Cameron Highlands pusat peranginan yang sering menjadi tumpuan ramai ketika hujung minggu dan juga musim percutian. Tanah tinggi dengan cuaca yang segar dan sejuk membuatkan tempat ini menjadi pilihan untuk bercuti.
Banyak pilihan penginapan yang ada di Cameron Highlands untuk setiap pengunjung yang datang, untuk anda yang nak cuba Glamping, camping atau tidur di dalam caravan, bolehlah ke Stellar Golden Hill, Cameron Highlands.
Kredit Foto: Heart Patrick
Baru sahaja dibuka kepada umum penghujung tahun lalu, tempat ini memang sesuai untuk anda yang sukakan adventure. Malah buat camper yang baru sahaja berjinak-jinak dengan camping gear juga sesuai.
Antara pilihan penginapan yang ada di sini:
Caravan
Ads
Caravan ada dua jenis. Cozy Caravan dgn Nest Caravan. Kedua-duanya boleh memuat kan sehingga tiga orang dewasa dan satu kanak-kanak. yang membezakan kedua caravan ini adalah lokasi dan saiz serta harga.
Cozy Caravan lebih besar banding dengan Nest Caravan dan mempunyai pemandangan yang lebih cantik kerana terletak di tempat yang sedikit tinggi. Setiap caravan mempunyai tandas sendiri untuk kegunaan setiap penginap. Jadi tak perlu risau ada privacy.
Kredit Foto: Heart Patrick
Glamping
Ads
Ada 3 jenis glamping tent iaitu Hexagon tent (2 orang), Luxe tent (3 orang), dan Cottage tent (4 orang). Tetamu glamping tent juga turut disediakan tandas namun perlu berkongsi dengan tetamu dari tent yang ada. Jangan risau kerana tandas dan bilik mandi di sini disediakan pemanas air.
Tetamu yang menginap di caravan dan juga glamping boleh memilih pakej bersama sarapan dan juga BBQ dinner.
Bagi yang nak camping, anda perlu membawa kelengkapan sendiri dan setup di tapak khemah yang disediakan. Berkonsep first come first serve jadi anda boleh pilih tapak khemah yang anda sukai. Harga dicas mengikut perseorangan dan untuk kanak-kanak 12 tahun ke bawah adalah percuma.
Satu tapak hanya boleh memuatkan satu khemah sahaja dan turut disediakan tandas dan bilik mandi yang boleh dikongsi dengan camper yang lain.
Kredit Foto: Heart Patrick
Selain pilihan penginapan, paling buat sesiapa sahaja yang datang ke sini teruja adalah pemandangan indah yang akan anda nikmati apabila menginap di sini. Nak rasa sendiri vibe yang ada kat sini, bolehlah buat tempahan segera!
Pelayaran reakreasi merupakan aktiviti yang banyak disediakan di destinasi tumpuan pelancong untuk bersiar-siar melihat panorama indah menggunakan pengangkutan air. Selalunya kapal dan bot persiaran bersaiz kecil dan sederhana digunakan sebagai tarikan produk pelancong di kawasan tersebut.
Nak dikatakan terlalu mahal, rasanya tidaklah terlampau tinggi bayaran dikenakan. Tetapi harga yang dibayar berbaloi dengan kemudahan dan kepuasan pengunjung yang teringin bersiar-siar bersama tersayang. Ada beberapa destinasi yang terkenal dengan aktiviti ‘cruise’ ini di Malaysia seperti:
Bagi pengunjung yang mahu melihat sekitar Putrajaya dengan lebih menyeluruh, belayar dengan Cruise Tasik Putrajaya adalah pilihan yang tepat. Menerusi tasik yang berliku itu, pelawat boleh mengambil pelayaran persiaran untuk melihat keajaiban mercu tanda bandar dan pemandangannya. Untuk berlayar sambil menikmati pemandangan Putrajaya, pengunjung mempunyai dua pilihan kaedah pengangkutan apabila mengambil pelayaran Cruise Tasik Putrajaya iaitu dengan bot persiaran penumpang atau perahu berupa gondola yang dibentuk seperti perahu tradisi Melayu.
Antara mercu tanda yang dapat disaksikan ketika belayar termasuk Masjid Tunku Mizan Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Masjid Besi, Monumen Alaf Baru Kebangsaan, Masjid Putrajaya, dan Istana Hinggap Sultan Selangor. Selain bangunan, pengunjung berpeluang melihat keunikan sembilan jambatan yang cukup popular buat sesiapa yang berkunjung ke Putrajaya antaranya jambatan Seri Saujana, Seri Wawasan, Seri Gemilang dan Seri Perdana.
Di Kuching, bot persiaran yang megah menyusuri Sungai Sarawak pasti mencuri tumpuan ramai khususnya pengunjung yang sedang bersantai di tebing Kuching Waterfront. Penumpang akan dibawa menyusuri Sungai Sarawak selama satu jam setengah bermula di Kuching Waterfront, melepasi Jambatan Tun Salahuddin dan berakhir di Kubah Ria sebelum berpatah balik ke tempat permulaan. Bagi penumpang yang memilih pakej bersantai, mereka akan dijamu dengan pelbagai sajian tradisional seperti linut, sayur keladi dan ikan bakar selain makanan lain atas permintaan pelanggan. Bagi setiap perjalanan bot persiaran memerlukan sekurang-kurangnya 10 orang penumpang untuk menampung kos operasi.
Bot ini mengambil dan menurunkan penumpang di enam lokasi terpilih di sepanjang Sungai Sarawak iaitu di Jeti Sungai Bedil Besar, Pengkalan Sapi, Kampung Boyan, Tebingan Kuching, Kampung Lintang dan Kampung Paroh.
Jika ke Melaka, jangan lupa untuk memilih aktiviti menyelusuri Sungai Melaka menggunakan perkhidmatan Melaka River Cruise tidak kira pada siang atau malam hari. Anda berpeluang menikmati pemandangan bangunan dan rumah kedai peninggalan era Belanda, rumah-rumah tradisional Melayu dan banyak lagi pemandangan yang menarik peninggalan sejarah warisan dunia dengan aktiviti pelayaran ini. Tidak cukup dengan itu, pelbagai tarikan baru turut diwujudkan di sepanjang sungai antaranya kincir air dan air pancut muzikal untuk mempopularkan lagi Sungai Melaka di pentas antarabangsa.
Paling menarik, penumpang pasti teruja dapat melihat beberapa ekor biawak sebesar depa berkeliran dicelahan pokok payau bakau dan berpeluang melihat kakitangan Melaka River Cruise memberi haiwan ini makan sekitar waktu pagi dan petang. Sepanjang perjalanan selama 45 minit itu, cruise ini akan melalui tujuh jambatan iaitu jambatan Kampong Morten, jambatan stesyen bas espress lama, jambatan Hang Tuah, jambatan Pasar, jambatan Kampong Jawa, jambatan Chan Koon Cheng dan jambatan Tan Kim Seng.
Setiap jambatan yang dibina terdapat beberapa kisah menarik yang pasti akan dikongsi oleh pemandu Melaka River Cruise kepada pengunjung. Jika pelayaran bermula dari Taman Rempah ke Muara Sungai dan ia akan berakhir di Taman Rempah semula. Begitu juga sebaliknya, jika naik di Muara Sugai tengah bandar Melaka akan ke Taman Rempah dah pusing semula ke lokasi asal.
Port Dickson yang terkenal sebagai pantai peranginan negara bagi pelbagai aktiviti riadah turut menggamit pengunjung dengan aktiviti menarik iaitu menaiki feri menyusuri Selat Melaka. Bersesuaian dengan namanya, Sunset Cruise Port Dickson, perkhidmatan feri ini akan membawa pengunjung belayar sambil menyaksikan keindahan matahari terbenam.
Pelayaran yang merupakan produk pelancongan di Negeri Sembilan ini menjadi tarikan ramai pengunjung pantai peranginan termasuk pelancong yang inginkan kelainan memandangkan pelayaran tersebut membawa penumpang sejauh 13 batu nautika dari pantai menyusuri Selat Melaka. Pengalaman pelayaran ini akan bermula dari Jeti Penumpang Jabatan Laut, Port Dickson seterusnya menyusuri pantai-pantai utamanya sehingga ke perairan antarabangsa apabila keindahan matahari dipertontonkan ramai.
Antara daya tarikan alam semula jadi di Langkawi yang menarik untuk mengisi masa percutian anda ialah menyaksikan khazanah hutan bakaunya. Kebanyakan hutan bakau terletak di lokasi Kilim Geoforest Park dengan sejarah kewujudan menjangkau 400,000 tahun. Pengunjung yang ke sini boleh memilih untuk menyusuri hutan bakau Sungai Kilim dengan menggunakan bot sebagai pengalaman percutian. Keindahan persekitaran hutan bakau ini membolehkan Kilim terpilih sebagai lokasi penggambaran untuk banyak filem tempatan dan antarabangsa.
Pelancong yang mengambil pakej menyusuri Sungai Kilim juga berpeluang di bawa ke Gua Kelawar yang menganjur sejauh 60 meter dengan dua pintu masuk yang saling bertemu. Ia dihuni beribu-ribu kelawar buah. Jambatan kayu dibina untuk memudahkan pelawat keluar masuk. Pengunjung dinasihatkan memakai sandal kerana sebahagian lantai di pintu masuk gua ini digenangi air. Selepas melawat gua, berehatlah sementara di dangau sambil mengambil peluang melihat persekitaran hutan bakau dari jarak dekat.
Bagi memberi kelainan, buat pengunjung yang berada di Pahang, bawa keluarga anda mengintai aktiviti larut malam di Kuantan iaitu dengan menyusuri Sungai Kuantan menaiki River Cruise untuk melihat lebih dekat ribuan kelip-kelip yang hinggap di pokok berembang di tepi sungai.
Sepanjang menyelusuri sungai itu, tiada sebarang cahaya melalui kamera atau lampu suluh dibenarkan bertujuan mengelak habitat tersebut daripada berasa terganggu dengan kehadiran pengunjung. Lokasi ini semakin mendapat sambutan selepas orang ramai mengetahui tentang kewujudan habitat serangga itu di situ. Dengan bayaran kurang dari RM40, pengunjung dapat menikmati panorama itu selama kira-kira sejam.
Terengganu menawarkan satu lagi aktiviti menarik kepada pengunjungnya iaitu pelayaran menyusuri Sungai Terengganu. Melalui pelayaran ini pengunjung akan dibawa menyusuri sungai berkenaan untuk melihat kehidupan nelayan dan rakyat Terengganu.
Mereka juga akan dapat melihat beberapa bangunan dan seni bina Terengganu seperti Jambatan Sultan Mahmud, Bazar Warisan, Kampung Cina, Pengkalan Keropok Losong dan Hotel Ri-Yaz Resort. Perkhidmatan pelayaran ini disediakan sebagai aktiviti sampingan untuk pengunjung selepas melawat Taman Monumen untuk menyusuri Sungai Terengganu sejauh kira-kira dua kilometer yang mengelilingi Pulau Duyong dan kampung sekitarnya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sungai Lembing, Pahang cukup terkenal kerana merupakan lokasi lombong bijih timah paling dalam di dunia. Namun, disebalik kesan tinggalan sejarah itu, terdapat rahsia alam yang mampu menarik perhatian ramai pecinta alam iaitu Air Terjun Pelangi terletak 16 kilometer dari Bandar tersebut.
Air Terjun Pelangi bukan sahaja menjadi destinasi utama penduduk tempatan bersantai malah sangat terkenal dalam kalangan pengunjung luar lebih-lebih lagi setelah menjadi viral di sosial media.
Bagi tujuan berlibur dan berekreasi pada hujung minggu, para pencinta alam semulajadi dan yang berjiwa adventure pasti memilih lokasi air terjun ini.Keindahan Air Terjun Pelangi sangat mengasyikkan umpama berada di satu dunia yang lain, atau pun boleh diandaikan seperti pemandangan dalam filem fantasi.
Para pencinta alam semulajadi akan terpesona dengan percikan aliran air terjun setinggi 250 meter dan kejernihan kolam air yang dihiasi dengan biasan sang pelangi yang indah.
Air Terjun Pelangi mempunyai beberapa pilihan perjalanan, sama ada untuk mendaki atau menggunakan perkhidmatan jentera 4×4 untuk ke tapak perkhemahan Lubuk Beruk. Jika tidak mempunyai jentera pacuan empat roda sendiri, bolehlah memilih pengangkutan yang biasanya ada disediakan oleh penduduk sekitar untuk masuk ke sana.
Cabaran Bermula
Perjalanan masuk ke tapak perkhemahan bakal membawa pengunjung merentasi kawasan hutan belantara selama hampir satu jam dan setibanya ke kawasan perkhemahan Lubuk Beruk, pengunjung bebas memilih lokasi yang sesuai untuk mendirikan khemah.
Menjadi pilihan buat pengunjung sama ada untuk bermalam di tapak perkhemahan (alatan perkhemahan perlu disediakan sendiri) atau meneruskan perjalanan balik hari ke kawasan Air Terjun Pelangi.
Jentera yang dinaiki pengunjung akan berakhir di tapak perkhemahan ini sahaja, maka penggembaraan untuk menggapai pelangi perlu diteruskan sendiri dengan aktiviti trekking. Anda juga boleh mengupah penunjuk arah untuk ke Air Terjun Pelangi tersebut untuk melancarkan perjalanan anda.
Boleh dikatakan Air Terjun Pelangi ini sesuai buat mereka yang sukakan cabaran. Jika ada yang ingin membawa keluarga, anda perlu pastikan keselamatan mereka sentiasa terjaga terutamanya kanak-kanak. Gunakan pakaian dan kasut yang sesuai untuk aktiviti menggapai pelangi ini.
Terlebih dahulu pengunjung perlu berjalan kaki kira-kira 45 minit untuk ke air terjun dengan merentasi arus sungai yang agak deras tetapi cetek. Laluan yang disediakan yang agak cerun dan kadang kala sedikit licin mengikut pada cuaca.
Menurut pemandu arah, jika sedikit lambat tiba mungkin pelangi tersebut tidak dapat dilihat. Ini kerana jika matahari sudah berada hampir betul-betul di atas kepala situasi ini menyukarkan proses pembiasan berlaku kerana untuk pelangi terjadi di air terjun, matahari harus berada di hadapan air terjun.
Mereka yang pertama kali sampai pasti terkesima dapat melihat salah satu air terjun yang tercantik di Malaysia walaupun perlu merentas hutan belantara. Suasana sekeliling yang damai memang menjanjikan kepuasan setelah berhempas pulas mendaki.
Untuk info, pengunjung boleh melihat pelangi sekitar pukul 8 pagi hingga 10 pagi pada ketinggian 50 meter daripada ait terjun itu.
Tip Best!
Selepas bermandi manda di Air Terjun Pelangi, apa kata sebelum pulang anda melawat sekitar pekan Sungai Lembing terdahulu. Terdapat pelbagai destinasi menarik untuk diterokai di sini. Antaranya:
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Buat warga Lembah Klang, tempoh PKPB mungkin menyaksikan ramai dia antara anda tidak dapat melancong ke negeri lain kerana larangan rentas. Jadi mungkin sekarang adalah masa sesuai untuk anda sendiri terokai apakah tarikan menarik terutamanya di Kuala Lumpur.
Rama-rama adalah serangga yang dianggap sebagai mahkluk yang cantik dan menjadi kegemaran sesetangah peminat landskap. Bagi mereka, kewujudan rama-rama membuktikan kawasan tersebut begitu indah dan tenang. Dikerumuni rama-rama saat berjalan di taman nan menghijau bagai di alam fantasi.
Di Kuala Lumpur terdapat sebuah Taman Rama-Rama yang agak lama dibuka kepada umum sejak tahun 1992 lagi. Taman ini memperlihatkan serba-serbi mengenai rama-rama daripada beluncas pelbagai bentuk, saiz dan warna, kemudian bertukar menjadi kepompong seterusnya bertukar menjadi rama-rama yang cantik.
Mengunjungi Taman Rama-Rama Kuala Lumpur bersama keluarga dan kanak-kanak sememangnya destinasi yang bijak kerana pengunjung bukan saja boleh melihat rama-rama tetapi mempelajari banyak mengenai serangga yang cantik itu.
Dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 6 petang, waktu pagi adalah masa terbaik untuk datang dan melihat sendiri rama-rama kerana pada waktu pagi rama-rama ini keluar mencari makanan.
Taman ini mempunyai landskap menarik dengan pelbagai jenis tumbuhan eksotik dan tumbuhan yang menjadi rumah serta makanan kepada si rama-rama. Antara spesies rama-rama di sini yang menarik perhatian seperti Rajah Brooke, Common Mormon, Papalio Iswara, Blue Bottle, Malay Lacewing dan Indian Leaf yang diklasifikasikan sebagai rama-rama tercantik.
Secantik dan seindah mana pun seekor rama-rama mempunyai jangka hayat hidup yang singkat iaitu hanya hidup selama dua minggu. Bagaimanapun, jangka hayatnya juga bergantung kepada cuaca dan keadaan.
Jika datang bersama tersayang atau keluarga, jangan sesekali lupa untuk mengabadikan foto kenangan bersama mereka.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tidak semua hubungan berakhir dengan bahagia. Ada cinta yang terhenti di tengah jalan, persahabatan yang semakin jauh dan kenangan yang masih tersimpan walaupun pemiliknya...