan semula perniagaan tekstil dan sutera Thai lewat tahun 1950an dan 1960an. Jim Thompson dilahirkan di Greenville, Delaware, Amerika Syarikat pada 21 Mac 1906 dan pernah berkhidmat dengan Tentera Amerika Syarikat dalam bidang perisikan ketenteraan. Jim Thompson dilaporkan hilang pada 26 Mac 1967 di Cameron Highlands. Jim Thompson masih belum ditemui sehingga kini dan kehilangannya telah menjadi suatu misteri.
Cameron Highland Saksi Kehilangan Jim Thompson
Berpuluh-puluh teori timbul ekoran kehilangan Thompson pada petang 26 Mac 1967. Namun, ramai penduduk Cameron Highlands lebih percaya bahawa Thompson sebenarnya menghilangkan diri dan menukar identitinya agar tidak dikenali dan kemudian pulang ke Amerika Syarikat. Jika dia mati di dalam hutan, mustahil tiada satupun cebisan mayat dijumpai sedangkan ribuan orang telah mencarinya pada masa dia dilaporkan hilang.
Ada juga laporan yang mengatakan orang awam telah ternampak kelibat Thompson di Amerika Syarikat selepas dia dilaporkan hilang di Cameron Highlands. Namun tiada pengesahan dibuat sehingga kini
Misteri Thompson telah menyebabkan Cameron Highlands menjadi tempat yang terkenal di dunia. Bukan sedikit pasukan mencari yang dikerah dan yang turun membantu untuk mencari Thompson sejurus selepas kehilangannya pada 1967 itu.
Maka tidak hairan, sehingga hari ini masih ramai pelancong yang obses mengenai misteri itu datang ke Moonlight Bungalow kini dikenali sebagai Jim Thompson Cottage untuk melihat sendiri tempat terakhir Thompson dilaporkan dilihat sebelum dia hilang.
Bilik terakhir sebelum Jim Thompson hilang ketika menginap di banglo ini adalah di bilik ketiga yang bersebelahan tangga ke ruang atas. Kali terakhir dia dilihat sebelum hilang tanpa jejak kira-kira pukul 4 petang pada 26 Mac 1967. Keadaan bilik masih tidak berubah kecuali perabot yang telah ditukar untuk dijadikan penginapan tetamu.
Ads
Jim Thompson datang ke Cameron Highlands bersama Constance Mangskau pada 24 Mac 1967 dan menginap di Moonlight Bungalow bersama-sama pemilik, Dr. Ling Tien Gi dan isteri, Helen Ling rakyat Singapura. Terdapat dua laluan yang dikatakan telah dilalui Thompson sebelum dia hilang di dalam hutan berdekatan.
Ada yang kata semasa sedang treking, Thompson menuju ke Lutheran Mission Bungalow.
Selepas dilihat berada di situ, Thompson tidak lagi kelihatan selepas itu.
Saudagar Sutera Thai Berjaya
Ads
Jika masih hidup, umur Jim Thompson kini adalah 113 tahun. Kehilangannya juga ada dikaitkan dengan berbagai kisah dan teori, sama ada pengkhianatan, jenayah mahupun kisah-kisah mistikal. Semasa Perang Dunia Kedua, Jim Thompson telah direkrut oleh William Joseph Donovan dan dilantik sebagai pegawai bertauliah di dalam Jabatan Perkhidmatan Strategik (OSS) di mana pada tahun 1947 jabatan tersebut telah dibubarkan dan dikenali sebagai Agensi Perisikan Pusat (CIA).
Thompson yang fasih berbahasa Perancis telah menjalankan beberapa misi berbahaya di Perancis sewaktu pendudukan tentera Jerman. Selepas kemenangan di Eropah (7 Mei – 8 Mei, 1945), Thompson telah ditukarkan ke Sri Lanka. Dia dalam perancangan untuk ditempatkan di Thailand apabila tentera Jepun menyerah kalah dalam bulan Ogos – September pada tahun yang sama yang sekali gus menamatkan Perang Dunia Kedua. Thompson tiba di Thailand beberapa minggu selepas pihak Jepun menyerah kalah dan Thompson ditugaskan untuk menyelia pejabat OSS di Bangkok.
Setelah menamatkan khidmatnya bersama Tentera Amerika Syarikat, Jim Thompson kembali ke Amerika untuk membawa isterinya ke Thailand. Bagaimanapun isterinya enggan mengikutnya ke Thailand dan akhirnya mereka bercerai.
Thompson kembali ke Bangkok seorang diri, kemudian Thompson bekerja bersama beberapa orang pelabur Thai dan menubuhkan Thai Silk Company pada tahun 1947. Walaupun dia telah meninggalkan bidang ketenteraan dan perisikan, namun ramai yang mengesyaki Thompson masih melakukan kerja-kerja penyamaran untuk CIA.
Ads
Semasa Perang Vietnam, kawan rapatnya (juga merupakan rakannya di dalam OSS) iaitu General Edwin Black menjadi ketua operasi Tentera Udara Amerika Syarikat di Laos dan berpengkalan di Thailand. Thompson menumpukan sepenuhnya untuk menggiatkan semula industri kecil menenun sutera menggunakan tangan, yang merupakan kemahiran yang diwarisi oleh wanita Thailand selama berkurun bagaimanapun ia sudah tidak lagi popular.
Thompson menemui kaum Cham yang beragama Islam, mahir dalam menenun sutera di kawasan Bankrua berhampiran Bangkok dan membekalkan mereka dengan alat-alat untuk menenun, mewarna dan bantuan teknikal. Thompson juga dikatakan membantu beribu-ribu penduduk miskin Thailand keluar daripada belenggu kemiskinan. Dia dikatakan memberikan sebahagian daripada saham-sahamnya dalam Thai Silk Company kepada penduduk-penduduk miskin ini.
Jim Thompson House, Bangkok
Jim Thompson House tersenarai sebagai 10 tempat wajib dilawati jika ke Bangkok, Thailand. Rumah Jim Thompson ini memang cantik kerana berunsur Thai dan campuran budaya asia selain menghadap sebatang sungai. Semasa hayat Jim Thompson, dia telah membeli 6 buah rumah tradisional Thailand dan dirangkumkan menjadi sebuah kediaman yang besar untuk didiami.
Selepas kehilangan Thompson, Thai Silk Company telah memindahkan operasinya ke Khorat, sebuah bandar yang menjadi pengkalan operasi untuk Tentera Di Raja Thailand. Rumah Jim Thompson di Rama 1 Road, Bangkok kini dijadikan sebagai muzium yang menempatkan beberapa ukiran dan hasil seni daripada Thailand yang dikumpul oleh Jim Thompson.
Jim Thompson juga dikenali sebagai pengumpul barang-barang seni. Pengunjung boleh datang meninjau rumah peninggalannya yang kini dijadikan muzium setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang.
Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih, dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini yang sudah 62 tahun negara mencapai kemerdekaan. Selepas mencapai kemerdekaan banyak kemajuan dan pembangunan membanggakan dicapai negara dalam pelbagai aspek.
Walau bagaimanapun, jangan dilupakan kesan sejarah yang menjadi mata dan saksi pembangunan negara kita. Ia memberikan penjelasan mengenai bagaimana bermula kewujudan Malaysia. Setiap negeri mempunyai bangunan bersejarah dibina ketika zaman kolonial yang sarat dengan kisah menarik dan memberikan identiti tersendiri. Jika di Kuala Lumpur Carcosa Seri Negara juga merupakan binaan bersejarah yang ramai terlepas pandang.
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
Pernah menjadi latar belakang kepada filem antarabangsa Crazy Rich Asians, Carcosa Seri Negara diangkat sebagai lokasi mahligai milik keluarga Nick Young (pelakon peneraju utama) dalam filem tersebut.
Carcosa Seri Negara yang dipercayai bernilai lebih RM1 bilion adalah rumah agam bersejarah yang pernah menjadi saksi kepada pemeteraian Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957. Bangunan ini sangat penting untuk dipelihara juga dipulihara kerana ia merupakan salah satu sejarah dan harus dijadikan warisan negara untuk generasi akan datang.
‘Tempat Amat Disayangi’
Carcosa dipercayai berasal daripada bahasa Itali bermaksud ‘tempat amat disayangi’ yang dibina Residen Jeneral British pertama di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu iaitu Sir Frank Swettenham. Ia dijadikan kediaman rasmi beliau dan Carcosa yang dibina pada 1896 dipulangkan kepada kerajaan Malaysia pada 1987. Carcosa Seri Negara pernah menjadi salah satu hotel utama di Kuala Lumpur suatu ketika tetapi telah pun menamatkan operasinya.
Carcosa dan Seri Negara adalah dua bangunan berbeza. Seri Negara yang dahulu dikenali sebagai King’s House pernah menjadi tempat persidangan Raja-Raja Melayu untuk menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu. Perjanjian itu juga menyebabkan kita membentuk kerajaan Persekutuan yang diguna pakai sehingga kini.
Carcosa adalah sebuah banglo mewah terletak berhampiran Tasik Perdana, Kuala Lumpur yang telah berusia lebih 100 tahun, kini semakin uzur dimamah usia. Manakala King’s House yang dibina pada tahun 1913 yang bersebelahan dengannya merupakan kediaman tetamu kenamaan suatu ketika dahulu. King’s House menjadi kediaman bagi tetamu yang terdiri daripada kerabat Diraja British apabila melawat Tanah Melayu.
Jadi Saksi Penting Sejarah Negara
Rumah agam mewah ini menjadi saksi kepada campur tangan British dalam pentadbiran di Tanah Melayu serta menjadi medan pertemuan dan perbincangan para pemimpin untuk menuntut kemerdekaan.
Selain itu, kedudukan Carcosa di puncak bukit menjadikan ia sebuah kediaman berprestij yang didiami Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Frank Swettenham serta menandakan Kuala Lumpur sebagai ibu kota bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
Sebelum kemerdekaan pada tahun 1946, Harold MacMichael yang dihantar oleh kerajaan British untuk menjayakan rancangan Malayan Union telah menjadikan bangunan ini sebagai kediaman dan bilik gerakan rancangan Malayan Union.
Laporan berita British mengembalikan Carcosa kepada malaysia menjadi berita muka depan Mingguan Malaysia pada tahun 1984.
Selepas kemerdekaan terdapat desakan daripada rakyat supaya bukit dan bangunan Carcosa yang menjadi milik British diserahkan kembali kepada kerajaan Malaysia demi ‘maruah negara’. Kerajaan Britain bersetuju menyerahkannya semula pada tahun 1984. Ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri telah menerima kembali bagi pihak kerajaan Malaysia.
Trivia
Sir Frank Swettenham telah membina kediaman di Bukit Carcosa sebagai lambang kasih sayang terhadap isterinya Sydney Swettenham yang amat dicintainya. Kediaman di Bukit Carcosa itu dianggap mahligai cinta yang tidak terhingga terhadap Sydney. Malah Tasik Perdana sebelum ini juga telah diberi nama Sydney Lake sempena nama isterinya. Sehingga hari ini, ramai yang mengatakan mereka seringkali melihat kelibat ‘entiti’ Sydney Swettenham berada di kawasan sekitar Carcosa Seri Negara.
Ini villa yang berkonsepkan bali di Pantai Klebang, Melaka. Bila anda masuk ke halaman rumah, ada muzik ala balinese yang memang betul-betul menggambarkan suasana di Bali.
Kembali Villa Melaka
Dari sudut dekorasi ruang rumah, semua berkonsepkan Bali. Baik dari dalam dan luaran rumah. Perabot dan design rumah memang sangat cantik. Yang penting memang setiap sudut cantik sangat kalau nak ambil gambar.
Kelengkapan dapur untuk memasak. Untuk anda enjoy waktu makan-makan, disediakan juga bbq set jika anda rasa nak buat bbq. Tv lengkap dengan netflix dan wifi di seluruh kawasan rumah.
Ada private pool yang sangat luas, kemudian banyak board games yang disediakan untuk yang bawa keluarga.
Dari sudut kebersihan, anda memang akan selesa, daripada ruang tamu, dapur, bilik dan juga tandas.
Ya, kira ini tempat yang cantik dan selesa untuk bawa keluarga tersayang atau nak buat family gathering atau sebarang majlis tertentu.
Villa ini ada 5 bilik (2 bilik with bathtub). Kawasan rumah yang bersih. Nak masak pun disediakan kawasan masak dengan semua kelengkapan lain untuk memasak. Paling best, konsep yang diwujudkan. Memang rasa macam dekat Bali.
Untuk keluar berjalan ke bandar hilir ambil masa dalam 15 minit sahaja.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...