Tahap pencemaran udara turun mendadak, udara semakin bersih dan jarak penglihatan semakin baik di utara India.
Menariknya, Pergunungan Himalaya dapat dilihat dari jarak 200km buat pertama kali dalam tempoh 30 tahun. Banjaran Himalaya tersebut dapat dilihat dari beberapa bahagian di India, selepas tahap pencemaran menurun susulan arahan perintah berkurung bagi mengekang penularan COVID-19.
Ads
Seramai 1.4 bilion rakyat India diarah berkurung selama 21 hari untuk menghentikan penyebaran Covid-19, sekali gus menyebabkan kilang-kilang ditutup dan jalan raya lengang.
Ads
Di kawasan seperti Punjab, di Utara India, penduduk memuat naik gambar banjaran gunung Himalaya dari jarak 201 kilometer yang menampakkan puncaknya. Keadaan itu mengejutkan penduduk, dan kebanyakan mereka memuat naik gambar di laman sosial masing-masing.
Duit boleh dicari namun keseronokan tidak dijual beli. Apa tah lagi keseronokan ini dirasai saat berkumpul bersama kawan-kawan menikmati pemandangan indah dari atas bukit.
Bagi yang mencari kelainan bercuti dan mahukan resort mewah, bolehlah mencuba penginapan di Woodhouse Retreat yang terletak di Kuala Kubu Bharu ini.
Hanya sejam perjalanan dari Kuala Lumpur, bagi yang idamkan percutian dengan pemandangan hutan yang menenangkan, di resort ini korang akan nikmati semua itu. Malah ia juga sangat sesuai untuk staycation bersama keluarga, rakan dan paling tidak datang seorang.
Di Woodhouse Retreat, ada dua jenis penginapan boleh dipilih iaitu Twilight Villa dan Sky Villa di mana 10 orang boleh muat dalam satu-satu masa. Terletak di atas bukit yang dikelilingi alam semulajadi, pemandangan bukan saja indah pada waktu pagi tapi juga saat matahari terbenam.
Ada pelbagai kemudahan disediakan di sini antaranya board game, archade game serta tempat santai yang boleh lepak pada bila-bila masa. Lebih seronok, setiap villa dilengkapi kolam renang persendirian. Waktu malam korang boleh buat unggun api. Harga bagi penginpan bermula dari RM1000 ke atas.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kelip-kelip adalah sejenis serangga dari kumpulan kumbang. Keunikan yang ada pada kelip-kelip ini adalah pada ekornya, yang mengeluarkan kelipan cahaya pada kadar tiga kelipan sesaat. Dalam ribuan kelip-kelip ini cahayanya bagaikan satu rentak yang bercahaya.
Kelip-kelip jantan dikatakan mengeluarkan cahaya yang lebih terang untuk menarik perhatian kelip-kelip betina. Jangka hayat seekor kelip-kelip pula sekitar ialah 2 hingga 3 bulan sahaja.
Di negara kita terdapat banyak lokasi untuk melihat serangga ini dengan lebih dekat iaitu disekitar kawasan yang mempunyai pokok bakau seperti pokok berembang. Untuk hidup, kelip-kelip memerlukan keadaan cuaca yang lembap, persekitaran berpaya serta sumber makanan daripada pokok bakau. Pengunjung terutamanya pelancong ‘mat salleh’ kalau dapat peluang melawat port kelip-kelip ini memang mereka sangat teruja. Antara lokasi tumpuan ramai untuk melihat kelip-kelip adalah di:
Habitat kelip-kelip yang ada di Sungai Timun di Rembau, Negeri Sembilan antara lokasi menarik yang seharusnya diterokai oleh pencinta alam. Lokasi ini juga sangat dekat jika anda dari Port Dickson.
Untuk melihat kelip-kelip dengan jarak yang dekat pengunjung boleh menyusuri sepanjang sungai Timun sejauh tiga hingga lima kilometer dengan menyewa bot nelayan, di Jeti Pengkalan Nelayan Kampung Sungai Timun. Apa yang menarik, kelip-kelip kawasan itu seperti sudah biasa dengan bunyi deruman enjin bot. Ia membuatkan serangga itu tidak lari walaupun dengan kehadiran bot yang membawa pengunjung. Namun, kelip-kelip ini kurang ketika bulan terang atau hujan.
Habitat kelip-kelip di Kampung Dew, Taiping Perak telah dibangunkan sebagai destinasi ekopelancongan unggul. Pengunjung yang datang dapat menikmati cahaya kelip-kelip di pokok berembang sepanjang 12 kilometer yang telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Kelip-Kelip.
Kelip-kelip Sungai Cherating memang terkenal sebagai lokasi untuk melihat keajaiban kelip-kelip bukan sahaja kepada pengunjung tempatan malah pelancong asing. Pengunjung akan menyusuri sungai sepanjang 2 kilometer untuk melihat keindahan cahaya genit si kelip-kelip di sekitar pokok paya bakau berhampiran.
Pengembaraaan kawasan kelip-kelip di Kg Kuantan bermula pada awal tahun 1970 oleh seorang pengusaha tempatan yang melihat potensi komersil keajaiban ini. Kini pengembaraan ini telah diamanahkan kepada Majlis Daerah Kuala Selangor dan ia telah berkembang dengan pesatnya dengan penambahan sebanyak 27 sampan yang disediakan untuk menampung pengunjung.
Kelip-Kelip Sungai Nanamun yang terletak di Kota Belud, Sabah menjadi lokasi ramai tumpuan pengunjung untuk melihat serangga itu dari jarak dekat. Kewujudan lokasi itu menyebabkan lebih ramai pelancong tempatan dan luar berkunjung dan menetap lebih lama di Kota Belud. Pengunjung disarankan untuk datang ke sini pada waktu senja untuk menikmati pemandangan indah sambil ditemani cahaya kelip-kelip.
Sumber Foto: Google image
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Masalah ‘melepas hajat’ menjadi isu besar di negara India dan menjadi antara agenda utama yang ingin ‘diperbetulkan’ oleh kerajaan India.
India terkenal dengan rakyatnya yang suka membuang air besar atau air kecil dimana-mana sahaja mereka suka. Ia merupakan tabiat yang buruk menyebabkan pencemaran malah menjejaskan tahap kesihatan penduduk setempat juga pelancong luar.
Kerajaan negeri bergelut untuk mengekalkan perkhidmatan tandas awam yang biasanya tidak diselenggara dengan baik dan terlalu kotor malah hanya digunakan oleh golongan lelaki hingga mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan wanita.
Beberapa pakar berpendapat kekurangan bekalan air dan elektrik akan menjejaskan usaha India untuk membina jutaan tandas sebagai sebahagian daripada program ‘India Bersih’ yang dilancarkan Perdana Menteri, Narendra Modi.
Disebabkan itu, pelbagai idea dan inisiatif diambil untuk mengekang tabiat ‘kotor’ tersebut antaranya mewujudkan Projek ‘Ti Bus’, iaitu bas yang diubah menjadi tandas untuk golongan wanita sahaja. Projek ini telah dilancarkan sejak tahun 2016 lagi di Bandar Pune. Ia hasil cetusan idea Ulka Sadalkar dan Rajeev Kheer sebahagian daripada projek untuk meningkatkan kebersihan di negara terbabit.
Perkhidmatan tersebut hanya mengenakan bayaran 5 Rupee (30 sen) kepada mana-mana wanita dan bukan hanya untuk melepaskan hajat malah untuk golongan ibu yang mahu menyusukan bayi mereka atau membeli tuala wanita.
Tandas bas berwarna merah jambu ini dilengkapi 12 tandas mudah alih dan secara purata digunakan lebih 200 wanita pada setiap hari. Bas tersebut juga menggunakan tenaga solar sebagai sumber kuasa. Tandas awam tersebut juga antara yang terbersih kerana sentiasa di kawal selia oleh pekerja mencuci.
Kalau berlibur di hujung minggu, pengalaman menonton filem di pawagam sering menjadi sebahagian daripada gaya hidup warga kota. Namun sebuah nama yang pernah menjadi...