Paradise 101, merupakan pulau persendirian untuk anda lakukan pelbagai aktiviti air atau pantai.
Pulau ini hanya boleh diakses menggunakan perkhidmatan bot khas di Jeti Telaga Harbour Marina. Lokasi ini juga kini mendapat jolokan sebagai Bali Langkawi dek pelbagai tarikan menarik yang tersedia di sini.
Tempat ni laa viral di langkawi disebabkan ala-ala Bali gituu. Di Penang pun ada kan, ni versi Pulau Langkawi boleh laa acah2 hadap view pantai mcm dekat Nusa Penida. Sbb ramai yang tanya so leen nak share sikit pasai tempat ni okay.
Paradise 101 lebih dikenali dgn Pulau Naam (private island) terletak di Pantai kok / Harbour park . Jeti untuk ke paradise 101 hampa perlu lalu di belakang Danna Hotel atau laluan untuk ke rumah api di harbour park. Sebelum sampai rumah api ada khemah kuning di sebelah kanan, tu kaunter untuk dapatkan voucher dan buat bayaran.
Ads
Harga voucher(dalam bentuk resit) RM30 sekepala jdi kalau yg pergi 4 org jdi 1 resit RM120 . Hampa jgn rasa mahal pulak sbb voucher ni kita boleh redeem untuk food, water sport, flying fox & banyak lagi aktiviti dia so kalau hmpa nk tau lebih lanjut hmpa boleh check di google search tripvisor untuk tau lagi details. Mcm kami hanya guna untuk makan jdi memang ngam2 RM120 tuu. Hmpa takboleh mintak refunds balik duit atau baki maknanya hmpa kena guna smpai habis laa voucher tu. Kalau aktiviti/ makan lebih pada harga voucher kena tambah duit yaa.
Jangan rasa mahal, pihak depa buat mcmni sbb sebelum ni org datang ke jeti bagitau cakap nk makan di paradise 101, jdi depa pun bwk tanpa sebarang caj. Padahal datang just nk ambil gambar pastu balik, tak makan pun. Rasa2 depa untung kaa rugi dengan minyak lagi nk hantar kita.
Ads
Makanan pun sedap2 harga berpatutan, lagu pun best2 nak layan jiwa kat situ rasa mcm p bercuti jauh jaa padahal kat tempat sendiri. Okaylaa rasa mood holiday gak walaupun p time off day jaa kan.
Toilet pun okay, bersih & selesa. Surau pun ada depa sediakan. Masa hmpa jgn risau depa takdak limit pun, tk silap waktu operasi 7am – 8pm so kalau hmpa nak duduk dari pagi sampai malam pun tkdak masalah okay.
So hampa boleh laa p tempat ni, tempat baru nk ootd
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Medan Indonesia merupakan wilayah yang menempatkan Lake Toba iaitu tasik terbesar yang ada di republik tersebut. Kaya dengan keindahan alam dan bentuk muka bumi yang bergunung-ganang, kunjungan ke sini pastinya indah untuk dikenang.
Pertama kali menjejakkan kaki ke Medan, Sue’ Aidah begitu teruja dengan keindahan ciptaan Tuhan yang ada di situ. Dapat melihat sendiri pemandangan Danau Toba yang hebat dengan keindahan alam sekeliling sepanjang perjalanan ke satu-satu tempat, memang tak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan sepanjang percutian mereka selama enam hari lima malam di Medan terasa tak puas dan wanita ini juga merekomendasi untuk anda dan yang lain untuk menggunakan perkhidmatan sang pemandu yang disifatkan sangat membantu dan boleh bawa ke mana sahaja tempat yang diminta.
Melihatkan gambar-gambar yang dikongsi di platform media sosial di Group Backpackers Buddies Malaysia (BBM) membuatkan hati ingin ke Medan dan melihat sendiri keindahan yang ada di sana.
Ni kali pertama trip kita pegi Medan dan Lake Toba, Lake Toba serious sungguh cantik tiada duanya. Sepanjang perjalanan kami dikelilingi bukit dan gunung yang sangat cantik. Jika korang pergi ke Medan boleh contact supir kita service tip top boleh bawa kita ke mana sahaja dan berusaha melayan apa saja sesuai dengan perkhidmatan.
@habibie tour guide medan
Itinerary
Day1. 10 hb january 2023
23:00 tiba kat airport kualanamu
24:00 bergerak ke kawasan brastagi dalam 2 jam lebih
03:00 tiba kat brastagi mandi
– hotspring belerang di kaki gunung sibayak
Rehat boleh tunggu matahari terbit
Day 2. 11 hb january 2023
07:00 bergerak ke kawasan silalahi lake toba dalam 1 jam lebih
09:00 tiba kat silalahi bergerak ke
-tongging view lake toba
– sipiso-piso waterfal
– simarjarunjung hill ( buaian,basikal awan,spot spot bergambar view tasik lake toba)
-tea garden
– aek manik (kolam blue water semula jadi)
17:00 bergerak ke kawasan parapat checkin hotel (atsari hotel)
Day 3. 12 hb january 2023
07:30 breakfast
08:30 bergerak ke jetty ajibata cross to samosir island guna kereta sekali
10:00 tiba kat samosir island explore
– museum batak
– patung sigalegale ( batak dance)
– shoping area tomok
– parbaba beach ( boleh mandi air tasik,naik banana boat,etc)
16:00 checkin Hotel kawasan samosir island ( saulina resort tepi tasik)
Kalau tahu tip naik sleeper train, pergerakan dan perjalanan anda ke destinasi yang dituju akan jadi lebih mudah dan menarik sebenarnya.
Hah, ini lah yang dikongsi oleh saudari Dayana Mukhayadi. Bermula sebelum perjalanan seperti cara membeli tiket, tip memilih koc dan katil hinggalah destinasi-destinasi menarik yang ada sepanjang perjalanan turut diceritakan. Jom baca!
Aku selalu berangan nak pergi oversea solo trip. Tapi itu lah aku ni pun sejenis penakut juga, jadi aku postpone kan je dulu angan-angan aku tu.
Aku fikir better aku try dekat dalam Malaysia dulu. Jadi aku plan nak naik “sleeper train” ke Kelantan sebagai permulaan. Tapi tetiba plot twist, kawan-kawan aku tetiba eh jom lah kita pergi sekali, maka solo trip aku ni cancel dan terus jadi trip berempat lebih baik.
Kami berempat memulakan perjalanan dari KL Sentral – Gemas – Wakaf Bharu – Kota Bharu – KL. Tujuan utama trip ni memang hanya untuk merasa pengalaman naik “sleeper train” selama 13 jam sambil JJCM (jalan-jalan cari makan) dekat Kota Bharu. Very short trip with very different experience.
Untuk pengetahuan korang, nama rasmi train ni adalah Ekspres Rakyat Timuran atau nama glamer lain dikenali juga sebagai “jungle train”.
Ini sedikit tips dan tricks yang mungkin boleh menjadi rujukan kengkawan yang plan untuk experience “sleeper train” ni:
Mula-mula kena beli tiket “sleeper train” dulu melalui apps KTMB.
Untuk nak rasa tidur atas katil dalam train, kena pilih koc berkatil: Koc T6-T8. Kami pilih Koc 8, koc paling hujung. Dia ada koc seat duduk biasa jugak, Koc T1-T3.
Kenapa better pilih koc 8, penumpang lain tak lalu-lalang untuk ke cafe di Koc 5 dan ia yang paling dekat dengan kepala keretapi. Nak bergambar di stesen Gua Musang, Koc 8 ni paling depan sekali, jadi lebih senang untuk keluar ambil gambar.
Better elakkan ambil katil depan sekali jugak sebab besi yang connect in between koc tu boleh tahan bising.
Untuk pilihan katil, nombor genap adalah katil bawah. Nombor ganjil adalah katil atas. No katil kami T26, T28, T30, T32, semua dapat katil bawah dan kedudukannya di tengah-tengah koc.
Harga katil/berth atas RM40, katil/berth bawah RM46.
Sila pilih katil bawah sebab ruang tingkap untuk kita feeling-feeling lebih luas dan panjang dari katil atas. Dekat katil tak ada plug point, jadi jangan lupa standby fully charged power bank.
Dah settle beli tiket “sleeper train” ni baru kami beli tiket nak ke Gemas. Senang naik ETS je dari KL Sentral. Tiket pun beli melalui apps KTMB dengan harga RM 30.
Kami naik dari KL Sentral 9.40 malam dan sampai di Gemas 12.10 pagi. “Sleeper train” ni akan bertolak ke Wakaf Bharu pada pukul 1.18 pagi dan dijangka tiba 12.37 tengahari esoknya.
Gap in between tunggu “sleeper train” sampai dari JB, kita boleh naik dan tunggu di ruang menunggu tingkat atas Stesen Keretapi Gemas. Siap ada toilet dan surau.
Bila train tu dah sampai apa lagi excited lah memasingkan jakun naik katil atas train. Katil dia selesa je, ada langsir, ada satu bantal dan selimut. Cuma kalau risau gatal-gatal atau tak selesa, better bawa kain extra untuk cover tilam dan bantal.
Suhu aircond dalam keretapi ni pun just nice, tak sejuk sangat dan tak panas sangat. Tak payah pakai sweater pun tak apa.
Lepas dah letak beg, kami pun apalagi, pergi ke cafe kat Koc 5. Wajib ya check in sini, makanan dan air dia semua sedap-sedap, kena tekak kami. Makan megi sup RM 6 semangkuk masak panas-panas oiii pukul 2 pagi, fuhh memang syahdu.
Selain megi sup, ada nasik/bihun/megi goreng panas-panas, tengok apa yang available masa korang sampai. Sebab dapur dia ada satu je, so dia masak ikut batch. Tapi digalakkan korang spare makanan/minuman lain jugak takut lambat dan ramai orang.
The main part of the trip adalah view sepanjang perjalanan, train ni akan melalui kawasan kampung dan hutan yang sangat cantik pemandangan dia. Jadi jangan tidur selepas Subuh, time ni lah nak enjoy the view. Malam memang dah tak nampak apa.
Kalau bernasib baik, boleh nampak Gunung Stong dan air terjun Jelawang dekat Dabong. Lain-lain view boleh nampak suasana berkabus, bukit batu kapur, sungai, jambatan, terowong, dan jambatan rel terpanjang kat Malaysia (jambatan Guilemard).
Stesen Kuala Lipis (sekitar 6 pagi).
Gua Musang (sekitar 8 pagi).
Jambatan Guillemard (sekitar 11 pagi).
Di kawasan Dabong, banyak terowong dan sungai yang akan dilalui.
Tapi timing bergantung kepada jadual perjalanan keretapi. Masa kami naik ni train ada sedikit delay dan tak dapat berhenti lama di Stesen Gua Musang.
Paling ramai geng backpackers akan turun dekat Stesen Merapoh untuk ke Taman Negara dan Stesen Dabong untuk explore nature di Jelawang dan Gunung Stong.
Stesen Gua Musang wajib turun untuk ambil gambar dengan kepala keretapi dan boleh turun beli makanan dari orang kampung di Stesen Dabong.
Kalau tanya aku, best memang best tapi cukup lah sekali seumur hidup aku dah merasa unless aku kawen nanti laki aku ajak repeat.
Tapi sebenarnya rasa sayang, ni antara khazanah Malaysia yang boleh ditambahbaik lagi untuk tarik lebih banyak pelancong tapi macam sepi je alahai.
Last but not least, toilet dia tak ada lah seselesa toilet kat rumah, jadi korang kena pastikan kalau boleh jangan sakit perut ya bila naik train ini, okay.
Jadi yang plan nak bagi anak-anak naik train, boleh lah cuba booking tiket awal dan terus enjoy!
Sebut sahaja Ho Chi Minh, Vietnam, ramai daripada golongan wanita yang sangat teruja untuk ke sini. Mana tidaknya, destinasi ini mendapat jolokan lokasi membeli-belah yang menyeronokkan kerana harga yang ditawarkan sangat murah serta menjimatkan.
Lupakan sebentar destinasi menarik lain yang ada di Vietnam seperti lokasi bersejarah atau tempat yang menyajikan permandangan yang indah. Fokus utama adalah lokasi membeli-belah yang boleh buat pengunjung naik gila dan rambang mata.
Jika merancang bercuti ke Ho Chi Minh bandar raya ini yang dulunya dikenali sebagai Saigon untuk membeli-belah, komunikasi tidak menjadi masalah kerana kebanyakan peniaga boleh berbahasa Melayu. Terutama di kawasan yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia seperti Saigon Square, Night Square, Ben Tay, Dong Koi Street dan Pasar Ben Tahn. Jom terjah lokasi wajib untuk membeli-belah dI Ho Chi Minh.
Ben Thant Market
Pasar ini sangat popular menjadi destinasi yang wajib singgah untuk membeli-belah kerana ada pelbagai barangan yang boleh anda peroleh dengan harga yang sangat murah. Antaranya seperti kain ela, kasut, beg, dan cenderamata. Selalunya, kaum wanita memang rambang mata di sini dan boleh jadi sehari suntuk mereka menghabiskan masa mencari barang atau buah tangan untuk di bawa pulang ke tanah air.
Selain itu, bagi anda yang berminat untuk menempah baju atau kasut mengikut stail dan ‘design’ sendiri, tempahan diterima dan yang paling mengujakan, pakaian anda boleh disiapkan hanya dalam masa satu hari! Menarik bukan?
Di Cho Binh Tay Market turut menjual produk berupa kain ela, tudung dan telekung tetapi tidak sebanyak pilihan yang ada di Ben Thant Market. Namun dikatakan harganya lebih murah berbanding di Ben Thant Market.
Peniaga di sini juga mahir berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dan memudahkan pengunjung kita untuk tawar-menawar dengan jayanya.
Nguyen An Ninh Street @Malaysian Street
Nguyen An Nonh Street atau dikenali sebagai Malaysian Street ini pula ala- ala seperti Jalan TAR dan terdapat pelbagai barangan Malaysia yang dijual di sini.
Telekung, baju, tudung dan jubah adalah barangan biasa dijual di sini. D sini turut menyediakan restoran makanan Malaysia yang halal. Oleh itu, anda tidak perlu risau kelaparan sepanjang berada di Vietnam.
Butik Hong Anh
Butik ini menjual pelbagai jenis baju kurung, kebaya, dan jubah yang khusus buat wanita. Harganya mungkin sedikit mahal jika dibandingkan lokasi membeli-belah lain di Ho Chi Minh kerana kualiti kainnya lebih menarik dan eksklusif.
Mac Viet
Jika anda peminat kraftangan atau ingin mencari cenderamata buat keluarga dan sahabat handai di Malaysia, Mac Viet adalah tempat yang harus dituju. Di sini, terdapat pelbagai hasil kraftangan yang unik dan kreatif boleh didapati dengan harga yng murah. Buat anda yang bakal mendirikan rumahtangga, anda boleh menempah kad kahwin di sini kerana seni rekanya begitu unik dan kreatif.
Ada tempat yang membuatkan kita rasa seperti sedang melihat dunia lain. Bukan kerana bangunan moden atau tarikan buatan manusia, tetapi kerana alamnya terlalu luar...