Vince Focarelli Dilahirkan di Itali, kemudian berpindah ke Adelaide, Australia ketika enam tahun dan menetap selama 36 tahun disana.
Vince menjadi ketua gengster (kumpulan motorsikal) Comancheros. Kemudian keluar dan membentuk kumpulan baru New Boyz dan membawa masuk anaknya Giovanni ke dalam kumpulannya.
Ads
Imej lama Vince
Vince asalnya Katholik Kristian. Dalam kalangan ahli kumpulannya, ada berbangsa Arab dan bercerita tentang Nabi Isa mengikut kaca mata Islam. Vince, yang berpegang kuat kepada Jesus (Nabi Isa) berasa percanggahan dan mula mengakui kebenaran Islam. Vince memeluk Islam. Namun Islam hanya pada nama. Vince masih dengan aktiviti dunia kumpulan gengster.
Pergaduhan antara kumpulan gengster meyaksikan enam cubaan bunuh Vince, satu daripadanya menggunakan bom.
Puncak keperitan hidup Cubaan bunuh kali ini; Vince ditembak empat kali.
-Dua tembakan ke rusuk kiri tembus ke bahu belakang kiri. Rusuk patah. -Satu tembakan mengenai kepala kiri, antara mata dan telinga, peluru tertanam di tengkorak -satu tembakan mengenai leher belakang kiri
Cubaan bunuh Vince dahulu
Ads
Anak lelaki Vince; Giovanni terkena tembakan di jantung. Vince memandu lari dari kawasan tembakan sambil lakukan CPR, namun anaknya meninggal dunia.
Ketika itu, Vince mengucap kalimah “La Ilaha Illallah”. Vince muntah darah lalu menyedari ditembak serta mengucapkan “La Ilaha Illallah” berulang kali kerana merasakan kematian makin hampir. Namun nyawa Vince panjang.
Vince dimasukkan ke wad. Empat hari menahan kesakitan rusuk patah, tidak boleh melepaskan geram, menangis, atau sedikit pergerakan membawa keaskitan yang amat. “Aku rela ditembak dari menahan kesakitan patah rusuk,” ujar Vince.
Hari kelima Vince gagah bangun. Cuba menyelinap keluar hospital, Vince ditahan polis atas tuduhan miliki dadah, walaupun bukan miliknya. Vince disumbat ke penjara.
Ads
Fahami Islam dalam penjara Waktu paling sukar dalam hidup. Keresahan, ketakutan, rasa bersalah, dendam semuanya menghantui diri. Ketika ini Vince mula membaca Al-quran dan memahami Islam serta mengenal Allah.
Permulaan baru Selepas dibebaskan, Vince sudah berubah sepenuhnya. Mula ke masjid dan mengikuti ajaran Islam, Vince dan isteri membuka restoran halal. Dengan nama Islam Vince Abdul Salam Focarelli, Vince kini kini mendapat kehidupan yang tenang setelah kembali mengamalkan Islam dalam setiap aspek kehidupan dan meninggalkan terus dunia gengster.
Vince santai bersama kenalan di Malaysia
Segalanya lancar beberapa ketika namun ada yang kurang senang setelah Vince mengamalkan Islam sepenuhnya.
Vince dijatuh hukuman deportasi (dihalau); menjadikan dirinya tidak lagi boleh tinggal di Australia. Vince telah kembali ke negara asalnya iaitu Itali. Selepas beberapa ketika, takdir Vince kini di Malaysia
Vince berkongsi pengalaman
Vince di Malaysia sejak awal tahun ini dijemput ke pelbagai majlis ilmu bercerita pengalaman beliau memilih Islam dan mengenal Allah.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Semalam, DBKL memaklumkan waktu operasi premis perniagaan (kedai makan dan kedai serbaneka) di Kuala Lumpur masih kekal sehingga pukul 12 tengah malam sepanjang tempoh Perintah Kawasan Pergerakan Pemulihan (PKPP) walaupun telah diumumkan oleh kerajaan untuk dilanjutkan sehingga pukul 2 pagi.
Orang ramai dan peniaga yang berada di sekitar Kuala Lumpur terpaksa akur dengan keputusan itu, walaupun sangat berharap tempoh masa operasi dapat dilanjutkan.
Tidak sampai 24jam, Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersetuju membenarkan premis-premis makan dan kedai serbaneka di Kuala Lumpur beroperasi hingga pukul 2.00 pagi mulai 15 September 2020.
Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata perkara itu selari dengan keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) melalui Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis lalu.
"Saya berbincang dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham A Dahlan sebentar tadi kerana MKN sudah memberi kelonggaran itu. Peniaga telah kerugian banyak, kalau perniagaan tidak mengancam keselamatan sebagaimana yang dinilai oleh MKN, saya bersetuju supaya pihak DBKL membenarkan, buka sampai pukul 2.00 pagi. Tetapi SOP mesti dipatuhi sepenuhnya," katanya.
Jangan terlampau gembira ya dengan pertukaran waktu operasi premis perniagaan, paling penting kita jaga kita!
image via goole | sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bagi yang suka hiking dan tinggal di Lembah Klang atau Selangor, Seperti tahun-tahun terdahulu Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) baru-baru ini telah mengeluarkan notis larangan untuk sebarang aktiviti pendakian dan rekreasi atau hiking di dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) di negeri itu ekoran tibanya musim tengkujuh.
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh Jabatan tersebut di akaun Facebook rasmi pada minggu lalu, JPNS memaklumkan bahawa semua laluan pendakian serta aktiviti rekreasi di dalam hutan Simpanan Kekal adalah tidak dibenarkan dan ditutup kepada umum.
Notis tersebut berkuat kuasa bermula 1 November ini dan sehingga 3 bulan dari tarikh tersebut iaitu pada 31 Januari 2023. Pembukaan semula hutan simpan ini akan dimaklumkan kelak selepas musim tengkujuh.
Dalam notis tersebut juga, JPNS menyatakan penutupan tersebut dibuat sebagai langkah keselamatan dan berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang kemungkinan kejadian mahupun kemalangan yang tidak diingini berlaku berikutan musim tengkujuh nanti.
Penutupan tersebut merupakan prosedur rutin yang dilakukan setiap tahu apabila tibanya musim tengkujuh dimana hujan lebat dijangka turun pada waktu tersebut setiap tahun.
Antara Hutan Simpan yang terkenal untuk aktiviti hiking di Selangor termasuklah:
Bukit Broga
Gunung Hitam
Gunung Nuang
Bukit Kembara
Rawang Templer Park
Bukit Kutu
Sungai Congkak
Taman Rimba Ampang
Taman Rimba Kanching
Sungai Tekala
Untuk maklumat lanjut tentang lokasi HSK yang ditutup boleh hubungi talian talian 03-55447000, 03-55447507 atau e-mel admin_eco_park@forestry.gov.my,
Bagi yang suka hiking, sebaiknya tangguh dulu aktiviti sebegini kerana cuaca sekarang yang tidak menentu dan sering hujan.
Negara terapung pertama dunia yang bakal dibangunkan di Lautan Pasifik menjelang 2022 sudah mula menawarkan mata wang kripto yang akan digunakan untuk membeli hartanah di kawasan unik itu.
Rancangan yang diilhamkan oleh pengasas Paypal, Peter Thiel akan menyaksikan pembinaan bandar dengan 300 buah rumah, hotel, restoran dan pejabat di atas kawasan perairan Lautan Pasifik berhampiran Pulau Tahiti.
Pelabur kini boleh mengambil bahagian dalam pembelian mata wang kripto Vayron yang akan dikeluarkan oleh Seasteading Institute untuk mendapatkan hartanah di kawasan itu. Mata wang kripto diperlukan untuk proses pembelian dan pemilikan hartanah, rumah dan beberapa lagi aset di kawasan itu daripada syarikat Blue Frontiers.
Dana yang diperoleh daripada pelabur akan dibahagikan kepada beberapa aktiviti pembangunan melibatkan reka bentuk kejuruteraan zon laut dan pentadbiran awam. Kerja-kerja pembinaan bandar utopia itu akan bermula sebaik sahaja majlis tandatangan perjanjian dengan kerajaan Polinesia Perancis diadakan.
Presiden Seasteading Institute, Joe Quirk memberitahu portal Business Insider, selain misi utama untuk membebaskan manusia daripada ahli politik, pasukannya turut memberikan tumpuan kepada fenomena perubahan iklim dalam merealisasikan rancangan pembinaan bandar tersebut. Kumpulan itu kini melihat pembinaan bandar berkenaan sebagai cara hidup baharu ekoran fenomena peningkatan paras laut yang dijangka melebihi 1.83 meter menjelang akhir abad ini.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...