Dapat menjejalah ke negara-negara yang ada di Eropah tentu meninggalkan kenangan manis yang tak dapat dilupakan. Tambah pula tempoh kembara tu cukup lama, baru puas nak jelajah lebih banyak tempat yang menarik di sana.
Dua tahun lalu, wanita ini pernah berkongsi pengembaraan solonya ke negara Balkan selama 20 hari, kali ini Norzila Abdul Malek membuat comeback dengan siri jelajah solo 2.0 ke sembilan negara Eropah timur pula.
Ternyata usia tidak menghalang dirinya untuk terus meneroka dunia, berhabis RM15 ribu untuk sepanjang tempoh berada di sana, Norzila berharap perkongsian yang dibuat dapat memberikan panduan buat rakan-rakan pengembara yang ada plan untuk jelajah negara-negara di Timur Eropah.
Prague-Dresden-Bratislava-Budapest-Zagreb & Plitvice National Park-Ljubljana-Salzburg-Hallstatt-Vienna-Bucharest-Cappadocia
Multi-city Turkish Airline – MYR2,915.00
KUL-IST-PRG : OTP-IST : IST-KUL
Ryanair: OTP-IST – MYR195.50
Ads
Turkish Airline: IST-ASR-IST – MYR333.38
Total Airfare: MYR3,443.88
Saya bergerak dengan train dari 1 negara ke negara yang lain kecuali dari Austria ke Romania saya fly dengan Ryanair. The man in seat 61 sangat-sangat membantu untuk info train, saya beli dari local website, trainline atau omio. Train sangat selesa & on time.
Korea Selatan antara destinasi pilihan rakyat Malaysia untuk bercuti. Ingin melihat sendiri keindahan negara yang terkenal dengan drama Korea dan juga penyanyi K-pop ini sememangnya mempunyai tarikan tersendiri untuk diterokai.
Selain Seoul, Busan juga antara destinasi menarik untuk dikunjungi. Rohaiju Baharuddin dan juga travel buddy yang dikenali sebagai Amni Salma berkesempatan berkunjung ke Korea Selatan selama 10 hari.
Melawat ke Seoul dan juga Busan, trip DIY kedua gadis ini memang menyeronokkan. Bercuti ketika musim sejuk, memberi peluang kedua gadis ini merasai sendiri pengalaman bermain salji dan bercuti ketika musim sejuk.
Berkongsi itinerari percutian mereka, gambar yang dirakamkan juga cukup menarik untuk tatapan kenalan dan juga bagi mereka yang merancang untuk bercuti seperti mereka.
Jom tengok apa yang menarik di Seoul dan Busan yang sempat Rohaiju dan Amni explore!
Post ini panjang ye. Alhamdulillah diberi rezeki dan kesempatan melawat ke Seoul dan Busan selama 10 hari. Saya pergi berdua sahaja dan secara DIY. Kami duduk di 3 hotel berbeza dan selama di sana dan bergerak menaiki subway dan bas. Kaki dan lutut kena kuat sebab banyak sangat naik turun tangga kalau naik subway dan pergerakan warga korea ni sangat laju terutamanya di Seoul. Boleh kurus dibuatnya..Hahahaha..
Subway mereka sangat efficient. Ada sekali saya tertinggal terus sebab pintu dah tertutup dan kawan dah masuk. Tapi jangan panik, boleh jumpa di stesen berikutnya atau destinasi yang dituju. Tips kalau terpisah, minta kawan tunggu di pintu yang sama masa masuk. Nanti kita akan jumpa dia di stesen yang dituju di pintu keluar yang sama. Kalau naik bas pula, kena alert stesen mana nak turun sebab pemanduan mereka ala-ala formula 1. Tak ada penumpang di stesen tu, dia tak akan berhenti. Kami siap terlepas 3 stesen juga sekali tu. Tindakan kena tangkas, terus turun next stesen dan pergi ke seberang naik bas untuk patah balik.
Orang sana tak friendly. Saya rasa sebab mereka tak boleh cakap English ( maaf jika saya salah tafsir). Tapi ada yang faham dan boleh bercakap melayu. Masa membeli belah tawar menawar macam ayam dengan itik juga tapi berjaya juga membeli.
Berikut adalah itinerary saya :
Day 1 (Seoul)
Gyeongbokgong Palace ( Hanbok rental beli di Klook)
Namsangol Hanok Village
Staz Hotel Myeondong II
Day 2 (Seoul)
Elysian Ski Park
Nami Island
Garden of Morning Calm
(Pakej 3 in 1 di Klook)
Day 3 (Seoul)
Starfield Library (Gangnam)
Itaewon
Namsan Tower, observatory (Klook)
Day 4 ( Seoul – Busan)
Left luggage di Seoul Station
Train to Busan tanpa zombie ( beli tiket KTX di Klook) – 2 jam 40 minit
Check in The Port Hotel
BIFF Square
Day 5 (Busan)
Haeundae Beach
Sky Capsule (pergi) – best gila
Beach Train ( balik) – ok je
Lotte Department Store – naik tingkat 13 ada park cantik
Sesekali bercuti santai dengan keluarga pergi tempat yang dekat-dekat dan buat aktiviti lain daripada lain pun seronok juga. Tambah pula di Tanjung Kepah, Sitiawan, Perak memang tempat tumpuan orang ramai setiap kali bulan Mac hingga Disember untuk mencari hasil laut seperti kerang, remis, kepah, siput sudu dan banyak lagi.
Memang seronok kalau dapat pergi dengan keluarga dan buat aktiviti sebegini. Tambahan pula lepas seronok mencari hidupan laut tu boleh terus masak sendiri dan makan. Mesti rasanya manis dan segar kan?
Page Facebook Viral Perak berkongsi satu itinerari daripada Rosimah Roslan mengenai percutian santai keluarga ini ke Tanjung Kepah, Lekir, Sitiawan yang tujuannya adalah untuk mencari kerang di sana.
Cukup simple dan menyeronokkan, untuk yang nak bercuti macam wanita ini boleh jadikan itinerari yang dikongsi sebagai rujukan. Dapat cari sendiri kerang, remis, kepah dan pelbagai lagi hidupan laut yang kemudian dimasak segar tentu rasanya luar biasa.
Itinerary: (Day 1)
– Bertolak ke Lekir, Setiawan.
– Check in: Sun Inn Hotel Sitiawan (bajet je). Book awal dekat Agoda.
– Santai-santai mandi kat pool teman adik (Hotel Bajet tapi ada swimming pool).
– Makan malam di Lemboy Cabin (Boleh waze je lokasi). Servis cepat & makanan pun sedap-sedap. Boleh cuba. Chim & family makan Chicken Grilled Chop, Lamb Chop & Nasi Goreng Original Lemboy Style.
– Balik hotel & rest
Itinerary: (Day 2)
– Sarapan pagi. Hajat nak makan dekat Roti Canai Pak Tam Setiawan tapi penuh (parking tiada) jadi kami pun pergi makan dekat Kedai Makan Cik Ani. Menu nasi lemak, nasi berlauk & roti canai memang sedap.
– Bertolak ke Tanjung Kepah, Lekir.
– Pi awal supaya boleh cop port cantik bawah pokok Ketapang.
– Kalau nak cari kerang & kepah, pastikan pakai stokin & kasut getah. Tapi kalau jenis kaki tahan tak perlu la pakai
– Bawa la besen ke baldi untuk letak kerang. Tapi kalau nak cari kepah, bawa la pencakar. Beli je kat kedai rm2.
– Tandas ada di Tanjung Kepah. Bayaran masuk mandi RM1 & tandas RM0.50.
– Kedai makan Warung Tepi Laut. Hanya dibuka pada hari Sabtu & Ahad bermula 8.00 pagi. Pukul 12 tengahari macam tu dah tutup.
Trip menyambung ukhwah bersama adik angkat yang pernah tinggal di Malaysia suatu ketika dahulu memberikan peluang buat Hamidah Hamdan dan keluarga meneroka ke bumi Matador iaitu Sepanyol.
Lebih menarik mereka sekeluarga turut berpeluang menyambut hari raya di sana dengan keluarga adik angkat yang membuat pertukaran pelajar sekitar tahun 2007 dahulu. Kesempatan melangkah kaki ke sana tidak disia-siakan begitu sahaja, Hamidah serta keluarga turut berpeluang ke beberapa kota besar di sana termasuklah ke Cordoba, Granada dan juga Madrid.
Ikuti pengembraan mereka di kota Matador yang penuh dengan kenangan indah dan pengalaman memandu sendiri sepanjang perjalanan.
Catatan ini berdasarkan syarat dan peraturan pada bulan 5/2022 terutama berkaitan dengan pandemik.
Kuala Lumpur to Barcelona
Tempoh melancong :3/5/2022 sehingga 14/5/2022
Airlines : qatar airways- beli dari january 2022
Harga pergi balik (return ticket) RM2400
Transit di Doha. Kuala lumpur ke Doha (7jam 40minit) dan Doha ke Barcelona (6jam)
Memandangkan qatar dalam persediaan sebagai tuan rumah piala dunia December ini. Banyak projek pembesaran lapangan terbang dijalankan tapi jangan risau agak mudah untuk kita yang transit mencari boarding gate seterusnya.
Tujuan asal : selepas sempadan negara dibuka , kedua ibu bapa saya berniat beraya dengan anak angkat keluarga yang tinggal setahun dengan kami (pertukaran pelajar) pda 2007 setelah lama tidak bersua dan melawat beberapa kota di sepanyol terutama Alhambra dan Cordoba yang merupakan impian ibu saya dari kecil lagi selepas dia membaca buku tulisan Harun Aminurasyid – terbang ke barat.
Kenderaan : kami menyewa kenderaan yang tempahan awal di Malaysia : syarikat go car
Kami tempah Alhambra (lebih kurang estima) memandangkan kami berlima dan banyak bagasi demi keselesaan jauh perjalanan.
Harga rental untuk 9hari termasuk insurans Rm3800.
Telco: saya menggunakan vodafone sedikit mahal dan adik beli telco Orange harga €15 utk 9Gb di airport.
Sebenarnya target kami beraya berdasarkan kalender 3/5/2022 raya pertama di barcelona (catalonia) dengan adik angkat dan keluarganya tapi rezeki kami dapat beraya hari raya pertama di malaysia bila annoucement raya jatuh pada 2/5/2022. Kami tetap bawa baju raya termasuk bawa baju batik dan kurta untuk sambut raya di barcelona
Syarat kemasukan sewaktu pandemik : Rezeki kami ,tepat 1/5/2022 kerajaan malaysia dan spain tidak lagi mengenakan syarat membuat ujian PCR sebelum berlepas cuma kami perlu isi spain e health travel dimana ada soalan tentang vaksinasi dan ini yang kena tunjuk sewaktu ketibaan. Spain mengiktiraf semua vaksin dari Malaysia. Untuk tidak kuarantin lengkap dua dose dengan dose terakhir kurang 270 hari dari tarikh suntikan. (Ini syarat ketika may 2022)
Kami mendarat di Joseph Taradellas El Prat Airport pukul 7 pagi. Cukup kami print itinery perjalanan, sijil vaksin dan immigration mudah cop passport. Ambil bagasi. Terus ke kaunter kesihatan utk mereka scan barcode borang e health yg diisi siap di malaysia. Adik angkat Pau Portella, menyambut ketibaan kami dan dapatlah ibu bapa saya melepas rindu lama tidak jumpa dengannya. Pelik orang sekeliling seorang bule mencium tangan dua orang asia berpelukan dan tangisan.
Hari pertama :4/5/2022
Selepas ambil kereta sewa yang syarat balik full tank di tingkat satu dan deposit euro 149 (dipulangkan minyak penuh). Kami terus ke Moia bandar di selatan Barcelona satu jam perjalanan dimana rumah kediaman Pau dan keluarganya.
Sampai kami di sambut dengan makanan tradisi orang catalan dan bercampur rendang ketupat dari Malaysia.
Dalam pukul 4 petang kami ditemani bapa Pau ke montserrat. Tempat pelancongan di atas bukit yang boleh dinaiki dgn kenderaan persendirian atau cable car. Dapat lihat kota barcelona dan ada Basilica tertua disitu.
Hari kedua :5/5/2022
Kami memulakan perjalanan ke Kota madrid. Bermula hari perjalanan jauh 7 jam . Membawa kenderaan sebelah kiri, mulanya agak kekok namun alah bisa tegal biasa. Cabaran di kota madrid mendapat tempat parking dekat 2 jam baru dapat itupun atas pertolongan pihak hotel. Nasihat saya jika bawa kenderaan tanya tempat parking yg dekat dengan hotel. Bayaran semalam 22.5 usd dan saya meminta pihak hotel bercakap dengan penjaga parkir demi memastikan kenderaan kami selamat diparkir selama 24jam kerana masalah bahasa. Madrid bandar padat dan classic. Hotel rossa dengan harga rm250 semalam ada kitchenette dan pengering pakaian. Kami bawa capsule pencuci dari malaysia.
Hari ketiga :6/5/2022 –
Memulakan perjalanan dari madrid ke cordoba mengambil masa selama 4 jam. Kali ini bernasib baik kawasan depan rumah ada parking percuma.
Disebabkan sampai awal dan jarak 900 meter dari rumah penginapan ke Mezquita-cathedral cordoba kami memilih jalan -jalan waktu petang di perkarangan masjid kerana kami memilih untuk masuk percuma dan jimat €11 pada hari esok (isnin-sabtu) jam 8.30-9.30 di pintu arah barat sebelah hotel mezquita (tips pintu masuk untuk percuma ini kami dapat dari pekedai cenderamata di depan mezquita) . Website : https://mezquita-catedraldecordoba.es/en/organiza-la-visita/entradas-y-horarios/mezquita-catedral/
Airbnb cordoba : 2 bilik rm1000 semalam
Hari keempat : 7/5/2022 – cordoba dan granada
seawal selepas bersarapan dengan apa adanya. Kami terus menunggu di pintu barat . Menjadi satunya muslim dimana yang beratur bersama ada yang akan menghadiri upacara keagamaan mereka di dalam mezquita . Tersergam satu masa dulu keindahan senibina moors dan harap kalian dapat google sendiri sejarah masjid ini. Selepas tengahari kami bergerak ke Granada. Perjalanan dalam 2 jam. Paling terkejut gunung sierra nevada masih menampakkan salji tempat utk ski Spain walaupun peralihan musim bunga ke panas waktu itu. Kali ini harga parkir selama 3 hari dua malam adalah €25. Kami sampai dan berehat . Kebetulan di granada kami tempah air bnb kawasan arab street jadinya mudah cari makanan halal. Sepanjang jalan ada pelbagai makanan halal dari timur tengah. Lagipula lokasi andalusia (cordoba dan granada) berdekatan dengan selatan ke arah negara Morocco jadi ramai orang moroccan di situ. Petangnya kerana matahari terbenam jam 9 malam saya dan adik berjalan kaki ke Mirador San Nicholas dari situ sudah lihat Istana Alhambra. Di kawasan mirador ini ada masjid yang didirikan oleh pihak bandar Granada untuk penduduk muslim.
Hari kelima : 8/5/2022 – Granada
Air bnb granada :rm1200 untuk 3 hari 2 malam – 3 bilik
Untuk mudah menaiki uber ke Alhmabra palace dalam €18. Host kami sudah berpesan untuk menempah ticket awal memasuki Kompleks Istana Alhambra dan pilih slot yang sesuai untuk memasuki perkarangan Istana Nasrid. Sampai mereka akan scan passport dan memulakan perjalanan dari kawasan taman istana dipanggil generalife, kemudian kami teruskan ke istana sultanah, selepas itu waktu kami melawat istana nasrid dimana terdapat 4 patung singa yang menjadi simbolik lama kisah pemerintahan Andalusia. Selepas istana nasrid dan kami pulang. Puas kaki melangkah seperti berada di dalam syurga dunia dengan air mengalir, tanaman bunga mekar dan senibina istana itu sendiri. Ticket masuk ialah €14. Lagi satu mahu kesini kerana pengaruh drama Korea lakonan hyun bin dan park shin hye memoirs of Alhambra. Jadi sangat teruja mahu pergi ke Istana ini.
Hari keenam : 9/5/2022
Meneruskan perjalanan dari Granada ke bandar perikanan Valencia dalam 3 jam setengah.
Di sini kami berehat sambil menikmati kota perikanan valencia. Sebenarnya lebih mahu memendekkan perjalanan kerana granada ke barcelona 8 jam perjalanan
Hari ketujuh : 10/5/2022 . Airbnb rm350 semalam
Dari Valencia dengan 3 jam perjalanan ke Barcelona kembali. Setelah beribu kilometer barulah kami berjumpa dengan tol berharga €4 itupun bayaran tak perlu ambil kad dahulu tapi bayar terus dengan kad kredit/debit yang ada. Ada juga google map kata lokasi kami pilih bertol tapi tak jumpa pondok tol sampai di barcelona baru nampak. Di sini kami pilih hari pertama utk berehat . Memilih makanan pesan uberfood – paella merupakan makanan khas di sini yang rasanya mcm nasi goreng seafood versi lebih masin.
Hari kelapan : 11/5/2022 airbnb barcelona rm1200 untuk 4 hari 3 malam – 3 bilik dan 2 bilik air lengkap kemudahan . Tapi barcelona ada cukai penginapan €10 / seorang.
Pulangkan kenderaan kembali di airport. Kami redeem ticket subway di airport kaunter untuk kegunaan 48 jam berharga €16.40 seorang boleh juga digunakan utk trem dan bas. Di barcelona kami pilih menaiki kenderaan awam dan sangat tegas memakai pelitup muka. Kami mencuba makan tapas (appetizer) seafood . Selepas itu meneruskan berjalan ke Sagrada La familia senibina Gaudi yang masih belum siap hingga hari ini, melawat dari luar casa bastillo dan casa milla. Sila cuba churros di sini yang special kerana apabila membeli churros dibekalkan sekali air coklat pekat sebagai pencicah. Sempat kami ke merchandise store untuk barangan kelab Barcelona Fc.
Hari kesembilan : 12/5/2022 –
Memenuhi impian abah ke Nou Camp – stadium rasmi kelab bolasepak Barcelona antara kelab terbaik di Eropah dan Dunia. Selepas itu kami ke pasar tradisi di Barcelona -Mercat De la borqueria. Rambang mata melihat pelbagai makanan. Namun harga buah lebih murah disekitar kejiranan yang kami tinggal. Teruja harga strawberry 1pallete dalam €5, cherry manis dan orange Navel cuma €0.45 sekilo. Untuk beli cenderamata pun sebelum sampai ke Marcet ada satu kedai asia yang jual dengan harga berpatutan.
Hari kesepuluh : 13/5/2022
Pulang ke tanah air. Kami tempah Cabify lebih murah dari Uber terus ke airport.
Kerana siang yang panjang dan maghrib masuk jam 9 malam dengan subuh jam 5 pagi memudahkan kami merancang perjalanan, cukup masa untuk sarapan dan kemas barang di setiap destinasi. Kerjasama sekeluarga memastikan perjalanan kami selamat dan seronok dinikmati.
Kala liburan, makanan adalah salah satu cara untuk mengenali dengan lebih dekat sesebuah budaya. Setiap satu menu yang dicuba menjadi manifestasi rasa lantas mengisi...