Hantar Foto Nostalgia Anda Di Bukit Bendera Sempena Festival Bukit Bendera

Share

Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang menjemput orang ramai untuk berkongsi gambar-gambar bersejarah Bukit Bendera untuk pameran foto sempena Festival Bukit Bendera 2019 yang akan berlangsung dari 18 hingga 21 Julai.

Pengurus Besar Perbadanan Bukit Bendera, Cheok Lay Leng berkata pameran itu akan menampilkan koleksi gambar-gambar Bukit Bendera pada masa lalu yang jarang ditemui termasuk gambar lawatan Ratu Elizabeth II ke Bukit Bendera pada 1972.

“Kami mahu semua orang menghayati sejarah silam dan kembali ke masa lalu mengenai keadaan Bukit Bendera ketika itu. Ramai orang menyimpan kenangan indah di masa lalu tentang Bukit Bendera, dan kami mahu mengembalikan kenangan itu,” katanya.

Selain pameran, lebih 20 acara dan aktiviti telah disediakan untuk festival selama empat hari itu termasuk ceramah, konsert “Music on the Hill”, bengkel fotografi, penerokaan pada malam hari dan berjalan kaki untuk meneroka denai alam semula jadi.

Festival Bukit Bendera yang terakhir diadakan pada 2018 menerima sambutan yang amat menggalakkan dan ia kemudian dijadikan acara tahunan. Semasa Festival Bukit Bendera pada 2018, Bukit Bendera mencatatkan kehadiran kira-kira 9,000 pengunjung bagi menyertai program selama sembilan hari.

Semua aktiviti dan program yang diadakan semasa festival itu boleh disertai secara percuma dan terbuka kepada orang ramai. Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran untuk acara, orang ramai boleh melayari Portal Bukit Bendera

Sumber: Astro Awani

IKLAN