
Memiliki anak dan zuriat sendiri menjadi impian setiap pasangan yang sudah berkahwin. Walau bagaimanapun ada ramai pasangan yang telah berkahwin dalam tempoh yang lama namun belum dikurniakan rezeki anak. Pelbagai cara dan ikhtiar yang dilakukan oleh mereka antaranya mengunjungi beberapa lokasi ‘ajaib’ yang telah diberitahu dari mulut ke mulut kononya mampu membantu mendapatkan anak.
Seperti di negara kita sendiri, Tasik Dayang Bunting dan Gua Kelamin menjadi bualan ramai lokasi yang sering ‘makbulkan’ permintaan pasangan yang belum memiliki zuriat menjadi kenyataan.
Tasik Dayang Bunting
Percutian ke Pulau Langkawi dikatakan tidak lengkap jika tidak menikmati panorama Tasik Dayang Bunting yang indah dan mendamaikan dengan menaiki bot laju hampir 30 minit. Perjalanan menempuh ombak begitu berbaloi apabila disajikan pemandangan semula jadi yang begitu memukau dan cantik. Biarpun hampir dengan laut, air di tasik ini tidak masin dan menjadi tumpuan pelancong melakukan pelbagai aktiviti air. Tasik Dayang Bunting mendapat pengiktirafan UNESCO dan dikategorikan sebagai salah satu geopark di Langkawi.
Semasa dalam perjalanan, anda dapat melihat bentuk muka bumi pulau seakan-akan seperti wanita yang sedang hamil sedang berbaring dan dari situlah pulau ini mendapat nama. Terdapat mitos mengatakan wanita yang sukar hamil, jika meminum air tasik di sini akan dikurniakan anak. Tetapi, pengunjung diberi peringatan agar menggunakan jaket keselamatan apabila berada dalam air kerana tasik ini mempunyai kedalaman 10 meter.
Gua Kelamin
Pulau Tioman diiktiraf antara pulau tercantik di Malaysia. Walaupun terletak di daerah Rompin, Pahang, namun Pulau Tioman tetap boleh dianggapkan sebagai naungan Johor kerana terletak tidak jauh dari daerah ini, iaitu hanya mengambil masa kira-kira dua jam menggunakan bot ekspres dari Jeti Mersing. Ada beberapa kampung yang terdapat di Pulau Tioman antaranya Tekek, Paya, Juara, Air Batang, Salang, Mukut, Nipah dan Genting.
Terletak di Kampung Genting, ada sebuah gua yang terbentuk akibat hakisan ombak memiliki bentuk yang unik dikenali sebagai Gua Kelamin. Gua Kelamin turut dikatakan sebagai lokasi yang ‘ajaib’ kerana dapat makbulkan permintaan pasangan untuk memiliki zuriat. Tidak dapat dipastikan bagaimana caranya, namun pasangan yang mengunjungi Gua Kelamin dan belum memiliki zuriat dikatakan bakal menerima ‘rezeki’ itu.
Jika anda adalah individu yang berjaya memiliki anak selepas mengunjungi dua lokasi ini, tahniah diucapkan. Apa pun, ini semua mungkin hanya kebetulan dan mitos sahaja. Jangan terlampau taksub mempercayai sehingga membelakangkan agama. Pasti ada jawapan yang lebih sainstifik dan boleh diterima akal disebalik apa yang terjadi.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bermalam 2H1M Di Zen Forest Campsite Dapat Layan Sunrise, Awan Karpet, Air Terjun & Sungai Dalam Satu Masa. Sambutan Anniversary Paling Epik!

Bila sambut Anniversary tentulah korang inginkan satu kelainan kan? dapat bermalam di campsite yang cantik dan mempunyai banyak keistimewaan yang tersembunyi antara pilihan buat Liza Razak dan pasangannya untuk sambutan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-12.
Pasangan camper ini tidak menyangka pilihan destinasi perkhemahan mereka ini cukup tepat bagi sambutan istimewa tersebut. Cukup sempurna untuk dijadikan memori sambutan anniversary perkahwinan mereka.
Terletak di kawasan berbukit dan tinggi, pasangan ini dapat menyaksikan sendiri momen matahari terbit dan juga awan karpet dari tapak perkhemahan mereka. Lagi best bila dapat juga menikmati keindahan alam lain yang berada di sekitar campsite ini.
Mempunyai fasiliti lengkap dan terjaga, campsite yang terletak di Bentong, Pahang ini hanya memakan masa dua jam perjalanan dari Puchong. Sangat berbaloi dan menyeronokkan, wanita ini turut berkongsi info lebih detail berkenaan campsite tersebut.
Ikuti perkongsiannya:
Sambut Anniversary ke-12 di Zen Forest Campsite
Tak sangka campsite di Karak ni ada pakej 4 in 1! (ada pemandangan MATAHARI TERBIT, AWAN KARPET, AIR TERJUN dan SUNGAI dalam satu tempat) Kurang dari 2 jam perjalanan dari KL
Ternyata pilihan kami untuk camping Zen Forest ni sangat Terbaik untuk celebrate anniversary yang ke 12 tahun ni. Walaupun hanya 1 malam jer tapi padat dengan aktiviti. Bermula seawal 4.45 pagi pada hari Sabtu, kami bertolak ke Karak dari Puchong semata-mata untuk menikmati pemandangan matahari terbit dan sarapan di The Summit @ Zen Forest. Kemudian kami dibawa melawat kebun tanaman organik, ladang kelulut dan merasai pengalaman menoreh getah.
Campsite ni terletak di atas bukit. Access ke sini hanya menggunakan kenderaan 4×4 sahaja. Tapi korang jangan risau sebab pihak Zen Forest menyediakan perkhidmatan ni secara percuma. Korang cuma perlu parking kereta di kawasan parking yang disediakan berhampiran pintu masuk kemudian staff akan pickup untuk bawa naik ke campsite.
Pengalaman camping di sini memang cukup berbeza. Semua attraction yang kami suka ada di sini. Tak boleh move on lagi dengan pemandangan sunrise dan awan karpet di sini. Cantik sangat! (Korang kena cuba naik buaian trademark kat The Summit ni. Jangan lupa amik gambar sekali!)
Video Penuh Di Youtube (Vlog + Campsite Walkthrough) – https://youtu.be/kJRxOD2b7hw
EXTRA INFO:
Zen Forest is a 180 acre private land. It is forest hill.
The 1st level of Zen Forest: resort, parking area & river.
2nd level: campsite , waterfall and stream
3rd level: summit (sunrise viewing)
The distance between summit (sunrise viewing) and campsite is 800m. Hiking 25mins; driving 4mins;
Distance between river/resort/parking area and campsite is 1.3km. Hiking 35mins, driving 6 mins
LOKASI:
Zen Forest Resort & Campsite
Lot 4651, Kg Sg Bot Bt 23 Manchis Karak, 28600 Bentong, Pahang, Malaysia
BAYARAN (seorang untuk satu malam):
2 tahun dan ke atas – FOC
3 tahun – 12 tahun – RM30
13 tahun dan ke atas – RM60
KEMUDAHAN:
Access 4×4 ke campsite FOC (parking kereta di pintu masuk Zen Forest kemudian staff akan pickup bawa naik ke atas)
Dari campsite boleh turun ke air terjun dan river trekking
Dewan Terbuka dengan kemudahan kipas siling, meja, kerusi dan plug point
BBQ Pit
Campfire Pit
Surau Bamboo
2 Dapur Gas + 2 Sinki
2 Tandas + 2 Bilik Mandi dengan 2 water heater
3 Tempat Basuh Tangan + 3 Cermin
2 Buaian untuk santai-santai
AKTIVITI:
Mandi air terjun dan sungai
Sarapan di Summit (nikmati pemandangan matahari terbit dan awan karpet di sini)
River trekking
Melawat tanaman organik dan kebun madu kelulut (boleh beli hasil tanaman dan madu di sini)
Pengalaman menoreh getah dan mengait buah kelapa sawit di ladang
ATV (bayaran boleh rujuk kepada OC)
Sewa basikal (bayaran boleh rujuk kepada OC)
Kredit: thefrugalcampers
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘OOTD Semporna’, BudakMerah Kongsi Info Nak Bercuti Di Semporna, Sabah. View Paling Awesome!

Isi Kandungan
ToggleSemporna, Sabah merupakan destinasi percutian yang mempunyai banyak pulau-pulau cantik. selain itu bagi yang nak makan seafood sampai puas juga boleh datang ke Semporna untuk menikmati percutian dan juga makanan laut yang murah.
Memandangkan masih ada yang kurang tahu dimanakah lapangan terbang terdekat dan juga info lain yang diperlukan jika hendak bercuti ke Semporna, Mohd Zaki Mohd Yakin atau juga dikenali dengan BudakMerah berkongsi tentang info untuk anda yang ingin ke sini.
Jika sebelum ini BudakMerah pernah tular dengan pengembaraan ke serata Malaysia untuk gambar OOTD, kali ini dia merakam gambar-gambar menariknya pula di sekitar pulau-pulau cantik yang ada di Semporna.
Sambil layan gambar OOTD BudakMerah, anda juga boleh dapatkan info untuk ke Semporna. Memang terbaiklah!
Menarik: 14 Negeri 60 Port OOTD, Paling Win Gambar Pegang Bendera, Tanda ‘Hadir’ Seluruh Negara!
OOTD SEMPORNA
aku share sikit info untuk yang ada plan datang bercuti ke semporna..tak kisahlah nak terjah walkin ke, nak backpackers ke or by agent.
memandangkann masih ada orang luar yang tak tahu, airport terdekat dengan semporna ni adalah #tawauairport, dari tawau airport akan mengambil masa 1jam @ 1 jam lebih untuk ke semporna (80KM) by van, grab or taxi. btw, airport tawau ni xda kaunter2 khas untuk bas atau van mcm dekat kl sentral @ tbs untuk ke semporna ya. ada 5 option boleh pakai utk korang pergi semporna.
option 1 : by agent, kalau korang da siap2 ambil pakej.. selalunya agent akan sediakan dari a sampai z…means tak payah pening2 untuk cari itu ini bila sampai, mereka akan stanby untuk pickup dekat airport by van atau pun kereta.
option 2 : jangan risau dekat airport tawau dah bersepah grab atau maxim. rate dari airport ke semporna dalam RM80-RM100 untuk car 4 seat & untuk car 6 seat rate dalam RM150-RM180 mcm tu.. datang dgn kawan kawan ramai jimat sikit boleh share kos.
option 3 : kalau yang xda apps grab atau sewaktu denganya ,airport ada service teksi dan rate lebih kurang sama dengan grab.
option 4 : area tawau airport, akan ada van pelancongan atau van2 sapu yang boleh angkut korang pergi semporna, cumanya kena rajin dan beranilah bertanya bila sudah sampai airport. sekiranya ada kekosongan tempat boleh join dgn kadar rate RM25-RM35/seorang. cons kena tunggu van penuh & sharing dengan orang lain.
option 5 : dekat airport juga ada kaunter untuk sewa kereta..keluar je dari balai ketibaan sebelah kanan memang ada kaunter khas utk sewa kereta..rate dalam RM120-RM200 depends jenis kereta, cumanya x rekomenlah untuk sewa sebab bercuti di semporna ni korang akan abiskan masa duduk resort & masuk pulau je
[ HOTEL SEMPORNA ]
untuk yang tak duduk water chalet, suggestions hotel yang berdekatan dengan jeti keluar masuk pulau, tempat makan (seafood), pasar basah/kering atau tempat beli souvenir, hypermarket, farmasi ataupun office agent pelancongan yang boleh walk in, ni aku listkan hotel2 yang korang boleh survey, ada yang bajet, ada 3 star, ada yang jenis backpackers :
- Sipadan Inn 1,2,3
- Wave View Hotel
- Pacific Inn
- Holiday Dive Inn
- Cube Bed Station
- Ocean Inn
- Grace Hotel (1)
- Seafest Hotel
- Seafest Boutique Hotel
- Seafest Hotel Lepa Wing
- Dragon Inn Resort (Atas Laut)
- Jono Place Guest House
- Lok 10 GuestHouse
- CK Guest House
- Pearl Hotel
- Warisan Family Inn
- Grace Hotel (2)
- Amazing Rooms
- Semporna Seaview Hotel
- Mi Casa Inn 2
- Penginapan Nafisah
- Penginapan Hajah Susan
dan sebenarnya banyak lagi hotel hotel kat sini cuma mungkin kena jalan sikit @ pun kena naik grab. btw, bergantung juga dengan jeti korang naik dari mana sebab sini pun ada banyak jeti sebenarnya…yang utama adalah jeti pelancongan..jeti lain macam jeti dragon inn resort, jeti seafest, jeti umum, jeti awam dan tiba tiba yang bukan jeti pun akan jadi ‘jeti’ tempat korang naik bot untuk masuk pulau , so bila dah ambil pakej pulau nanti, bolehlah bertanya dengan person incharge anda terlebih dahulu.
[ RESORT @ WATER CHALET ]
selalunya yang datang semporna pun memang akan lebih suka duduk water chalet atas/tengah laut ..feeling maldives katanyaa haha, untuk water chalet semporna pun dah banyak untuk korang pilih, some ada yang good review some juga ada bad review but still oklahh depends luck korang juga..so pandai pandailah lah survey mana yang rasa ok…antara water chalet yang familiar famous kat sini aku review beberapa resort berdasarkan personal opinion :
- Nusakuya Resort : special sikit sebab dari room ada balcony dan private stairs untuk terus acces ke laut.
- Shun Shun Resort : makanan seafood sini heaven dan staff management resort ni terbaik
- Maglami Lami Water House : standard faisiliti, view cun, dan antara yang ramai suka duduk sini.
- Seastar Resort : fasiliti so gooddd cumanya dekat dengan area perairan town, so pergerakan bot orang2 kampung kesana sini memang akan nampaklah.
- Dayang Resort : resort baru yang dah di buka since 21 feb 2023, fasiliti good, dan menjadi resort ke 2 yang menyediakan balcony dan tangga private dari bilik untuk acces terus ke laut…view sunset sini terbaik
- Lato Lato Resort : walupun antara yang banyak bad review dari orang luar tapi ni jugalah antara yang famous orang duduk sebab view resort ni antara yang paling cun haha..fasiliti standard..untuk backpackers atau yang tak kisah sangat pun dengan fasiliti bolehlah try.
- Crystal Resort : design resort ni antara paling lawa di semporna.
- Egang Egang Resort
- Bihing Angan Resort
- Grand Dive Resort
- 11.Singgahmata Resort
- Coco Scuba Inn
- Sky Water Villa Resort : pun new resort, fasiliti so lawaaa haha
- Starz Water Village : new resort juga di semporna.
- Seaweed Farm Water Village
- Seacoral Water Chalet
17.Arcadia Beach Resort : ada swimming pool, fasiliti dan makanan cun.. cumanya agak jauh dan acces ke pulau lain juga terhad.
18.Kulapuan Resort : antara resort yang ada pantai..family bonding sangat sesuai.cons agak jauh dari town dan acces masuk pulau lain pun terhad.
- Adil Waterhouse Resort
- Billabong Scuba : dalam perkampungan pulau mabul.
21.Seahorse Sipadan : dalam perkampungan pulau mabul.
- Kapalai Resort : private resort & 5 star..for sure all good..cons terpaling jauh dari town semporna..acces ke pulau lain terhad.
- Mabul Water Bungalow Resort
- Amina Holiday Resort : dalam perkampungan pulau mabul.
- boleh add on dan review mana korang pernah stay
kebanyakan resort diatas ni ada official facebook/instagram page..yang nak book direct boleh je terus contact
[ 10 PULAU UTAMA ]
untuk round semua pulau di semporna masa terbaik
untuk korang stay adalah 4 HARI 3 MALAM.. flight time juga kena cun..boleh landing sebelum 12-3pm..sebab waktu check in kebanyakan 2pm dan flight time balik pula boleh ambil 7-8mlm sebab mostly last day korang akan ada masuk pulau lagi habis dalam sekitar 3-4pm macam tu..tapi nak lebih hari pun xda masalah janji ada duit je haha…TAK DUDUK 4 HARI 3 MALAM DAN TAK FOLLOW TIME FLIGHT macam aku bagi tu kemungkinan besar korang tak boleh cover semua pulau yang ada disini, antara pulau wajib kena visit bila sampai semporna :
- Pulau Bohey Dulang (sightseeing & hiking only)
- Pulau Mabul (resort, sightseeing bajau laut & snorkeling)
- Pulau Sibuan (beach, snorkeling & perkampungan bajau laut)
- Pulau Mataking (snorkeling only, beach private)
- Pulau Mantabuan (beach & snorkeling)
- Pulau Timba Timba (beach only)
- Pulau Kapalai (snorkeling only area resort, kapalai resort private)
- Pulau Pom Pom (snorkeling)
- Pulau Sipadan (Diving)
- Pulau Timbun Mata (hiking & more to sport water activities..jetski, bananaboat dll)
[ TEMPAT MENARIK DI SEMPORNA ]
aku share juga beberapa tempat menarik di semporna selain daripada pulau..
- Bukit Tengkorak (free for hiking)
- Bukit Parapat (fee entrance RM3)
- Bukit Kuala Bibang
(bersebelahan dengan no 2, fee entrance RM3 dan sini boleh camping)
- Twin Hill Park (tempat ootd RM5-RM15)
- Tampi Tampi Resort (tempat mandi laut)
- Pakalangan Bay (OOTD..fee entrance RM3)
- Dragon Inn Resort (hotel & souvenir shop)
- Terowong Street (pasar malam)
- Starbucks Semporna (view laut)
- Jambatan Tanjung Parapat (restoran)
- Anjung D Samudera Cafe & Catering (restoran bertemakan majlis kahwin)
- Mt Corner (hiking)
[ TRAVEL AGENT ]
bagi mereka yang lebih suka travel agent uruskan semua dari a sampai z sepanjang bercuti di semporna ni, aku rekomenkan beberapa travel agent yang trusted dekat sini…ada banyak pilihan sebenarnya…korang boleh survey mana yang bersesuaian dengan citarasa dan bajet korang sendiri, mungkin ada yang mahal ada juga yang murah, bagi mereka yang pernah datang semporna juga mungkin ada pengalaman yang baik dan kurang baik dengan travel agent disini..so antara yang trusted dan famous boleh survey dekat IG :
- @borneasea_travel
- @ohhsem.travel
- @makatagihsem4na.travel
- @windiatravelsabah
- @nais_travel
- @camrishsempornaholiday
- @jejak_sem4na
- @ezygo.travel
- @legendtraveltour
10.@divemonster47
11.@bdtourismsemporna
12.@arbatravel
13.@ebullient.traveltours
14.@mysempornaventures
15.@borneokomradtravel
16.@halohalosemporna
17@pakejbudakmerah
- boleh add on mana mana travel agent dan review sapa yang pernah datang sini.
mohon berhati hati sebab semporna juga tidak terkecuali untuk dijadikan tempat scammer scammer untuk menipu duit orang..memang pernah terjadi, so please bacalah some review dan buat survey betul2 terlebih dahulu
Yang dah pernah sampai sini pun boleh share juga pengalaman @ info info yang menarik pasal percutian korang di semporna
boleh follow me on Instagram kee_budakmerah untuk tempat ootd menarik di sekitar malaysia
Kredit: Mohd Zaki Mohd Yakin
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Do and Don’t Sewaktu Travel: Lebih-lebih Lagi Jika Anda Wanita Yang Travel Secara Solo

Memang seronok pergi bercuti sebab kita bebas untuk buat apa sahaja aktiviti seharian tanpa kekangan. Kita sendiri yang akan decide apa yang kita nak buat hari itu – nak pakai pakaian apa, nak makan di mana, nak buat apa, nak naik kenderaan apa dan bermacam-macam lagi.
Walau sebebas mana pun sewaktu travel, kena sentiasa beringat dan berwaspada. Sentiasa beringat dan berwaspada terutama apabila kita travel ke luar negara sebab di sana tak ada saudara-mara dan sahabat-handai yang boleh datang membantu sewaktu kita kesusahan.
Banyak kes yang dah berlaku seperti kena curi dengan penyeluk saku, kena rompak, kena rogol malah ada yang dibunuh. Ish, cukup kejam tapi bukan itu yang nak kita fokuskan sekarang.
Fokus sekarang adalah apa do and don’t yang perlu kita ikut sewaktu travel, supaya anda dapat menikmati percutian sehingga ke tahap maksima.
DO:
1. Pilih Tempat Yang Selamat Untuk Bertemu Orang Tempatan
Sebab apa? Sebab mereka lebih arif tentang keadaan dan selok-belok di tempat mereka. Tempat selamat macam mana? Tak akan nak set appointment di balai polis pula? Bukan begitu. Pilih tempat yang menjadi tumpuan orang ramai seperti kedai buku, kampus universiti, restoran, atau berhampiran rumah ibadat. Orang-orang di sana lebih ramah. Selain daripada itu, jika anda kerap makan di satu kedai, anda akan dianggap menjadi pelanggan tetap dan itu membolehkan anda dikenali oleh yang lain yang dapat membantu kalau keadaan memerlukan.
2. Pakai Pakaian Yang Tidak Menjolok Mata
Fuh bab ini kalau nak dihuraikan memang panjang lebar. Maklumlah ada sesetengah yang bila dah sampai ke luar negara ni, pakaian tu macam tak cukup kain. Tapi tak nak komen lebih part tu, pokoknya, jaga aurat dan jangan pakaian yang mengghairahkan. Bahaya sebab kita tak tahu macam mana behavior sebenar masyarakat di lokasi percutian kita itu. Jangan tarik perhatian orang ramai kepada diri kita.
3. Trick Bijak: Pakai Cincin Kahwin
Trick ini juga untuk mengelakkan perhatian terhadap diri anda, terutamanya daripada si kasanova. euww..
4. Bawa Bersama Gambar Anak Kecil Di Dalam Wallet
Kalau anda anda masih bujang atau tiada anak kecil, boleh sahaja palsukan mana-mana gambar yang ada. Ambil gambar anak saudara atau anak rakan-rakan anda. Tip ini berguna di saat genting. Manusia kebiasaanya mudah bersimpati terhadap orang yang mempunyai anak kecil.
5. Masuk Ke Dalam Kedai Sekiranya Ingin Bertanya Arah
Biasakan diri anda untuk masuk ke dalam kedai atau stesen pam minyak jika ingin bertanya arah ke sesuatu lokasi. Jangan amalkan bertanya di tepi jalan sahaja atau buka peta di tempat terbuka. Anda akan jadi sasaran mudah kerana orang tahu anda tersesat dan bukan warga tempatan di situ.
6. Berjalan Dengan Penuh Yakin
Nak travel lebih-lebih lagi solo kena yakin. Jangan nampakkan diri anda itu baru di situ. Berjalan dengan bersahaja dan yakin lebih-lebih lagi di waktu malam atau di jalan yang sunyi. Jika anda memerlukan bantuan, masuk ke mana-mana hotel atau restoran yang kelihatan cantik dan kemas. Kalau jumpa hotel lima bintang lagi bagus.
7. Simpan Nombor Telefon Pihak Berkuasa Tempatan Di Dalam Smartphone Anda
Kalau anda mempunyai bajet lebih sewaktu travel solo, boleh roaming di negara yang dituju. Just in case for emergency. Atau, kalau ada bajet lebih lagi, boleh sewa telefon satelit. Tapi mahal la.
DON’T
1. Jangan Pandang Remeh Adat Dan Budaya Tempatan
Ambil tahu apa adat dan budaya tempatan terutamanya berkaitan wanita. Perhatikan apa yang wanita tempatan lakukan daripada segi berpakaian dan pergaulan. Ada tak tempat-tempat yang dielakkan oleh mereka? Perhatikan ke mana tempat yang mereka pergi dan mana tempat yang mereka elakkan.
2. Jangan Pakai Barang Kemas
Sewaktu kita travel secara solo ini adalah lebih baik jika kita elakkan daripada memakai apa-apa barang kemas. Simpan semuanya di kampung halaman. Jika tidak, simpan di dalam bagasi di tempat yang tersorok dan tidak mudah dijumpai oleh sesiapa kecuali kita sendiri.
3. Jangan Beratkan Backpack
Amalkan packing beg yang minimalis. Jangan bawa barang yang terlalu berat sehingga menyukarkan pergerakan kita untuk ke mana-mana.
4. Jangan Tinggalkan Beg Tangan Anda Di Lantai
Perkara ini biasa dilakukan di restoran. Jangan letakkan beg anda di bawah atau gantungkan di belakang kerusi. Tindakan ini mengundang bahaya kerana barang anda mudah untuk dicuri. Letakkan di atas riba anda sepanjang masa. Kalau boleh letakkan satu tali yang terikat di badan anda seperti beg selempang. Jangan letakkan cash, kad kredit atau passport di dalam beg, tapi letakkan di dalam kocek anda.
5. Jangan Berjalan Sendirian Di Tempat Gelap
Benda basic. Jangan suka jadi ninja. Pilih hotel di kawasan yang meriah dan cerah di waktu malam.
6. Elakkan Penggunaan Teksi Yang Sebarangan
Minta pihak hotel panggilkan teksi untuk anda. Sebab teksi yang dipilih oleh pihak hotel lebih dipercayai berbanding teksi yang kita panggil merata-rata. Ataupun sekarang dah ada banyak apps untuk hail teksi. Gunakan apps tersebut dan dapatkan review teksi sebelum anda memanggil mereka.
7. Jangan Tinggalkan Hotel Anda Tanpa Business Card Mereka
Bukan apa, senang nanti nak cari jalan balik kalau sesat. Minta staf hotel tu tuliskan juga nama, alamat dan nombor telefon hotel dalam bahasa tempatan.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI