Jika di Thailand terkenal dengan festival tahunannya, Songkran, Korea Selatan juga tidak ketingggaln dengan festivalnya yang popular iaitu Festival Lumpur Boryeong. Kedengarannya kotor dengan lumpur bergelumang di tubuh namun ternyata begitu menarik perhatian pelancong serata dunia.
Festival yang dimulai sejak 1998 ini kembali berlangsung kembali dan mampu menarik jumlah pelancong antarabangsa paling ramai untuk berkunjung ke Korea Selatan. Tahun ini festival ini memasuki tahun ke-20, dan berlangsung dengan meriah dari 21 hingga 30 Julai 2017 di persekitaran pantai Daecheon, Chungnam. Festival ini dinobatkan sebagai festival paling popular di kalangan pelancong asing.
Bermula sebagai festival tempatan akhirnya menjadi festival global. Festival Lumpur Boryeong berkali-kali menjadi juara festival terbaik di Korea Selatan dari tahun 2008 hingga tahun 2010. Sejak tahun 2015, festival ini akhirnya menjadi festival global. Ribuan orang dari warga tempatan juga pelancong asing turun ke Pantai Daecheon di Boryeong, Korea Selatan untuk merayakan festival ini.
Manfaat lumpur
Keadaan geografi wilayah Boryeong yang merupakan daerah pantai yang menarik dilimpahi lumpur halus. Penduduk tempatan percaya bahawa lumpur dari Boryeong memiliki kesan positif pada kulit kerana kandungan mineralnya.
Ads
Awal diadakan festival ini ialah pada 1996 ketika pelbagai produk kosmetik dibuat menggunakan lumpur dari Boryeong. Kosmetik tersebut kaya dengan mineral, bentonit dan geranium. Bagi mempromosikan produk kosmetik itu, mulai 1998 dikenali festival Boryeong.
Pantai dengan pasir putih yang memanjang lebih dari dua kilometer itu sesak dipenuhi masyarakat tempatan dan pelancong asing, sama ada sekadar berjemur mahupun bermain air dan pasir. Maka tidak perlu bimbang akan kotor atau jijik apabila lumpur melumuri tubuh kerana kandungan di dalamnya mampu mencantikkan kulit.
Ads
Mandi Lumpur Jadi Tradisi Budaya
Bagi merasakan pengalaman dan manfaat-manfaat lumpur Boryeong, para pengunjung mengambil kesempatan untuk membenamkan diri dalam lumpur dalam suasana hebat di festival ini. Tidak ketinggalan mereka turut merasai kehebatan meluncur dengan papan di lumpur malah berenang dalam kolam lumpur.
Ads
Banyak sekali kegiatan yang diadakan di festival itu. Antaranya bermain lumpur di penjara, body painting dengan beraneka warna lumpur, serta yang paling hebat dan ditunggu kebanyakan orang ialah gusti di lumpur. Inilah momen terbaik untuk lensa kamera merakamkan detik dan aksi pengunjung yang pelbagai yang hanya terjadi sekali dalam setahun. Pesta main lumpur ini semakin mengasyikkan.
Pengunjung leka dalam kegilaan main lumpur, saling melempar lumpur dan melumuri sekujur tubuh dengan lumpur yang ada. Bagi mereka yang rasa bertenaga boleh mencuba program latihan lupur marin, sementara mereka yang sekadar mahu bersantai boleh bermain di zon urutan berlumpur.
Pada sebelah petang, muzik dan bunga api menghiasi aktiviti dan parti yang diadakan di kawasan pantai. Konsert K-Pop memeriahkan pembukaan Festival Lumpur Boryeong kali ini. Acara tersebut juga ditayangkan oleh stesyen televisyen tempatan. Walaupun keletihan bermain lumpur di siang hari, namun acara muzik di sebelah malam melengkapi festival kali ini. Ternyata festival ini memberi kepuasan buat pengunjung.
INFO: Untuk berkunjung ke Boryeong dari Seoul, pengunjung boleh menaiki bas, teksi dan kereta dalam tempoh waktu sekitar satu jam pemanduan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Terletak di sebuah rumah agam di Lebuh Gereja, Georgetown, Muzium Peranakan Pulau Pinang mempamerkan warisan budaya kaum Peranakan.
Rumah agam tersebut pernah dimiliki oleh seorang usahawan berbangsa Cina yang bernama Kapitan Chung Keng Kwee pada abad ke-19. Rumah agam ini telah lama dilupakan namun berjaya dibangunkan semula apabila seorang arkitek tempatan yang bernama Peter Soon membeli rumah agam tersebut dan melakukan kerja-kerja membaik pulih lalu menempatkan lebih 1,000 koleksi pameran artifak kaum Peranakan di Pulau Pinang. Menariknya tentang lokasi ini, ia pernah menjadi lokasi penggambaran filem hit, Crazy Rich Asians dan rancangan realiti Amazing Race.
Legasi, budaya dan keunikan gaya hidup baba dan nyonya di Malaysia sememangnya tidak pernah lekang dek panas matahari sejak abad ke 15. Asimilasi budaya Cina bersama budaya tempatan di Tanah Melayu melahirkan keunikan tersendiri dari sudut agama, budaya, pakaian, masakan, perkahwinan dan sebagainya. Rumah Peranakan Penang ini dapat memberikan gambaran yang lebih dekat dan realiti tentang dunia sebenar Peranakan di Malaysia.
Waktu Operasi: Isnin – Ahad : 9.30 pagi – 5.00 petang
Bayaran Masuk:
Dewasa : RM 20
Kanak – Kanak ( 6 – 12 tahun ) : RM 10
Kanak – Kanak ( bawah 6 tahun ) : PERCUMA
Lokasi : 29, Church St, George Town, 10200 Pulau Pinang
Foto: Google Image
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bayangkan anda berada di sebuah rumah di tengah sawah padi yang menghijau sambil dibelai oleh tiupan angin sepoi-sepoi bahasa yang cukup mendamaikan jiwa.
Tidak cukup dengan itu, anda juga boleh mencuba hidangkan menu ala kampung sebenar seperti nasi panas, ikan puyu pekasam, ikan bakar bersama air asam dan juga ulam-ulaman segar setiap kali waktu makan. Sambil bersantap di bawah pohon-pohon merimbun sambil melihat sawah padi yang terbentang luas dan dihiburkan pula dengan kicauan unggas. Sesekali kedengaran pula bunyi cengkerik dan riang-riang.
Pemandangan yang mengasyikkan dan kedamaian yang menanti anda ini bukan khayalan, sebaliknya boleh dinikmati jika anda menginap di Homestay Ujung Bukit, nun di utara semenanjung Malaysia iaitu negeri Perlis.
Bagi yang gemarkan aktiviti pertanian atau ingin merasai bagaimana kehidupan petani di kampung, anda berpeluang menikmatinya di sini dengan melihat kehidupan seharian masyarakat kampung seperti menjalankan aktiviti pertanian, menangkap ikan bahkan memasak masakan tradisional. Ada beberapa aktiviti menarik yang bileh dilakukan di sini seperti memancing ikan atau boleh memilih untuk berjalan kaki dan menggunakan basikal untuk mengelilingi kawasan kampung dan melawat sawah padi. Jangan lupa untuk mengambil gambar disekitar sawah padi yang menghijau!
Homestay Kampung Ujung Bukit
Jalan Kurong Batang,
01000 Kangar, Perlis
Hubungi: En. Ed (012-448 6305) / Puan Faezah (017-5986504)
Anda yang nak pergi ke luar negara lagi-lagi ke negara sejuk tu saya sarankan untuk cuba dan rasa dulu macam mana perasaan berada dalam kesejukan -6 darjah celsius di Snow World Genting.
Suhu -6 darjah celsius tau! Bukan 16 darjah celsius macam suhu penghawa dingin yang ada di rumah. Kalau anda rasa boleh terima dengan tekanan suhu di bawah takat beku di Snow World Genting, anda saya boleh kata lulus untuk pindah terus duduk di negara bermusim sejuk. Hehehe.
Baru-baru ni saya berkesempatan untuk datang dan menyertai cabaran yang dianjurkan oleh pihak Snow World Genting – siapa yang paling dapat bertahan paling lama dalam ‘peti sejuk’ -6 darjah celsius tu.
Fuh! bukan biasa-biasa untuk anda kekalkan mental dan fizikal di tahap terbaik untuk bertahan di suhu sesejuk itu. Saya sendiri hanya mampu bertahan selama 3 jam 20 minit sahaja! (lama juga sebenarnya tu, hehehe)
Yela, itu pun sebab saya ni orang muda. Makcik-pakcik mana yang ada ikut serta dalam pertandingan tu belum 30 minit pun dah ada yang mengalah. Biasalah, mungkin faktor usia membataskan mereka untuk berada lama di dalam Snow World Genting.
Pengalaman saya semasa berada di sana untuk cabaran tersebut ingin saya kongsikan kepada semua pembaca Libur agar semua dapat mengambil sedikit info di sini sekiranya anda ingin ke sana kelak.
Snow World Genting ini adalah taman permainan bertemakan musim sejuk yang terbesar di Malaysia dengan keluasan 22,800 kaki persegi. Dulu ianya pernah tutup untuk satu tempoh kerana pengubahsuaian dan selepas projek itu selesai, tempat ini kembali di buka kepada pengunjung dan boleh memuatkan seramai 250 pengunjung dalam satu-satu masa.
Ada banyak aktiviti yang boleh anda lakukan di sana. Kalau anda bawa kanak-kanak, tak usah cerita la. Daya kreativiti diorang mungkin akan membuatkan anda semput berkejar ke sana ke mari untuk memantau pergerakan mereka.
Antara aktiviti yang paling menarik untuk anda lakukan bersama si cilik adalah sliding menggunakan pelampung dari tingkat atas. Snow World ini mempunyai beberapa lapis tingkat dan sliding yang saya katakan ini akan dilepaskan di tingkat yang atas ke bawah. Cukup mengujakan untuk kanak-kanak!
Ada mural yang diletakkan di sekeliling ruangan dalam Snow World Genting ini untuk memberikan anda satu perasaan dan berasa seperti berada di luar negara. Mural ini juga termasuk dengan banyak hiasan dalaman yang lain dan peluang untuk ke sini jangan dilepas tanpa sekeping gambar kenang-kenangan bersama rakan-rakan anda.
Kalau anda nak ke sini satu hari nanti, tempat ini dibuka setiap hari dari pukul 9.30 pagi hingga 11.30 malam dan saya cadangkan kepada anda untuk memakai seluar yang tebal dan bawa sepasang stokin lebih untuk dipakai.
Sekalipun baju sejuk, sarung tangan, sarung kepala dan kasut ada dibekalkan kepada setiap pengunjung yang datang, percayalah cakap saya, kesejukan yang ada masih tembus dan boleh membuatkan anda menggigil!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...