Ketika ini boleh dikatakan semua lokasi tumpuan pelancong meriah dengan kehadiran pelancong domestik yang memenuhi destinasi tersebut.
Industri pelancongan kembali bernafas semula untuk beberapa bulan ini setelah sepi ketika Perintah Kawalan Pergerakan akibat pandemik COVID-19. Dalam keseronokkan orang ramai ber’cuti-cuti Malaysia’, ada beberapa kemalangan kecil yang berlaku meragut sedikit kegembiraan setengah-setengah individu.
Pada 4 September 2020, kejadian perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan tiga gerabak komuter bergesel berhampiran Stesen Kuang telah mengancam keselamatan 122 penumpang. Dalam kejadian jam 6.37 petang Jumaat itu, seorang penumpang komuter cedera ringan dan diberi rawatan kecemasan oleh kakitangan KTMB di Stesen Kuang. Insiden itu menjejaskan jadual perjalanan untuk tempoh beberapa hari, namun tidak menyebabkan perubahan besar kepada jadual. Buat masa ini, kelewatan tersebut hanyalah berlaku apabila tren-tren yang berkaitan melalui kawasan lokasi kemalangan. Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sedang menyiasat punca kejadian dan masih belum dapat dikenal pasti buat masa ini.
Insiden pada 6 September 2020 pula, seramai 200 penumpang feri ke Pulau Langkawi terkandas hampir lima jam di 0.5 batu nautika di perairan Kuala Perlis selepas tali sauh dan kipas enjin feri yang dinaiki mereka tersangkut lumpur berikutan air cetek. Kejadian itu dikatakan berlaku pada 7.30 pagi selepas feri terbabit memulakan perjalanannya yang pertama dari Terminal Feri Kuala Perlis kira-kira 10 minit sebelum itu. Feri berkenaan tiba-tiba terhenti dan seperti tersangkut pada sesuatu hingga tidak mampu meneruskan perjalanan. Suasana di dalam feri ketika itu sedikit kecoh berikutan kanak-kanak dan warga emas panik dan ada yang menangis selepas seorang daripada kru feri memaklumkan bahawa tali sauh terjatuh dan tersangkut pada kipas enjin. Keadaan air cetek juga menyebabkan feri tidak dapat meneruskan perjalanan.
Ads
Semoga kemalangan kecil ini tidak menyebabkan orang ramai ‘takut’ untuk meneruskan percutian yang telah dirancang. Insiden sebegini diharap tidak menjejaskan industri pelancongan kita yang baru sahaja kembali bernyawa!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Ada berita baik buat anda yang ingin mengurangkan kesesakan jalan raya atau memendekkan tempoh perjalanan semasa musim cuti sekolah ini dengan menggunakan Lebuhraya Persisitan Pantai Barat (WCE).
Jajaran Seksyen 5 Lebuhraya Persisiran Pantai Barat dari Persimpangan Bertingkat Lebuh Raya Pintasan Selat Klang Utara Baru (NNKSB) ke Persimpangan Bertingkat Bandar Bukit Raja telah pun dibuka kepada pengguna mulai semalam (10 Disember 2019).
Pembukaan seksyen berkenaan adalah yang ketiga selepas laluan Hutan Melintang ke Teluk Intan dan Kampung Lekir ke Beruas di Perak dibuka pada Mei dan September lepas.
Tujuan utama projek ini dibina adalah khusus untuk menyokong keperluan pembangunan di pantai barat di samping menyediakan lebuh raya yang selesa untuk para pengguna. Strukturnya yang dibina bercantum dengan jalan-jalan persekutuan dan lebuh raya lain menjadikan ia satu-satunya lebuh raya yang cukup ideal dari segi memendekkan jarak perjalanan sekaligus menjimatkan masa serta kos.
Pembinaan lebuh raya berkenaan telah mencapai 71 peratus siap dari segi pembangunan dan pembinaan di mana ia telah dibuka secara berperingkat bermula pada Mei lepas.
Sambutan Aidiladha bakal disambut oleh umat Islam pada Ahad ini. Ramai yang mengatakan sambutan perayaan ini sangat meriah disambut di negeri Pantai Timur terutama negeri Kelantan.
Ini mendorong ramai penduduk luar Kelantan bersesak-sesak kembali ke Negeri Cik Siti Wan Kembang menjadikan Kelantan padat sehinggakan perjalanan jarak dua kilometer mengambil masa sejam di beberapa kawasan perbandaran. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu pula boleh mencapai 18 jam menjelang perayaan ini.
Oleh itu sempena perayaan Aidiladha Lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai pakej 2A dari Kadok ke Ketereh akan dibuka sementara selama seminggu bermula hari ini.
Laluan berkenaan akan dibuka bermula jam 3 petang hari ini (Jumaat) sehingga 10 pagi 15 Ogos ini. Pembukaan sementara laluan ini dibuat bagi memberi kemudahan dan keselesaan pengguna jalan sempena musim perayaan (Aidiladha).
Bagaimanapun ia akan ditutup semula pada hari Khamis ini bagi urusan selanjutnya. Diharap pengguna dapat mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya
Jumlah kerugian dialami sektor pelancongan akibat COVID-19 pada dua bulan pertama tahun ini dianggarkan sebanyak RM3.37 bilion. Penularan COVID-19 itu turut menyebabkan banyak pakej pelancongan dibatalkan sekali gus menjejaskan pekerja syarikat-syarikat penerbangan dan perhotelan.
Turut berkongsi pandangan, Presiden Persatuan Pelancongan Dalam Malaysia (MITA), Uzaidi Udanis yang menegaskan situasi kini adalah yang paling teruk memberi kesan kepada industri pelancongan:
Foto: Bernama
Kita tak boleh menerima seorang pelancong pun dan syarikat-syarikat pelancongan masih perlu membayar operasi perniagaan seperti gaji pekerja dan sewa pejabat.
MITA sentiasa berkomunikasi dengan pihak kerajaan seperti Kementerian Pelancongan, Kementerian Kewangan dan Unit Perancangan Ekonomi untuk berbincang bagaimana pihak kerajaan boleh membantu penggiat industri semasa krisis ini.
Kami berpuas hati dengan segala inisiatif kerajaan untuk membantu kami. Tetapi kami berharap pihak kerajaan boleh membantu pekerja-pekerja separuh masa seperti pemandu pelancong yang tidak bergaji tetap dan tidak mempunyai akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Mereka ini adalah kumpulan yang terkesan akibat Covid-19.
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan, pihak MITA bersama dengan Malaysia Productivity Corp (MPC) turut menganjurkan seminar online dan menjemput penceramah khas untuk mengajar penggiat industri pelancongan.
Industri pelancongan adalah antara industri yang sangat penting dalam menjana ekonomi negara dan Malaysia adalah antara negara popular yang dilawati oleh pelancong antarabangsa. Kami terperanjat kerana sudah mula menerima pertanyaan mengenai pakej pelancongan daripada ejen-ejen negara China untuk bulan September. Ini bermaksud, pelancong-pelancong dari negara China sangat yakin yang Malaysia akan pulih daripada wabak Covid-19 secepat mungkin.
Foto Hak Milik Majalah Libur
Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Datuk Tan Kok Liang pula berkata, sektor pelancongan amat terkesan dan mengalami kemerosotan teruk akibat wabak Covid-19.
Foto: matta.org.my
Pada bulan Mac pendapatan sektor pelancongan sangat merosot disebabkan banyak pembatalan tempahan pelancongan sama ada dari dalam dan luar negara disebabkan kawalan pergerakan bukan sahaja di Malaysia malah di beberapa negara utama dunia.
Untuk bulan April, Mei dan Jun kita harus tunggu dan lihat sama ada virus Covid-19 ini dapat dikawal. Sekiranya dapat dikawal, kita akan dapat melihat pemulihan perlahan-lahan bermula bulan Julai hingga Disember. Berkemungkinan kita akan dapat kembali pulih tahun depan.
Pihak MATTA akan menyerahkan cadangan kepada kerajaan berhubung masalah utama iaitu aliran tunai yang nazak dan keputusan berkaitan para pekerja.
Kami menulis kepada kerajaan sekiranya terdapat skim pengekalan pekerja. Di United Kingdom misalnya, 80 peratus gaji ditanggung oleh kerajaan, MATTA pula mencadangkan 60 peratus gaji ditanggung kerajaan. Namun kita tunggu pengumuman terkini pakej rangsangan ekonomi oleh Perdana Menteri pada 30 Mac ini.
Keputusan oleh Kementerian Pelancongan untuk membatalkan kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 merupakan keputusan tepat kerana buat masa ini kempen tersebut tidak mampu untuk mencapai sasaran yang diingini.
Sekiranya Covid-19 berjaya diatasi, keyakinan untuk mengembara pasti akan pulih namun apa yang tidak pasti ialah bila? Saya harap suku akhir tahun (Oktober, November, Disember) akan menyaksikan masyarakat dunia kembali berasa yakin dan selamat untuk melancong.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...