Disebabkan pandemik COVID-19, beberapa cadangan telah dikemukakan supaya kemasukan pengunjung ke pantai peranginan Teluk Cempedak, Kuantan dihadkan terutamanya pada hujung minggu bagi memastikan aspek penjarakan fizikal dapat dipatuhi.
Cadangan itu difikirkan perlu dilakukan, ekoran keadaan minggu lalu mendapati jumlah pengunjung di situ mencecah sehingga 2,000 orang dan terlalu ramai ketika musim cuti perayaan sehingga berlaku kesesakan di laluan masuk ke pantai itu. Terkini, jumlah pengunjung di pantai peranginan Teluk Cempedak itu dihadkan kepada 1,000 orang pada satu-satu masa ketika hujung minggu, bagi memastikan pematuhan terhadap penjarakan fizikal, berkuat kuasa serta merta.
IKLAN
IKLAN
Pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) baharu itu bermula dari pukul 10 pagi hingga pukul 10 malam pada Jumaat hingga Ahad, dengan pengunjung diwajibkan mengambil kad pengunjung di tiga laluan masuk.
Tiga laluan masuk yang dibenarkan ke Teluk Cempedak ialah melalui kawasan letak kenderaan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), kawasan letak kenderaan pihak swasta dan laluan antara dua restoran segera McDonalds dan KFC di situ.
Tiada had masa ditetapkan kepada setiap pengunjung, namun jika jumlah pengunjung sudah mencapai had ditetapkan, mereka akan melencongkan kenderaan yang ingin masuk Teluk Cempedak ke tempat lain melainkan bagi mereka yang ingin menggunakan perkhidmatan pandu lalu restoran segera di situ.
Pekerja, penjaja dan pekedai di Teluk Cempedak tidak perlu mengambil kad pengunjung, namun diwajibkan menunjukkan kad pekerja atau pengesahan kepada petugas yang berada di laluan masuk.
Pengunjung diwajibkan mendaftar masuk menggunakan aplikasi MySejahtera atau secara manual, menjalani pemeriksaan suhu, memakai pelitup muka serta wajib menjaga penjarakan fizikal semasa berada di sekitar pantai itu.
Bagi memastikan pelaksanaan SOP berjalan lancar, MPK, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan ditempatkan di laluan masuk dan sekitar Teluk Cempedak.
IKLAN
Diharap pengunjung dapat memberikan kerjasama kepada SOP ini dan dapat bersabar jika mereka perlu beratur lama bagi mengambil giliran masuk. Tindakan ini perlu diambil bagi memastikan kita dapat menjaga penjarakan fizikal bagi membendung penularan wabak COVID-19.
Pelantikan barisan Kabinet gabungan baharu yang diterajui Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan satu inovasi dalam sejarah Malaysia yang menyaksikan jawatan Timbalan Perdana Menteri tidak diwujudkan buat masa ini.
Keputusan itu disifatkan sebagai satu tindakan berani dengan tugas TPM di kelolakan oleh empat Menteri Kanan, selain melantik seorang tokoh baharu daripada sektor korporat.
Menteri Kanan tersebut ialah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Menteri Pertahanan) Datuk Seri Fadillah Yusof (Menteri Kerja Raya) dan Dr Mohd Radzi Md Jidin (Menteri Pendidikan)
Menteri-menteri kanan juga akan membantu Perdana Menteri menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri termasuklah mempengerusikan mesyuarat Kabinet di waktu ketiadaan Muhyiddin dalam negara. Dengan adanya menteri-menteri kanan ini, maka tiada keperluan pada masa ini untuk seorang Timbalan Perdana Menteri dilantik.
SENARAI MENTERI KANAN, MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI
Menteri Kanan – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
Timbalan Menteri: Datuk Lim Ban Hong (akan dilantik sebagai senator)
Menteri Kanan – Menteri Pertahanan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Datuk Seri Ikhmal Hisham Abdul Aziz
Menteri Kewangan
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri I: Datuk Abd Rahim Bakeri
Timbalan Menteri II: Mohd Shahar Abdullah
Menteri Kanan – Menteri Kerja Raya
Datuk Seri Fadillah Yusof
Timbalan Menteri: Datuk Shahruddin Bin Md Salleh
Menteri Kanan – Menteri Pendidikan
Mohd Radzi Md Jidin
Timbalan Menteri I: Datuk Mah Hang Soon (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri II: Muslimin Yahaya
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)
Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri: Arthur Joseph Kurup
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas)
Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof
Timbalan Menteri: Datin Mastura Yazid
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang)
Datuk Takiyuddin Hassan
Timbalan Menteri: Datuk Eddin Syazlee Shith
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri: Ahmad Marzuk Shaary
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)
Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri: Datuk Hanifah Hajar Taib
Menteri Pengangkutan
Datuk Seri Wee Ka Siong
Timbalan Menteri: Hasbi Habibollah
Menteri Alam Sekitar
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Masrizal Muhammad (akan dilantik sebagai senator)
Menteri Sumber Manusia
Datuk Seri M Saravanan
Timbalan Menteri: Awang Hashim
Menteri Wilayah Persekutuan
Tan Sri Annuar Musa
Timbalan Menteri: Datuk Seri Santhara Kumar
Menteri Wanita dan Keluarga
Datuk Seri Rina Mohd Harun
Timbalan Menteri: Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff
Menteri Pengajian Tinggi
Datuk Noraini Ahmad
Timbalan Menteri: Datuk Mansor Othman
Menteri Tenaga dan Sumber Asli
Datuk Shamsul Anuar Nasarah
Timbalan Menteri: Ali Anak Biju
Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Hamzah Zainuddin
Timbalan Menteri I: Datuk Seri Ismail Mohamed Said
Timbalan Menteri II: Jonathan Yassin
Menteri Kesihatan
Datuk Seri Sri Dr Adham Baba
Timbalan Menteri I: Datuk Dr Noor Azmi Ghazali
Timbalan Menteri II: Datuk Aaron Ago Dagang
Menteri Pertanian dan Industri Makanan
Datuk Seri Ronald Kiandee
Timbalan Menteri I: Datuk Seri Ahmad Hamzah
Timbalan Menteri II: Datuk Che Abdullah Mat Nawi
Menteri Pembangunan Luar Bandar
Datuk Abd Latiff Ahmad
Timbalan Menteri I: Datuk Abdul Rahman Mohamad
Timbalan Menteri II: Datuk Henry Sum Agong
Menteri Luar Negeri
Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Timbalan Menteri: Datuk Kamaruddin Jaffar
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Datuk Alexander Nanta Linggi
Timbalan Menteri: Datuk Rosol Wahid
Menteri Komunikasi dan Multimedia
Datuk Seri Saifuddin Abdullah
Timbalan Menteri: Datuk Zahidi Zainul Abidin
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Zuraida Kamaruddin
Timbalan Menteri: Datuk Seri Ismail Abd Mutalib
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
Khairy Jamaluddin
Timbalan Menteri: Ahmad Amzad Hashim
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Timbalan Menteri: Datuk Mas Ermieyati Samsudin
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali
Timbalan Menteri I: Datuk Seri Wee Jeck Seng
Timbalan Menteri II: Willie anak Mongin
Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan
Datuk Seri Nancy Shukri
Timbalan Menteri: Datuk Jeffrey G Kitingan
Menteri Perpaduan Negara
Datuk Halimah Mohamed Sadique
Timbalan Menteri: Datuk Seri Tiong King Sing
Menteri Belia dan Sukan
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
Timbalan Menteri: Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (akan dilantik sebagai senator)
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat Malaysia supaya berada di rumah masing-masing selama tempoh dua minggu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Tegas beliau, dengan cara itu rakyat akan terhindar daripada jangkitan COVID-19 dan penularannya dapat dibendung.
“Saya ingin merayu kepada saudara saudari. Tolonglah. Stay put where you are. Yang ada di Kuala Lumpur, duduklah di Kuala Lumpur. Yang ada di Johor Bahru duduklah di Johor Bahru. Yang ada di Pulau Pinang, duduklah di Pulau Pinang. Kalau anda merancang untuk pulang ke kampung, batalkanlah dahulu niat itu. Saya minta tolong untuk tempoh dua minggu ini sahaja,” katanya menerusi perutusan khas yang disiarkan secara langsung menerusi stesen-stesen televisyen tempatan.
Foto: Bernama
Kerajaan mungkin terpaksa melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sekiranya tempoh dua minggu ini gagal mengekang penularan wabak COVID-19, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini. Perdana Menteri berharap Malaysia bebas dari COVID-19 selepas habis tempoh dua minggu perintah itu berkuat kuasa bermula hari ini.
“Kerajaan berharap selepas habis tempoh dua minggu, mereka yang mempunyai simptom berjaya diasingkan untuk diberikan rawatan, menjadikan Malaysia bebas dari COVID-19. Jika dalam tempoh ini kita belum berjaya sepenuhnya, kerajaan mungkin terpaksa melanjutkan tempoh Perintah Kawalan,” kata Muhyiddin.
Sehubungan itu, beliau menekankan betapa pentingnya rakyat mengasingkan diri dan keluarga dari terdedah kepada virus COVID-19 dengan berada di rumah. Beliau menerangkan mengapa tempoh perintah itu dibuat selama dua minggu kerana COVID-19 mempunyai hayat inkubasi dua minggu.
“Kita hendak putuskan rantaian jangkitan. We want to break the chain of infection. Supaya jumlah orang yang dijangkiti wabak COVID-19 ini dapat dikurangkan,” katanya.
Dalam perutusan itu, perdana menteri berulang kali merayu kepada rakyat supaya duduk di rumah dengan tidak menggunakan tempoh dua minggu itu untuk balik kampung, pergi bercuti dan melepak dengan kawan-kawan.
Beliau turut menambah tidak mungkin dapat melaksanakan tugas itu bersendirian dan memerlukan sokongan semua termasuk sokongan para doktor, jururawat, polis, semua penjawat awam, pekerja swasta, pelajar universiti dan semua rakyat untuk membendung wabak COVID-19 daripada menular di negara ini.
Hari ini kerajaan Malaysia mengambil keputusan untuk menggantung sementara semua kemudahan imigresen kepada rakyat China dari bandar Wuhan dan wilayah Hubei di kelilingnya berkuat kuasa serta merta.
Menurut kenyataan akhbar Pejabat Perdana Menteri semua kemudahan imigresen itu meliputi eNTRY (kemudahan tanpa visa), Visa Semasa Ketibaan, e-visa dan visa manual. Setakat ini, KKM mengesahkan empat warga China yang memasuki Malaysia melalui Johor dari Singapura positif koronavirus.
Kenyataan Akhbar: Kemasukan Pelawat ChinaKerajaan telah mengambil keputusan untuk menggantung sementara semua…
Namun begitu, rakyat masih tidak puas hati kenapa kerajaan hanya menyekat kemasukan rakyat dari bandar Wuhan dan Wilayah Hubei, bukan dari seluruh negara China?
Ini antara komen daripada netizen di facebook rasmi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.